lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Amalan Zikir Jadi Pelaris
Zulbaharim Ibrahim di hadapan premis perniagaannya, Ummielieza Enterprise, ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 18 Oktober - Amalan banyak berzikir bukan sahaja menjadikan hati tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT, bahkan boleh menambahkan berkat kepada sesuatu perniagaan.Pengurus Ummielieza Enterprise, Zulbaharim Ibrahim berkata, antara resepi kejayaan perniagaannya adalah dengan banyak mengamalkan berzikir serta memperbanyak ibadah sunat.“Amalan berzikir ini merupakan nilai tambah kepada perniagaan, dan itulah sebaik-baik amalan. Pergantungan kita kena kuat dengan Allah, bukannya dengan mengharapkan tangkal azimat dan tangkal yang jauh bercanggah dengan ajaran Islam, tegasnya ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di premis perniagaannya Kampung Dendang, Dungun (16 Oktober).Menurut beliau, kejayaan yang dikecapinya bukan datang begitu sahaja tetapi melalui pelbagai liku dan adat resam perniagaan.“Kita (orang Islam) diajar dalam agama, sebagai seorang Muslim jangan pernah berputus asa. Saya pernah merasai jatuh dan bangun dalam perniagaan sejak berkecimpung dalam tempoh 5 tahun yang lalu,” jelasnya.Katanya, di antara perkara yang mesti dilakukan oleh seorang peniaga muslim adalah dengan menjaga kualiti produk.“Di samping itu, kita perlu pandai layan pelanggan dan utamakan solat. Maka mudah untuk mendapat rezeki Allah.“Kita perlu mencontohi peniaga-peniaga Muslim sebagaimana Abdul Rahman Auf, dan menjadikan Rasulullah SAW sendiri sebagai idola," ujarnya.Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Baha, mendakwa orang yang kuat mendorongnya menceburi bidang perniagaan ini di kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan.“Perniagaan adalah merupakan (pekerjaan) sunnah dan mendatangkan pahala. Pintu utama rezeki adalah perniagaan, jadi kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, jangan pernah ada perasaan takut dan peniaga yang berjaya mesti ada pegangan akidah yang kuat.“Jangan pernah melakukan perbuatan syirik dan khurafat sebagai pelaris memajukan perniagaan,” tegasnya.Sebaliknya, kata beliau yakinilah bahawa banyak berzikir menjadikan hati tenang dan memudahkan urusan dalam kehidupan seharian insya-Allah.
17 Oct 18
170
Empty Image
T'Mart Tidak Asing Di Ibu Kota Kuala Lumpur
Haji Yahaya Ali (tiga dari kiri) dan Haji Hishamudin Hashim (dua dari kiri) menunjukkan produk tempatan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart DC.KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Premis perniagaan T'Mart DC milik Kerajaan Negeri Terengganu sudah tidak asing di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sejak beroperasi pada tahun 2016.Pegawai Pemasaran T'Mart DC, Johari berkata, premis tersebut yang bertempat di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur diselia oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri."T'Mart sudah beroperasi bermula 1 Mei 2016 menerusi dua segmen."Segmen pertama adalah pasar mini harga patut dan yang kedua adalah pusat pemasaran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari Terengganu."Kami menawarkan barangan harga patut dan rendah setiap masa."Banyak produk asli dari Terengganu yang boleh didapati di sini termasuk Nasi Dagang T-Kitchen, satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor, ketupat palas dan sebagainya."Kebanyakan produk yang dijual merupakan produk sejuk beku untuk mengekalkan kesegaran dan keaslian serta selamat untuk dimakan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu tinjauan ke premis berkenaan di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (6 Oktober).Dalam pada itu, menurut Johari, sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat memberangsangkan."Bukan sahaja orang Terengganu yang merantau datang ke sini, bahkan orang tempatan juga sukakan makanan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart ini," katanya.Tambahnya, produk yang diambil kebanyakannya dari usahawan Kemaman dan Dungun dan pihak pengurusan Cakna bertanggungjawab menguruskan penghantaran langsung ke Kampung Baru.Selain itu, pemasaran yang dilakukan adalah menerusi 'online marketing'."Anak Terengganu yang tahu tentang premis ini selalunya akan datang."Kami juga pasarkan produk melalui 'facebook' dan 'instagram' T'Mart DC," jelasnya.Justeru, katanya, beliau sangat berterima kasih dengan kerajaan negeri yang menyokong usahawan Terengganu dalam memasarkan produk-produk ke luar Negeri Terengganu."Saya sangat berterima kasih dan berharap agar kami mampu meningkatkan jualan."Tambahan pula, Lembah Klang ini sangat besar."Biar semua orang dapat rasa makanan Terengganu yang sedap dan unik."Saya juga berharap dapat mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk memperkenalkan negeri kepada pelancong dan orang tempatan di Lembah Klang khususnya," ujarnya. 
17 Oct 18
816
Empty Image
Ambil Peluang Jadi Usahawan
Mohd Norhuzaini ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai Inn pada 10 Oktober..KUALA TERENGGANU - Para peserta Kursus Rancangan Perniagaan Program Usahawan Graduan Terengganu (PGUT) mestilah mengambil peluang sebaik mungkin untuk menjadi usahawan yang berjaya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, setiap orang perlu ada kesungguhan untuk mencapai cita-cita tersebut.“Untuk menjadi seorang usahawan, ada dua nilai tambah kebanyakan orang terlepas pandang. Yang pertama kena fokus dan yang kedua kena ada minat dan ilmu. “Kita mesti tunjuk proposal yang berpijak di bumi nyata untuk menjadi usahawan yang berjaya serta kena ada niat dan amalkan sedekah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai Inn pada 10 Oktober.Katanya, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan  Majlis Amanah Rakyat (MARA) khususnya berusaha untuk melahirkan usahawan muda selaras dengan hasrat kerajaan negeri.“Usaha yang ditunjukkan oleh MARA ini adalah satu usaha yang sangat murni kerana bukan sekadar untuk menampung kegiatan yang kita rancangkan tetapi menjadi pemangkin utama dalam melahirkan lebih  ramai lagi usahawan muda dalam Negeri Terengganu.“Kita kena rasa bertuah kerana di luar sana ramai lagi orang yang hendakkan ilmu yang dicurahkan. Besar pengharapan saya mewakili pihak kerajaan negeri agar (peserta) tidak mempersiakan usaha ini,” ujarnya.Menurutnya, nilaian wang ringgit memang kecil jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu yang diperoleh daripada kursus tersebut. “Duit kita boleh cari, tetapi ilmu yang dapat bila kita kembangkan boleh menatijahkan nilaian yang sebenarnya," jelasnya.Tambahnya, seorang usahawan mestilah fokus apa yang dimahukan dan ilmu perlulah dicari bukan datang dengan sendiri. Kerjaya sebagai  usahawan bukan semata-mata kerana keuntungan tetapi biarlah dapat membantu orang lain.“Di samping itu, mesti ada restu ibu bapa, yang ini kadang-kadang kita terlepas pandang.“Nanti dah berjaya baru nak cakap dekat mak ayah. Kita tak sedar bahawa doa mereka adalah pembuka jalan kepada kejayaan kita."Justeru, seorang usahawan perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa. Insya-Allah, mudah-mudahan berjaya di dunia di akhirat," ujarnya.
11 Oct 18
68
Empty Image
Pelaksanaan Tabung Usahawan Mampu Tingkat Pinjaman 300 Peratus
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman yakin kerajaan negeri akan meneruskan usaha melatih para usahawan.KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menyediakan tabung usahawan sebanyak RM10 juta dijangka mampu meningkatkan jumlah pinjaman usahawan kepada 300 peratus.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihaknya sedang berusaha untuk melaksanakan janji tersebut yang akan memberi manfaat kepada orang ramai untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi setempat.“Saya mendapat signal yang jelas daripada Menteri  Besar supaya melakukan perancangan ke arah itu,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai, di sini, 10 Oktober.Sehubungan itu, beliau berkata, inisiatif menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu akan digerakkan sekiranya kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan baik.“Kita akan masukkan elemen sewajarnya dan di peringkat YPU sendiri pun, kita sudah buat persediaan  untuk menerima dana sejumlah itu.“Sebelum ini, YPU tidak pernah mendapat jumlah yang sebesar itu, mungkin RM2 atau RM3 juta sahaja,” jelasnya.Beliau juga yakin kerajaan akan meneruskan usaha melatih para usahawan berikutan kejayaan sebelum ini.“Insya-Allah dari segi permintaan kita berhasrat untuk teruskan latihan tetapi untuk sekarang ini kita  masih lagi tertakluk kepada keputusan negeri.“Saya rasa harapan cerah untuk kita teruskan dan sekarang ini sudah 'batch' (kumpulan) kelima, mungkin kita akan adakan 'batch' keenam berdasarkan kepada permintaan.“Tengok ‘background’ sejarah kita 87 peratus sudah berjaya. Daripada 135 peserta yang diberi latihan, 117 orang telah berjaya,” kata beliau lagi.
11 Oct 18
43
Empty Image
Terengganu Sedia Kaji Teknologi IBS
Dr.Alias Razak ketika bercakap di sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Showroom' Inovar Floor Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin, hari ini.Foto Oleh SolahKUALA TERENGGANU-Kerajaan negeri sedia mengkaji keberkesanan Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk digunapakai dalam projek perumahan yang melibatkan kemudahan kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata IBS adalah kaedah terbaik mengurangkan masa pembinaan, pembaziran dan pencemaran alam sekitar, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan serta kemahiran.Katanya, Permintex Warijitu merupakan pemaju dan kontraktor perumahan di negeri ini telah menjalankan kerja-kerja pembinaan struktur rumah dan bangunan dengan menggunakan teknologi pasang siap juga yang pertama di Terengganu."Kita akan lihat keberkesanannya melalui projek perintis yang sedang berjalan sekarang iaitu pembinaan rumah teres 13 unit di hadapan Hospital Dungun."Jika ia berjaya di Dungun, kita tengok samada harganya okey,  cepat siap dan lulus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta dijamin selamat, InsyaAllah ini pilihan terbaik yang akan kita kemukakan kepada ahli lembaga yang lain,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Showroom' Inovar Floor Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, 10 Oktober.Tambah beliau, menerusi sistem IBS, juga dapat memastikan ketepatan dan keupayaan menyiapkan projek pada masa yang singkat berbanding kaedah pembinaan konvensional."Kita perlu berani buat perubahan dengan teknologi yang baru, yang lebih murah daripada apa yang kita amalkan sekarang untuk rakyat,"ujarnya lagi.Permintex Warijitu merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat hak eksklusif membekal dan memasang lantai kayu berlamina jenama Inovar di Terengganu.Pembukaan Inovar Floor Kuala Terengganu merupakan cawangan kedua selepas Inovar Floor Dungun yang beroperasi pada Mac lalu.
10 Oct 18
583
Empty Image
Penduduk Mahu Projek Akuapolitan Kuala Nerus Diteruskan
KUALA NERUS – Penduduk di daerah ini mahu projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) di Seberang Takir diteruskan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak memberi kata putus mengenai status projek itu sehingga kini.Projek dianggarkan menelan belanja RM180 juta dilancarkan semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pelan induk akuapolitan yang bertujuan memberi manfaat kepada nelayan di kawasan sekitar.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk kepentingan rakyat di Seberang Takir, khususnya meningkatkan taraf hidup golongan nelayan setempat.“Sebelum pilihan raya baru-baru ini, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengatakan bahawa satu projek besar akan dijalankan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk Seberang Takir yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan, jadi kerajaan buat.  “Saya difahamkan juga nak buat perumahan yang cukup menampung sebahagian penduduk rata-rata sebagai nelayan. Tapi selepas kerajaan berubah, kalau di peringkat kita, kita bersetuju (projek itu),” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program `Kuca Sure' Peringkat DUN Seberang Takir di perkarangan Pusat Khidmat DUN, Kampung Duyung, di sini, 6 Oktober.Mohd Fazil melahirkan kebimbangan terhadap status projek yang masih diperingkat perbincangan itu, jika dihentikan begitu sahaja berikutan ianya sudah melibatkan perbelanjaan yang besar untuk kerja-kerja awal pembangunan yang melibatkan kawasan yang luas itu.“Cuma kalau kita tengok banyak projek-projek yang melibatkan projek besar di peringkat Pusat pun banyak dikaji balik,” jelasnya.Justeru beliau berharap agar projek AKN dapat diteruskan kerana ianya untuk kepentingan masyarakat nelayan untuk jangka masa panjang.
08 Oct 18
648
Empty Image
Seminar Hartanah Elak Penipuan
Haji Fariz Irwan Mustafa menyeru kepada orang ramai supaya datang beramai-ramai ke Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018.KUALA TERENGGANU - Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018  yang akan diadakan pada 13 Oktober 2018  bertempat di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Padang Hiliran bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang penipuan dalam sektor hartanah.Penganjur utama seminar, Haji Fariz Irwan Dato Mustafa berkata, ianya bertujuan untuk mendidik usahawan dan orang ramai supaya celik undang-undang yang berkaitan dengan urusan hartanah mereka.“Apa yang saya nak beritahu dalam sidang media ini ialah kepentingan program di mana saya melihat ada kelompangan yang besar dalam konteks pemahaman rakyat tentang hartanah. “Dalam konteks pemahaman rakyat pada hari ini, ramai yang sayang duit nak bayar RM30 atau RM50 nak belajar pasal tanah dan akhirnya mereka terjerumus dalam penipuan atau ‘scammers’,” ujarnya.Beliau yang juga rakan kongsi kanan Tetuan Fariz Halim & Co Terengganu berkata demikian dalam sidang media Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 di Hotel Primula (8 Oktober).Katanya, program tersebut tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada mendidik para usahawan dan rakyat Terengganu bagi mengetahui hak dan undang-undang berkaitan urusan pembelian serta pelaburan dengan cara yang betul dalam sektor hartanah.“Program tersebut  akan memberi manfaat kepada lebih 200 orang yang terdiri daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat. “Kami yakin dengan kehadiran ikon penceramah hartanah dan panel handalan yang lain mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada para peserta,” katanya.Menurutnya, ianya akan memberi manfaat kepada orang ramai khususnya dari segi pengetahuan asas tentang perjanjian jual beli rumah dan hartanah, urusan pinjaman bank, kewangan Islam dan pelaburan hartanah serta hartanah lelong.Tambahnya, peserta juga berpeluang memahami geran hartanah serta isu juga strategi yang berkaitan dengan urusan hartanah.Justeru,  beliau menyeru kepada rakyat dalam dan luar Negeri Terengganu untuk datang beramai-ramai dan jangan sayangkan duit masing-masing untuk menuntut ilmu. Turut hadir sama, panelis utama, Ahyat Ishak dan para panelis iaitu Mejar Aman Shah, Firdaus Abdullah, Ustaz Dzulkifli Jaafar, Marisa Mamat dan Redz Idrus.
08 Oct 18
314
Empty Image
Pengerusi PBK Supplies & Services Tinjau PBKSB, Kemaman
Oleh: Syed KamalKEMAMAN -  Ahli Lembaga Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) yang baru, Haji Ahmad Amzad Hashim mengadakan lawatan induksi ke Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB), Teluk Kalong, di sini, 3 Oktober.Beliau yang juga Pengerusi PBK Supplies & Services terlebih dahulu menerima taklimat daripada General Manager PBKSB, Md Nasir Ahmad.Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor; Ahli Lembaga Pengarah PBK Supplies & Services, Hazri Jusoh dan Sarifah Seman.Lawatan berkenaan bertujuan meninjau dengan lebih dekat pelbagai operasi yang dijalankan di KSB.Dalam kunjungan itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mahu supaya anak syarikat kerajaan negeri terus maju dan menepati tema kerajaan dalam membina negeri yang maju, berkat, serta sejahtera.
07 Oct 18
1165
Empty Image
Terengganu Sambut Baik Usaha Kerajaan Pusat Tingkat Keusahawanan
Mohd Norkhuzaini (kanan) mengiringi Dato' Sri Jamil Haji Salleh meninjau 'booth' pameran di karnival tersebut. Foto - M. ShukriOleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyambut baik segala usaha daripada Kerajaan Persekutuan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya dalam bidang keusahawanan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri juga akan memberikan kerjasama yang baik bagi keuntungan rakyat Terengganu.Katanya, beliau mengharapkan kerjasama ini tidak berhenti di sini sahaja."Ini kerana banyak lagi perkara yang boleh membawa manfaat kepada rakyat khususnya dalam bidang perniagaan ini." ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Karnival Online Network Entepreneur (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berlangsung di Mydin Mall Gong Badak, semalam (5 Oktober).Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, semua agensi kerajaan termasuk SSM digabungkan di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (MSPUT)."Matlamat setiap agensi adalah sama yang bertujuan untuk membangunkan potensi usahawan-usahawan di Negeri Terengganu."Justeru, kita wujudkan satu platform iaitu MSPUT untuk kita bekerjasama membantu usahawan Terengganu.Tambahnya, pihak kerajaan negeri akan mengintegrasikan semua agensi kerajaan pusat dan negeri di bawah satu bumbung bagi memudahkan pengurusan data maklumat."Kita akan bangunkan 'big data' (pengkalan maklumat) untuk kita integrasikan semua agensi di bawah satu bumbung untuk mengakses data masing-masing."Permohonan mereka akan di'syncronize'kan, jadi tidak timbul isu pertindanan permohonan ataupun sesetengahnya akan dapat dua atau tiga bantuan dalam satu masa."Oleh itu, ini merupakan satu langkah yang baik dan SSM antara agensi yang bergiat aktif dalam program-program keusahawanan negeri," jelasnya.Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Dato’ Sri Jamil Haji Salleh.Karnival Online Network Entepreneur (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah berlangsung bermula semalam hingga 6 Oktober.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.
06 Oct 18
131
Empty Image
Qas Tailor Sambung Legasi Keluarga
YB Mohd Nor sempat menyaksikan demontrasi jahitan ketika merasmikan kedai jahit Qas Tailor di Bukit Payung.MARANG - Ketika remaja lain melepaskan tekanan belajar dengan bersuka ria selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak bagi Nur Qasrina Mohd Laji, 18, apabila sudah merencanakan masa depannya untuk berjaya pada usia muda walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Pengalaman membesar dalam keluarga yang berlatar belakangkan dunia perniagaan menjadikan dirinya lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya yang lain.Nur QasrinaAnak kepada pasangan suami isteri, Mohd Laji Mamat, 50, dan Aida A.Rahman, 48,  yang merupakan pemilik Jie Shop berkata, semangatnya untuk menceburi perniagaan bermula sejak kecil tatkala melihat kejayaan ibu bapanya dan bercita-cita menjadi ahli peniagaan yang berjaya malah lebih hebat daripada yang dijalankan oleh keluarganya sehingga mampu menembusi pasaran antrabangsa.Dia juga tidak pernah menyesal dengan pilihannya dan jika berpeluang menyambung pelajaran satu masa nanti dia akan memilih bidang perniagaan bagi meluaskan pengetahuannya serta memantapkan kemahiran di bidang itu.“Sebaik tamat SPM, saya mula mengintai peluang perniagaan termasuk di luar negara yang sesuai untuk saya ceburi dan memilih bidang jahitan pakaian siap berbanding perniagaan tempahan pakaian yang dijalankan oleh ayah.“Saya ada kelebihan bila memilih bidang ini apabila mendapat sokongan seratus peratus daripada ibu dan ayah. Dalam tempoh tiga bulan pertama ini, saya dalam proses menyiapkan seribu pasang baju Melayu untuk dijual pada Aidilfitri tahun hadapan termasuk seratus pasang kot yang siap dijahit,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis perasmian Qas Tailor di Bukit Payong, di sini,  hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Sementara itu, Mohd Nor ketika merasmikan Qas Tailor berkata, dalam perniagaaan perlu menekankan dua perkara untuk menjadi usahawan yang berjaya dan diberkati dalam setiap urusniaga yang dilaksanakan dengan pelanggan.“Yang pertama, kita perlu ikhlas kepada Allah SWT tentang niat untuk kita berniaga dan keduanya menjalankan perniagaan mengikut syariat dalam Islam.“Jangan sesekali menipu kerana ia akan menyebabkan kita hilang keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan itu,”katanya.Dalam pada itu, bapa kepada Nur Qasrina, Mohd Laji berkata, dia dan isteri tidak pernah menghalang kemahuan anak ketiganya dari lima beradik kerana yakin dia mampu berjaya dalam bidang yang diceburi.“Sebagai ayah sudah tentu saya menyokong penuh pilihan Nur Qasrina tetapi ada syaratnya iaitu dia harus lebih hebat dari perniagaan yang saya jalankan selama 25 tahun.“Saya mahu lihat dia menembusi pasaran antarabangsa melalui kemahirannya, pengetahuannya dalam memasarkan hasil produk secara atas talian yang lebih hebat jika dibandingkan dengan cara saya menjalankan perniagaan untuk sampai ke tahap ini.”ujar Mohd Laji.
03 Oct 18
1169