Artikel "Ekonomi" Terkini
                            Berkat Adalah Hasil Sinergi Amalan Pengeluaran ‘Halalan Toyyiban’
                        
                        
                            Haji Mohd. Nurkhuzaini mendengar taklimat pengeluaran produk kilang Sidratul dari pemiliknya, Ustaz Tajudin (kanan).Oleh: Haji Sazali Mohd NoorKUALA KANGSAR, 31 Oktober - Keberkatan perniagaan adalah hasil sinergi Amalan Pengeluaran Islam (Islamic Manufacturing Practice - IMP) yang mengamalkan konsep ‘Halalan Toyyiban’ di setiap peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman menyeru para usahawan melaksanakan kombinasi kedua-dua perkara tersebut dalam kehidupan mereka.“Kalau boleh saya masukkan dalam silibus (sukatan) ucapan saya, (kerana perkara) halal itu dia fokus kepada fizikal dan 'toyyiban' itu adalah spiritual kita. Kombinasi antara dua itu barulah lengkap.“Banyak kita lihat orang yang biasa memperjuangkan (pengeluaran) halal ini kadang-kadang dari segi praktisnya tidak ‘toyyiban’.“Bila tidak ada kombinasi, orang boleh sebut 'halalan' semudah tutur kata lidah sahaja tapi bila  'toyyiban' ia melibatkan spiritual kita yang payah kita nak adaptasi dalam diri kita,” tegasnya.Menurutnya, ramai peniaga yang berupaya mengeluar dan menjual barangan serta perkhidmatan yang halal.Namun katanya, ia tidak mendapat keberkatan dari Allah kerana para pengusaha atau peniaga itu tidak tunduk dan patuh kepada Allah semasa proses pengeluaran atau penjualan dijalankan.Oleh itu, Mohd. Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, antara amalan penting yang mesti dititik beratkan oleh para usahawan ialah sentiasa menjaga kebersihan dengan keadaan berwuduk pada setiap masa.Beliau berkata demikian selepas melawat Kilang Sidratul Enterprise yang mengeluarkan produk kesihatan ‘Halalan Toyyiban’, di sini, semalam.Sehubungan itu, pemilik industri kilang tersebut, Ustaz Tajuddin Arshad berkata, pengeluaran produk yang halal tidak semestinya ‘toyyiban’ atau baik kepada orang ramai.“Produk halal senang atau mudah diperolehi dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.“Tetapi untuk mendapatkan (status) ‘toyyiban’ itu melibatkan amalan rohani seperti memulakan pengeluaran dengan keadaan sentiasa patuh kepada Allah, berwuduk (bersih) dan melakukan solat serta berdoa kepada Allah,” jelasnya.Menurut beliau, para pekerja Kilang Sidratul Enterprise mengamalkan Amalan Pengeluaran Islam dan memulakan tugas pada setiap pagi dengan bacaan Asma Al-Husna dan solat sunat Dhuha.“Dengan itu, produk yang dihasikan bukan sahaja halal tetapi toyyiban yang bukan sahaja halal dan bersih, malah membawa keberkatan kepada para pembeli dan penggunanya insya-Allah,” tambah beliau.Katanya, selain mengeluarkan produk kesihatan, kosmetik dan makanan tambahan, kilang beliau turut menerima tempahan untuk pengeluaran pelbagai produk pengguna yang lain.
                        
                        
                                30 Oct 18
            
                    
                                744
            
            
                            3,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat
                        
                        
                            Hanafiah Mat.KEMAMAN, 30 Oktober - Lebih 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada rakyat apabila  sebuah kilang plastik di tapak kilang besi Perwaja Steel Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, yang ditutup empat tahun lalu akan beroperasi semula tidak lama lagi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, kilang plastik itu yang dimiliki sebuah syarikat dari China dijangka beroperasi awal Januari depan.Menurutnya, ketika ini kerja-kerja pembinaan pemasangan di kilang tersebut sedang rancak dilaksanakan."Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada kilang ini untuk beroperasi."Saya juga telah arahkan jabatan-jabatan kerajaan supaya mempercepatkan proses agar kilang ini dapat beroperasi seperti yang disasarkan supaya rakyat terutama yang kehilangan kerja akibat kelembapan ekonomi dapat bekerja semula," katanya ketika ditemui pada program di Chukai, baru-baru ini.Perwaja Steel menutup operasinya pada November 2014 menyebabkan 1,500 pekerjanya terpaksa diberhentikan.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, pembukaan kilang baharu di tapak kilang besi itu bakal merancakkan lagi kawasan perindustrian berkenaan yang sebelum ini kian malap.Malah menurutnya, Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) yang terletak berdekatan tapak Perwaja Steel juga baru mengadakan temuduga terbuka untuk pengambilan 200 pekerja."KSB adakan pengambilan pekerja ini ekoran harga pasaran minyak dunia yang kembali meningkat sekali gus menghidupkan semula peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas ini."Saya harap dalam tempoh lima tahun lagi Kemaman akan kembali bersinar sebagai kawasan industri minyak dan gas seperimana 15 tahun lalu," katanya.Kredit: Sinar Harian
                        
                        
                                29 Oct 18
            
                    
                                265
            
            
                            YPU Timbang Kerjasama Perniagaan Dengan Pengeluar Susu Soya
                        
                        
                            Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (kiri) berbincang dengan Dawood Somchai Kulkirirattana di dalam kilang Labansoy.YALA, 30 Oktober - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempertimbangkan cadangan untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan pengeluar susu soya Labansoy, Toiyibun Co. Ltd.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, beliau kagum dengan usaha yang dimajukan oleh syarikat tersebut iaitu sebuah perniagaan milik umat Islam di Selatan Thai.“Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak Labansoy yang menerima baik kunjungan kami dan saya sangat bersyukur kerana ia adalah sebuah syarikat milik orang Islam yang berjaya.“Mungkin kita akan melaksanakan kolaborasi perniagaan dalam masa terdekat dengan Labansoy,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika menyampaikan ucapan balas, semasa melawat kilang tersebut, semalam.Menurutnya, YPU bersama 20 orang delegasi daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri dalam rangka lawatan meninjau peluang kerjasama perdagangan di beberapa buah tempat di wilayah Selatan Thai.Sebelum itu, Pengarah Urusan Toiyibun Co. Ltd., Dawood Somchai Kulkirirattana mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Negeri Terengganu.Katanya, beliau mengucapkan terima kasih di atas kedatangan rombongan yang dianjurkan YPU ke kilangnya  di Petkasem Rd. Thasap, Muangyala, Yala.“Ia adalah langkah yang tepat kerana sebelum ini para pelabur termasuk dari negara China tidak berani datang ke sini.“Mereka takut dan bimbang kerana wilayah Selatan Thai, khususnya Yala merupakan kawasan yang disifatkan sebagai bergolak berikutan beberapa siri serangan bom dan keganasan yang berlaku,” ujar beliau.Dalam perkembangan yang sama, Haji Mohd. Nurkhuzaini berkata, permintaan terhadap minuman soya adalah sangat tinggi.Katanya, ia terbukti dengan fakta yang disampaikan dalam taklimat oleh Dawood iaitu Labansoy telah dieksport ke luar negara, termasuk di Timur Tengah dan Afrika.“Cuma masalahnya ialah rangkaian penawaran bahan asas iaitu kacang soya adalah terhad dan terpaksa dibawa masuk dari negara luar.“Ia melibatkan kos yang amat tinggi, buruh dan pengeluaran dari ladang. Oleh itu, YPU dan usahawan yang ada (di bawah seliaannya) dapat memanfatkan ruang dan peluang yang ada (dari pengeluaran) susu soya ini,” tambah beliau.Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Rozali Salleh, Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan YPU, Haji Zulkifli Yunus dan  Pengurus Pembangunan Usahawan YPU, Ahmad Shabirin Awalludin.
                        
                        
                                29 Oct 18
            
                    
                                294
            
            
                            Pengeluaran Silika Di Terengganu Cecah 500,000 Tan Metrik Sejak 2017
                        
                        
                            Datuk Tengku Hassan (tengah) ketika melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.SETIU, 29 Oktober - Sejak pembukaan kilang pemprosesan pasir silika di Bari pada 2017, industri pengeluaran bahan galian itu di Terengganu sehingga kini telah mencecah 500,000 tan metrik.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, lebih RM275 juta juga telah dilaburkan Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) bagi pembangunan projek berkenaan sepanjang tempoh tersebut.“Silika di sini diproses kepada beberapa gred yang diperlukan oleh industri untuk eksport luar negara, antaranya ke Jepun, Korea dan Taiwan. Ianya memerlukan pelaburan yang tinggi dan saya difahamkan TSC telah melabur lebih kurang RM275 juta."Selain itu, bermula tahun depan kita juga berhasrat memperluaskan lagi industri ini dengan penglibatan masyarakat kampung menerusi penghasilan produk cenderamata berasaskan silika," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd., N.Surendran.Katanya, produk cenderamata berkenaan akan dipamerkan dan dijual di Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu. Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga akan meminta pihak syarikat supaya menimbus balik 40 peratus daripada lombong dengan sisa silika di samping sebahagiannya akan dijadikan kolam ikan dalam usaha mengelakkan berlakunya pembaziran. Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan satu kawasan seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang dikenali dengan Lembah Silika Terengganu iaitu kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada anak Terengganu dan sekali gus dapat merealisasikan usaha kerajaan menunaikan manifesto iaitu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun,” ujarnya.
                        
                        
                                29 Oct 18
            
                    
                                1264
            
            
                            Industri Madu Terengganu Perlu Inovasi
                        
                        
                            Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berucap pada pemberita selepas melawat sebuah gedung madu di Hat Yai.Oleh: Haji Sazali Mohd NoorHAT YAI, 29 Oktober - Industri madu di Negeri Terengganu perlu ditingkatkan sehingga mencapai tahap sebagaimana di negara jiran, Thailand.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia telah berada jauh di hadapan berbanding perusahaan yang sama di Negeri Terengganu.Menurutnya, di Thailand, madu telah dimajukan sehingga kepada pengeluaran berskala besar, menjadi penghasilan dan meningkatkan industri pelancongan.“Berkenaan dengan  industri madu ini, apa yang dibuat oleh Thailand adalah lebih ke depan."Kalau kita hanya bela (pelihara) lebah itu untuk dapatkan madu sahaja, tetapi dia dah buat sampai ke produk akhir, industri hiliran dia (dengan) menghasilkan beberapa produk kesihatan, bukan sekadar hanya makan madu macam kita fahami atau lazimi di tempat kita,” jelasnya.Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu berkata demikian selepas melawat sebuah  gedung madu di sini, semalam.Katanya, beliau dimaklumkan terdapat  lima tempat di seluruh Thailand yang menjalankan industri tersebut secara besar-besaran.Oleh itu, beliau menyarankan kepada pihak yang terbabit dengan pengeluaran madu, termasuk Kelulut agar menjalankan kajian yang dapat memajukan industri tersebut.“Dalam industri madu ini, di peringkat kita mungkin madu Lebah dah menurun dan sekarang ini popular dengan madu Kelulut.“Kita kena (adakan) kerjasama dengan  unversiti-universiti  yang buat penyelidikan  yang boleh buat (hasilkan) produk berasaskan madu Kelulut mahupun madu Lebah,” ujarnya.Justeru itu, beliau mengharapkan agar dilakukan inovasi dalam pengeluaran madu agar pelbagai produk dapat dihasilkan.“Kalau di Terengganu terkenal dengan madu Kelulut, sekarang sepatutya kita ‘advance’ (lebih maju), banyak lagi (yang) kita boleh buat.“Contohnya (seperti penghasilan) gula-gula madu dan madu (Lebah serta Kelulut) dibela mengikut  tanaman (sekitarnya),” kata beliau.Tambahnya, beliau telah berbincang dengan pengusaha industri herba termasuk tanaman ‘Belalai Gajah’ agar turut memelihara Lebah dan Kelulut di dalam ladangnya.“Yang nak tanam herba, macam ’Belalai Gajah’, apabila ditanam, di bawah itu boleh letak dan bela Lebah ataupun Kelulut.“Secara tidak langsung  Lebah dah (akan) makan madu Belalai Gajah dan ubat kencing manis itu (terdapat) dalam madu itu (yang dihasilkan) dah ada terkandung benda (penawar) itu.“Itu salah satu daripada inovasi kita selain daripada kita keluarkan (pelbagai) produk (kesihatan) seperti dalam penerangan kita tadi,” kata beliau lagi.
                        
                        
                                28 Oct 18
            
                    
                                91
            
            
                            Dari RM35, Kini Cecah RM40,000 Sebulan
                        
                        
                            Azmi menunjukkan sebahagian daripada produk pes yang dijual di Road To Maha.KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Berani, positif, sentiasa memandang ke hadapan dan tidak pernah berputus asa antara prinsip yang dipegang oleh usahawan muda berjaya ini malah menjadikannya mampu memiliki apa yang diimpikan dalam hidupnya.Pemilik Tenang Recipe, Azmi Alias, 34, juga mengakui cabaran yang diharungi bukan mudah dan memberikan seribu satu kekuatan untuk tampil seperti hari ini.Bermula secara kecil-kecilan, perniagaan Tenang Recipe hanya berbekalkan modal awal RM5,000 dan melakukan segalanya di rumah dengan pertolongan isteri, Noor Shahirah Hassan, 32 dan tiga anak saudara.Katanya lagi, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dan bukan mudah untuk bergelar seorang usahawan hebat sekiranya tiada ilmu dan pengalaman, tambahan pula, apabila terpaksa bermula dari bawah.“Jika diimbau kembali pada 2016, daripada merangkak hingga mampu berjalan dan kini berlari, sampai satu tahap saya pernah mendapat hanya RM35 sebulan dari jualan pes ikan bakar.“Dulu saya bermula dengan menjual 100 paket sebulan sahaja dan ia sebenarnya membina satu kekuatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila hanya separuh sahaja yang berjaya dijual."Namun ia berubah melalui penganjuran karnival oleh kerajaan negeri untuk usahawan seperti Road To Maha dan ekspo keusahawanan yang telah memberi ruang dan peluang baru untuk saya berjaya dan kini pendapatan saya mencecah RM30 hingga RM40 ribu sebulan,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir, kelmarin.Bagi Azmi, penganjuran karnival seperti ini, bukan sahaja berjaya meningkatkan jualan para usahawan bumiputera, malah memperluaskan lagi rangkaian perniagaan usahawan-usahawan terbabit di seluruh negeri ini.Kini perniagaannya mula menakluki pasaraya utama di negeri ini seperti Sabasun dan mempunyai agen-agen jualan di Kuala Lumpur, Kedah dan Perak dalam masa setahun sahaja selepas menyertai lebih dari 20 ekspo dan karnival usahawan di semua peringkat.Dalam pada itu, Azmi berkata, produk pes makanan sedia hidang yang dihasilkan seperti sos ikan bakar, sos tiga rasa, sos namprik pau dan sos BBQ itu mempunyai kelebihan tersendiri yang memang sedap dan mudah digunakan."Produk-produk ini diproses secara moden tetapi kesedapannya tetap asli malah mudah digunakan kerana semuanya cukup rasa dan yang penting ia tanpa bahan pengawet," tambahnya.
                        
                        
                                28 Oct 18
            
                    
                                120
            
            
                            PPSB Usahakan Minyak Gaharu
                        
                        
                            CEO Golden Pharos Berhad, Dato’ Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak.KUALA LUMPUR - Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), telah menandatangani satu perjanjian dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd bagi menjual minyak gaharu yang diproses daripada 500 pokok Karas.Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad (GPB), Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut bakal memberi sumbangan positif kepada syarikat di masa hadapan.Menurutnya, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan syarikat BioBenua Teknoloji itu merupakan keputusan terbaik memandangkan industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Berhad Dato' Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak bersalaman dengan Pengarah BioBenua Teknoloji Sdn Bhd Dato' Abdul Razak Ali selepas menandatangani perjanjian kerjasama untuk memproses pokok Karas.Katanya, perjanjian kerjasama itu termasuklah menanam, memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada pokok Karas.“Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian keuntungan iaitu 60 peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan PPSB.“Di bawah perjanjian itu, PPSB akan membekalkan 500 pokok karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan.“Kemudiannya, pokok yang telah dirawat akan diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, dan ia merupakan bahan asas penting untuk pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, di ibu negara, Kuala Lumpur, kelmarin.Menurut Dato’ Nadzarudin, Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) merupakan sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB), mempunyai 1,000 pokok karas yang ditanam seluas 2471 ekar di Ladang Karas, Mercang, Terengganu.“Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan satu spesis pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia. “Pokok Karas boleh diproses untuk menghasilkan minyak gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian,” jelasnya.Tambah beliau, Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia yang menanam 50 ribu jenis spesis pokok yang hidup dalam pelbagai habitat, boleh ditemui di sekitar kampung sehinggalah ke pedalaman hutan.Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Shuhaimi Wan Aziz serta wakil BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, Roslan Ali.
                        
                        
                                26 Oct 18
            
                    
                                228
            
            
                            Golden Pharos, BioBenua Teknoloji Kerjasama Pasarkan Minyak Gaharu
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU , 24 Oktober -  Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB) menandatangani satu perjanjian dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, bagi menjual minyak gaharu yang diproses daripada 500 pokok Karas.Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian keuntungan iaitu 60  peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan PPSB, termasuklah kegiatan menanam, memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada pokok Karas.Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata,  kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut tidak akan memberi  impak segera kepada kewangan syarikat tetapi bakal memberi sumbangan  positif kepada syarikat di masa hadapan."Di bawah perjanjian tersebut, PPSB akan membekalkan 500 pokok Karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan."Kemudiaannya, pokok yang telah dirawat akan diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, di mana ia merupakan bahan asas penting bagi pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Ahmad Nadzarudin berkata, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan syarikat BioBenua Teknoloji merupakan inisiatif terbaik berikutan industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Katanya, Kumpulan Golden Pharos Berhad mempunyai 1,000 pokok Karas yang ditanam dalam 2,471 ekar di Ladang Karas, Merchang, Marang.Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan satu spesies pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia dan boleh diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian.Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia yang menanam 50,000 jenis spesies pokok yang hidup dalam pelbagai habitat, boleh dijumpai di sekitar kampung sehinggalah ke dalam pedalaman hutan.
                        
                        
                                23 Oct 18
            
                    
                                264
            
            
                            Kosihat Capai Objektif Tingkat Taraf Sosioekonomi Anggota
                        
                        
                            Foto - M. ShukriOleh : Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 20 Oktober – Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad (Kosihat) berjaya mencapai objektif penubuhannya untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi di kalangan anggota menerusi pelbagai aktiviti. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, keanggotaan dalam koperasi itu bukan semata-mata mementingkan soal dividen dan kepentingan lain, tetapi yang lebih utama adalah aktiviti kebajikan yang dapat dimanfaatkan oleh ahli dari semasa ke semasa."Antara aktiviti kebajikan yang dijalankan koperasi ialah memberi  menyediakan khidmat khairat kematian, memberi sumbangan kepada ibu bapa  sekiranya berlaku kematian anggota koperasi dan juga memberi sumbangan  kepada anggota yang ingin mengerjakan ibadah haji."Selain itu,  koperasi juga memperuntukkan dana untuk anak-anak kakitangan yang  cemerlang bagi menampung mereka melanjutkan pengajian ke peringkat  pengajian tinggi,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke -17 Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad di Dewan Teater, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di sini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh; Pengerusi Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad, Dr Mohamad Rifin  Awang dan juga mantan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Omar.Dr Alias berkata, Allah SWT akan membantu mereka yang menolong orang lain yang dalam kesusahan melalui aktiviti kebajikan dengan memberi keberkatan dalam hidup kita.Tambahnya, kerajaan sedia membantu usaha usaha ke arah meningkatkan peluang-peluang perniagaan koperasi supaya lebih berdaya saing dan akan memastikan perniagaan yang dijalankan mematuhi syariah selari dengan hasrat kerajaan negeri."Tahniah diucapkan kepada koperasi ini yang selama ini mengambil berat soal halal dan haram dalam urusan perniagaan."Justeru, harapan saya semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan keahlian Kosihat, pendapatan dan menambah baik aktiviti-aktiviti kebajikan bagi menjayakan program yang dirancang,"katanya.
                        
                        
                                21 Oct 18
            
                    
                                353
            
            
                            Pasar Pagi Bukit Diman Bakal Dinaik Taraf
                        
                        
                            Suasana Pasar Pagi Bukit Diman, AjilOleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU- Pasar Pagi Jumaat Kampung Bukit Diman akan dinaiktaraf bagi keselesaan, kemudahan dan keselamatan kepada para peniaga termasuk pembeli.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata penyusunan semula tapak pasar berkenaan merupakan langkah terbaik supaya beberapa masalah berkaitan dengannya dapat diatasi.Katanya, mengikut perancangan apabila tapak baharu disiapkan, para penjual akan masuk ke dalam pasar manakala di tepi jalan ada disediakan parkir yang lebih selamat untuk pengguna."Jadi penjual dapat menjual dengan sempurna dan pembeli dapat membeli dengan selesa sebab itu kita mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutama penjual untuk kebaikan bersama atas faktor keselamatan, keselesaan dan kebersihan pasar ini."Alhamdulillah, setakat ini para peniaga pasar pagi yang terlibat memberi maklum balas dan penerimaan yang sangat baik atas usaha yang ingin dilakukan ini,"ujarnya.Yb MaliamanBeliau berkata demikian kepada Wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika menghadiri taklimat cadangan menaiktaraf pasar pagi Jumaat bersama para peniaga  bertempat di Masjid Kampung Bukit Diman, di sini, semalam (19 Oktober).Antara peniaga pasar pagi Bukit Diman yang hadir mendengar cadangan menaiktaraf pasar pagi jumaat Bukit Diman Sementara itu, Penghulu Mukim Tanggol dan Diman, Jefridin Salleh berkata perancangan menaiktaraf pasar dibuat secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.Jelasnya, perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat di peringkat daerah dan perbincangan telah dibuat bersama Yb ADUN Ajil baru-baru ini."Peringkat awal, kita sediakan tapak  permulaan sebagai kemudahan persiapan kepada peniaga- peniaga yang berniaga di tepi jalan untuk berpindah ke tempat lebih selamat."Ianya sesuai dengan hasrat di peringkat daerah dan DUN yang mahu mewujudkan satu lokasi yang strategik kepada semua peniaga di kawasan ini dan orang luar, walaubagaimanapun merujuk juga kewangan yang ada di peringkat negeri." Alhamdulillah, Yb ADUN Ajil telah bersetuju untuk memberi peruntukan di bawah DUN untuk kita buatkan satu tapak yang sesuai dahulu di peringkat permulaan," ujar Jefridin.JefridinTambahnya lagi, anggaran kos untuk penyediaan tapak dan kerja asas sebanyak RM20 ribu manakala pada tahun hadapan tapak tersebut akan di premit balik untuk menyediakan kiosk - kiosk bagi kemudahan orang ramai.Seorang peniaga yang ditemui, Razeta Mamat berkata kesibukan kenderaan di laluan utama membahayakan keselamatan dan kesihatan peniaga termasuk pembeli."Kenderaan semakin banyak melalui kawasan ini terutama lori dan kereta, kita bimbangkan keselamatan orang yang hendak membeli kerana kesibukan jalan dan debu yang dibawa kenderaan."InsyaAllah, jika pasar berada di tapak yang jauh dari jalan raya maka peniaga dapat berniaga dengan tenang," katanya.
                        
                        
                                20 Oct 18
            
                    
                                986