Artikel "Ekonomi" Terkini
                                            
                            Bajet 2019 : Chicken Cottage Rugi RM2.5 Juta Sepanjang 2018
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 27 November -  Restoran makanan segera milik kerajaan negeri, Chicken Cottage dianggarkan mengalami kerugian berjumlah RM2.5 juta sehingga Disember 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, cawangan Chicken Cottage di Terengganu mengalami kerugian sejak syarikat makanan itu mula beroperasi pada 2015.
Katanya, sejak mula beroperasi sehingga Disember 2017 kerugian adalah sebanyak RM2.6 juta. Manakala, pada 2017 pula merekodkan kerugian RM1.2 juta.
 
"Begitu juga dengan cawangan di Taman Tun Doktor Ismail, Kuala Lumpur (turut kerugian).
 
"Bagaimanapun, kita buat keuntungan besar di United Kingdom (UK)," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
 
Tengku Hassan berkata, sehingga kini, terdapat 70 outlet Chicken Cottage di UK dan restoran makanan itu akan melebarkan sayapnya di Dubai serta berkembang di negara-negara Arab. 
 
"Cawangan luar negara untung mungkin kerana jenama ini telah lama di sana dan sesuai dengan suasana masyarakatnya. Kita merancang melantik seorang 'master franchise' bagi setiap negara.
 
"Akan ada beberapa cawangan yang bakal dibuka di Jeddah, Riyadh dan India," katanya.
Menurut Tengku Hassan lagi, sebarang keputusan terhadap syarikat perniagaan makanan itu bagi cawangan dalam negara akan ditentukan oleh ahli lembaga pengarahnya tanpa campur tangan pihak lain.
 
                        
                        
                                27 Nov 18
            
                    
                                176
            
            
                            Street Art, Mural Grafik Eksklusif Jadi Tarikan
                        
                        
                            Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 26 November  – Karya seni `street art' yang menarik dikenali sebagai Mural Grafik Ekslusif  dihasilkan di premis kedai, Rimba Square Kuala Nerus, di sini, bukan sahaja sebagai promosi perniagaan, malah membantu industri pelancongan negeri.Pelancaran Mural Grafik Ekslusif berkenaan disempurnakan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Ab. Rahman, kelmarin.Pengarah Urusan Inspirasi Jamha (IJ), Datin Siti Maszuriyati Aziz berkata, objektif utama mural itu sebagai tanggungjawab korporat  sosial (CSR) kepada masyarakat setempat selain dapat membantu  mempromosikan industri pelancongan negeri.“Kami menyediakan ruang dan peluang secara percuma sepanjang masa  kepada penggemar `street art” dan juga kepada pelancong untuk bergambar  dengan setiap lukisan yang kami sediakan hasil karya anak Terengganu  iaitu daripada saudara Muhammad Farhan Mohad dan Saudara Muhammad  Suhaimi Ali,” katanya ketika sesi sidang media.Siti Maszuriyati berkata, keistimewaan tudung Bawal Ekslusif itu adalah dihasilkan daripada  kain yang diimport daripada Jepun, diperincikan dengan tampalan Kristal  Swarovski daripada Australia dan dikeluarkan daripada kilang  Puchong, Selangor yang diuruskan oleh anak tempatan sebelum ia dipasarkan.Tambah  beliau lagi, tudung Bawal Ekslusif ini bukan sahaja sesuai dipakai  untuk orang dewasa malah ia juga sesuai dengan semua lapisan termasuk  kanak-kanak dengan 197 jenis rekabentuk bermula RM56.60 sehingga RM5,000.Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan khas  kepada pelanggan yang berminat untuk mencorak citarasa mereka sendiri  serta membuka perkhidmatan secara atas talian iaitu di facebook page :  Inspirasi Jamha dan di Instagram : Inspirasijamha_bawalexclusive.Mengulas lanjut konsep dan mesej mural, katanya pada  ukiran kayu kepala perahu pada bingkai dan bendera Terengganu yang  dilukis pada buai itu merujuk kepada lokasi Butik (IJ) yang terletak di  Terengganu."Manakala wanita menghulurkan beg kertas membawa  maksud kepada layanan dan perhatian yang akan diberikan kepada pelanggan  IJ dengan layanan mesra pelanggan."Turut menghiasi dinding mural  tersebut ialah rama-rama yang mempunyai sayap bewarna-warni yang  bermotifkan identiti kepelbagaian warna tudung yang memikat hati wanita.  Sementara basikal yang menuju ke arah butik IJ memberi maksud kepada  kesesuaian sepanjang zaman pilihan butik IJ di kalangan para wanita. Seterusnya, kerusi, meja dan belon I LOVE IJ membawa maksud keselesaan yang disediakan oleh butik IJ kepada pelanggan untuk memilih tudung-tudung yang berkenan di hati,"katanya.
                        
                        
                                26 Nov 18
            
                    
                                1405
            
            
                            Bajet 2019 : Industri Silika Terengganu Sedia Lebih 7,000 Peluang Kerja
                        
                        
                            Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kawasan seluas 4,000 hektar di Kampung Jambu Bongkok, Marang sebagai Lembah Silika Terengganu yang bakal menyediakan lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dengan nilai pelaburan berjumlah RM13 billion. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, industri silika berpotensi besar menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara sekali gus bertindak sebagai penggerak ekonomi Negeri Terengganu dan penjanaan pendapatan kerajaan negeri.Katanya, sehingga kini lebih 50 pelabur termasuk dari China, Taiwan, Korea dan tempatan menunjukkan minat kepada industri silika.“Rata-rata pelabur yang mencari peluang pelaburan di negeri ini lebih berminat kepada industri silika yang mana taburan deposit silika di negeri ini terdapat di seluruh daerah kecuali Hulu Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) berkaitan status terkini projek industri silika di Lembah Silika, Kampung Jambu Bongkok dalam sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas pada 6 Disember ini bagi penyaluran dan pembekalan gas dari Santong, Paka ke tapak Lembah Silika Terengganu yang akan menjadi kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ini perlukan masa kerana melibatkan pengambilalihan tanah penduduk dan sebagainya. InsyaAllah, kilang pertama akan dibina di tapak ini pada 2020,” ujarnya.Tengku Hassan berkata, di bawah portfolionya juga satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menarik minat syarikat dari dalam dan luar negara melabur di negeri ini khususnya di Lembah Silika Terengganu.Katanya, kajian juga akan dilakukan untuk mengenalpasti dan menentukan lokasi mana yang mempunyai taburan deposit silika yang paling banyak di negeri ini.
                        
                        
                                25 Nov 18
            
                    
                                134
            
            
                            KOSPA Sasar Jualan RM300 Ribu Sempena Karnival i-Spa
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 22 November - Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad (KOSPA) mensasarkan jualan sebanyak RM300 ribu sepanjang empat hari berlangsungnya Karnival i-Spa & Wellness 2018 pada 29 November hingga 2 Disember ini.Pengerusi KOSPA negeri, Zaliha Abu Bakar berkata, jumlah sasaran tersebut termasuk jualan secara langsung kepada pengunjung dan padanan perniagaan antara pihak industri sama ada dalam serta luar negeri.Katanya, setakat ini 69 pengusaha Spa mengesahkan penyertaan dalam karnival yang akan berlangsung di Terengganu Trade Centre (TTC) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)."Melalui pameran dan jualan yang diadakan, orang ramai juga dapat mengetahui mengenai produk, perkhidmatan dan kaedah promosi berkesan dalam bidang kecantikan."Selain itu, karnival ini juga menjadi platform untuk menyampaikan maklumat mengenai kosmetik buatan tempatan dan rawatan kecantikan termasuk ceramah keagamaan," ujarnya kepada pemberita di sidang media Pra Pelancaran dan Mini Hi-Tea Karnival I-Spa & Wellness di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Zaliha Abu Bakar.Menurut Zaliha, karnival ini sebagai salah satu usaha memberi pendedahan kepada orang ramai tentang industri Spa dan produk kecantikan serta selok-belok dunia perniagaan dalam bidang kecantikan."Ia dirancang dan dilaksanakan bagi memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran, memartabatkan produk serta perkhidmatan luar bandar,"katanya lagi.Karnival yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman pada 29 November ini.Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang karnival berlangsung antaranya pertandingan mewarna, forum bisnes bersama PU Azman dan Lidyawati, bengkel kecantikan dan persembahan artis terkenal Dato' Nassier Wahab serta ceramah keagaman oleh PU Amin.Selain itu, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah sepanjang empat hari dengan cabutan utama lima keping jongkong emas yang keseluruhannya bernilai RM3,000.
                        
                        
                                22 Nov 18
            
                    
                                114
            
            
                            Permint Plywood Terus Melangkah Ke Hadapan
                        
                        
                            Oleh: Khairuddin YusoffPUTRAJAYA, 19 November- Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) yang merupakan salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri akan terus melakukan transformasi termasuk meluaskan pasaran ke luar negara.Pengerusi Lembaga Pengarah PPSB, Ustaz Haji Maliaman Kassim berkata, PPSB kini semakin mengorak langkah ke hadapan dengan pencapaian yang membanggakan menerusi usaha keras yang dilakukan oleh pihak pengurusan kilang papan lapis tersebut.“Saya selaku pengerusi kepada PPSB merakamkan ucapan penghargaan kepada semua kakitangan PPSB dengan anugerah SIRIM 2018 ‘Chain Of Custody Of Forest Based Products’ menerusi persijilan Programme For The Endorsement Of Forest Certification (PEFC) yang berjaya dicapai."Semoga dengan anugerah ini menjadi suntikan semangat kepada semua kakitangan pentadbiran dalam meneruskan usaha untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pencapaian keuntungan kepada PPSB yang boleh membantu kerajaan Negeri dalam sumber kewangan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika menghadiri Majlis SIRIM Industri 2018 “Best Partner For Innovation" di Putrajaya Grand Ballroom, Putrajaya Marriot IOI Resort City, baru-baru ini.Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Permint Plywood Sdn. Bhd, Haji Wan Shuhaimi Wan Aziz berkata, beliau berharap produk keluaran PPSB dapat dieksport ke luar negara yang mana dapat menjangkau keuntungan yang tinggi."Saya mewakili pihak pengurusan PPSB sangat berbangga dengan anugerah ini dan berharap dapat menembusi pasaran eksport ke luar negara dan dapat dijual dengan harga yang tinggi."Buat masa sekarang kita menghasilkan venir untuk pembuatan plywood dan juga woodchip dalam pembuatan fiber dan turut mengusahakan produk gaharu secara komersial dimana kita telah membeli sebanyak 1,000 pokok dari Ladang Karas Jabatan Hutan Merchang dengan jangkaan keuntungan mencecah RM500,000," ujarnya.Menurut beliau, PPSB juga telah bekerjasama syarikat dari Melaka iaitu BioBenua Teknoloji Sdn.Bhd bagi menjual minyak gaharu yang yang diproses dari pokok karas.
                        
                        
                                18 Nov 18
            
                    
                                531
            
            
                            Top IT Jalin Kerjasama Dengan Cakna Marketing
                        
                        
                            Haji Mohd Nurkhuzaini (tiga dari kanan) dan Haji Rozali Salleh (dua dari kiri) menyaksikan MoU antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd.KUALA LUMPUR, 12 November - Top It Industries Sdn Bhd baru-baru ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri untuk menjalinkan kerjasama strategik.Bagi tujuan tersebut, Top It Industries Sdn Bhd menandatangani MoU bersama Cakna Marketing Sdn Bhd. Kedua-duanya merupakan syarikat milik Kerajaan Terengganu di mana Top It Industries Sdn Bhd diselia oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) manakala Cakna Marketing Sdn Bhd adalah di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pada majlis itu, Top It industries Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Ibrahim Ismail manakala pihak Cakna Marketing Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji A. Razak Sulaiman.Majlis disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini bin Abdul Rahman. Turut hadir menyaksikan MoU tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YPU, Haji Rozali Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Training Centre (DITC), Suhaimi Embong.Mohd Nurkhuzaini dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama strategik tersebut adalah bagi memenuhi hasrat Cakna Marketing Sdn Bhd untuk memasarkan produk usahawan Terengganu menggunakan Payang.my."Top It Industries Sdn Bhd telah dilantik oleh Cakna Marketing Sdn Bhd untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan bagi memasarkan pelbagai produk menggunakan Payang.my."Dengan Payang.my, pengguna dari seluruh Malaysia boleh membeli produk usahawan Terengganu dengan lebih mudah dan cepat," ujarnya di Majlis Menandatangani MoU di antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (4 November).Justeru, jalinan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen Cakna Marketing Sdn Bhd dalam usaha memasarkan produk usahawan Terengganu secara efektif dan berkesan.
                        
                        
                                11 Nov 18
            
                    
                                460
            
            
                            Pengusaha PKS Digalak Sertai Kempen Harga Patut
                        
                        
                            Oleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU, 10 November- Usahawan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan untuk menyertai Kempen Harga Patut anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam usaha meringankan beban kos sara hidup masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, penyertaan pengusaha PKS dalam kempen tersebut bukan sahaja membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat malah memberi peluang kepada para peniaga memasarkan produk masing-masing.“Kempen seperti ini perlu diketengahkan kerana bukan setakat membolehkan barangan dijual pada kadar yang lebih rendah dari harga biasa tetapi sebagai platform kepada pengusaha PKS untuk memperkenalkan produk-produk baru mereka.“Disamping membuka ruang kepada para peniaga untuk  mencari 'business mathcing' dengan pasaraya-pasaraya besar,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di program Kempen Harga Patut anjuran KPDNHEP Negeri Terengganu yang berlangsung di Galeri A, Yayasan Pembangunan Usahawan, Kuala Terengganu.Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharudin Mohd Kia.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, sebanyak tujuh kategori disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat pilihan ketika membeli belah sempena kempen tersebut iaitu makan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan tin, minuman, barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan bukan makanan."Saya difahamkan potongan harga antara 10% sehingga 50% maknanya siapa (pengusaha) yang nak masuk sini mesti menawarkan  potongan antara 10 - 50%  kepada pembeli,” ujarnya.
                        
                        
                                11 Nov 18
            
                    
                                79
            
            
                            Perkenal Pantai Penarik Di Teksi London
                        
                        
                            Ariffin (kanan) menunjukkan paparan Pantai Penarik Setiu di Teksi London.UNITED KINGDOM,  7 November - Kerajaan  mempergiatkan promosi negeri Terengganu di luar negara dengan melancarkan teksi London berpaparan pemandangan Pantai Penarik, Setiu.Dengan pelancaran itu, satu lagi usaha bersungguh-sungguh dilakukan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia sekaligus  menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.Pelancaran itu dibuat bersama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri , Dato. A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi negeri, Ariffin Deraman di kota London, semalam.Gambar gimik pelancaran itu dimuat naik di status Facebook Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dato' A Rahman menunjukkan isyarat 'bagus' ke atas paparan promosi Pantai Penarik di Teksi London.Dr Ahmad Samsuri di statusnya menyebut, acara tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mempromosi produk pelancongan negeri di kota London.Katanya, kerajaan memilih untuk membuat promosi berkenaan kerana teksi itu merupakan satu ikon di kota London dan ia mempunyai keunikan reka bentuk tersendiri yang hanya terdapat di situ.Sementara itu, beberapa orang netizen dalam komentar di Facebook Dr Ahmad Samsuri, kebanyakannya menyambut baik sekaligus mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan tersebut.Mohd Asri Yusof menyifatkan iklan itu sangat sesuai dengan orang London.Manakala, Arbaain Embong pula mengharapkan semoga iklan berkenaan membuahkan hasil.
                        
                        
                                06 Nov 18
            
                    
                                90
            
            
                            Chicken Cottage Terengganu Lebih Sedap
                        
                        
                            Ariffin Deraman (kiri), Exco Kerajaan Terengganu bersama isteri (kanan) menikmati hidangan Chicken Cottage di UK. "Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" Kata Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan)UNITED KINGDOM, 7 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rasa menu hidangan Chicken Cottage di Terengganu lebih sedap berbanding di sini.Bagaimanapun beliau sedang mencari idea untuk menyusun kembali  perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih  berjaya dari United Kingdom."Sambil menikmati kelazatannya dalam cuaca yang sejuk ini, cari juga idea untuk menyusun kembali perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih berjaya seperti di UK,""Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" tulis beliau dalam status Facebook 5 November.Menu terbaru Chicken Cottage Kuala Terengganu ialah Ayam 'Sweet & Spicy Grill'.Beliau serta rombongannya mengadakan lawatan sambil kerja di sini termasuk meninjau perkembangan perniagaan Chicken Cottage di sini.Sebelum ini beliau mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama Chicken Cottage di sini 4 November.Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu tersergam indah.Sementara itu tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati kurangnya sambutan pelanggan terhadap makanan segera di restoran tersebut.Ia mungkin disebabkan faktor lokasi dan promosi yang tidak meluas sebagaimana perniagaan berteraskan makanan segera lain di daerah berkenaan.
                        
                        
                                06 Nov 18
            
                    
                                661
            
            
                            MB Terengganu Gembira Kejayaan CCL
                        
                        
                            Dr Ahmad Samsuri (tengah) mempengerusikan mesyuarat kali pertama CCL di UK.UNITED KINGDOM, 5 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempengerusikan mesyuarat kali pertama Chicken Cottage Limited (CCL) di sini dan beliau merasa gembira dengan perkembangan positif perniagaan anak syarikat kerajaan negeri itu."Saya mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Chicken Cottage Limited (CCL) di United Kingdom (UK) semalam dan sangat gembira mendengar perkembangan positif CCL di UK dan penerimaan baik pelanggan di sini," katanya dalam status Facebook beliau.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.), Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, Dato' Raja Haji Idris Raja Kamaruddin.Antara Ahli Lembaga Pengarah CCL bergambar bersama Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) di UK.Difahamkan, Chicken Cottage ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai syarikat perkongsian dan diperbadankan pada Februari tahun 2001.Restoran Chicken Cottage yang pertama dibuka pada tahun 1994 di Wembley, London.Pada Februari 2014, TI Global Food Holdings Bhd, Terengganu Inc, yang merupakan cabang pelaburan utama Negeri Terengganu, memperoleh 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu.Baki 30 peratus pada masa itu dimiliki oleh Ri-Yaz Global Food Brands Inc, anak syarikat Ri-Yaz Holdings, yang fokus utamanya adalah hospitaliti, perniagaan dan pembangunan francais.Antara menu popular Chicken Cottage dijual di UK.Cawangan pertama Malaysia dibuka di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada Disember 2015 dan terdapat rancangan untuk mempunyai 50 cawangan lagi, termasuk 15 di Terengganu.Restoran lain ditubuhkan di peringkat antarabangsa termasuk di Jerman, Syria, Dubai (UAE), Doha (Qatar), Iraq, Algeria, Pakistan, Perancis, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden dan Itali.
                        
                        
                                04 Nov 18
            
                    
                                242