lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Terengganu Mahu Jadi Hab Batik Dunia
Ukiran kayu mampu beri pulangan lumayan.BESUT, 15 Disember - Kerajaan Terengganu berhasrat menjadi antara negeri ‘gergasi’ dalam pemasaran dan pengeluaran batik di peringkat dunia.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, hasrat itu diperkukuhkan lagi dengan kursus baharu yang bakal diwujudkan oleh Politeknik Besut pada tahun 2021.“Diploma Industri Kraf dan Batik yang diwujudkan merupakan yang pertama dan satu-satunya di Politeknik Malaysia.“Pengkhususan kepada ukiran kayu dan batik fesyen akan dapat melahirkan bahan baru dalam industri yang berdaya saing.Nurkhuzaini menyampaikan sijil kursus kepada tenaga pengajar politeknik.“Walaupun kedua-dua industri ini kurang popular tetapi ia memberikan pulangan lumayan bagi yang berkemahiran tinggi dalam bidang ini.“Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk menjadikan industri ini sebagai salah satu kerjaya pilihan dalam usaha melahirkan lebih ramai ‘player’ di pelbagai peringkat.“Inisiatif yang dilakukan Politeknik adalah usaha yang baik dan perlu diteruskan,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan penutup Bengkel Perkongsian dan Pembangunan Ukiran Kayu Tradisi di Desa Ukiran Kayu, Kampung Raja kelmarin.Bengkel tersebut merupakan kursus ‘Training of Trainer’ bagi tenaga pengajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Politeknik untuk pembangunan program baharu yang bakal diwujudkan.Bengkel tersebut berlangsung selama lima hari bermula 9 Disember lalu yang menampilkan pembelajaran secara teori dan praktikal.Seramai enam orang tenaga pengajar dilatih dengan asas ukiran kayu yang bakal dijadikan silibus dalam program baharu itu.Turut hadir dalam majlis itu ialah Eksekutif Latihan Desa Ukiran Kayu, Mohamad Mazran Zakaria, Pengarah Politeknik Besut, Mukhtar Bakar dan Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Zulkifli Yunus.
14 Dec 18
290
Empty Image
MB, Exco Perlu Kerjasama MPKK
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 11 Disember 2018 – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi  sebahagian daripada jentera kerajaan yang penting berperanan menjayakan segala perancangan kerajaan untuk manfaat rakyat di peringkat akar umbi.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, mustahil kerajaan yang dipimpin seorang Menteri Besar dan sepuluh anggota Exco mampu menjaga 1.2 juta rakyat Terengganu tanpa kerjasama pihak lain.“Oleh itu, struktur organisasi kerajaan negeri yang terdiri daripada, Menteri Besar, barisan Exco  wakil rakyat di setiap DUN (Dewan Undangan Negeri), Setiausaha Kerajaan, pegawai daerah, penghulu dan peringkat terakhir adalah MPKK yang akan berurusan secara langsung dengan rakyat bagi menjaga kebajikan mereka,”ujarnya. “kita tidak mahu lagi mencari kelemahan tetapi pada masa yang sama tiada tindakan yang sewajarnya diambil bagi menyelesaikan sesuatu isu” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada MPKK DUN Bukit Tunggal, di Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Serdang Baru, di sini, semalam.Hadir sama, Pegawai IT dan Media Baru Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Tunggal, Mohd Norizu Ismail@Muda dan Ahli Jawatankuasa MPKK.Dr. Alias berkata, MPKK juga perlu mengubah ‘mind set’ mereka daripada pembangkang kepada kerajaan.Menurutnya lagi, sebagai wakil kerajaan, tanggungjawab yang dipikul oleh MPKK sangat berat maka mereka mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan hasrat kerajaan melalui program-program yang diatur oleh pihak DUN, pejabat daerah, dan kerajaan negeri.Selain itu, menyentuh mengenai beberapa tawaran manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu,  kerajaan memperuntukkan RM12 juta untuk kemudahan kad sejahtera, RM5 juta untuk wad kelas tiga percuma, air percuma untuk 20 meter padu bagi golongan berpendapatan rendah, lesen motosikal percuma sebanyak RM300. Kerajaan juga menanggung 14 juta bagi menampung kos pengecualian cukai pintu sebagaimana yang telah dijanjikan.“Apa yang saya risau adalah segala tawaran yang diberikan daripada pihak kerajaan tidak sampai kepada rakyat akibat kelalaian kita dalam menjaga kebajikan mereka, oleh itu pihak DUN mengambil inisiatif untuk memperuntukkan satu komputer riba kepada setiap cawangan MPKK bagi memudahkan urusan membantu rakyat yang berhajat memohon bantuan khususnya yang berbentuk secara ‘online’ contohnya seperti pendaftaran i-Dana, Rumah Mampu Milik (RMM) dan sebagainya,” tegasnya.Beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal berharap, semoga dengan pemberian inisiatif ini dapat memperkasakan MPKK dengan bersikap lebih proaktif serta memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
10 Dec 18
98
Empty Image
Pusat Khidmat DUN Platform Maklumat Usahawan
KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini meluaskan peranannya dengan bertindak sebagai platform penyebaran maklumat mengenai pembiayaan yang disediakan kerajaan untuk mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri,  Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, Pusat Khidmat DUN akan berfungsi sebagai pusat sehenti kepada para usahawan untuk mendapatkan info mengenai bentuk pinjaman, bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan sebagainya yang disediakan kerajaan.“Kita telah mengadakan satu taklimat bersama pegawai di Pusat Khidmat DUN dan mereka akan membantu peniaga yang memerlukan khidmat petugas ini termasuk cara mengisi borang bagi memohon pinjaman, khidmat nasihat dan sebagainya seolah-olah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempunyai cawangan di sana.“Selain borang, segala maklumat mengenai bantuan perniagaan, pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan negeri dan pusat akan dipaparkan dalam bentuk risalah dan seumpamanya di Pusat Khidmat DUN mulai Januari ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di program Sembang Santai Bersama Usahawan Peringkat Kuala Terengganu dan Marang di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), semalam.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Rozali Salleh serta ketua-ketua jabatan daripada 22 agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.Katanya, kerajaan juga berharap setiap pemohon dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan supaya tiada usahawan yang tertinggal dan terpinggir daripada bantuan yang disediakan.
09 Dec 18
72
Empty Image
Lembah Silika : Terengganu Dan Petronas Jalin Kerjasama Strategik
Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Terengganu Inc dengan PETRONAS di Kuala Lumpur hari ini .KUALA LUMPUR, 6 Disember - Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk melaksanakan kajian pembangunan pembekalan tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga ke Lembah Silika Terengganu.Projek pembangunan lembah silika itu adalah yang pertama di dunia berasaskan Taman Eko-Perindustrian di Jambu Bongkok, Marang.Ia membabitkan pembangunan bersepadu dua fasa seluas 4,000 hektar yang akan merangsang perindustrian limpahan dan pelbagai ekonomi di Pantai Timur Semenanjung.Dr Ahmad Samsuri Mokhtar .Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembangunan infrastruktur berkaitan gas itu membabitkan dua fasa termasuk fasa pertama di kawasan pelabur induk yang merangkumi 470 hektar.Manakala pembangunan fasa kedua pula membabitkan kawasan seluas 3,520 hektar."Anggaran nilai pelaburan bagi projek ini berjumlah RM13 bilion menerusi pelaburan domestik dan luar negara dan dijangka menyediakan 7,200 peluang pekerjaan baharu," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Terengganu Inc dan PETRONAS di sini, hari ini.Turut hadir,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu , Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri , Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' A Rahman Yahya, Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).MoU antara Terengganu Inc dan PETRONAS dimetrai disaksikan oleh Menteri Besar (tengah).Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, Terengganu Inc dan PETRONAS akan melaksanakan kajian dan penilaian teknikal dan komersial bagi pembangunan gas asli, penjanaan tenaga, pembekalan gas perindustrian dan lain-lain yang membabitkan pembekalan gas bagi pembangunan di kawasan berkenaan.Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, ia adalah kerjasama pertama kali PETRONAS dan Terengganu Inc."Saya berharap melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak komited untuk terus memacu pembangunan Negeri Terengganu bagi membangunkan lembah silika selain industri minyak dan gas pada masa akan datang," jelas beliau. Projek ini juga katanya, berada dilokasi paling strategik di lingkungan projek pembangunan Koridor ECER yang juga berhadapan dengan laut China Selatan," jelasnya. Sementara itu,  projek sedemikian dilaksana di Kampung Bari Setiu, dengan anggaran deposit silika sebanyak 180 juta tan metrik,  di samping beberapa tempat lain termasuk Rantau Abang,  Jambu Bongkok,  Kampung Telaga Papan,  Tembila, Besut dan Kampung Beris Meraga,  Kemaman. 
06 Dec 18
644
Empty Image
Pusat Khidmat DUN Jadi Pemudah Cara Pohon Pinjaman Niaga
KUALA TERENGGANU, 3 Disember – Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) membuka permohonan pinjaman usahawan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri,  Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, peniaga bolehlah mengunjungi petugas dan mengisi borang bagi memohon pinjaman yang disediakan di pusat Khidmat DUN berdekatan.“Pelbagai bentuk dan kategori pinjaman yang kita tawarkan. Kalau boleh semua sektor kita mahu  bantu. Antaranya sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sedia ada seperti usahawan pelancongan, usahawan pertanian dan penternakan juga kita akan bantu.“Jadi permohonan itu bergantung kepada kategori perniagaan seperti kalau mahu menjalankan perniagaan 'foodtruck', YPU boleh menyediakan pinjaman sehingga RM75,000, MARA pula memberi pinjaman sampai RM200,000, ” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Kemudahan dan Bantuan Keusahawanan, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Padang Hiliran, di sini, hari ini.Mohd Nurkhuzaini berkata, kerajaan juga berharap setiap pemohon dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan supaya tiada usahawan yang tertinggal dan terpinggir daripada bantuan yang disediakan. Beliau berkata, tiga jenis kategori pinjaman yang disediakan YPU iaitu pinjaman gerai, perniagaan dan gabungan antara keduanya.“Sepertimana rekod IKS sebelum ini ada (pinjaman) 50 peratus untuk gerai, 50 peratus pinjaman (perniagaan). Kemudian YPU menyediakan 80 peratus kepada usahawan dan 20 peratus usahawan kena cari sendiri,"katanya.
02 Dec 18
50
Empty Image
Projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Di Terengganu RM270 Juta
Oleh : Saifullah JusohKUALA NERUS, 3  Disember - Projek `Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Diperingkat' (EM-IIG) yang melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut dari hab internet antarabangsa Hong Kong bernilai RM25 bilion bakal menjadi pelengkap kepada prasarana di Terengganu.Pemasangan kabel gentian fiber optik di Terengganu sepanjang 350 kilometer bernilai RM270 juta untuk fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada November 2019.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan pelabur, Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd untuk membangunkan projek pemasangan kabel gentian optik dasar laut berkelajuan 150 Terabait di Terengganu, yang pastinya di luar kemampuan kerajaan negeri."Saya sebagai Exco Keusahawanan melihat perkara ini sangat baik dan akan memberi kerjasama sebaik mungkin untuk memastikan pojek dapat berjalan dengan lancar."Dengan adanya projek seperti ini, sudah pastinya akan membuka peluang-peluang kepada kontraktor Bumiputera. Malahan ia akan menambahkan lagi peluang pekerjaan ataupun perniagaan kepada rakyat di negeri ini dan secara tidak langung akan meningkatkan hasil negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan sesi Taklimat dan Pendaftaran Kontraktor untuk Projek EM-IIG- Terengganu Fibre Optic Network Deployment untuk Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd di Hotel Tabung Haji, di sini, semalam.Seramai 102 kontraktor seluruh Terengganu menghadiri sesi taklimat yang diadakan selama dua jam itu.Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd, Dato' Seri Abdul Rashid Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawanan Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah Eksekutif Seraya Teknologi Sdn Bhd, Shahzalan Adam.Projek yang menawarkan internet jalur lebar berkelajuan tertinggi di dunia dengan kadar harga terendah, bakal memberi manfaat sekurang-kurangnya 2,000 kontraktor Bumiputera termasuk di Terengganu.Projek dibangunkan oleh Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd melibatkan jarak 110,000 km itu dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama meliputi kawasan dengan jarak 33,000 km di bandar utama negara ini sebelum diperluaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman, turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah.Pemasangan kabel gentian turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah turut memasuki perairan Malaysia akan melibatkan enam stesen pendaratan kabel (Cable Landing Station) di Bintulu, Sarawak; Papar, Sabah; Pengerang, Johor; Batu Kawan dan Batu Maung, Pulau Pinang dan Tok Bali, Kelantan.
02 Dec 18
884
Empty Image
Kuah Laksa Terengganu Terhangat MAHA 2018
Bahaizul menunjukkan produk baharu PERTIMA.SERDANG, 1 Disember - Kuah Laksa Terengganu dalam tin yang dipasarkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 mendapat sambutan hangat pengunjung yang hadir.Pengurus Pemasaran PERTIMA, Bahaizul Nizam berkata, Kuah Laksa Terengganu merupakan inovasi baharu syarikat tersebut yang dipasarkan bermula tahun ini."Di samping kuah laksa, PERTIMA juga mengeluarkan Kuah Satay Terengganu yang juga dalam tin."Ini merupakan produk kuah laksa dalam tin yang pertama di Malaysia dan hanya ada di PERTIMA," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Terengganu, hari ini.Bahaizul menjelaskan, produk itu mendapat sambutan hangat kerana mudah disajikan."Hanya dengan memanaskannya beberapa minit dan sesuai untuk sajian tiga orang."Ia memudahkan dan membantu pengguna membuat persediaan hidangan."Paling penting, rasanya tidak berubah seperti resepi tradisional," katanya.
30 Nov 18
339
Empty Image
YPUT Sedia RM2 juta Untuk Tabung Siti Khadijah
KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan negeri memperuntukan RM2 juta bagi Tabung Siti Khadijah khasnya untuk golongan ibu tunggal dan wanita menjalankan perniagaan pada tahun depan.Peruntukan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu ( YPUT) itu antara sebahagian daripada jumlah RM15 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2019.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata sebanyak  RM2 juta turut disediakan untuk dana Usahawan Belia Sejahtera .Katanya, manakala masing-masing RM1 juta untuk usahawan Orang Kurang Upaya dan graduan universiti menerusi Program Usahawan Graduan Sejahtera."Menerusi Bajet 2019 itu, satu pelan kerangka strategik jangka panjang akan ditubuhkan bagi memantau dan memperkasakan usahawan."Langkah itu bagi memastikan usahawan komited dan berdisplin menjalankan perniagaan masing- masing, selain mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival i- Spa & Wellness 2018, di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, hari ini.Karnival selama tiga hari, berakhir 2 Disember ini menekankan amalan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
29 Nov 18
66
Empty Image
Bajet 2019 : Projek Jelapang Fasa Dua Tingkat Pengeluaran Padi
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri akan menjalankan projek jelapang padi fasa dua dengan menambah 5,046 hektar kawasan luar jelapang ke kawasan jelapang sebagai usaha untuk meningkatkan keluasan sawah padi di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penambahan projek jelapang yang baharu akan meningkatkan jumlah keluasan kawasan dalam jelapang negeri ini kepada 10,369 hektar.Menurut Dr Azman, permohonan penambahan kawasan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Jabatan Pertanian negeri pada April lalu dan kini berada pada peringkat pelaksanaan dasar oleh Kerajaan Pusat.“Setakat ini, jumlah keluasan kawasan penanaman padi di Negeri Terengganu ialah 12,542 hektar dimana 5,323 hektar adalah kawasan dalam jelapang, sementara 7,221 hektar lagi kawasan luar jelapang,” ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Sulaiman Sulong (PAS -Pengkalan Berangan) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menampung pengeluaran padi di negeri ini dalam sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.Dr Azman berkata, kawasan dalam jelapang merupakan kawasan yang diberikan fokus oleh negara sebagai kawasan pengeluaran padi beras negara dengan dilengkapkan segala keperluan dan infrastruktur untuk penanaman padi dua kali setahun. “Ianya mempunyai bekalan air yang dan pengairan yang mencukupi dimana terdapat 12 jelapang padi seluruh negara.“Manakala kawasan luar jelapang kurang diberikan tumpuan, bekalan air kebiasaannya bergantung kepada air hujan dengan tali air sokongan dari JPS dan penanaman padinya kebiasaan sekali setahun,” ujarnya.Menurut beliau lagi, pengeluaran padi beras oleh kawasan jelapang padi di Terengganu berjumlah 52,000 matrik tan setahun hanya mampu memenuhi sekitar 53 peratus kadar kecukupan sara diri (SSL) rakyat negeri ini.“Maknanya kita memerlukan sekitar 47 peratus lagi untuk cukupkan keperluan rakyat Terengganu dan Projek Jelapang Padi Fasa Dua merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi negeri ini,” ujarnya.
27 Nov 18
98
Empty Image
Bajet 2019 : Suntikan RM15 Juta Untuk Usahawan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) memperuntukkan kira-kira RM15 juta tahun depan  untuk disalurkan kepada usahawan khususnya Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Terengganu bagi melaksanakan pelbagai perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada individu yang benar-benar layak dan berpotensi tanpa mengira fahaman politik.Katanya, berdasarkan perkembangan itu, golongan yang mahu menjana pendapatan dan ekonomi keluarga  sewajarnya  mengambil peluang untuk memajukan perniagaan masing-masing sehingga mampu memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.“Kerajaan bersedia membantu golongan IKS dengan mencari pembekal, pemborong dan pengimport untuk memperluaskan pasaran produk sehingga ke pelbagai negara.“Terbaru, ada dua pengimport yang tinggal di Australia dan Arab Saudi bersetuju membeli pelbagai produk rempah Terengganu dalam jumlah yang agar besar untuk pasaran dan dibekalkan kepada peniaga restoran di negara itu.“YPUT akan memainkan peranan berkaitan itu untuk mendapatkan rempah-rempah berkualiti daripada usahawan terpilih, termasuk produk rempah keluaran Adeq Sue Resources Sdn. Bhd,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini mengingatkan golongan belia terutama lepasan universiti di negeri ini agar tidak memilih negeri untuk bekerja.Beliau berkata, terdapat rungutan daripada wakil syarikat terkemuka dari Selangor, Kedah, Johor dan Pulau Pinang mengenai sikap penduduk Terengganu yang enggan bekerja di luar Terengganu.“Ramai anak muda datang dalam sesi temuduga, tetapi apabila ditawarkan untuk bekerja dalam sektor tertentu di luar Terengganu, ramai yang menolak tawaran berkenaan.“Sikap seumpama ini perlu dibuang sekiranya mahu memajukan diri dalam pelbagai bidang,”katanya..   
27 Nov 18
60