Artikel "Ekonomi" Terkini
Futsal Business Challenge Himpun Usahawan Kuala Terengganu
Narin FC juara edisi pertama FBC.KUALA NERUS, 12 Januari - Futsal Business Challenge (FBC) 2019 Piala Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri yang dianjurkan di ASC Sports Gong Badak hari ini berjaya menghimpunkan usahawan-usahawan sekitar Kuala Terengganu.Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata, aktiviti tersebut membawa pendekatan baharu untuk usahawan negeri itu."Untuk pergi lebih jauh, seorang usahawan bukan hanya perlu ada modal tetapi kena kenal usahawan lain dan belajar antara satu sama lain."Kita tengok selain berniaga, mereka ini sebenarnya perlu ada jaringan hubungan antara usahawan."Justeru, antara cara untuk kenal dan merapatkan hubungan mereka adalah dengan sukan."Di bawah Exco kita sekarang iaitu Yang Berhormat Mohd Khuzaini Ab Rahman, kita berjaya laksanakan aktiviti ini dan kita harap ia bukan yang terakhir."Dapat dilihat hari ini suasana sangat meriah dan memberangsangkan."Ini sebagai permulaan dan kita bercadang melaksanakannya di setiap daerah," katanya ketika ditemui pemberita dalam program tersebut.Sebanyak 28 pasukan terdiri daripada syarikat-syarikat bertanding selain mengukuhkan kesefahaman dalam pasukan dan syarikat masing-masing melalui aktiviti santai itu.FBC 2019 dimenangi oleh Narin FC daripada NFK Prima Farm yang membawa pulang piala pusingan, medal dan hadiah berupa barangan tajaan syarikat-syarikat terlibat.
12 Jan 19
149
Anggota Koperasi Kena `Sekepala'
Nurkhuzaini melihat satu projek penternakan ketika sesi dialog Pengusaha Dan Penternak Ikan Kerapu Hybrid di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 7 Januari - Penubuhan Koperasi yang baik memerlukan penyatuan semua ahli atau `sekepala' dengan minimum jawatankuasa penaja seramai 50 orang tanpa mengira latar perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan ratusan juta untuk kelangsungan koperasi di seluruh negeri."Ambo (saya) tengok kalau kita nak buat koperasi, kena ada kesatuan yang betul, sekepala, penubuhan koperasi hendak minimum (jawatankuasa penaja) 50 orang ahli, termasuklah sesiapa pun tak semestinya penternak, masuk suami isteri pun boleh. Syaratnya sekepala lah, jangan dalam tu jadi lain pula. Ada puak gerabak koperasi A, ada gerabak Koperasi B, yang itulah punca mati di tengah jalan. "Itulah bila kita pilih pimpinan tu kita perlu beri wala' (kecintaan) kepada apa yang dia buat, insyaAllah mari kat ambo, ambo boleh bantu sesuaikan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi kemudahan-kemudahan. Dimaklumkan dana RM150 juta (untuk koperasi), berbentuk pinjaman bukan geran. Contoh koperasi baru siap semua ini terus dapat RM5,000 untuk pengurusan. Ada benda-benda begitu yang sangat mudah, peluang ada kita fikir-fikirlah kalau nak ambik jalan koperasi,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog bersama Persatuan Pengusaha Dan Penternak Ikan Kerapu Hybrid di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, di sini, semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, syarat penubuhan sesebuah koperasi yang paling utama adalah memerlukan tanah."Saya melihat, syarat koperasi ni mesti kena ada tanah, tanah LMS (lesen menduduki sementara) pun dah boleh permohonan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), saya akan tulis-tulis sikit sebagai (pengesahan), SKM akan panggil saya untuk proses pengesahan dan kelulusan," katanya.
06 Jan 19
102
KPK Pemacu Pelabuhan Kemaman
Haji Ahmad Amzad (duduk) ketika berada dalam Kapal Tunda Harmoni 1.KEMAMAN, 3 Januari - Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPK) dijangka melaksanakan penambahbaikan untuk kemudahan dermaga termasuk meningkatkan pembangunan industri besi dan lain lain dalam tempoh tiga tahun akan datang.Pengerusi KPK, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, berasaskan situasi semasa, KPK perlu melaksanakan penambahbaikan kemudahan dermaga dalam tempoh tersebut untuk peningkatan pembangunan dalam industri besi dan lain lain.Katanya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat Pelabuhan Kemaman menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negeri.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini.Haji Ahmad Amzad (kanan) ketika diberi taklimat di Pelabuhan Kemaman.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah melakukan lawatan bersama semua ahli lembaga Pengarah KPK pada 31 Disember lalu untuk meninjau kemajuan pelabuhan tersebut.KPK adalah anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) yang memiliki konsesi 60 tahun dari Kerajaan Malaysia untuk mengurus Pelabuhan Kemaman termasuk Dermaga Timur dan Liquid Chemical Berth selain khidmat sokongan untuk Kemudahan Terminal Gas milik PETRONAS dilokasi yang sama. Selain itu EPIC melalui anak syarikatnya, Sukma Samudra Sdn Bhd (SS) memiliki dan mengendalikan operasi Dermaga Barat.Haji Ahmad Amzad adalah Ahli Lembaga Pengarah EPIC yang diamanahkan menjadi Pengerusi KPK dan SS.Beliau berkata, tujuan lawatan adalah untuk bertemu dengan Pengurusan KPK dan SS serta menyampaikan matlamat yang ditetapkan oleh kumpulan EPIC, mengeratkan hubungan kerja Lembaga Pengarah dan Pengurusan dan meninjau sendiri secara fizikal operasi dan fasiliti di Pelabuhan dan apa apa rancangan pembangunan dan perniagaan."Saya sempat melihat perjalanan operasi di menara kawalan dan berpuas hati dengan tahap persiapan, kemahiran pasukan yang sentiasa dipantau Jabatan Laut Semenanjung Malaysia," jelas beliau. Haji Ahmad Amzad (kiri) ketika melawat Pelabuhan Kemaman baru-baru ini.Katanya, tinjauan dibuat berkait dengan kemudahan di darat dan juga sekitar basin (lembangan) pelabuhan dengan menaiki kapal tunda Harmoni 1."Kami akan merumuskan hasil lawatan dan membawa apa apa rancangan pembangunan yang boleh memacu pertumbuhan di peringkat KPK, SS dan EPIC," jelas beliau lagi.Pelabuhan Kemaman, yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merupakan salah satu pelabuhan laut yang paling dalam di Malaysia dan pelabuhan yang pantas untuk muncul sebagai pintu masuk baru ke rantau Asia Pasifik.Sebagai pelabuhan laut dalam, ia beroperasi sepanjang tahun tanpa mengira keadaan cuaca, sekaligus mampu mengendalikan khidmat untuk semua jenis kapal sehingga 150,000 'Deadweight Tonnage' (DWT) dan pelbagai jenis kargo dari kargo umum, curah kering hingga pukal cecair.KPK mengendalikan terminal pelabuhan Kemaman iaitu Terminal Dermaga Timur dan Terminal Liquid Chemical Berth (LCB).LCB adalah terminal khusus untuk mengendalikan kargo kimia cecair. Ia beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan industri berkaitan kimia. Pelabuhan Kemaman dilihat dari Laut China Selatan.Dermaga ini panjangnya 289 meter dan mampu menampung keperluan melabuh, kapal sehingga 150,000 DWT.Ia juga mempunyai ruang yang tersedia untuk 50 saluran paip dan enam 'loading arms' dan dilengkapi dengan ciri keselamatan.KPK juga menyediakan perkhidmatan marin seperti kapal tunda, kawalan lalu lintas, bot perintis, perkhidmatan pengendalian kargo (stevedorage, crainage, forklift), sewa gudang, halaman terbuka, bekalan air tawar, bunkering, pembaikan kecil dan perkhidmatan sokongan lain.
02 Jan 19
1398
Peniaga Pasar Jerteh Diharap Bersabar
Mohd Norkhuzaini.BESUT, 2 Januari - Para peniaga yang mengusahakan perniagaan di Pasar Jerteh (Jerteh Souq) diharap dapat bersabar sehingga keseluruhan kompleks itu dapat disiapkan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerajaan negeri mendengar dan prihatin tentang masalah serta rungutan para usahawan terbabit.Katanya, antara punca masalah adalah kerana jumlah peniaga melebihi premis yang disediakan kerana fasa dua dan tiga pembinaan kompleks itu belum dapat disiapkan.“Dia ada lagi fasa dua dan tiga yang akan siap nanti dan insya-Allah selepas daripada ini semua akan dapat. “Cuma itulah apabila kita nak buat pembangunan dia ada sedikit pengorbanan. Kita mengharapkan pengorbanan itulah dapat jadi asas kepada peniaga kita untuk sabar sedikit dan insya-Allah pihak Majlis Daerah Besut (MDB) khususnya akan menangani isu ini dengan baik.“Saya mendapat khabar bahawa selepas daripada ini pun untuk fasa dua sepatutnya siap bulan Februari tetapi telah hampir siap bulan Disember baru-baru ini," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika mengulas isu yang dihadapi oleh peniaga selepas merasmikan Majlis pelancaran Jom Singgah @ Beautiful Besut di Stesen Teksi Jerteh semalam.Oleh itu, beliau berpesan kepada peniaga supaya dapat melunaskan bayaran sewa premis kepada pihak MDB agar pihak berkuasa tempatan dapat menggunakan kewangan tersebut untuk pembangunan yang lain.“Begitu juga saya nak pesan kepada peniaga ini tentang bayaran sewa kepada pihak Majlis. Ini jangan duk kata ni hak kerajaan kita tak payah bayar.“Kerana dengan kadar sewaan inilah pihak Majlis dapat buat lagi pembangunan yang seperti mana kita boleh tengok Jerteh sekarang ini tengah membangun,” katanya.Justeru, beliau berikrar akan mengubah 'wajah' bandar Jerteh menjadi suatu lokasi perniagaan yang berdaya saing dan dapat menyediakan ruang perniagaan yang secukupnya kepada para usahawan.
02 Jan 19
525
Rumput Napier Kukuh Industri Ternakan Terengganu
Dr. Azman melakukan lawatan kerja ke ladang rumput napier yang terletak di Kampung Kuala Ping, hari ini.HULU TERENGGANU, 2 Januari - Kerajaan negeri melalui Terengganu Agrotech Development Corp Sdn.Bhd (TADC) kini dalam perangkaan untuk meningkatkan hasil pengeluaran rumput napier bagi memenuhi permintaan industri makanan ternakan yang semakin berkembang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang merangka bagaimana untuk memanfaatkan secara optimum sumber yang ada berdasarkan keluasan dengan permintaan daripada pelanggan."Kita dapat lihat bagaimana industri bekalan makanan ternakan berasaskan napier boleh pergi jauh cuma memerlukan sedikit penambahbaikan supaya ianya mampu berkembang."Kalau tengok apa yang berlaku sekarang, penggunaan manual untuk memotong rumput dan meracik menyebabkan pengeluaran terhad sehinggakan ada kawasan ladang terbiar sehingga rumput menjadi tua dan tidak bermanfaat," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TADC berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Rumput Napier di Kampung Kuala Ping, di sini hari ini.Dr. Azman mendengar taklimat daripada Penyelia Ladang, Ab Rahman Munap tentang pemprosesan secara manual yang mereka lakukan untuk menghasilkan silaj.Turut hadir, ahli-ahli lembaga pengarah TADC dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.Menurutnya lagi, TADC kini dalam perancangan menggunakan teknologi yang lebih moden iaitu menggunakan mesin menuai (harvester) yang mampu memotong rumput di kawasan yang lebih luas dalam satu hari termasuk meracik."Permint sebagai syarikat induk kepada TADC akan menyediakan peruntukan dalam masa terdekat untuk membeli mesin ini supaya kita dapat hasil yang lebih banyak."Jika kita lihat pengeluaran sekarang mampu menghasilkan 30 tan rumput napier dalam sebulan dengan tenaga manual tetapi dengan adanya mesin ini, ia akan meningkat kepada 80 tan sebulan," ujarnya.Projek di Kuala Ping ini dimulakan pada tahun 2016 dengan memfokuskan pembangunan ladang napier seluas 22 hektar bagi menampung keperluan makanan ternakan di dalam negeri.Secara keseluruhannya, projek ini akan mengukuhkan sumber kewangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) melalui pembangunan bekalan tanaman ternakan dan dalam masa yang sama menjadi pemain dalam industri ini.
02 Jan 19
1460
Makanan Percuma 'Food Truck' Curi Tumpuan Pengunjung
Antara pengusaha 'food truck' siap sedia menyiapkan makanan percuma kepada pengunjung. Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 1 Januari- Di antara perkara yang mencuri tumpuan pada Majlis Ambang Sambutan Tahun Baru 2019 di sini ialah makanan percuma dari 'Food Truck'. Pelbagai jenis kuih termasuk Rojak Tonggek Penang, Peeza, Mc Nor Apam Balik, Burger, Keropok, Ais Krim Durian D-24, Kambing Sandwich, kambing golek dan sebagainya diberi percuma melalui 20 buah 'food truck' di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam. Nor Shamsinar, Pengusaha roti hamlek 'Food Truck', memaklumkan semua makanan yang diberi percuma itu adalah dibayar oleh kerajaan negeri. "Makanan ringan dan air dibayar RM1,000 dengan dimasukkan ke akaun masing-masing selepas dua bulan. Antara pengunjung yang mendapatkan ais krim percuma dari 'food truck'."Sempena program ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana cara sebegini dapat memperkenalkan perniagaan 'food truck' kepada khalayak umum," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Perkarangan Stadium Gong Badak, Pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019, di sini semalam. Menurutnya perniagaan 'Food Truck' kerana mudah dan senang. "Dengan adanya 'food truck' ini, saya tidak perlu lagi mengangkat barang-barang perniagaan kerana perniagaan boleh dilaksana di atas 'food truck' sendiri. "Saya biasa berniaga di 'event-event' yang dimaklumkan bergerak melalui kumpulan termasuk ' Peroda' dan ' T-Truck' yang bergerak secara aktif di Terengganu," ujarnya. Sehubungan itu, Pengusaha keropok lekor 'Food Truck', Nur Fidayu Nafisha, berkata idea beliau menjual secara 'food truck' datnf ketika berkunjung ke Kuala Lumpur. "Sebelum ini saya berniaga melalui cara membuka kanopi. Setelah berkunjung ke sana, saya memcuba berniaga secara begini (Food Truck)," ujarnya yang berasal dari Kuala Telemong. Ditanya kenapa memilih meniaga keropok beliau berkata, makanan itu sudah popular dan begitu digemari ramai. "Saya turut berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, secara tidak langsung dapat membantu peniaga seperti saya dalam memperkenalkan perniagaan melalui 'food truck' ini kepada orang ramai," jelasnya.
01 Jan 19
343
Pusat Proses Susu Teknologi Moden Akan Beroperasi
Oleh : Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 1 Januari - Sektor industri asas tani negeri melangkah setapak lagi bagi bergerak selari arus kemodenan masa kini apabila membangunkan pusat pemprosesan susu berteknologi moden di Jenang, Marang yang bakal beroperasi, tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pembinaan pusat pemprosesan yang pertama di Terengganu itu kini dalam proses terakhir untuk disiapkan."Pusat pemprosesan ini dijangka akan mula beroperasi pada awal 2019 yang akan berpusat di Pusat Pengembangan Veterinar di Jenang,Marang." Teknologi ini mampu dimanfaatkan lebih 30 orang penternak kambing tenusu di Terengganu", katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam facebook beliau, semalam.Dr Azman berkata, itu menunjukkan usaha bai kkerajaan negeri untuk membantu pengusaha dan mengubah persepsi rakyat terhadap bidang itu bukan untuk golongan yang gagal.Tambah beliau, pusat itu menggunakan teknologi yang diimport dari China dengan kapasiti pemprosesan sekitar 1,000 liter susu sehari.Malah, katanya, ia juga akan mampu membantu lebih 30 orang penternak kambing tenusu di seluruh Terengganu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dapat memenuhi pasaran.
01 Jan 19
572
Hab Digital Terengganu Beroperasi Selepas Siap Ubah Suai
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Hab Digital Terengganu, TD1303 akan beroperasi sepenuhnya apabila proses mengubah suai tingkat tiga dan empat premis itu siap tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ruang yang beroperasi dan disediakan kepada orang ramai di tingkat satu bangunan itu sudah penuh.Katanya, ruang untuk seminar di tingkat bawah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai."Hab Digital TD1303 Ahamdulillah sekarang ini dari segi operasi 70 peratus.Contohnya kita ada empat bilik (pejabat), bilik yang disewa penuh. Permintaan sangat tinggi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ringkas Penyerahan Kunci Pusat Hemodialisis di Telaga Mengkudu, Marang, di sini, semalam.Menurut beliau, ruang di tingkat bawah yang dikhususkan untuk penganjuran acara menjadi tumpuan pemain teknologi maklumat (IT) terutamanya pada hujung minggu."Kemudian kita ada empat bilik seminar pun permintaan sangat tinggi terutama hujung minggu. Kita ada tempat pejabat yang personal, satu-satu (ruang) pun mendapat sambutan yang sangat baik."Ribuanlah yang telah melanggan (ruang premis ) jadi itu perkembangan terbaru TD1303," jelasnya.Menurutnya, TD1303 ialah satu projek usahasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM12 jutaKewujudan hab digital itu bakal membawa trend kerja terbaru bagi golongan usahawan muda negeri ini untuk menjalankan perniagaan secara digital dan atas talian (online).Pusat IT tersebut dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Mei lalu..
31 Dec 18
504
Terengganu Beri Keutamaan Kepada OKU
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Oleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU, 26 Disember - Golongan orang kelainan upaya (OKU) akan diberi perhatian untuk menceburi bidang keusahawanan bagi membantu keluarga di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri memperuntukkan dana khas untuk menggalakkan golongan OKU terlibat dalam keusahawanan."Berkenaan dengan OKU, kerajaan negeri galakkan OKU untuk terlibat dengan keusahawanan ini. Mereka perlu diberi keutamaan lebih kerana berpotensi, kadang-kadang lebih berbakat daripada orang biasa."Kalau kita tak fokus kepada mereka, mereka mungkin akan keciciran," ujarnya.Katanya, kerajaan negeri mewujudkan dana khas OKU di dalam Bajet Terengganu 2019."Jadi dalam bajet ini, kita khususkan ada satu tabung yang bakal diwujudkan. Satu dana yang kita namakan Dana Prihatin Terengganu atau singkatannya Dihati khusus untuk golongan ini," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di Manis.FM baru-baru ini (23 Disember).Menurut Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, tidak timbul isu bahawa golongan OKU tidak diberi keutamaan dan peluang."Kita mencari lebih ramai lagi usahawan dalam golongan OKU ini. Banyak kelebihan yang Allah beri pada mereka."Sebagai contoh, jika dia kurang upaya dari segi anggota tapi dia cekal dari segi hati dan ada daya saing, itu pun boleh menyebabkan dia boleh berjaya."Jadi benda-benda ini kita nak cungkilkan dan kita nak lahirkan usahawan OKU yang berjaya," jelasnya.
25 Dec 18
103
Petani Dan Peniaga Perlu Celik Revolusi Industri 4.0
Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 17 Disember - Revolusi Industri (RI) 4.0 perlu dimanfaatkan oleh setiap individu khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian bagi mengurangkan penggangguran.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, RI 4.0 yang telah diadaptasikan di negara-negara maju seperti Jepun mampu memberi peluang kepada petani dan usahawan baru."RI ini telah diamalkan di Jepun tapi tidaklah mengurangkan tenaga kerja sampai orang mengganggur."Ianya kerana revolusi ini dimanfaatkan oleh semua individu dan mereka membangun bersama industri (keusahawanan dan pertanian)," ujarnya.Katanya, beliau mengharapkan petani juga tidak ketinggalan dalam pembaharuan industri ini.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kedai Pertanian ZMTanijaya di Program Keusahawanan Pertanian di Alor Lintang, Besut baru-baru ini (14 Disember).Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, ianya juga perlu diadaptasi dalam perniagaan."Asasnya sebagai contoh, peniaga ini ada kedai, dan bila RI 4.0 berjalan dengan baik, perniaga-peniaga tak perlu ke kedai. Orang boleh beli di mana sahaja, dengan telefon pintar dia boleh 'order' dan barang boleh dihantar terus."Jadi, anak muda khususnya perlu bangunkan bisnes kita ini supaya seiring dengan RI 4.0," jelasnya.
17 Dec 18
53