Jalur Gemilang
Berita :
GPI Kutip 556Kg Sampah Sambut Kepulangan Penyu Belimbing
GPI Kutip 556Kg Sampah Sambut Kepulangan Penyu Belimbing
Mohd Irsyadi Abu Bakar
22 jam yang lepas
40

DUNGUN, 4 Oktober - Menyambut kepulangan Penyu Belimbing ke Terengganu, Geng Plastik Ijau (GPI) merayakan berita gembira itu dengan melaksanakan pembersihan sepanjang 500 meter di Pantai Rantau Abang, semalam.

Ketua GPI Dungun, Masdi Mohamad berkata, badan bukan kerajaan itu cuba menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat dengan mengetengahkan program sedemikian sebagai cara kita bertindak balas dengan kehadiran semula ikon lagenda Terengganu.

"Berita tentang pendaratan Penyu Belimbing untuk bertelur setelah sembilan tahun menghilangkan diri, menunjukkan pentingnya semua peringkat komuniti sama-sama menjaga kebersihan pantai kita kerana pantai yang bersih dapat menggalakkan penyu pulang untuk bertelur. 

"Alhamdulillah, kita dapat membersihkan sepanjang pantai berhampiran kawasan Penyu Belimbing naik bertelur kali ketiga baru-baru ini dengan sebanyak 556 kilogram sampah yang keseluruhannya sampah plastik bawaan air (botol, polistrin, tali, pukat) dapat dibersihkan dalam 1 jam aktiviti sukarela ini," katanya.
Operasi pembersihan kali ini disertai 83 org ahli GPI dan kakitangan serta keluarga Syarikat ARKEMA Thiochemicals Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Pengurus ARKEMA, Mike Spronkmans menyifatkan usaha itu sebagai cara terbaik dalam memastikan kelangsungan 'penyu pulang' berterusan di pantai Terengganu.

"ARKEMA akan terus menyokong usaha GPI dalam memastikan pantai Terengganu kekal bersih," tambahnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan