MARANG, 28 Oktober – Dua atlet dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan bakal membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa pada Oktober hingga November ini.
Nur Elisya Qistina Muhammad Farid, 15, akan mewakili negara dalam Sukan Belia Asia ke-3 (Asian Youth Games 2025) di Bahrain pada 30 Oktober menerusi acara sukan berkuda kategori kuda lasak (endurance).
Mat Ridwan berkata, ini kali ketiga dia mewakili Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia Bola Sepak Orang Kurang Upaya.
“Kali ini kami akan menentang lima pasukan termasuk gergasi Asia, Jepun, selain tuan rumah Indonesia, Bangladesh dan Nepal.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong kerana sudi memberi sumbangan bagi persiapan ke sana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Berangan.
Sulaiman mengharapkan agar kedua-dua atlet tersebut terus mengharumkan nama negara tanpa melupakan asal-usul mereka.
“Saya berharap mereka berdua berjaya di peringkat tertinggi dalam bidang masing-masing, namun jangan lupa asal-usul dan terus bangga dengan tempat asal kita,” katanya.
“Terima kasih kepada Ustaz Sulaiman Sulong kerana memberi sumbangan sebagai persediaan sebelum saya berangkat ke sana.
“Saya akan bertolak ke Bahrain pada 27 Oktober ini bersama jurulatih, yang juga datuk saya sendiri” katanya.
Ditanya bagaimana minatnya terhadap sukan berkuda bermula, pelajar Maahad Darul Quran itu berkata, datuknya seorang pembela kuda di Kelantan, jadi di situlah timbul minat dimana setiap hujung minggu dia pulang ke Kelantan untuk berlatih sebelum kembali ke asrama pada petang Sabtu bagi meneruskan persekolahan.
“Saya mahu buka minda masyarakat, walaupun kita orang kampung, kita boleh berjaya kalau ada usaha.
“Ramai anggap membela kuda hanya untuk orang berada, tapi sebenarnya ia mampu dimiliki dengan ilmu dan penjagaan yang betul.
“Dengan tahu cara memilih baka serta menjaga kuda, kita boleh menjimatkan kos,” tambahnya lagi.