Berita :
Fitri Mahu THT Kekalkan Momentum Kemenangan
Fitri Mahu THT Kekalkan Momentum Kemenangan
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
56

KUALA LUMPUR, 20 April - Kapten Terengganu Hockey Team (THT), Mohd Fitri Shaari berharap momentum yang diledakkan dalam kemenangan besar ke atas Armed Forces HT, akan diteruskan pada perlawanan seterusnya.

Kemenangan 7-1 dalam aksi ketiga TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) itu menyaksikan THT kembali berada di kedudukan tiga terbaik liga musim ini.

"Alhamdulillah, hari ini kemenangan pertama dari tiga perlawanan. Jadi satu kebanggaan untuk pasukan THT tahun ni. 

"Untuk 'game' hari ini, di awal permulaan itu kita agak 'struggle'. 

"Jadi di akhir-akhir baru kita jumpa rentak kita," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Mengulas prestasi pasukan dalam dua perlawanan awal, Fitri menyifatkan kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu sedikit sebanyak memberikan kesan dalam keserasian pasukan.

"Kita ketiadaan beberapa pemain setelah disambar oleh pasukan lain.

"Pemain kita seperti Akhimullah, Andi, Sharman adalah pemain utama kita tahun lepas.

"Dia ambil itu kita punya 'core player' dan di situ kita nampak jurang perbezaan untuk tahun ini dengan tahun lepas," katanya.

Bagaimanapun, kemenangan ke atas Armed Forces HT memberikan tonik untuk terus mengekalkan prestasi pasukan pada perlawanan akan datang.

"Saya harap kita dapat kekalkan momentum ini sehinggalah habis liga kali ini.
"Berkenaan (Dilraj) Alhamdulillah, setakat ini kita sudah dapat keserasian, sebab mungkin dia sebelum ini tidak main kesebelasan utama.

"Jadi, hari ini kita daftar dalam kesebelasan utama, nampaklah dia punya kebolehan itu malam ini terutama dalam mencari 'penalty corner'.

"Kita tengok nanti 'next game' lawan TNB Thunderbold di Batu Buruk. Saya harap kita dapat tiga mata dekat sana nanti," tambahnya.














Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan