lightning-solid
Berita :
2,495 Calon SPM, STPM Dungun Terima Bantuan One-Off RM100
2,495 Calon SPM, STPM Dungun Terima Bantuan One-Off RM100
Amiirullah Mansor
3 jam yang lepas
89

DUNGUN, 30 Oktober – Seramai 2,495 calon SPM dan STPM di daerah Dungun menerima Bantuan One-Off RM100 seorang daripada Kerajaan Negeri Terengganu, sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat menjelang peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha dan kesungguhan pelajar-pelajar di negeri ini dalam menghadapi peperiksaan awam utama. 

“Kerajaan Negeri amat menghargai usaha gigih anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

“Walaupun jumlah bantuan ini tidak besar, ia adalah tanda semangat dan doa kami agar mereka terus kuat berjuang untuk masa depan,” katanya.

574321672_1368737517948231_8605866793422987252_n.jpg 1.01 MB
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian bantuan berkenaan diadakan di Dewan Arena Merdeka, Dungun. 

Beliau turut menyarankan agar pelajar menggunakan bantuan itu sebaik mungkin untuk persiapan peperiksaan. 

“Gunalah sedikit bantuan ini untuk beli kelengkapan atau keperluan asas sebelum peperiksaan. Yang penting, usaha dan doa jangan pernah putus,” tambah beliau. 

Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian terhadap agenda pendidikan dan pembangunan modal insan agar generasi muda Terengganu kekal unggul dari segi ilmu dan akhlak. 

“Kita mahu lahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak akademik, tetapi juga berjiwa besar, berakhlak dan membawa manfaat kepada negeri serta ummah,” ujarnya. 

572031491_1368737214614928_4147733248707706828_n.jpg 835.39 KB
Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pendidikan daerah, pengetua sekolah serta wakil pelajar setiap sekolah dalam daerah Dungun bagi menerima bantuan tersebut. 


Tag :

Artikel Berkaitan