lightning-solid
Berita :
 1,000 Teh Tarik Percuma di Paya Bunga Hotel
1,000 Teh Tarik Percuma di Paya Bunga Hotel
Mastura Jamal Din
1 jam yang lepas
139

KUALA TERENGGANU, - Teh tarik bukan sekadar minuman, malah menjadi tarikan utama apabila 1,000 cawan teh tarik percuma bakal dinikmati orang ramai di Paya Bunga Hotel Terengganu sempena penganjuran Santai Teh Tarik Day 2026, Isnin ini.

Program santai dan interaktif yang berlangsung pada 2 Februari, bermula jam 11 pagi hingga 6 petang di Parking Lobi Paya Bunga Hotel Terengganu itu dianjurkan bagi memperkukuh jenama hotel sebagai hotel mesra keluarga dan pelanggan, selain mendekatkan pihak hotel dengan komuniti setempat.

Pengurus Besar, Zulkifly Mohd Yusof berkata
 menerusi program itu, pengunjung berpeluang menikmati Teh Tarik Paya Bunga Hotel yang juga minuman signature hotel, selain merasai sendiri pengalaman hospitaliti yang ditawarkan dalam suasana santai dan mesra pelanggan.

Antara pengisian utama ialah Cabaran Tarik Teh yang terbuka kepada orang awam serta warga kerja hotel, dengan peserta dinilai berdasarkan gaya, kreativiti dan rasa teh tarik.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan demonstrasi khas tarik teh oleh Raja Teh Tarik terkenal, Fakir Mohamed, yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Selain menikmati free flow Teh Tarik Paya Bunga Hotel, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuk air balang istimewa serta menu terpilih yang ditawarkan sepanjang program.

Paya Bunga Hotel Terengganu turut menawarkan pelbagai promosi dan diskaun menarik melibatkan jualan makanan dan minuman (F&B), baucer bilik serta pakej-pakej hotel sempena Santai Teh Tarik Day 2026.

Pihak hotel berharap penganjuran program ini dapat mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat, menarik kehadiran pelanggan baharu serta mengukuhkan imej hotel sebagai destinasi hospitaliti pilihan di Kuala Terengganu.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dan menikmati pengalaman santai bersama Paya Bunga Hotel Terengganu.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan tawaran hospitaliti boleh diperoleh menerusi laman web www.payabungahotel.com serta media sosial Facebook, TikTok, Instagram dan Telegram @payabungahotelterengganu, selain imbasan Kod QR PB Newsletter.


Tag :

Artikel Berkaitan