Berita :
Terengganu Tetap Waktu Solat Aidilfitri
Terengganu Tetap Waktu Solat Aidilfitri
Mastura Jamal Din
16 jam yang lepas
81

KUALA TERENGGANU, 12 Mac – Waktu pelaksanaan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di negeri ini bagi tahun 1447H/2026M ditetapkan pada jam 8.00 pagi atau 8.30 pagi bergantung kepada tarikh pengisytiharan Hari Raya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam satu kenyataan berkata, ketetapan tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Menurut kenyataan itu, sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 20 Mac 2026 (Jumaat), solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan pada jam 8.00 pagi di masjid dan surau seluruh negeri.

“Manakala sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026 (Sabtu), waktu solat sunat Aidilfitri akan diadakan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya ahli kariah masjid di seluruh Terengganu diminta mengambil maklum mengenai ketetapan waktu tersebut bagi memastikan kelancaran pelaksanaan solat sunat Aidilfitri.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan