Berita :
Terengganu Perlu Kajian Khas Trafik, Tangani Kesesakan Musim Cuti – Pemangku Raja
Terengganu Perlu Kajian Khas Trafik, Tangani Kesesakan Musim Cuti – Pemangku Raja
Mastura Jamal Din
2 jam yang lepas
158

KUALA TERENGGANU, 20 April - Kajian khas aliran trafik bandar perlu dilaksanakan segera bagi menangani isu kesesakan jalan raya di Terengganu yang semakin ketara terutama pada musim cuti, cuti persekolahan dan hujung minggu.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah langkah itu penting bagi memastikan pengurusan aliran trafik dapat ditambah baik seiring peningkatan jumlah kenderaan susulan kemasukan pelancong ke negeri ini.

Menurut baginda, Terengganu merekodkan kehadiran 7.6 juta pelancong sepanjang tahun 2025 melibatkan pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus menunjukkan negeri ini kekal menjadi destinasi tumpuan utama.

Namun, baginda menegaskan peningkatan itu turut memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas di kawasan bandar utama yang memerlukan perancangan lebih komprehensif.

“Pihak berkuasa perlu memastikan kesesakan ini diuruskan dengan baik agar aktiviti ekonomi dalam sektor pelancongan dapat terus berkembang dengan teratur,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelima Belas di sini hari ini.

Sehubungan itu, baginda menzahirkan pandangan agar kajian khas aliran trafik bandar dilaksanakan bagi mengenal pasti kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu berkenaan secara lebih efisien dan mampan.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan