04 Nov 2025
| 13 Jamadilawal 1447
Subuh
Kuala Terengganu, Marang Dan Kuala Nerus
05:43
TRDI
Media Rasmi Negeri Terengganu
100" class="sticky top-0 z-20 shadow-sm transition-colors" :class="isScrolled ? 'bg-white lg:bg-[#353535] dark:bg-slate-900 lg:text-white dark:text-white' : 'bg-white dark:bg-slate-900 dark:text-white'">
04 Nov 2025
| 13 Jamadilawal 1447
Subuh
05:43
TRDI
Utama
open = false, 200)">
Berita
Semasa
Sukan
Tiada Rekod
Video
Album
Majalah
Program
100" data-theme-toggle type="button" class="rounded-full p-2.5 text-sm transition-colors dark:text-white dark:hover:bg-slate-700" :class="isScrolled ? 'text-slate-400 hover:bg-slate-100' : 'text-slate-400 hover:bg-slate-100'" aria-label="Toggle theme">
lightning-solid
Berita :
Tiada Rekod
←
→
Utama
Utama
Artikel "Utama" Terkini
Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan Akan Dibaik Pulih
Dr Alias (tengah) akan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah itu. Oleh : Safwan Syakir KUALA NERUS, 26 Ogos - Tapak pelupusan sampah di Sungai Ikan di sini akan dibaik pulih dengan segera bagi mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar akibat pengurusan sampah yang tidak sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, proses membaik pulih tempat berkenaan turut melibatkan pembinaan tapak baharu berdekatan ‘landfill’ sedia ada bagi menampung lebihan sampah. Beliau walau bagaimanapun berkata, peruntukan untuk tujuan tersebut akan dirunding dan dibincang terlebih dahulu bersama kerajaan negeri dan jabatan terlibat sebelum sebarang operasi dilaksanakan. “Kita sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi mewujudkan satu lagi tapak pelupusan baharu di atas tanah kerajaan berdekatan tapak sedia. “Peruntukan berkenaan turut akan digunakan bagi menaik taraf infrastruktur tempat pelupusan sampah sedia ada seperti jalan raya dan saliran longkang bagi memudahkan laluan keluar masuk lori sampah,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke tapak pelupusan sampah berkenaan di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Shahidan Embok. Sebelum itu, Dr. Alias yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, pihaknya menyambut baik cadangan untuk menggunakan teknologi baharu bagi melupuskan sampah. Katanya, inisiatif berkenaan akan diteliti terlebih dahulu memandangkan teknologi itu masih belum terpakai sepenuhnya di Malaysia. “Teknologi itu boleh memproses sampah menjadi tenaga, sudah tentu teknologi ini banyak manfaatnya, antaranya ia mampu menjimatkan penggunaan tanah. “Walau bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam tempoh percubaan melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu Terengganu Incoporated (Terengganu Inc), kita akan lihat hasilnya nanti,” tambah beliau. Dr Alias berkata air buangan sisa pepejal itu berisiko mengancam kehidupan haiwan di sungai yang berdekatan. Untuk rekod, tapak pelupusan sampah Sungai Ikan yang dibuka pada tahun 2005 itu meliputi kawasan seluas 34.5 hektar. Dianggarkan sampah yang dibuang pada hari biasa adalah sekitar 250 hingga 280 tan sehari dan pada musim perayaan jumlah sampah akan berganda mencecah hampir 320 tan sehari.
26 Aug 19
2600
1
…
570
571
Tutup
TRDI
100" data-theme-toggle type="button" class="rounded-full p-2.5 text-sm transition-colors dark:text-white dark:hover:bg-slate-700" :class="isScrolled ? 'text-slate-400 hover:bg-slate-100' : 'text-slate-400 hover:bg-slate-100'" aria-label="Toggle theme">
Utama
Berita
Semasa
Sukan
Tiada Rekod
Video
Album
Majalah
Program