Artikel "Politik" Terkini
Badan Legislatif Wajar Dipertingkatkan - Yahaya Ali
Oleh : Rohayati Ripin
PUTRAJAYA, 2 Jun - Kerajaan negeri berpendapat Badan Legislatif amat penting dipertingkatkan sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memperkasakan peranannya.
Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, ia merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil kira.
Kata beliau, kunjungannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan disifatkan amat bermakna dan penting.
"Selain dari dapat mengikuti perkembangan semasa politik nasional banyak perkara yang dibincangkan terutama mengenai kepentingan meningkatkan wibawa badan legislatif, sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato' Takiyuddin Hassan di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.
Sehubungan itu, kata Yahaya, beliau turut mengesyorkan agar dapat diadakan Persidangan Speaker-Speaker seluruh Malaysia secara maya walaupun dalam suasana PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) menghadapi Covid-19.
"Meskipun sebagai 'menteri baharu' yang diberi tanggungjawab yang luas oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin) bagi mengurus dan memantau pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
"Saya yakin dengan kewibawaan dan pengalaman beliau (Takiyuddin) dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang, Insya’Allah,” jelasnya.
Terdahulu, kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik tiga Menteri dan lima Timbalan Menteri daripada PAS.
Selain dari Dato’ Takiyuddin, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Manakala, lima lagi pemimpin PAS dilantik sebagai Timbalan Menteri iaitu Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ini termasuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia), Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga), Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan.
01 Jul 20
155
Kerajaan PN Serius Tangani Pemandu ‘Mabuk’
Oleh : Ahmad Sabri Yusof
KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandang serius insiden kemalangan maut yang berpunca daripada memandu di bawah pengaruh alkohol.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim menjelaskan, walaupun pihaknya di peringkat kementerian tidak terlibat secara langsung dalam undang-undang tersebut, MOSTI aktif memberikan pandangan dari segi saintifik dan sebagainya.
“Kita sedar di peringkat dunia pun WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sendiri menyifatkan alkohol adalah merupakan sesuatu yang memudaratkan kepada kesejahteraan umat manusia.
"Bahkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengarahkan supaya dirangka pindaan yang diperlukan bagi membolehkan undang-undang lebih tegas diperkenalkan," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman, semalam.
Jelasnya, kerajaan PN sedang mencari jalan bagi membolehkan pindaan undang-undang dilakukan di Parlimen dalam Sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
“Insya’Allah, dengan inisiatif ini kita sedang bergerak ke hadapan untuk mengambil langkah yang perlu bagi menjaga kesejahteraan rakyat.
“Saya juga mengalu-alukan pelbagai pandangan yang telah dikemukakan oleh banyak pihak termasuk NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan sebagainya yang sedikit sebanyak membantu kerajaan dalam menilai perkara ini,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut menyatakan, penglibatan PAS sebagai sebahagian dari kerajaan PN hari ini membuka saluran bagi parti itu mengemukakan pandangannya kepada kabinet secara lebih terperinci.
“Kita dalam PAS pun sejak dahulu lagi, kita telah memperjuangkan tentang masalah alkohol ini, supaya dikawal dan tidak sewenang-wenangnya diminum secara terbuka.
“Lebih-lebih lagi mereka yang dalam keadaan mabuk ini tidak sewajarnya dibenarkan berada di tengah-tengah masyarakat, memandu sehingga menimbulkan banyak masalah termasuklah insiden kemalangan maut,” tegasnya.
01 Jul 20
60
Kerajaan PN Dapat Mandat Rakyat - Ahmad Amzad
KUALA TERENGGANU,13 Mei - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk menerajui pemerintahan negara hari ini juga mendapat mandat rakyat.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata kerajaan yang ada hari ini (Perikatan Nasional) wakil rakyatnya adalah mereka yang mendapat mandat rakyat.
“Saya jadi wakil rakyat ini juga dipilih oleh rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Kita bentuk kerajaan (PN) pun terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
“Apa yang rakyat mahu pada masa pilihan raya yang lalu? Rakyat mahu harga minyak yang pada waktu itu dijanjikan RM1.50 satu liter. Ini gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Tapi, hari ini di bawah kerajaan PN, rakyat pergilah ke stesyen minyak mana-mana pun harga minyak RM1.25 satu liter,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam 'Bicara Wajarkah Usul Tidak Percaya Terhadap PM8' bersama Pengalisis Politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Kuala Terengganu semalam.
Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menjelaskan, harapan rakyat ketika pertukaran kerajaan pada PRU-14 lalu adalah untuk melihat ekonomi menjadi lebih baik.
“Tetapi di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, kita lihat lebih kencang dari segi membuat pinjaman (luar), tidak cukup daripada China, (buat) ‘bon’ Samurai (Jepun) lagi.
“Rakyat mahu langkah-langkah yang boleh meringankan beban rakyat. Malangnya, rakyat tidak dapat melihat semua ini di bawah kerajaan PH selama 22 bulan yang lalu.
“Tiba-tiba di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada hari ini, dalam tempoh yang singkat sahaja, bukan 22 bulan tetapi baharu dua bulan lebih sikit. Kita telah menunjukkan bahawa Malaysia mampu untuk mempunyai sebuah kerajaan yang betul-betul menjaga kebajikan rakyat,” jelasnya.
Jelas Amzad, di bawah pentadbiran kerajaan PN ini rakyat seakan mendapat sinar baharu dengan lebih banyak mesej-mesej positif tentang keadaan dalam negara.
Menurutnya, fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini sebagai permulaan ekonomi negara digerakkan semula setelah terhenti akibat COVID-19.
“Apabila kita bercakap tentang PKPB adalah bertujuan untuk kita ‘start’ semula ekonomi negara kita. Sebab, pada ketika kita mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini yang semua aktiviti ekonomi tidak berjalan.
“Kita (negara) kerugian antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion sehari. Jadi apa pun, kerajaan kena pastikan supaya kita boleh gerakkan semula ekonomi kita secepat mungkin. Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh melakukan serta merta, mesti ada prosesnya,” ujarnya.
Amzad menegaskan, situasi negara sekarang masih terkawal dan kerajaan mempunyai keutamaan tertentu yang disusun oleh mereka yang pakar.
Menurut beliau, setakat ini kesannya dapat dilihat satu persatu bahawa negara sedang menangani situasi ekonomi dalam masa sama mengawal keselamatan rakyat dengan cara yang terbaik.
30 Jun 20
108
Wajarkah "Usul Tidak Percaya" terhadap PM Malaysia - Siaran Ulangan
Wajarkah "Usul Tidak Percaya" terhadap PM Malaysia di saat cemerlang menguruskan pandemik covid19? Bersama : Tuan Hj Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI), & Abdul Rahim Hilmi Zakariya, Pengulas Politik Studio TV Darul Iman 11.00 Malam | 15 MEI 2020 | Jumaat
21 May 20
17
Tiada Rombakan Exco Terengganu - MB
Tiada sebarang keperluan rombakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu buat masa sekarang berikutan pentadbiran kerajaan negeri hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
07 May 20
78
Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri
Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menampilkan empat figura Terengganu.
06 May 20
110
150 Pengamal Media Berkumpul Tunggu Senarai Penuh Kabinet
Lebih 150 pengamal media berada di Putra Perdana petang semalam bagi membuat liputan mengenai pengumuman jemaah Menteri baharu.
06 May 20
145
PAS Tegas Lantik Ahli Kabinet Berintegriti - Abdul Hadi
Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengulangi ketegasan PAS agar Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik barisan Jemaah Menteri yang terdiri daripada kalangan berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan mewakili masyarakat majmuk.
06 May 20
11
"Saya Balik Jadi Nelayan Pun Tak Apa", Abdul Hadi
“Saya terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan saya dipilih. Kalau saya tak dipilih pun tak apa, saya balik jadi nelayan pun tak apa, tak jadi masalah. Saya nak bekerja untuk negara. Terbuka. Yang calonkan saya itu rakyat, orang biasa. Bukan orang biasa yang boleh calonkan, sepatutnya Perdana Menterilah yang mencalonkan.
06 May 20
65
MB Terengganu Rasmi Bangunan PASTI Bestari As-Siddiq
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq, Kampung Bukit Che Ali, di Kijing, Marang untuk perasmian PASTI berkenaan.
05 May 20
345