lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Penyertaan Bersatu Kukuhkan Muafakat Politik
Penyertaan Bersatu Kukuhkan Muafakat Politik
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Muafakat Nasional (MN) diyakini mampu memperkukuhkan persefahaman politik sekali gus menghasilkan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan MN yang menerima penyertaan Bersatu adalah petanda positif dan sangat dialu-alukan semua pihak. “Saya ada baca satu kajian yang mengatakan bahawa peratusan rakyat yang bersetuju dan mahu tiga parti ini iaitu PAS, UMNO dan Bersatu bergabung adalah tinggi. “Alhamdulillah, saya juga sangat teruja dengan perkembangan semasa ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Manis FM dan Bernama Radio di Damai Lounge, U2, Wisma Darul Iman hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menegaskan, situasi terkini politik itu akan dipastikan bergerak dengan jaya termasuk penerimaan di peringkat akar umbi. Katanya, peranan pimpinan setiap parti dalam memberi penjelasan sangat penting bagi merealisasikan hasrat dan matlamat MN. “Sudah menjadi adat, perkara baharu ini biasalah, ia memerlukan sedikit masa sebelum ia mampu difahami dan dilaksanakan dengan sempurna di peringkat sana. “Samalah macam anak-anak kita pergi sekolah, hari, minggu dan bulan pertama masih belum dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran baharu, selepas beberapa tempoh barulah semuanya akan serasi. “MN benda baharu, jadi mereka memerlukan sedikit masa untuk mereka membuat ubah suai kefahaman dan cara bertindak dalam masyarakat,” tambah beliau.
27 Aug 20
523
Tiga Penyelesaian Tadbir Urus Kerajaan Terengganu
Tiga Penyelesaian Tadbir Urus Kerajaan Terengganu
Terengganu melaksanakan tiga gerak kerja pemerintahan termasuk membaiki kelemahan pentadbiran kerajaan, memastikan kestabilan pentadbiran dan melaksanakan manifesto pilihan raya ke 14 (PRU14) yang lalu.
23 Aug 20
193
Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda - Zuraida
Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda - Zuraida
​Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Anak muda harus didedahkan dengan dunia pendidikan politik kerana mereka adalah pemimpin pada masa hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor berkata, mereka seharusnya dididik dengan ilmu pengetahuan bagi mendepani cabaran dunia masa kini. "Mereka wajar didedahkan dengan hal-hal yang kritikal seperti skil kepimpinan. "Dan juga diberi kesedaran kepentingan pendidikan politik dalam diri masing-masing," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bersama Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini baru-baru ini. Menurutnya, lawatan itu adalah satu alternatif yang baik kepada wanita muda yang mahu menceburi bidang tersebut. "Selain itu, ia juga bagi memastikan ahli HANEES mendapat gambaran yang jelas tentang peranan DUN dalam sesebuah negeri," tambah beliau.
19 Aug 20
237
Tidak Perlu Ada ‘Abang Long’ Dalam Muafakat Nasional
Tidak Perlu Ada ‘Abang Long’ Dalam Muafakat Nasional
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan pihak yang menyertai Muafakat Nasional (MN) supaya memahami hasrat dan tujuan sebenar pakatan itu dalam perjuangan politik negara.
18 Aug 20
232
Wakil Rakyat Perlu Menjadi Pendengar Yang Baik
Wakil Rakyat Perlu Menjadi Pendengar Yang Baik
Setiap wakil rakyat sewajarnya menjadi pendengar yang baik, selain perlu bijak meneroka ilmu pentadbiran dan ilmu komunikasi dalam menyelesaikan masalah rakyat.
03 Aug 20
131
Pergolakan Politik Sabah Bukan Perkara Pelik – Abdul Hadi
Pergolakan Politik Sabah Bukan Perkara Pelik – Abdul Hadi
  MARANG, 31 Julai - PAS menyifatkan pergolakan politik di Sabah bukan perkara pelik kerana situasi pertukaran kerajaan yang silih berganti sememangnya cukup sinonim dengan negeri itu sejak dari dahulu.  Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada rakyat Sabah dan pemimpinnya untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan kemelut perebutan kuasa itu. Bagaimanapun, beliau berharap pergolakan tersebut dapat dikendalikan mengikut peruntukan Perlembagaan dan pendekatan politik yang sihat. “Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan parti majoriti semasa penubuhan kerajaan negeri (selepas pilihan raya umum), jadi kedudukannya tidak kukuh dan kalau (kerajaan negeri) jatuh, kita tidak pelik. “Terpulang kepada rakyat Sabah dan pemimpin politiknya jika mahu melakukan pilihan raya, mereka lebih tahu. Sabah sudah ada pengalaman buat Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Rusila, di sini hari ini. Pergolakan politik Sabah kian memuncak apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Krisis di negeri itu mula tercetus apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berhak menerajui kerajaan baharu. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) di samping Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN). Ketika ditanya adakah PAS terkejut dengan pendirian UMNO untuk tidak menyertai PN sebagai komponen dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau berkata, terpulang kepada parti itu untuk membuat keputusan. “Terpulang kepada parti masing-masing, tentunya jawatankuasa pimpinan parti itu sudah buat perbincangan.  “Bagi PAS, kita dan UMNO sama-sama bersetuju untuk MN dan dalam masa sama kita akan teruskan dengan PN,” katanya Sumber : Utusan Malaysia
31 Jul 20
5416
PN Mula Runding Pembahagian Kerusi Peringkat Awal - Ahmad Samsuri
PN Mula Runding Pembahagian Kerusi Peringkat Awal - Ahmad Samsuri
Gabungan Perikatan Nasional (PN) sudah mula berunding tentang pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang namun ianya baru di peringkat permulaan.
26 Jul 20
65
PN Mula Runding Pembahagian Kerusi Peringkat Awal - Ahmad Samsuri
PN Mula Runding Pembahagian Kerusi Peringkat Awal - Ahmad Samsuri
MARANG, 22 Julai - Gabungan Perikatan Nasional (PN) sudah mula berunding tentang pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang namun ianya baru di peringkat permulaan. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan perkara tersebut ekoran pertemuan rasmi antara PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diwakilinya di ibu negara semalam. "Ya antara agenda pertemuan semalam adalah pengagihan kerusi di peringkat negeri, bagaimanapun kita belum membincangkan dengan lebih dalam tentang perkara itu. Kita lebih fokus kepada agenda penting iaitu memperkasakan kesatuan dalam PN. "Masing-masing ada 'wishlist' (kehendak) yang perlu diharmonikan. Maka akan ada pertemuan demi pertemuan untuk membincangkan perkembangannya dari masa ke masa," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menyifatkan pertemuan tersebut sangat positif dan dalam keadaan mesra antara kesemua wakil-wakil parti. Turut mengiringi Ahmad Samsuri, pimpinan utama PAS termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor serta dua Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Dalam pertemuan berkenaan, parti UMNO diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Yaakob manakala Bersatu diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Terdahulu Ahmad Samsuri menyampaikan Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan, Gong Cempedak Mukim Pulau Kerengga DUN Rhu Rendang Daerah Marang di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM) di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis itu, isterinya, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
22 Jul 20
1170
Ahmad Samsuri Wakili Pas Pertemuan Perikatan Nasional di KL
Ahmad Samsuri Wakili Pas Pertemuan Perikatan Nasional di KL
Gabungan Perikatan Nasional akan mengadakan pertemuan secara formal di ibu negara pada 21 Julai, bagi tujuan perundingan antara PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
22 Jul 20
306
Perubahan DUN Berdasarkan Perkembangan Semasa
Perubahan DUN Berdasarkan Perkembangan Semasa
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Perubahan  Dewan Undangan Negeri (DUN) dari sudut fizikal dan pengurusan hendaklah berjalan dengan baik serta mengikut keperluan semasa. Mantan Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Ustaz Husain Awang berkata, ia mesti dilakukan secara teliti dan baik bagi menjadikan DUN sentiasa relevan. "Perkembangan suasana baharu penting untuk dinilai sebelum apa-apa perubahan dibuat," jelasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat DUN pada semalam. Untuk rekod, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Speaker pada 20 Disember 1998 hingga 31 Mac 2004 sewaktu Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu.  
02 Jul 20
132