Artikel "Pelancongan" Terkini
 
                        
                                                    
                            Isu Mendapan Pelabuhan Chendering Selesai Jika Hakisan Pantai Rusila Dibaiki Segera
                        
                        
                            Kerajaan Persekutuan menyasarkan pelan 'serampang dua mata' bagi menyelesaikan isu mendapan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering dengan menyegerakan projek membaiki hakisan pantai di Rusila, Marang.
                        
                        
                                10 Aug 20
            
                    
                                381
            
             
                        
                                                    
                            Produk Daerah Tarikan Baharu Pelancongan Terengganu
                        
                        
                            Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM120,000 untuk memajukan sektor pelancongan di sekitar Alur Limbat, Marang, iaitu RM100,000 bagi pembelian bot prototaip, manakala RM20,000 untuk menaik taraf Dataran Banggol Cempedak sebagai tempat rekreasi baharu.
                        
                        
                                04 Aug 20
            
                    
                                265
            
             
                        
                                            
                            ‘Marang River Cruise’ Produk Baharu Pelancongan Terengganu
                        
                        
                            Oleh : Aziz Hambali
MARANG, 25 Julai - Kerajaan Terengganu menerusi Pejabat Daerah Marang melancarkan produk pelancongan baharu di negeri itu selepas memperkenalkan pakej menelusuri Sungai Marang dari Dataran Batu Putih (DBP) terus ke Pulau Kapas.
Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, inisiatif tersebut pastinya akan merancakkan kembali industri pelancongan domestik sejak pandemik COVID-19 melanda negara. 
"Pakej ini tercetus rentetan hasil sumbangan sebuah bot laju daripada Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd yang menjadi pemangkin yang sangat besar untuk memajukan industri pelancongan  berasaskan sungai dan laut ini. 
"Produk ini kita akan hebahkan melalui media sosial dan kemungkinan dilancarkan bersempena dengan program Jejak Budaya Marang yang akan berlangsung pada bulan September nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bot oleh Pengerusi Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd, Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muttafi Billah Shah di sini baru-baru ini.
Tun Ahmad Faisal menerima sumbangan bot dari Tengku Sri Temenggong Raja.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman.
Mengulas lanjut mengenai sumbangan bot berkuasa tinggi itu, pihaknya berbesar hati dengan komitmen Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd apabila dimaklumkan akan potensi program menyusuri sungai dan 'floating market' di Marang.
"Penghargaan tidak terhingga kepada Terengganu Silica atas pemberian sebuah bot berkuasa 150 kuasa kuda yang membolehkan program menelusuri Sungai Marang dan terus pergi ke Pulau Kapas terlaksana.
"Uniknya pakej ini para pelancong akan memuduki Sungai Marang daripada DBP sampai di kuala Sungai Marang terus ke Pulau Kapas. Jadi ini adalah satu nilai tambah kepada pakej-pakej pelancongan yang Marang tawarkan.
"Pelancong boleh membuat tempahan dengan operator yang akan kita lantik nanti dan pakej itu merangkumi aktiviti menelusuri sungai, makan pagi di DBP sambil melihat produk-produk di sepanjang sungai Marang.
“Seterusnya ke Pulau Kapas menikmati jamuan tengah hari dan aktiviti di sana seperti snorkelling dan mandi manda sebelum pulang bergerak balik ke Marang sebelah petang itu, sebelum ini pakej-pakej begini diasingkan dengan pakej pulau dan sungai,” jelasnya.
 
                        
                        
                                26 Jul 20
            
                    
                                4398
            
             
                        
                                                    
                            134 Penduduk Marang Terima Hak Milik Dan Borang 5A Tanah Terkilan Gong Cempedak
                        
                        
                            34 penduduk Marang menerima suratan hak milik tanah dan notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan Gong Cempedak Mukim Pulau Kerengga, Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Marang.
                        
                        
                                23 Jul 20
            
                    
                                495
            
             
                        
                                                    
                            Tembaga Warisan Ikonik Terengganu
                        
                        
                            [Dok Kabo Dok Tahu Siri 21]
"Tembaga Warisan Ikonik Terengganu"
                        
                        
                                23 Jul 20
            
                    
                                610
            
             
                        
                                                    
                            Satu Juta Benih Anak Ikan Di Tasik Kenyir Setiap Tahun
                        
                        
                            Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia akan membekalkan satu juta benih anak ikan setiap tahun dalam usaha memulihara sumber berkenaan di Tasik Kenyir.
                        
                        
                                20 Jul 20
            
                    
                                154
            
             
                        
                                                    
                            Kerajaan Negeri Suntik RM20,000 Rangsang Aktiviti Tambahan Bagi Zoo Kemaman
                        
                        
                            Kerajaan Terengganu mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk Taman Rekreasi & Zoo Kemaman sebagai rangsangan tambahan kepada pusat pelancongan ini.
                        
                        
                                19 Jul 20
            
                    
                                724
            
             
                        
                                                    
                            Maghi Candat Sotong Kini Bermula Dengan Norma Baharu
                        
                        
                            Penganjuran Program Maghi Candat Sotong oleh kerajaan negeri menjadi program pelancongan pertama di Terengganu selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).
                        
                        
                                19 Jul 20
            
                    
                                298
            
             
                        
                                                    
                            Pesta Memancing Ikan Bakal Jadi Tarikan Pelancongan Di Tasik Kenyir
                        
                        
                            Pesta Memancing Tasik Kenyir bakal mewarnai satu lagi aktiviti pelancongan negeri Terengganu apabila ianya bakal diadakan menjelang musim monsun nanti.
 
                        
                        
                                19 Jul 20
            
                    
                                631
            
             
                        
                                            
                            Kerajaan Negeri Suntik RM20,000 Rangsang Aktiviti Tambahan Bagi Zoo Kemaman
                        
                        
                            KEMAMAN, 17 Julai - Kerajaan Terengganu mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Taman Rekreasi & Zoo Kemaman sebagai rangsangan tambahan kepada pusat pelancongan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, peruntukan berkenaan  bagi membantu penganjuran aktiviti tambahan untuk menarik pengunjung terutamanya aktiviti melibatkan komuniti.
Ariffin dan Hanafiah ketika ditemu bual media.
"Pelbagai pakej pelancongan menarik dapat diwujudkan sebagai aktiviti tambahan bagi pengunjung zoo contohnya program menyusuri sungai dan mengintai kunang-kunang yang merupakan antara aktiviti yang cukup menarik.
"Di samping itu, kita turut menawarkan potongan harga tiket masuk sebanyak 50 peratus sehingga 31 Ogos ini," katanya kepada media sewaktu lawatan kerja sehari ke Taman Rekreasi & Zoo Kemaman, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat; Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Abdul Rasid Jusoh dan pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).
Menyusuri sungai antara tarikan unik di Zoo Kemaman.
Tambahnya, lokasi itu menerima peningkatan kehadiran pengunjung mendadak selepas dibuka semula, baru-baru ini.
"Sekarang ini, kita yakin akan menerima kedatangan pelancong jauh lebih ramai berbanding sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Walaupun dalam suasana PKP ini kita tidak dapat jangkakan anggaran yang datang tetapi kami mendapati kehadiran meningkat sekitar 1,000 sehingga 3000 pengunjung sehari pada hujung minggu," katanya.
Beliau turut menjelaskan, pihaknya akan berkerja lebih keras dengan melihat kembali perancangan pembangunan zoo Kemaman bagi menyahut usaha mempergiatkan pelancongan domestik khususnya kedatangan pelancong tempatan.
Tourism Terengganu turut bertindak memperkasakan lagi promosi pelancongan terutamanya di Zoo Kemaman dengan pelbagai promosi selain memasukkannya dalam pakej pelancongan kolaborasi tiga negeri di pantai timur.
"Saya menyeru semua pihak supaya bersama-sama menggerakkan promosi khusus bagi Taman Rekreasi & Zoo Kemaman.
"Saya juga mencadangkan kepada ejen pelancongan supaya membantu memperkenalkan Kemaman kerana lokasinya yang berada paling hampir dengan pantai barat memudahkan pelancong luar berkunjung ke sini," katanya.
                        
                        
                                17 Jul 20
            
                    
                                3959
            
             
                