lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Primula Edar 1,000 Jalur Gemilang Di Atas Drawbridge Terengganu
Primula Edar 1,000 Jalur Gemilang Di Atas Drawbridge Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Primula Beach Hotel Kuala Terengganu (PBHKT) mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-63, Isnin ini. Suaibah Harun. Pengurus Besar PBHKT, Suaibah Harun berkata, program itu adalah acara tahunan hotel berkenaan dan diadakan bagi tujuan menyemai rasa cinta orang ramai khususnya masyarakat negeri ini terhadap negara. "Saya sedih apabila melihat sambutan hari kelahiran negara ini disambut tidak sebagaimana dilakukan orang terdahulu yang meraikan hari berkenaan dengan penuh semangat patriotik. "Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan juga semakin berkurangan, justeru, sebagai menunaikan tanggungjawab itu, hari ini kami mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Terengganu," katanya pada Program Pengagihan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di atas jambatan angkat atau Terengganu Drawbridge, hari ini. Katanya, selain pengagihan Jalur Gemilang, pihaknya juga menghiasi persekitaran hotel dengan kibaran bendera bagi menyemarakkan suasana sepanjang bulan kemerdekaan.
26 Aug 20
1133
Damar Hitam Ditemui Semula Di Lata Tembakah
Damar Hitam Ditemui Semula Di Lata Tembakah
Shorea kuantanensis atau Damar hitam Siput Daun Besar merupakan spesies endemik di semenanjung yang kebanyakkannya boleh ditemui di kawasan Hutan Dipterokarpa Tanah Pamah kini dijumpai semula di Lata Tembakah, Besut, Terengganu.
26 Aug 20
555
Kedatangan Pelancong Ke Terengganu Meningkat 165 Peratus
Kedatangan Pelancong Ke Terengganu Meningkat 165 Peratus
Oleh : Suhaimi Taib KUALA LUMPUR,  24 Ogos - Kedatangan pelancong ke Terengganu meningkat sebanyak 165 peratus dan paling tinggi  berbanding dua negeri di Pantai Timur, Pahang dan Kelantan.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, walaupun kemungkinan kedatangan pelancong ke negeri Pahang agak ramai namun peratusan kehadiran mereka lebih tinggi ke Terengganu.  Katanya,limpahan pelancong ke Pantai Timur ini sudah dijangka berdasarkan kajian pelancongan domestik yang dijalankan Tourism Malaysia pada bulan April lalu. "Dalam keadaan biasa kita percaya kita boleh mendapat 5.5 juta pelancong tahun ini walaupun tiga bulan kekurangan kehadiran pelancong bermula Jun lalu dengan trend kehadiran pelancong yang sangat tinggi ke Terengganu sejak akhir-akhir ini," jelasnya.  Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita di Wisma Berita Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini. Katanya, kerajaan Terengganu mengadakan promosi pelancongan secara berterusan melalui pelbagai medium termasuk Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM. "Di samping itu akibat viral dalam sosial media,  ramai pelancong datang mencari destinasi popular pelancongan Terengganu termasuk Restoran Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu, Jambatan Angkat Muara Sungai Terengganu,  Sentuari Kelah Tasik Kenyir Hulu Terengganu,  Pulau Redang,  Pulau Perhentian dan lain-lain," tambahnya.  Katanya,  kerajaan negeri juga akan menganjurkan Festival Kebudayaan Terengganu mulai 27 Ogos hingga 6 September ini sebagai cetusan baharu untuk menghimpunkan semua seni budaya warisan rakyat negeri itu.  Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat,  Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, Jabatan Pelancongan Malaysia memuji langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu kerana menganjurkan festival Kebudayaan Terengganu. Katanya, festival itu dapat menunaikan permintaan rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara.  "Sebab kita sedia maklum selepas bulah Jun lepas, ramai rakyat Malaysia mencari tempat untuk melancong di hujung minggu. "Setidak-tidaknya dengan penganjuran seperti ini dapat memenuhi permintaan bukan sahaja menghidupkan budaya rakyat negeri Terengganu tetapi terhadap produk-produk pelancongan lain," ujarnya.   
24 Aug 20
3885
Lebih 10,000 Pengunjung Dijangka Meriahkan Festival Kebudayaan Terengganu
Lebih 10,000 Pengunjung Dijangka Meriahkan Festival Kebudayaan Terengganu
Lebih 10,000 pengunjung tempatan dijangka hadir memeriahkan Festival Kebudayaan Terengganu 2020 yang akan diadakan di enam lokasi terpilih sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bermula 27 Ogos sehingga 6 September ini.
23 Aug 20
276
Kayuhan Merdeka Terokai Marang Semarakkan Semangat Patriotisme
Kayuhan Merdeka Terokai Marang Semarakkan Semangat Patriotisme
Program Kayuhan Merdeka Terokai Marang menjadi medan terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
23 Aug 20
243
Pulau Redang Terengganu Simpan Seribu Khazanah Alam
Pulau Redang Terengganu Simpan Seribu Khazanah Alam
Foto : Cg Jefri Asmadi SETIU, 22 Ogos - Perairan Pulau Redang merupakan kepulauan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna dari Laut China Selatan di mana ianya menjadi idaman bagi setiap penyelam dari dalam mahupun luar negara. Seorang pengunjung, Razali Awang, 50, yang ditemui di Pantai Teluk Dalam di pulau itu baru-baru ini berkata, dia amat teruja dan merasa berbaloi dengan pakej percutian mereka kali ini. Razali Awang "Saya amat teruja dengan kehidupan laut yang ada di sekitar pulau ini seperti terumbu karang dan ikan yang bermacam warna dan bentuk terutama sekali batu karangnya yang pelbagai. "Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di pantai yang pasirnya begitu halus dan putih dan amat berlainan sekali dengan pantai kami di Kemaman," ujarnya lagi. Razali yang juga pengerusi di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kemaman menjadikan Pulau Redang sebagai destinasi program rehlah bersama guru-guru dan kakitangannya. Aktivi snorkeling Dia menyarankan agar kemudahan asas seperti jalan ke Pantai Teluk Dalam dinaiktaraf oleh pihak berkenaan bagi keselesaan pengunjung memandangkan pulau tersebut mempunyai produk pelancongan yang bertaraf dunia terutama sekali batu karangnya. Salah satu batu karang yang terkenal di pulau tersebut adalah Batu Karang Hijau ataupun lebih dikenali sebagai 'The Green Coral'.
20 Aug 20
684
Tourism Malaysia Seru Pengusaha Pelancongan Zahirkan Semangat Kebangsaan
Tourism Malaysia Seru Pengusaha Pelancongan Zahirkan Semangat Kebangsaan
KUALA NERUS, 18 Ogos - Tourism Malaysia Wilayah Timur menyeru semua pengusaha pelancongan terdiri daripada hotel dan resort di pantai timur mempamerkan semangat patriotisme di premis masing-masing sempena bulan kebangsaan ini. Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin mengajak pengusaha pelancongan untuk menyemarakkan lagi kempen bulan kebangsaan dengan memasang lagu-lagu patriotik dan mengibarkan bendera Malaysia. Hafiz Hazin. "Memang kita mengalu-alukan sikap patriotisme dari kalangan pengusaha pelancongan untuk sama-sama menghayati bulan kebangsaan ini. "Tambahan pula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, kita hanya fokus kepada pelancongan domestik berikutan pengunjung luar tidak dapat masuk ke negara ini. Jadi, ini adalah peluang kita melahirkan rasa bangga dan syukur kita sebagai rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi pemantauan pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur, Pusat Informasi Pelancongan (TIC) Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Kuala Terengganu di pusat peranginan Pulau Redang, semalam. Tambah beliau, pihaknya turut berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi di kalangan pengusaha pelancongan terdiri daripada hotel dan resort. Kakitangan salah Redang Pelangi Resort memasang Jalur Gemilang di bangunan utamanya. "Sekarang ini kita sedia maklum rakyat Malaysia mula keluar bercuti dan alhamdulillah kita telah menerima ramai pengunjung terutama di pulau-pulau di Terengganu ini. Setakat ini, masih belum dapat apa-apa rungutan daripada pengunjung dan kita harap mereka berpuas hati dengan pelaksanaan SOP oleh pengusaha hotel dan resort sebagaimana yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Cumanya, kekangan yang kita hadapi di sini adalah saiz jeti yang menyukarkan pengunjung mempraktikkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan. Itu antara penekanan yang perlu dilihat untuk kita ambil berat dan saya mohon sekiranya suasana sekitar jeti dipertingkatkan,' katanya. Jelasnya lagi, Tourism Malaysia sering mengutamakan respon balas dari pengunjung untuk beri penarafan kepada resort dan hotel dalam mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengalu-alukan sebarang pandangan pihak luar bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan SOP. Sejak pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan, sebanyak 60 hingga 90 peratus kadar purata penginapan di resort-resort di pulau peranginan di pantai timur ditempah pelancong, antaranya di Pulau Redang, Setiu. Kakitangan Redang Pelangi membentuk angka 63 simbolik sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-63.    
18 Aug 20
809
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
DUNGUN, 17 Ogos - “Kita sentiasa turun ke lapangan dan bertemu dengan pengusaha chalet dan resort untuk merasai denyut nadi mereka terutama yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Katanya, kebanyakkan pengusaha chalet dan resort di negeri ini terutama di pulau mengalami kerugian ketika pandemik COVID-19 melanda negara.  “Pelancong asing tidak dibenarkan masuk sehingga sekarang ke negara ini menyebabkan pendapatan mereka terjejas namun mereka akur dengan situasi sukar ketika ini," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja rasmi ke Pulau Tenggol.  Sementara itu katanya, kerajaan negeri sentiasa membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu ini.  “Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita sentiasa giat membuat hebahan dan promosi berkaitan pelancongan supaya apabila sektor ini dibuka, kita bersiap sedia menerima pelanggan yang telah membuat tempahan awal,” katanya.  Dalam pada itu, ramai pengusaha yang memberitahu selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi, sambutan orang ramai sangat positif.  “Kita mendapat maklum balas yang positif dari mereka ini apabila bilik-bilik hampir habis ditempah.  "Ada yang menempahnya untuk percutian seisi keluarga, hari keluarga syarikat dan seumpamanya,” tambah beliau. 
17 Aug 20
454
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
DUNGUN, 17 Ogos - Pulau Tenggol umpama 'syurga' kepada penyelam dasar laut di seluruh dunia.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, di Terengganu terdapat 13 buah pulau dan Pulau Tenggol adalah yang terbaik untuk mereka yang inginkan ketenangan dan sangat sesuai kepada pencinta hidupan dasar laut. Katanya, Pulau Tenggol juga telah diiktiraf oleh dunia bahawa salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para penyelam.  “Umum mengetahui di sini ada hampir 20 tempat yang menjadi tumpuan para penyelam sama ada dari luar negara mahupun dalam negara.  "Saya sendiri turun menyelam merasai keindahan warna-warni ‘coral’ yang menjadikan Pulau Tenggol ini unik dari pulau-pulau lain," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke pulau tersebut. Katanya, bagi yang ingin ke Pulau Tenggol dari luar Terengganu boleh datang dengan penerbangan dan terus ke Dungun atau melalui jalan darat  yang mana perjalanan ke pulau memakan masa hampir 45 minit. 
17 Aug 20
1138
Warisan Pahlawan Resort  Terjemahkan Seribu Keindahan Seni
Warisan Pahlawan Resort  Terjemahkan Seribu Keindahan Seni
  HULU TERENGGANU, 13 Ogos - Seperti  berada di sebuah desa zaman silam apabila menjejak kaki di Warisan Pahlawan dan itulah keistimewaan penginapan yang mengekalkan binaan rumah tradisi berusia lebih 150 tahun sebagai antara pilihan penginapan pengunjung di sana di Kampung Pauh, kira-kira lima kilometer dari Bandar Kuala Berang. Resort yang berinspirasikan istana Terengganu pada era Sultan Mansor Shah ke-2 ini dilihat sebagai satu mahakarya cukup menarik terutama kepada peminat seni lama termasuk pelancongan di negeri ini. Rumah kayu yang lazimnya dikaitkan sebagai simbol kemiskinan dan ketinggalan zaman, kini dijelmakan sebagai satu simbol kemewahan dan kemegahan yang dari sisi lainnya, suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan boleh lenyap begitu sahaja. Menurut pemiliknya, Tuan Mohd Anuar Tuan Ahmad, 34, rumah-rumah ini diberi nama sempena nama pahlawan dan ulamak Melayu iaitu Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Pauh,Tok Kenali dan beberapa orang lagi telah mula beroperasi pada bulan Julai 2008.  “Antara yang paling istimewa, terdapat sebuah  rumah berusia lebih dari 150 tahun yang merupakan salah sebuah rumah persinggahan Pahlawan Mat Kilau di Kampung Pasir Nering di zaman kepahlawanan Melayu. Sebahagian kecil komponen rumah yang hilang atau rosak telah diganti mengikut bentuk asal. “Di sini terdapat 11 buah rumah persis istana lama yang sarat dengan pelbagai motif ukiran melayu lama dan ada di antara bilik termasuk rumah yang disediakan tidak dilengkapi dengan penghawa dingin kerana mementingkan keaslian binaan rumah tradisi berkenaan. “Jika rumah lama ini, binaan asalnya tiada siling jadi saya hanya letakkan kipas tanpa penghawa dingin, jika memasang siling untuk diletak penghawa dingin, ia sudah tidak asli kerana suasana dan udara di dalam rumah pada waktu siang sangat selesa,” katanya yang turut dibantu isteri tercinta Nurullizah Mohd Noor, 33. Menurutnya, kadar sewaan di Warisan Pahlawan Resort bermula daripada serendah RM60 hingga RM250 semalam untuk sebuah bilik manakala bagi kadar sewaan rumah pula adalah dari RM250 hingga RM800 semalam bagi sebuah rumah yang mempunyai antara empat hingga enam bilik. Dia yang mewarisi legasi ayahnya,Tun Ahmad Tun Abdullah, 61, berkata hampir semua bilik-bilik di resort dilengkapi dengan katil kayu dan tilam kekabu termasuk seni hiasan lama menggunakan kayu dan  idea untuk membina resort unik ini merupakan ilham ayahnya yang sebelum ini mengusahakan kedai makan sebelum bersara. ‘”Minatnya yang mendalam  tentang seni bina melayu dan sanggup menjelajah ke serata tempat untuk membeli rumah-rumah lama yang ada dengan kos RM5,000 hingga RM10,000 berdasarkan keadaan rumah. “Ayah menghabiskan sebanyak RM3.5 juta untuk merealisasikan Warisan Pahlawan Resort sebagai pusat pelancongan yang mengekalkan konsep melayu lama dan kini mewariskan resort kepada anak-anaknya untuk dikembangkan lagi mengikut perkembangan semasa,”ujarnya lagi. Tambahnya, kos harga yang di tawarkan adalah berpatutan dengan  harga bilik dari RM40 sehingga RM100 dan harga satu rumah hanya dari RM250 hingga RM800 semalam yang mempunyai antara empat hingga enam bilik.Ini termasuk pakej seminar serta perkahwinan  dengan harga yang berpatutan dan terbaharu resort mereka menyediakan kemudahan kolam renang yang turut dibuka kepada orang ramai setiap hari. Kini dua beranak yang mempunyai minat yang sama ini  telah mengorak selangkah ke hadapan  dengan membina dan mengambil tempahan untuk membina rumah dan krafkayu yang berkonsepkan ukiran melayu tradisional. “Kos pasang siap bagi sebuah rumah antara RM150 ribu hingga RM300 ribu manakala krafkayu seperti gazebo  bermula dari harga RM10,000 ribu sehingga RM50,000 yang dibantu 10 pengukir tempatan termasuk dari Indonesia dan Thailand,” katanya.
13 Aug 20
8765