Artikel "Pelancongan" Terkini
Komited Bantu Nasib Pengusaha Bot Penambang - Dr. Khairuddin
KUALA NERUS, 7 Disember - Masa depan industri bot penambang di Kuala Terengganu yang kini tidak menentu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Mohd Khairuddin dalam satu majlis telah menyerahkan bantuan pelampung keselamatan, kewangan serta beras dan minyak masak secara bulanan kepada 15 pengusaha sektor tersebut.
Beliau turut berkata, pihaknya akan berbincang bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk merancang dan melaksanakan kaedah terbaik untuk meningkatkan sambutan bot penambang dengan mengadakan promosi dari semasa ke semasa.
"Sebelum ini perkhidmatan awam air mendapat sambutan pada awal tahun walaupun tambang dinaikkan RM2 sehala namun setelah wabak Covid-19 melanda sejak Mac lalu, sambutan semakin merosot.
"Di peringkat kerajaan, saya akan turut berbincang dan memberi suntikan program-program menerusi Duyong Marina Resort yang mempunyai para pelanggan yang hendak menikmati pandangan sekitar ‘Drawbridge’," ujarnya selepas Majlis Penyerahan Pelampung Keselamatan Pengusaha Bot Penambang di Jeti Penambang di Kampung Seberang Takir, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bot Penambang Terengganu, Muhamad Ibrahim, berkata jumlah pengusaha bot penambang terus berkurangan dari sejak akhir-akhir ini.
“Dua tahun lepas, terdapat 17 pengusaha bot penambang, tetapi kini hanya tinggal 15 sahaja yang aktif. Ramai berhenti kerana tidak puas hati dengan pendapatan dan sambutan diterima," ujar beliau.
Bagi Mahmud Harun, 62, salah seorang pengusaha bot penambang di Seberang Takir, dia pernah merasai zaman kehebatan bot penambang pada satu ketika dahulu.
"Bot penambang bukan asing di Terengganu. Jika dahulu ia menjadi pengangkutan terpenting namun kini kemodenan tidak lagi memihak kepada pengusahanya.
"Akan tetapi ia sudah berubah, lebih-lebih lagi apabila tiba musim tengkujuh, pendapatan kami sebagai pengusaha bot penambang sangat merosot," katanya.
06 Dec 20
515
Sidang DUN: Kampung Budaya Terima 24,753 Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 24 November - Kampung Budaya Terengganu berjaya merekodkan 24,753 kehadiran pengunjung sejak dibuka 4 September tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata ia merupakan produk baharu pelancongan negeri menerima impak yang besar dengan kehadiran pelancong dan pengunjung ke negeri Terengganu.
"Selain daripada itu juga, Kampung Budaya Terengganu juga turut memberikan impak kepada produk pelancongan negeri yang sedia ada seperti Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam.
"Ini kita dapat lihat dengan pertambahan pengunjung ke dua-dua lokasi berkenaan," ujarnya.
Beliau berkata ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.
Tambah beliau, kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri telah memberikan peluang penjanaan ekonomi setempat.
"Pengusaha pengusaha Industri Kecil Sedehana (IKS). Batik, Songket dan pengusaha makanan dan penduduk sekitarnya turut menerima tempias dengan kehadiran mereka,"katanya.
24 Nov 20
675
Merchang Lestari, ekopelancongan baharu daerah Marang
Merchang Lestari bakal menjadi destinasi ekpelancongan baharu bagi negeri Terengganu dengan menampilkan produk-produk berasaskan alam semulajadi.
05 Nov 20
626
Sedia Bantu Rancakkan Kembali Pelancongan Di Tasik Kenyir- Ariffin
KUALA TERENGGANU, 1 November – Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melalui Jabatan Pelancongan negeri dalam memberi sokongan dan mempromosi pelancongan di Tasik Kenyir yang merudum ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata pihaknya sentiasa merangka inisiatif dalam membantu industri pelancongan yang terjejas apabila berlakunya wabak pandemik COVID19 di Terengganu.
“Dari segi bantuan belum ada lagi, tetapi promosi kita akan sentiasa buat melalui Jabatan Pelancongan secara berterusan khususnya di Tasik Kenyir .
"Pihak kami akan berusaha tarik pelabur dan juga menarik pelancong di sekitar Pahang, Kelantan dan negeri-negeri yang tidak berisiko.
“Kerajaan negeri akan sentiasa membantu beri sokongan dan mempromosi, insyaAllah apabila reda COVID19, kita jangka orang ramai akan datang balik untuk melancong di Terengganu,”katanya ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI), hari ini.
Ariffin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang 75 pengusaha pelancongan di tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia itu berdepan kerugian lebih RM1 juta akibat pembatalan tempahan rumah bot dan bot laju pada saat akhir, sepanjang bulan ini.
Katanya lagi, isu ini bukan sahaja melibatkan Tasik Kenyir tetapi industri pelancongan di seluruh negeri turut mengalami kemerosotan.
‘’Kemerosotan ini bukan sahaja di Kenyir tetapi juga melibatkan hotel-hotel apabila tempahan yang agak besar menerima pembatalan tempahan apabila pengunjung-pengunjung dari pantai barat tersekat dengan PKPB.
“Namun jika dibandingkan dengan pantai barat, sektor pelancongan di pantai timur khususnya Terengganu masih dapat bertahan kerana kita masih ada lagi kemasukan pelancongan dari negeri sekitar yang tidak terlibat dengan PKPB,” katanya.
Untuk rekod, kehadiran pengunjung ke Tasik Kenyir bagi menggunakan kedua-dua perkhidmatan rumah bot dan bot laju cukup memberangsangkan sejak Julai lalu dengan seramai 7,882 orang diikuti 13,687 pada Ogos dan September (11,603 orang).
01 Nov 20
1366
Pulau Serai Tarikan Pelancongan Baharu di Dungun
DUNGUN,30 Oktober - Daerah Dungun bakal memiliki satu lagi tarikan pelancongan baharu apabila jeti kayu unik hampir siap dibina di Pulau Serai.
Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Muhammad Irham Che Ghani berkata, pembinaan jeti berasaskan kayu yang bermula 14 Ogos lalu telah menjadi tumpuan ramai.
“Syukur alhamdulillah jeti hampir siap sepenuhnya dan memerlukan beberapa penambahbaikan sahaja lagi dari aspek keselamatan dan lain-lain.
"Asalnya kita buat saja-saja sebagai tempat orang kampung bersantai, tapi mendapat perhatian warga Dungun sehingga jadi viral,” katanya kepada pemberita.
Jelasnya lagi, ramai yang datang ke jeti tersebut untuk bergambar dan tidak kurang juga menjalankan aktiviti penggambaran.
"Selain dari itu, tarikan terbaru adalah ‘Dungun Water Taxi’ yang sudah memulakan operasinya," ujarnya.
Menurut Irham, ia mula beroperasi semalam dengan kadar bayaran dewasa RM5 dan kanak kanak RM2.
“Trip pertama Water Taxi adalah jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari kemudian rehat dan bersambung jam 2.00 petang hingga 5.00 petang pula. Muatan bot seramai 15 orang sahaja," ujarnya.
"Dengan pengangkutan air tersebut orang ramai berpeluang menyelusuri Sungai Dungun yang memakan masa hampir satu jam dan berhenti di tujuh perhentian dimana pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam semulajadi kawasan sekitar,” katanya.
30 Oct 20
12365
Terengganu Catat Penginapan Hotel Ketiga Tertinggi
Terengganu sekali lagi menjadi di antara destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia selepas Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mengumumkan peratus penginapan di hotel negeri ini adalah ketiga tertinggi.
22 Oct 20
265
Penginapan Hotel Terengganu Ketiga Tertinggi
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober – Terengganu sekali lagi menjadi di antara destinasi pelancongan pilihan rakyat Malaysia selepas Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mengumumkan peratus penginapan di hotel negeri ini adalah ketiga tertinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sehingga bulan Ogos Terengganu berada di tempat ketiga selepas Pahang dan Perak.
"Alhamdullilah, walaupun pada Jun, Terengganu menduduki tangga ketiga manakala Julai tangga kedua, tetapi kita masih diantara ketiga tertinggi daripada segi peratusan penginapan pengunjung, berbeza dengan tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja menjejaki lokasi-lokasi bersejarah ulama Islam yang terdapat di sekitar Sungai Terengganu dan Sungai Nerus, semalam.
Mengulas lanjut tentang kesan gelombang ketiga COVID-19 kepada sektor pelancongan negeri, Ariffin berkata, penyusutan ini sudah dijangka dengan seluruh negara merasa kesannya.
"Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri pantai barat, anggaran penurunan adalah 20 peratus kerana pelancong barat menarik balik tempahan penginapan dan tidak boleh keluar berkunjung. Kebetulan juga musim monsun di pulau-pulau yang turut menyumbang kepada penurunan.
"Walaubagaimanapun, masih ada lagi pengunjung yang datang seperti di Taman Tamadun Islam dalam jumlah kurang separuh daripada jumlah bulan lalu.
"Perbincangan berterusan dengan penggiat industri pelancongan dan agensi bukan kerajaan (NGO) sentiasa diadakan dari masa ke semasa dalam menghadapi gelombang ketiga ini. Harapan tahun depan supaya keadaan akan reda, industri pelancongan Terengganu akan kembali meriah seperti bulan-bulan lepas," ujarnya lagi.
21 Oct 20
4485
Tempat Bersejarah Ulama Jadi Produk Pelancongan Baharu
Kerajaan Terengganu mengerakkan usaha bagi memajukan tempat-tempat bersejarah ulama islam terutamanya di sekitar Taman Tamadun Islam dan susur Sungai Terengganu.
21 Oct 20
128
Tempat Bersejarah Ulama Jadi Produk Pelancongan Baharu
KUALA TERENGGANU, 20 Oktober – Kerajaan negeri telah mengerakkan usaha bagi memajukan tempat-tempat bersejarah ulama islam terutamanya di sekitar Taman Tamadun Islam dan susur Sungai Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sebuah jawatankuasa khas telah mengkaji dan mengenalpasti tempat-tempat yang kurang mendapat perhatian.
Katanya, jawatankuasa tersebut juga menjadi penyelaras supaya komuniti dan pengusaha pelancongan mendapat manfaat dalam sektor tersebut.
"Pada hari ini kami telah melawat tempat peninggalan sejarah iaitu rumah dan surau Haji Abdul Rahman Limbong atau lebih dikenali sebagai Tok Limbong di Kampung Jongok Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu.
"Kita berbincang untuk membangunkan kembali rumah ini sebagai produk pelancongan bersejarah Islam di susur Sungai Terengganu, sambil memelihara keasliannya. Aktiviti Ratib Khas di surau Haji Abdul Rahman Limbong sentiasa diadakan oleh komuniti setempat, tetapi tidak diketahui ramai.
"Rumah Tok Limbong telah diubahsuai kerana binaan lama yang rapuh. Pura Tanjung Sabtu pula mempunyai rumah lama dengan persekitaran yang cantik jika dibersihkan, kita akan cuba untuk istiharkan tempat-tempat sebegini sebagai tarikan pelancongan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja menjejaki lokasi-lokasi bersejarah ulama Islam yang terdapat di sekitar Sungai Terengganu dan Sungai Nerus, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kompleks Tuanku Nur Zahirah yang merupakan kompleks songket juga mempunyai daya tarikan tersendiri untuk diketengahkan.
Dalam perkembangan lain, Ariffin memberitahu, usaha komuniti Banggol Cempedak yang menjalankan penyedutan pasir sehingga menjadikan pesisir sungai di kawasan itu sebagai tempat pelancongan wajar diikuti.
"Komuniti sebegini wajar dijadikan contoh dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Alur Limbat akan berbincang lagi usaha dalam melengkapkan sektor sebegini," ujarnya lagi.
20 Oct 20
1943
Terengganu Mahu Pepsi Blue Rusila Jadi Kawasan Pelancongan Bersyarat
Terengganu mahu menjadikan kawasan bekas pelombongan emas popular, Tasik Lubuk Mandi di Rusila, Marang sebagai lokasi pelancongan terbaru secara bersyarat.
19 Oct 20
523