lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Kerajaan Terengganu Salur Insentif Khas Kepada Pengayuh Beca, Pengusaha Bot
Kerajaan Terengganu Salur Insentif Khas Kepada Pengayuh Beca, Pengusaha Bot
Seramai 50 pengayuh beca dan 18 pengusaha bot penambang di Terengganu antara pemain industri pelancongan yang bakal menerima bantuan 'one-off' berjumlah RM132 ribu.  
04 Feb 21
110
Terengganu Perkenal Produk Pelancongan Baharu Bulan Hadapan
Terengganu Perkenal Produk Pelancongan Baharu Bulan Hadapan
MARANG, 3 Februari - Pelbagai produk pelancongan baharu akan diperkenalkan bulan hadapan bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Terengganu. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Sulaiman Sulong berkata, langkah tersebut secara tidak langsung membantu pemain industri pelancongan di negeri ini yang terjejas dalam tempoh penularan pandemik COVID-19. "Pelancongan menjadi keutamaan untuk kita bina balik ekonomi selepas berdepan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak panjang. "Jika diizinkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk buka lebih luas lagi ruang pelancongan maka kerajaan negeri bersedia menyediakan pakej-pakej menarik sama ada di pulau atau di Marang ini sendiri," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan sumbangan telefon pintar kepada pelajar kurang berkemampuan di Perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Marang, semalam. Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Tun Faisal Tun Abdul Razak. Katanya, kerajaan negeri akan memperkenalkan beberapa tempat baru khususnya untuk pelancongan domestik termasuk di Marang dan sekiranya tiada sebarang halangan ia akan diumumkan bulan hadapan. Menurut beliau lagi, biarpun banyak program pelancongan tahun lalu yang dirancang tersasar disebabkan pandemik COVID-19, pendekatan mengadakan program lain seperti perkampungan budaya sedikit sebanyak menambah kedatangan pelancong. Tambahnya, diharapkan dengan adanya produk pelancongan baharu akan terus merancakkan sektor ekonomi di negeri ini sekali gus memberi pulangan kepada pemain industri pelancongan.  
03 Feb 21
475
Grand Continental Tawar Promosi Menu Empat Bintang
Grand Continental Tawar Promosi Menu Empat Bintang
KUALA TERENGGANU, 23 Januari – Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu melancarkan promosi bagi menu bertaraf empat bintang. Senior Pengurus Jualan dan Pemasaran Hotelnya, Norlindawati Hasan berkata, mereka juga membuka servis penghantaran dan kaunter pandu lalu sebagai langkah mengatasi masalah ekonomi sektor perhotelan. Katanya, antara menu yang mendapat sambutan seperti Mee Kari Yong Tau Foo (harga diskaun RM15), minuman Popcorn Ice Caramel Latte (RM9) dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 30 peratus. “Pihak kami mengambil inisiatif ini bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak boleh makan di restoran. “Industri hotel turut merasakan kesan PKP kedua ini menyebabkan pelanggan luar tidak boleh rentas negeri, oleh itu, kita sendiri akan ambil inisiatif untuk memenuhi keperluan mereka. “Promosi bermula sejak di hari pertama PKP dijalankan dan setakat ini mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat dalam jarak perkhidmatan iaitu 10KM,” katanya kepada pemberita, kelmarin. Tambahnya, caj Penghantaran makanan akan dikenakan daripada RM 3.00 hingga RM 5.00 untuk setiap penghantaran yang dibuka pada 11.00 pagi sehingga 5.00 petang. "Pihak kami turut mengambil perhatian aspek keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menjalankan perkhidmatan ini," katanya lagi. Sementara itu, Norlindawati turut memaklumkan promosi harga promosi bagi bilik standard sehingga 40 peratus atau RM145 sebilik berabnding harga biasa RM240. Tambahnya, hotel tersebut masih bertahan dari segi saiz dan gaji tenaga pekerja walaupun menghadapi cabaran pkp kedua sejak baru-baru ini. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh menghubungi talian 09-625 1888 atau layari halaman Facebook Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.  
23 Jan 21
1193
Tahun Melawat Kenyir 2021 Sasar 500,000 Pengunjung
Tahun Melawat Kenyir 2021 Sasar 500,000 Pengunjung
Sempena Tahun Melawat Kenyir 2021 (TMK2021), kerajaan Terengganu menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung dari seluruh negara ke tasik seluas 38,000 hektar ini.
04 Jan 21
83
Rumah Tok Lambang Kegigihan Wanita Pantai Timur
Rumah Tok Lambang Kegigihan Wanita Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Terletak di tengah kedamaian dan keindahan perkampungan nelayan tradisional Kampung Mangkok, Setiu, sebuah rumah kayu usang menyimpan rahsia dan maknanya yang tersendiri. Dengan pemandangan pantai Laut China Selatan dan Sungai Setiu di sebelah kanan kirinya, Rumah Tok menjadi lambang kegigihan dan kesungguhan wanita pantai timur. Pengudaraan dan pencahayaan semulajadi adalah ciri utama rumah Melayu lama, dan Rumah Tok mempunyai sekatan yang minimum untuk mewujudkan aliran terbuka, dengan memiliki dua bilik di sebelah kiri sementara satu kawasan tengah sebagai ruang tamu. Ruang rumah mempunyai perabot minima kerana kebanyakkan aktiviti seperti anyaman dan pembungkusan makanan dijalankan di atas lantai. Dapur kecil yang dibuat rendah menggambarkan susuk tubuh kecil pembinanya terletak di belakang rumah dan tandas dibina di luar. Rumah Tok tidak hebat seperti istana, terlalu jauh jika mahu dibandingkan dengan seni bina mewah rumah-rumah tradisional bangsawan Melayu lama Terengganu seperti Terrapuri dan Rumah Tele, sebaliknya ia sengaja dikekalkan sedemikian rupa untuk memberikan gambaran sebenar kesederhanaan kehidupan masyarakat Melayu dahulu yang semakin dilupakan. Menjejakkan kaki ke Rumah Tok, mengingatkan dan membawa kita mengenang nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu mengunjungi rumah nenek dan datuk dengan senyuman, kemesraan dan kemeriahan keluarga ketika pulang ke kampung. Mengimbau sejarah rumah unik tersebut, ianya didirikan sekitar 15 tahun lalu oleh dua sahabat iaitu Wan Lijah dan Zaharah Sulong yang lebih dikenali dengan nama samaran Mok Su dan Mok Wan tanpa bergantung pada sesiapa. Seteguh kisah persahabatan, perit-getir dan semangat juang mereka membanting sendiri tulang empat kerat dan keringat wanita membina rumah tempat berteduh dengan perancangan untuk mengendalikan perniagaan kecil menjual barangan tempatan dan makanan ringan, menjadikan Rumah Tok unik di perkampungan kecil itu. Semangat tersebut kemudiannya diwarisi oleh generasi wanita muda sebuah NGO, Setiu Wetlands Ecotourism Discovery (ECOSWED) yang kemudiannya menyewa rumah berkenaan bagi mengadakan aktiviti bersama komuniti selepas Mok Wan kembali ke negeri asalnya di Kelantan dan Mok Su jatuh sakit. Ditubuhkan secara rasmi pada 2018, ECOSWED mengetengahkan peranan penting bakau dan ekosistem perairan untuk kehidupan masyarakat setempat, serta menekankan pemeliharaan budaya dan makanan tradisional komuniti nelayan di daerah itu. Kebanyakan wanita yang terlibat dengan organisasi itu adalah suri rumah di mana ECOSWED menjadi pemudah cara dengan menyediakan latihan dan bimbingan kepada mereka untuk menjana pendapatan sampingan. Berperanan sebagai pusat sehenti ECOSWED dengan penduduk tempatan dan pelancong berkongsi maklumat tentang tanah lembap dan hubungan antara makanan serta alam sekitar, Rumah Tok sering dijadikan lokasi berkumpul untuk membuat barangan seperti bakul dan tikar di samping demostrasi memasak seperti satar, dan masakan berasaskan ubi kayu dan pisang serta pelbagai lagi. Memandangkan mendapat permintaan ramai untuk menginap di rumah berkenaan, ECOSWED telah melakukan sedikit pengubahsuaian untuk menjadikan Rumah Tok sebagai ‘homestay’ bermula awal tahun lalu. Bagi ECOSWED, projek pengubahsuaian mempunyai makna yang istimewa kerana rumah itu merupakan penjelmaan fizikal pembina asal wanita, kemerdekaan, ketabahan dan persahabatan.
28 Dec 20
1597
Kedatangan Pelancong Luar Biasa
Kedatangan Pelancong Luar Biasa
Terengganu mencatatkan kedatangan pelancong luar biasa sejak rentas negeri dibenarkan.
28 Dec 20
132
Lebih 300 Peserta Meriahkan Kalang Warisan Explore Ride
Lebih 300 Peserta Meriahkan Kalang Warisan Explore Ride
Lebih 300 peserta peminat sukan berbasikal menyertai Kalang Warisan Explore Ride, yang diadakan semalam.
27 Dec 20
380
Kedatangan Pelancong Luar Biasa
Kedatangan Pelancong Luar Biasa
KUALA TERENGGANU, 27 Disember- “Waktu sekarang kita tidak boleh maklum lagi kerana masih di peringkat pengumpulan data dan sebagainya. “Tapi jika dilihat secara kasar melalui kemasukan dan juga keadaan di bandar-bandar, hotel-hotel dan pantai peranginan kita memang penuh dengan kereta daripada luar dan ini jelas menunjukkan kita sekarang menerima jumlah pengunjung ke Terengganu secara luar biasa selepas rentas negeri dibenarkan,” kata Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim. Menurut beliau, selepas rentas negeri pertama dibenarkan bermula Jun hingga September lalu, Terengganu antara tiga negeri teratas menerima paling ramai jumlah pelancong berdasarkan purata penginapan bulanan di hotel-hotel. “Kalau ikutkan maklumat Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Terengganu maklumkan hotel-hotel di bawah mereka menerima tempahan dan kunjungan sama seperti gelombang pertama sebelum ini. “Berdasarkan tempahan hotel negeri ini yang mencapai lebih 90 peratus pada hujung minggu sama seperti selepas rentas negeri pertama dibenarkan pada Jun lalu, kita jangkakan Terengganu kekal antara tiga negeri yang menjadi destinasi pilihan utama pelancong,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai jumlah kedatangan pelancong ke Terengganu selepas menyempurnakan majlis penutup Kalang Warisan Explore Ride anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Belia Pemanis bersama TAC Outdoor di Dataran Komuniti Pulau Manis Serada, semalam. Jelas Huzairil, pengunjung ke negeri ini bukan sahaja menyemarakkan sektor pelancongan malah dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat khususnya peniaga dan penjaja kecil yang terjejas akibat COVID-19. “Bagaimanapun, kita mengharapkan kerjasama dari pelancong terutamanya dari zon merah agar dapat menjalani penilaian risiko di klinik kesihatan berhampiran sebaik tiba di negeri ini,” ujarnya.  
27 Dec 20
405
Sasar 50 Ribu Pelancong Sebulan Ke Tasik Kenyir Tahun Hadapan
Sasar 50 Ribu Pelancong Sebulan Ke Tasik Kenyir Tahun Hadapan
  DUNGUN, 26 Disember - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyasarkan kehadiran seramai 50,000 pelancong domestik ke Tasik Kenyir setiap bulan pada tahun 2021. Pengerusinya, Dato' Razali Idris berkata beliau optimis sasaran berkenaan berupaya dicapai melalui promosi dan persiapan dilakukan. Katanya, pihak Ketengah dengan kerjasama Persatuan Pelancongan dah merangka pelbagai program dengan lebih sistematik untuk menjayakan perancangan tersebut. "Setiap bulan akan diadakan peristiwa atau program yang mempunyai kelainan berpandukan suasana cuaca. "Ini bermakna selama dua belas bulan akan ada jadualnya yang tersendiri dengan idea-idea dari pihak persatuan,"ujar Razali. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengerusi Ketengah Turun Padang Di Dewan Serba Guna di Kampung Padang Pulut, di sini hari ini. Tambahnya lagi, sasaran itu juga berdasarkan kemasukan pelancong ke Tasik Kenyir sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan. "Sejak PKPP diumumkan, kemasukan pelancong domestik meningkat kepada 40 ribu sebulan dan semua rumah bot habis ditempah sehingga tahun hadapan. "Kini bukan sahaja setiap hujung minggu pelancong datang ke Tasik Kenyir tetapi melibatkan hari biasa juga kerana pelancong suka bermalam di rumah bot sambil mengelilingi tasik,"ujar Razali. Justeru itu katanya, pihak Ketengah akan meningkatkan khidmat dan produk-produk yang terdapat di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pelancong datang dengan mengambil kira situasi wabak pandemik Covid19. Terdahulu, Razali menyampaikan bantuan peralatan kepada 23 peserta Program Peningkatan Pendapatan Penduduk(PPP) dan Program Pembangunan Usahawan (PPU) dengan peruntukan lebih RM200 ribu. Sementara itu, sebanyak RM39 ribu turut diagihkan kepada 130 keluarga yang terjejas banjir bagi Zon Ketengah Jaya dan Bukit Besi dengan setiap orang menerima RM300.  
26 Dec 20
1500
Primula Beach Hotel Ambil Langkah Pencegahan COVID-19
Primula Beach Hotel Ambil Langkah Pencegahan COVID-19
KUALA TERENGGANU, 9 Disember - Primula Beach Hotel melaksanakan operasi sanitasi membabitkan bangunan dan persekitaran hotel secara berkala. bagi meningkatkan keyakinan pelancong datang ke Terengganu. Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata program itu bertujuan untuk memastikan Primula Beach Hotel kekal selamat dan bersih agar dapat memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk menginap di hotel yang merupakan salah satu anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Katanya, ia juga bagi memberikan kesedaran kepada umum untuk sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. “Kami telah mengambil inisiatif dalam mencegah penularan wabak COVID-19 dengan menganjurkan program sanitasi  Primula Beach Hotel secara berperingkat dengan kerjasama oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu. “Antara kawasan hotel yang terlibat adalah kawasan yang melibatkan tumpuan orang ramai seperti Kawasan Lobi Hotel, Bayu Restaurant,Anjung Bistro, Kuala Kopi Launge,Bayu Launge,Dewan Seminar, Bilik Tetamu dan sekitarnya,”katanya ketika dihubungi. Seramai 17 orang anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu yang diketuai oleh Puan Rozizah Ibni Hajar,Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nor mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Hiliran dan juga Pegawai Bomba Kanan II mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kota telah turut serta program kali ini. Tambah Suaibah, pihak hotel berharap dengan penganjuran program seperti ini,  dapat bersama-sama membendung wabak Covid-19 daripada terus menular dan memberikan kepercayaan kepada awam untuk mengunjungi Primula Beach Hotel tanpa rasa ragu. "Pekerja kami juga melakukan kerja nyah cemar dan sanitasi secara berterusan di semua bilik dan kemudahan hotel sejak PKP lagi selain mematuhi garis panduan ketat diarahkan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga,”katanya.  
09 Dec 20
1153