lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Warisan Terengganu Dipelihara Melalui Digitalisasi
Warisan Terengganu Dipelihara Melalui Digitalisasi
KUALA NERUS, 22 Mac - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus bergerak ke hadapan dalam memelihara warisan Terengganu apabila melaksanakan langkah mendigitalkan khazanah negeri tersebut. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, usaha itu penting bagi mengembalikan semula minat masyarakat khususnya pencinta budaya terhadap wasrisan negeri seiring dengan perkembangan dunia.  Katanya, langkah terbaru yang dilakukan  Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) UniSZA ialah mengangkat usaha pendigitalan khazanah berkenaan ke peringkat nasional. "Kita telah menyertai ArtScience di balai Seni 'Maybank's Virtual Reality Gallery' di Kuala Lumpur dan peringkat antarabangsa dengan membuat penyertaan di 'Digital Representation dan Research in Art', 'Humanities and Culture di Centre For Greater China Studies' dan ' The Hang Seng University Of Hong Kong' di China," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada Majlis Perasmian Galeri Digital Sanggar Seni dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara universiti berkenaan dengan Husa Network Sdn Bhd serta Avantcom International Sdn Bhd, di sini semalam. Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali itu turut dihadiri oleh Pengurus Besar Husa Network Sdn Bhd ,Ozarizan Mohd Nor, Pengarah Avantsky Sdn Bhd, Wan Akmal Othman, serta Ketua Pegawai Eksekutif Avantcom International Sdn Bhd, Farhana Abdullah. Menurut Dr Hassan, pendigitalan manuskrip mengenai khazanah kesenian dan warisan juga sedang dibangunkan. "Melalui kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) selain arkib dari negeri ini dikumpulkan, kita juga telah turut menerima 30,000 naskah manuskrip dari luar dan dalam negara. "Perbincangan telah dijalankan dengan beberapa buah negara seperti eropah, timur tengah dan juga dari negara untuk tujuan itu bagi mengikut langkah sebagaimana Perpustakaan di British terkenal kerana menyimpan benda lama seperti manuskrip ini," ujarnya. Dalam pada itu, Dato' Yahaya Ali berkata, usaha dilakukan pihak universiti terbabit diyakini akan mencetuskan kesan yang baik untuk negeri ini. "Perjanjian yang dimenterai itu akan menjadi nilai tambah dalam memperkenalkan seni warisan yang kita ada sekali gus mengalakkan pelancong untuk hadir ke negeri ini. "Kita mahu pembinaan kekuatan yang berkaitan kesenian warisan budaya kita ini akan lebih dikenali, dipandang hebat dan boleh dihayati oleh seluruh masyarakat," ujarnya. Mewakili HUSA Network Sdn Bhd, Ozarizan berkata melalui kerjasama yang telah dimeterai, pihaknya mengambil langkah kehadapan. "Kita akan memberikan kerjasama bagi memastikan hasrat untuk memartabatkan kesenian dapat dicapai melalui penyampaian kandungan berbentuk kesenian dan kebudayaan melalui siaran radio Manis FM yang kita miliki," ujarnya.
21 Mar 21
1100
Terengganu Sedia Bantu Promosi Pelancongan Perlis
Terengganu Sedia Bantu Promosi Pelancongan Perlis
KANGAR, 21 Mac – Terengganu sedia membantu Perlis dalam memajukan industri pelancongan negeri terbabit melalui pelbagai pendekatan termasuk penggunaan teknologi digital. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan meneruskan kerjasama dari semasa ke semasa dan akan war-warkan keunikan Perlis. “Terutamanya melalui media sosial, masyarakat lebih cepat mendapat maklumat dan kenali perkembangan baharu di situ, bentuk pemasaran ini lebih efektif berbanding dengan kaedah konvensional lain,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjung hormat ke delegasi pelancongan Perlis di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer di sini, pagi semalam. Turut hadir,, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof dan Pengarah Pelancongan negeri, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim. Sementara itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Perlis, Asmaiza Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan kunjungan dan sokongan padu kerajaan negeri Terengganu dalam mengiklankan pelbagai tarikan pelancongan yang ada di negerinya. “Di Perlis, fokus adalah alam semula jadi dan eko-tourism, kita sedia maklum bahawa Terengganu terkenal dengan kepelbagaian tempat menarik di sana juga. “Melalui kerjasama pemasaran kedua-dua negeri, secara tidak sengaja kita dapat mempromosikan antara dua negeri,” katanya. Tambah Asmaiza, beliau turut menjemput kedatangan pelancong daripada Terengganu dan menasihati untuk menginap sekurang-kurangnya satu malam bagi pengalaman pelancongan terbaik. “Antara lokasi eko-pelancongan yang boleh dikunjungi seperti Rimba Herba Perlis, Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, Taman Rekreasi Tasik Melati, Gua Kelam dan banyak lagi. Jarak diantara tempat ini juga tidak begitu jauh,” katanya lagi. Untuk rekod, pelancongan Terengganu miliki lebih 300 ribu pengikut di media sosial seperti ‘page’ media sosial di Instagram dan Facebook antaranya seperti ‘Page’ Facebook ‘Amazing Terengganu’ dengan ‘like’ mencecah 200 ribu.    
21 Mar 21
522
Terengganu Gerak Awal Ligatkan Pelancongan Domestik
Terengganu Gerak Awal Ligatkan Pelancongan Domestik
ALOR SETAR, 22 Mac - Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengerakkan usaha Program Jelajah Beautiful Terengganu “Pakat Maghi Teganu” untuk mempromosikan sektor pelancongan domestik negeri berkenaan. Pengarah Pelancongan negeri, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu menjadikan Kedah sebagai negeri pertama dalam siri tersebut bagi kolaborasi Bisnes Dengan Bisnes (B2B). “Sambutan hangat melibatkan 40 pemain industri terdiri daripada agensi pelancongan Terengganu kita bawa ke sini untuk membincangkan pakej-pakej sesuai bersama penggiat sektor di sini. “Dengan harapan supaya pelancong dari negeri Kedah dapat datang ke Terengganu dan sebaliknya, dan peluang ini akan digunakan sebaiknya. “Ia juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk memulih dan merancakkan kembali industri pelancongan terutamanya dalam tempoh pasca Covid-19 selaras dengan inisiatif kerajaan yang membenarkan gelembung perjalanan domestik pelancongan,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jelajah Beautiful Terengganu “Pakat Maghi Teganu” di Hotel Grand Alora, petang kelmarin. Tambahnya, peningkatan ketara dari segi kedatangan pelancong dari negeri Kedah dan negeri-negeri di sebelah utara adalah matlamat bagi pihaknya. “Objektif utama adalah mewar-warkan tentang kelebihan dan keunikan negeri. Kita harapkan agensi terlibat dapat hasilkan pakej-pakej menarik untuk rakyat Kedah dan buat seluruh zon utara Malaysia. “Peluang mengadakan lawatan pembelajaran produk-produk tarikan pelancongan yang terdapat di negeri Kedah ini sekali gus dapat dijadikan rujukan bagi menambah baik produk-produk tarikan yang ada di Terengganu,” ujarnya. Siri Jelajah Beautiful Terengganu “Pakat Maghi Teganu” melibatkan penyertaan penggiat-penggiat industri pelancongan negeri yang terdiri daripada lapan pengusaha hotel, tiga agensi pelancongan, dua agensi kerajaan negeri serta pengusaha produk nasi dagang Terengganu. Untuk maklumat lanjut, perkembangan aktiviti-aktiviti menarik pelancongan negeri Terengganu boleh didapati menerusi laman sosial rasmi media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram, Wechat, Weibo dan Telegram dengan nama BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA dan di twitter @trgtourism.
19 Mar 21
554
Kerjasama Kedah, Terengganu Tarik Pelancong Antarabangsa
Kerjasama Kedah, Terengganu Tarik Pelancong Antarabangsa
ALOR SETAR, 20 Mac – Kerjasama antara sektor pelancongan Terengganu dan Kedah bukan sahaja bakal merancakkan pertukaran pelancongan domestik antara dua negeri tetapi ia turut membuka pintu kepada kemasukan pengunjung antarabangsa di masa depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Seni, Budaya, Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menyifatkan kerjasama antara negerinya adalah dinantikan kerana langkah itu memberi laluan kepada perkongsian pendapatan. “Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengajar kita bahawa pelancongan domestik dan persaudaraan antara negeri amat penting, ini adalah situasi menang-menang. “Ia juga mendorong kita supaya mengeratkan ukhwah kerana talian tersebut akan beri satu persefahaman dan kolaborasi pelancongan bersama negeri Terengganu dalam bentuk sistem barter. “Contohnya, mereka daripada Terengganu tidak tahu apa menarik tentang Kedah dan sebaliknya bagi Kedah, melalui usaha promosi dan pertukaran, pengunjung daripada Terengganu akan berminat untuk melawat Kedah dan mereka daripada sini berminat untuk ke negeri tersebut," katanya selepas kunjung hormat pelancongan Terengganu di Star Sky & Lounge, Menara Alor Setar, pagi semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, Pengarah Pelancongan negeri, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim dan Pengurus Kedah Tourism, Nor Azlan Fitri Abd Razak, Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mohamad Zamri Abdul Razak. Tambah Firdaus, sebagai tindak balas terhadap jasa baik kerajaan negeri, pihaknya turut merancang untuk menghantar delegasi ke Terengganu. “Kedah adalah pintu masuk bagi pelawat antarabangsa dan tempatan seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Setar, dengan ada papan tanda di kawasan itu mungkin kita boleh bertukar dan promosikan keunikan negeri Terengganu,” katanya. Sementara itu, Ariffin Deraman berkata, perbincangan dibuat adalah permulaan dan akan diikuti dengan perancangan lebih lanjut untuk dilaksanakan selepas tamat PKP serta dibenarkan rentas negeri. “Pada masa kini, penggiat pelancongan dua negeri akan berkumpul dan bertukar pendapat dalam bentuk Bisnes dengan Bisnes (B2B) dengan harapan agar memajukan sektor mereka bersama,” jelasnya.
19 Mar 21
1017
Terokai, Kenali Taman Negeri Terengganu
Terokai, Kenali Taman Negeri Terengganu
Rakyat tempatan digalakkan menerokai khazanah alam semula jadi serta kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di Taman Negeri Terengganu.
17 Mar 21
274
Jelajah Setiap Daerah, Perkenal Taman Negeri
Jelajah Setiap Daerah, Perkenal Taman Negeri
SETIU, 16 Mac - Jelajah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu ke semua lapan daerah menerusi Program Kembara Kenali Taman Negeri Terengganu bertujuan mendedahkan masyarakat kepada khazanah dalam negeri ini. Pengarahnya, Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata, konvoi motosikal yang disertai oleh 40 penunggang itu juga secara tidak langsung membantu kerajaan negeri dalam mempromosikan eko pelancongan negeri.  Katanya, dua taman negeri di Terengganu iaitu Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) dan Taman Negeri Kenyir mempunyai keunikan tersendiri. “Fokus kami (Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu) adalah untuk melindungi alam semula jadi terutamanya di Setiu Wetlands dan Tasik Kenyir kerana banyak memberi manfaat kepada generasi kini dan masa akan datang. “Diharapkan agar program Kenali Taman Negeri ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai kewujudan Taman Negeri Terengganu kepada orang ramai menerusi edaran risalah dan penerangan tentang taman negeri tersebut,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran ‘Signage’ Route 3684 Setiu Wetlands sempena program kembara tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Setiu Wetlands, hari ini. Menurut beliau, penganjuran program selama dua hari yang bermula semalam itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu yang bersama-sama dalam kerja penerangan melalui edaran risalah masing-masing kepada komuniti. Katanya, memandangkan dunia masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19, kembara tersebut diadakan dalam suasana sederhana berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).  
16 Mar 21
726
Drawbridge Menang Anugerah Ikon 2020
Drawbridge Menang Anugerah Ikon 2020
Drawbridge mendapat pengiktirafan tertinggi di persada dunia setelah meraih Anugerah Kecemerlangan Pelancongan kategori Ikon Baharu Malaysia Terbaik tahun 2020 (Best Malaysian Ikon).
16 Mar 21
541
Sahut Cabaran Pelancongan Budaya 4.0, Eksport Keunikan Luar Sempadan
Sahut Cabaran Pelancongan Budaya 4.0, Eksport Keunikan Luar Sempadan
KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Negeri Terengganu wajar meletakkan sasaran dalam mengeksport kekayaan budaya ke luar negeri dan negara dalam menghadapi norma Pelancongan Budaya 4.0 atau Cultural Tourism 4.0. Galakan tersebut disuarakan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis, yang melihat kepelbagaian budaya seperti penceritaan sejarah, makanan dan seni kraftangan sebagai potensi produk eksport ke luar sempadan negara. “Terengganu boleh menjadi negeri contoh dalam mengerakkan usaha ini, apa kata kita eksport produk pelancongan ini seperti yang dilakukan negara Korea Selatan. “Contohnya, negara tersebut berjaya memperkenalkan dan memperkukuhkan budaya mereka seperti restoran makanan Korea, rancangan K-Drama dan sebagainya dalam negara kita, mengapa mereka berjaya? “Ini kerana inisiatif dalam Cultural Tourism 4.0, Nasi Dagang sudah sampai ke London, namun usaha ini perlu dipertingkatkan lagi supaya mereka di luar sana kenali dan boleh rasai keunikan negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah World Excellence Tourism Awards di Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel di sini kelmarin. Sementara itu, beliau turut kagum dalam usaha Terengganu mengeluarkan pelbagai inovasi produk dan aktiviti pelancongan secara konsisten untuk menggalakkan lebih pelancongan domestik. “Walaupun berhadapan pandemik COVID-19, tapi di sini sentiasa ada pengisian tarikan pelancongan, diharapkan momentum ini diteruskan dengan produk inovasi seperti ‘virtual tourism’ seperti Facebook Live untuk pancing lagi pelancong luar,” tambahnya. Mengulas lebih lanjut mengenai usaha kerajaan negeri menjaga kebajikan penggiat dan pekerja pelancongan, Uzaidi menyifatkan langkah tersebut adalah sangat berkesan dalam membantu golongan sasar itu. “Ini sedikit sebanyak dapat bantu penggiat pelancongan seperti pemandu bot, ejen pelancongan, para pengusaha dalam negeri dan sebagainya yang terkesan akibat kemelesetan pelancongan.  
16 Mar 21
574
Resort Dan Hotel Di Terengganu Di Buka Kembali
Resort Dan Hotel Di Terengganu Di Buka Kembali
Hampir 80 peratus Resort dan Hotel di Terengganu mula dibuka kepada pelancong tempatan susulan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).  
16 Mar 21
419
Drawbridge Menang Anugerah Ikon 2020
Drawbridge Menang Anugerah Ikon 2020
KUALA TERENGGANU, 15 Mac – Drawbridge mendapat pengiktirafan tertinggi di persada dunia setelah meraih Anugerah Kecemerlangan Pelancongan kategori Ikon Baharu Malaysia Terbaik tahun 2020 (Best Malaysian Ikon). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kejayaan tersebut adalah pengiktirafan atas usaha kerajaan negeri dan sektor pelancongan termasuk yang sebelum ini. “Terima kasih kepada Malaysia Tourism Council yang menyampaikan anugerah ini, walaupun sepatutnya diterima di Berlin, Jerman, namun dengan kekangan COVID-19, majlis tersebut terpaksa dibatalkan," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah World Excellence Tourism Awards di Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel, di sini, malam semalam. Turut hadir, Presiden  (Majlis Pelancongan Malaysia) MTC, Uzaidi Udanis dan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Mohd Huzaril Nizam Ibrahim serta para penggiat industri perhotelan dalam negeri. Kata Ariffin lagi, jumlah pengunjung ke jambatan itu sejak dibuka 1 Ogos 2019 dianggar sehingga ratusan ribu pengunjung. “Dalam masa beberapa bulan seperti September dan Oktober tahun lalu, dalam 200 ribu lebih sebulan jumlah kehadiran melimpah ruah yang datang untuk bergambar di situ dan kawasan datarannya," jelasnya. Jelas Ariffin, perancangan baharu untuk Drawbridge adalah pembukaan restoran di atas jambatan tersebut. “Namun begitu, kita masih dalam proses pemutihan dan pemilihan pengusaha yang layak, ramai tawaran yang diterima tetapi kita masih menunggu keadaan supaya lebih stabil selepas pandemik ini surut kembali," katanya. Sementara itu, Uzaidi Udanis memaklumkan bahawa negeri Terengganu sahaja telah mendapat pengiktirafan ikon bertaraf dunia sedemikian. “Rakan-rakan eropah dan Amerika Syarikat memaklumkan mereka tidak sabar untuk menghantar pelancong kembali ke negeri ini. “Walaupun di negeri lain seperti Pahang juga mempunyai mercu tanda seperti Menara Teruntum, namun impak jambatan angkat tersebut amat tinggi, boleh dibandingkan seperti London Bridge dan reputasinya kini seakan sama seperti Menara Berkembar PETRONAS,” tambahnya.
15 Mar 21
1877