Artikel "Komuniti" Terkini
                        
                                                    
                            Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
                        
                        
                            Terengganu kini memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan ekonomi Pantai Timur apabila menyalurkan bekalan air bersih ke Pahang menerusi Projek Paip Pengagihan Air Kemaman-Gebeng. 
                        
                        
                                15 Dec 24
            
                    
                                594
            
            
                        
                                            
                            RUU Komunikasi Dan Multimedia Buka Ruang Salah Guna Kuasa
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional semalam telah menentang Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan 2024) kerana dikhuatiri akan disalah guna dan dimanipulasi.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu , Dato' Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara itu sangat jelas memberikan kuasa terlalu luas kepada menteri untuk menentukan pelbagai perkara berkaitan media.
"Kerajaan sekarang dilihat mundur ke belakang dalam menegakkan prinsip penting demokrasi iaitulah hak kebebasan bersuara.
"Perkara ini dibangkitkan masyarakat awam termasuklah mereka yang sebelum ini dilihat sangat pekat dalam sokongannya kepada Pakatan Harapan misalnya BERSIH, kartunis Fahmi Reza, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan ramai lagi," ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di facebooknya, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut katanya, sekalipun RUU itu tetap diluluskan kerana ahli-ahli Parlimen Kerajaan dari Pakatan Harapan dan lain-lain parti yang bersama kerajaan memilih telah mengundi menyokong pindaan akta terbabit.
"Semua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang hadir telah mengundi membantah RUU ini," tegasnya.
                        
                        
                                10 Dec 24
            
                    
                                133
            
            
                        
                                                    
                            Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
                        
                        
                            Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) menganjurkan inisiatif Dapur Rakyat bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.
                        
                        
                                09 Dec 24
            
                    
                                108
            
            
                        
                                            
                            Lebih 350 Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Taman Rakyat Jaya
                        
                        
                            DUNGUN, 5 Disember- Lebih 350 orang sukarelawan berganding tenaga membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Rakyat Jaya menerusi operasi Pasca Banjir KM (KHIDMAT Malaysia) Dungun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, pelbagai pihak hadir bagi membersihkan rumah penduduk yang terkesan banjir. 
"Ada dari Skuad Khidmat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan dan pusat - pusat pengajian tinggi hadir ke Taman Rakyat ini yang hampir 90 peratus ditenggelami banjir," ujarnya ketika dihubungi pemberita.
Menurut beliau, sebanyak lebih 200 buah telah dibersihkan semalam dan bakinya akan diteruskan hari ini, memandangkan air tidak surut sepenuhnya.
"Banjir kali ini air naik sangat cepat dan boleh dikatakan di luar jangkaan, walaupun ada yang sudah bersiap sedia dari awal lagi, tapi itulah macam perabut , tilam terpaksa dibuang," ujarnya.
                        
                        
                                05 Dec 24
            
                    
                                265
            
            
                        
                                            
                            PPS Kebor Besar Sediakan Pelbagai Aktiviti Untuk Mangsa Banjir
                        
                        
                            Oleh: Syahida Mohd
KUALA TERENGGANU, 4 Disember-  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kebor Besar menyediakan pelbagai aktiviti kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS berkenaan.
Timbalan Penyelia i-MiTS DUN Buluh Gading, Paridah Muda berkata, antara aktiviti yang di adakan kepada kanak-kanak dan wanita dewasa adalah pertandingan mewarna, soal jawab kuiz fiqh solat dan bacaan Yaasin. 
"Penghuni di PPS ini dilihat ceria apabila bukan sahaja diberikan keperluan yang baik tapi turut disediakan aktiviti kepada mereka bagi memenuhi masa terluang.
"Tujuan utama diadakan adalah bagi memastikan penghuni tidak berasa bosan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni di sini," ujarnya.
Terdahulu, banjir besar telah melanda kawasan DUN Buluh Gading di mana dua PPS telah diaktifkan di kawasan berkenaan. 
                        
                        
                                04 Dec 24
            
                    
                                272
            
            
                        
                                            
                            Rumah Masih Belum Siap, Pagar Pula Musnah Dihempap Tanah Runtuh
                        
                        
                            MARANG, 3 Disember - 'Rumah masih belum lagi siap pagar pula dihempap tanah runtuh', begitulah nasib yang menimpa seorang penduduk di Kampung Jenang, Pengkalan Berangan di sini.
Menurut Jiran terdekat Muhamed Yusuf, kejadian sekitar jam 1 pagi 29 November lalu itu walau bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan fizikal.
"Tuan rumah berasal dari Jerong, rumah itu belum lagi siap hanya pagar yang siap, jadi runtuhan itu hanya terkena pagar. 
"Nasib baik rumah itu masih belum diduduki, bayangkan jika penghuninya ada, pasti ia membahayakan keselamatan nyawa, kita tidak mahu tragedi di Bukit Apit berulang kembali," ujarnya.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata pihaknya melalui pusat khidmat akan menyelesaikan pembersihan untuk tanah tersebut dengan peruntukan RM1,000 sehari.
"Jika diselesaikan dalam dua hari kosnya RM2,000 dan kita akan menanggung segala kos pembersihan ini," ujarnya.
 
 
 
                        
                        
                                03 Dec 24
            
                    
                                294
            
            
                        
                                            
                            PPS SMK Seri Payong Ditutup
                        
                        
                            MARANG, 3 Disember - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong secara rasminya ditutup pada petang ini setelah penghantaran pulang mangsa banjir terakhir selesai dilakukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata  operasi pemindahan terakhir itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain yang terlibat dalam membantu mangsa banjir.
“Alhamdulillah, bantuan penghantaran balik mangsa banjir yang terakhir di PPS SMK Seri Payong sebentar tadi. Secara rasminya petang ini PPS SMK Seri Payong ditutup,” kata beliau dalam suatu kenyataan, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Mohd Nor berkata dengan Penutupan PPS berkenaan menandakan situasi banjir di kawasan tersebut semakin pulih serta membolehkan mangsa kembali ke kediaman masing-masing.
Mohd Nor turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran operasi ini.
"Terima kasih kepada usaha dan pengorbanan pelbagai pihak, mangsa banjir kini dapat memulakan langkah pemulihan selepas menghadapi bencana tersebut," ujarnya.
                        
                        
                                03 Dec 24
            
                    
                                275
            
            
                        
                                            
                            Semua Mangsa Banjir Terima Layanan Baik
                        
                        
                            Oleh : Fatimah Din
MARANG, 3 Disember - Walaupun penat dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ia tidak dijadikan alasan oleh para petugas untuk tidak memberikan layanan yang terbaik kepada mangsa banjir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, keadaan itu dapat dilihat sepanjang beliau melakukan tinjauan serta melawat PPS dan situasi itu memberikan keselesaan kepada mereka yang berada di situ.
"Malah mereka turut memuji makanan yang disediakan dikatakan sedap untuk dimakan selain menerima layanan yang baik daripada setiap petugas," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan di situ, baru-baru ini. 
Mengulas lebih lanjut, petugas yang dimaksudkan itu adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), anggota rela dan juga Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
"Kesemua mereka telah bertungkus lumus bagi memastikan keadaan terkawal sepanjang masa berlakunya bencana banjir.
"Mudah-mudahan ia dikira sebagai amal ibadat yang dihitung sebagai amanah yang akan dipertanggungjawabkan," katanya.
Untuk rekod, semalam masih mencatatkan 209 keluarga di Seluruh Marang masih berada di sembilan PPS.
 
                        
                        
                                03 Dec 24
            
                    
                                166
            
            
                        
                                                    
                            Hanafiah Iring Zahid Santuni Mangsa Banjir
                        
                        
                            Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyantuni mangsa banjir di Terengganu.
                        
                        
                                02 Dec 24
            
                    
                                112
            
            
                        
                                            
                            Syukur,Tiga Projek Baharu Atasi Banjir Lulus Di Kuala Besut - Azbi
                        
                        
                            BESUT, 3 Disember - Sebanyak tiga projek baharu yang dipohon kepada Menteri Kerjaya Raya, Dato' Seri Alexander Nanta Linggi telah diluluskan serta merta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh Salleh berkata, pihaknya sebelum telah memohon kepada  Menteri Kerja Raya itu semasa beliau hadir melakukan tinjaun Projek Tiub Tebatan Banjir baru-baru ini.
"Tiga projek itu ialah membesarkan longkang di sekitar Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia Gong Kedak, pembinaan longkang baru di sempadan Pachakan dan yang terakhir pembinaan longkang daripada Masjid Kayu Jerteh ke Kampung Pusu Tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azbi merakamkan jutaan terima kasih kepada Elexender  yang telah sudi meluluskan projek terbabit serta merta bagi memastikan masalah banjir di Dun Kuala Besut dapat dikurangkan.
                        
                        
                                02 Dec 24
            
                    
                                326