lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

TDM, Muafakat Sejahtera Lunas Hajat Anak Yatim
TDM, Muafakat Sejahtera Lunas Hajat Anak Yatim
KUALA TERENGGANU, 9 April - Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera melunaskan hajat 58 anak yatim dan asnaf untuk memiliki baju raya baharu pada Aidilfitri tahun ini. Salah seorang daripada anak yatim, Muhammad Ilham Wafiy, 9, berkata dia sangat gembira dan bersyukur kerana terpilih bersama tiga lagi adiknya untuk menerima bantuan Aidilfitri. Kata Ilham, keprihatinan TDM dan Muafakat Sejahtera memberi keceriaan kepada dia dan adik-adiknya yang baru kehilangan ayah baru-baru ini. “Alhamdulillah saya terharu diberikan peluang berbelanja, memilih sendiri baju baharu di sini dan juga dapat memilih warna tema untuk keluarga kami sempena raya kali ini. "Walaupun sambutan Aidilfitri tahun ini merupakan tahun kesedihan bagi kami sekeluarga yang baru kehilangan ayah di bulan puasa ini baru-baru ini, namun demi semangat kepada ibu dan adik-adik kami cuba meriahkan suasana Aidilfitri ini," katanya ketika ditemui media ketika program itu di Pasar Raya KTCC. Turut hadir Pengerusi Muafakat Sejahtera yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Ketua Pengurusan Risiko TDM, Mohd Mardi Ismail dan Ketua Komunikasi Korporat TDM, Norfarizan Hashim. Sementara itu, Yahaya berkata, anak-anak yatim dan golongan asnaf berusia tujuh hingga 13 tahun terbabit dipilih dari daerah Marang dan Kuala Terengganu. "Apa yang telah kami lakukan adalah dengan membawa mereka ke Pasar Raya Pacific KTCC untuk membeli keperluan raya seperti pakaian, kemudian kami bawa mereka ke Hotel Paya Bunga untuk majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan duit raya setiap seorang. "Saya merasa bersyukur dan seronok melihat anak-anak yatim dan golongan asnaf ini memilih dan membeli pakaian raya serta makan di majlis berbuka tadi," ujarnya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa. Yahaya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak TDM Berhad, Paya Bunga Hotel serta semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, TDM melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), komited untuk sentiasa berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat dan bertepatan dengan bulan Ramadan. "Dalam kita menyambut Ramadan dengan penuh kegembiraan dan juga meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kita juga mengambil kira golongan kurang bernasib baik yang jarang kali mendapat peluang menyambut bulan mulia ini dengan membeli atau memilih baju raya baharu mereka sendiri. "Kami berbesar hati dapat melibatkan diri dan berharap agar ia menjadi pengalaman serta memori yang indah dan tidak dapat dilupakan. Program ini merupakan salah satu cara untuk kami berbakti kepada masyarakat," katanya.
11 Apr 23
327
Terengganu Hidupkan Sambutan Nuzul Al-Quran
Terengganu Hidupkan Sambutan Nuzul Al-Quran
Sempena Sambutan Nuzul al-Quran kali ini, Masjid Kampung Tok Jembal dipilih sebagai lokasi memperingati peristiwa agung penuh bagi peringkat negeri.
10 Apr 23
160
Nuzul Al-Quran : Mesej Tersirat, Penuh Hikmah
Nuzul Al-Quran : Mesej Tersirat, Penuh Hikmah
Sambutan Nuzul al-Quran yang disambut pada 17 Ramadan oleh seluruh umat Islam mengandungi rahsia serta mesej tersirat penuh hikmah di sebalik peristiwa agung tersebut.  
10 Apr 23
178
Ahmad Samsuri Rai Asnaf, Pelajar dan Warga Dungun
Ahmad Samsuri Rai Asnaf, Pelajar dan Warga Dungun
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan golongan asnaf, pelajar dan penduduk di daerah ini dalam siri jelajah Prihatin Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama MB Terengganu di Masjid As-Salikin, Sungai Udang, Sura semalam.
10 Apr 23
101
Permohonan i-Fitri Perantau Dibuka 6 April
Permohonan i-Fitri Perantau Dibuka 6 April
 Berita gembira untuk rakyat Terengganu yang berada di perantauan apabila bantuan i-Fitri akan mula dibuka permohonannya pada 6 hingga 20 April secara atas talian melalui i-Bantuan.
03 Apr 23
245
'One Stop Centre' NGO Terengganu Beroperasi Dalam Masa Terdekat
'One Stop Centre' NGO Terengganu Beroperasi Dalam Masa Terdekat
KUALA NERUS, 31 Mac - Kerajaan Terengganu dengan Kerjasama Majlis Muafakat NGO Terengganu (MMNT) bakal menubuhkan Anjung NGO Sejahtera yang berfungsi sebagai 'One Stop Centre' atau pusat utama bagi melancarkan sebarang aktiviti atau mesyuarat pertubuhan. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Yahaya Ali memaklumkan, Anjung NGO Sejahtera sudah siap 95 peratus dan akan dapat dimanfaatkan oleh NGO khususnya yang masih tidak memiliki pejabat atau kemudahan fasiliti sendiri. "Insya-Allah akan dirasmikan pembukaannya tidak lama lagi dan mula beroperasi dalam masa terdekat. "Pertubuhan atau NGO sangat sinonim dengan sikap proaktif, tulus ikhlas berkhidmat, tinggi rasa empati, sedar tanggungjawab manusiawi dan begitu dekat dengan komuniti awam. Tidak melampau sekiranya saya sebutkan bahawa NGO adalah nukleus penggerak masyarakat dan pencetus perubahan. "Kita boleh lihat menerusi program Tabung Terengganu for Turkiye and Syria yang dilancarkan baru-baru ini, merupakan satu pencapaian yang besar dan membanggakan kita semua. Alhamdulillah hasil kutipan mencecah RM1.3 juta sehinggakan Terengganu dinobat sebagai penyumbang terbesar dari Malaysia. Syabas kepada para penyumbang yang juga terdiri dari sebahagian besar NGO yang berada di dalam dewan ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Townhall NGO Terengganu di Dewan Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus semalam. Untuk rekod, sebanyak 200 pertubuhan dan badan bukan kerajaan hadir menunjukkan tanda komitmen bersama kepimpinan kerajaan negeri. Bagi menzahirkan penghargaan serta pengiktirafan daripada kerajaan negeri buat NGO-NGO yang banyak menabur bakti dalam arena kebajikan dan sosial di Terengganu, sebanyak lima Anugerah Khas NGO Terbaik telah diberi.  
31 Mar 23
530
YBC Sempoi, Rakyat Chukai Lebih Kenal
YBC Sempoi, Rakyat Chukai Lebih Kenal
KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Kaedah yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat mengagihkan ikan tanpa diletakkan dalam plastik tidak perlu dijadikan isu besar kerana ia hanya perkara biasa bagi masyarakat yang tinggal di tepi pantai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional itu telah dikenali sebagai 'YB paling sempoi' di negeri ini. "Nak (hendak) tahu sempoi ke tidak, sembanglah dengan YB Haji Hanafiah, bergurau tak kira siapa. Mesra, dekat dengan rakyat tanpa mengira siapa. "Tapi itulah rencam kepelbagaian pandangan, kita rai jerlah, Apa yang paling pasti, rakyat dalam kawasan DUN beliau lebih mengenali wakil rakyatnya,"ujarnya menerusi satu hantaran di facebooknya. Ujarnya lagi, bukan senang untuk puaskan hati semua orang walaupun dilihat Hanafiah sering kali berusaha membantu rakyat dengan pelbagai cara termasuk agihan 'ikan aya' itu sehingga menerima komen negatif kerana tular di media sosial. "Suasana ni biasa 'je' sesama orang kampung khususnya penduduk di tepi pantai, Itu tanda ikan baru naik dan masih segar. Penerima tiada rasa penghinaan pun. "Suasana nelayan nak kongsi ikan sekarang mungkin payah sikit sebab kos sara hidup yang makin meningkat dan harga ikan juga boleh tahan, adakalanya, bagi nelayan bot fiber, mereka balik dengan tangan kosong walaupun sehari di tengah lautan,"katanya. Sementara itu, Hanafiah semalam mengagihkan ayam mentah untuk keluarga yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf di desa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) semalam. "Kecil bagi kita, besar bagi mereka ... Tenang hati melihat mereka masih mampu mempamerkan senyuman,"ujarnya menerusi TikToknya.
29 Mar 23
633
'Tiada Salah Agih Ikan Aya Tanpa Plastik'- Hanafiah Mat
'Tiada Salah Agih Ikan Aya Tanpa Plastik'- Hanafiah Mat
KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Menerima kritikan kerana mengagihkan 'ikan aya' tanpa menggunakan plastik, Hanafiah Mat menjawab tohmahan segelintir pengguna TikTok bahawa cara itu tidak salah. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional itu berkata, tidak terfikir untuk meletakkan ikan tongkol itu di dalam plastik kerana besar, serta memudahkan mereka yang menerimanya untuk terus masak bagi dijadikan hidangan berbuka puasa. "Bagi saya tiada masalah buat agihan begitu ke setiap rumah, melainkan jika ikan yang diberikan itu ikan selayang atau ikan kembung. Mestilah akan dimasukkan dalam plastik dahulu kerana saiznya lebih kecil,"ujarnya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, di sini, hari ini. Melalui perkongsian video yang dimuat naik sejak Ahad itu menerima lebih 90,000 tontonan dengan 953 komen termasuk mereka yang mempertikaikan niat murni Hanafiah kerana disifatkan menghina golongan miskin dan agihan ikan percuma itu dikatakan seolah-olah seperti mahu diberikan kepada kucing. Bagaimananapun, terdapat komen positif yang menyokong dan mempertahankan tindakan Hanafiah dengan memuji misi yang jelas dipamerkan olehnya itu dalam membantu meringankan bebanan rakyat. "Saya terima segala kecaman dengan berlapang dada kerana ia tidak meninggalkan kesan kepada saya. Saya akan terus buat kerja dan berbakti untuk rakyat. "Hari ini kita sambung lagi agihan 'ikan aya' seperti semalam, kali ini masih juga diberikan kepada penduduk yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) serta mereka yang memerlukan. "Syukurlah, untuk setiap ekor 'ikan aya' yang diagih boleh dimasak singgang misalnya untuk dimakan oleh empat ahli keluarga, walaupun pemeberian ini dilihat kecil oleh sesetengah orang, ia dihargai oleh mereka yang memerlukan,"ujarnya. Dalam pada itu Hanafiah berpendirian agihan yang dilakukan dengan cara demikian dapat meminimumkan penggunaan plastik sekali gus akan melestarikan dan memelihara alam sekitar daripada dicemari bahan buangan seperti sisa plastik. Difahamkan, proses agihan seekor ikan seberat antara 900 gram hingga 1 kilogram (kg) pada semalam melibatkan lebih 60 rumah PPRT di Kampung Paya Berenjut, Kampung Besut 2, Bakau Tinggi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan hari ini akan diteruskan dengan melibatkan sekitar 55 buah rumah lagi akan menerimanya.
27 Mar 23
344
ADUN Batu Buruk Agih 7,000 Kotak Kurma
ADUN Batu Buruk Agih 7,000 Kotak Kurma
KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk mengagihkan 7000 kotak kurma beserta takwim berbuka puasa, semalam.  Agihan tersebut telah dilakukan melalui 36 buah Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam DUN itu. Menurut ADUN Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, agihan kurma ini merupakan program tahunan sebagai persiapan untuk menyambut ketibaan Bulan Ramadan. “Setiap tahun kita akan agihkan kurma kepada warga DUN Batu Buruk diikuti dengan program-program kebajikan lain yang telah dirancang sepanjang Bulan Ramadan ini. “Antara program yang dirancang ialah agihan lauk berbuka puasa, bakul Ramadan, berbuka bersama anak muda, agihan kuih raya dan lain-lain lagi,” kata Dr. Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita. Beliau turut memberikan pesanan agar masyarakat dapat menjaga kesihatan dengan baik sepanjang bulan ini. “Saya doakan semoga semua diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani ibadah puasa,” katanya lagi.  
23 Mar 23
424
Jika Harga Sewa Bazar Rendah, Makanan Jadi Murah
Jika Harga Sewa Bazar Rendah, Makanan Jadi Murah
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Sumber Manusia Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menasihati pengusaha-pengusaha bazar Ramadan supaya lebih bertimbang rasa dalam mengenakan harga kepada peniaga yang menyewa tapak perniagaan di bazar sepanjang bulan mulia itu.
23 Mar 23
53