lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Abdul Hadi Serah Kertas Cadangan Pemulihan Ekonomi Kepada Menteri Kewangan
Abdul Hadi Serah Kertas Cadangan Pemulihan Ekonomi Kepada Menteri Kewangan
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kertas cadangan langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan bagi memulihkan ekonomi pasca Covid-19 khususnya melalui peluang kerjasama dengan negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.
06 Sep 20
407
Sabasun Lambang Kejayaan Anak Melayu Tempatan
Sabasun Lambang Kejayaan Anak Melayu Tempatan
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos- Siapa yang tak kenal sabasun yang merupakan salah satu pasaraya hyperuncit terbesar milik anak melayu di Terengganu.Namun setiap kejayaan pasti ada pengorbanan serta cabaran tersendiri dan bagi setiap yang di atas, pasti bermula dari bawah. Begitu juga Sabasun, bermodalkan lebih RM100 ribu hasil simpanan keluarga, dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan dua unit kaunter pembayaran KONSEP HALALAN TAYYIBA pasaraya anak tempatan ini  mampu mengembangkan perniagaan sehingga memiliki lima cawangan di seluruh negeri. Pemilik rangkaian Pasaraya Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd, Che Salmi Ibrahim, 52, berkata segala kejayaan ini bermula dari bawah dengan hasil usahasama dan kesepakatan keluarga yang telah melakukan pengorbanan wang ringgit dan juga masa. “Pasaraya ini mula beroperasi pada 2 April 1995, dimana usia Sabasun sekarang menjangkau lebih dari 25 tahun dan pada waktu itu, kami bermula dgn tiga orang pekerja dengan dibantu oleh ahli keluarga yang lain dan perkataan Sabasun Hyperuncit bermakna sabasun tu akronim daripada dua perkataan iaitu sabar dan bersungguh-sungguh, manakala hyperruncit pula merupakan satu konsep yang berpaksikan pada glocal iaitu ‘’global technology local application’. “Secara amnya, Sabasun masih lagi mengekalkan 100 peratus tenaga kerja yang terdiri dari anak tempatan, menjadikannya satu-satunya Peruncit berskala besar yang tidak menggunakan tenaga pekerja asing dan memakai resepi utama iaitu ‘ Pelanggan Adalah Majikan’. “Sebenarnya, di sini kami tidak ada gelaran khusus untuk apa-apa jawatan, kita hanya menggunakan gelaran abang dan kakak malah semua kakitangan dan semua pembekal-pembekal panggil saya abang long sebab  nak kurangkan barrier, tembok, pemisah antara pekerja dengan kita,” ujarnya. Bapa kepada tujuh orang anak yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana daripada California State Universiti dalam bidang Psycho Linguistik berkata, pasaraya Sabasun membuka peluang pekerjaan kepada hampir 500 penduduk setempat, 350 orang usahawan muslim tempatan dengan 2200 produk industri kecil sederhana (IKS) dan  mempunyai pilihan hampir 30,000 barangan yang menjana pendapatan lebih RM2.5 juta sebulan. Tidak kedekut ilmu dan mengamalkan konsep sentiasa membantu anak melayu, Sabasun telah  menubuhkan Unit Pembangunan Usahawan Sabasun Hyperuncit (UPUSH) bagi memperkasakan perniagaan anak tempatan . “UPUSH adalah  antara bentuk bantuan untuk  anak-anak  tempatan yang ingin menceburkn diri dalam bidang peruncitan / pembekalan yang mana mereka mempunyai modal tetapi tidak mmpunyai ilmu atau pengetahuan dan disitu unit ini mengambil penekanan untuk sama-sama membantu , beri ilmu , sokongan dan  tunjuk ajar serta adakan seminar untuk peserta-peserta bawah  bimbingan kita ni, dua hingga tiga  bulan sekali secara percuma. “Sebab untuk pastikan suatu program berjaya kepada Islam, anak melayu, Malaysia kita, kita jangan letakkan kepentingan duit didepan.  “Kalau yang baru nak mula ini, kebanyakan anak melayu bukan datang dari keluarga yang berada jadi, dalam bisnes biar tak bergaya asal tak papa. Fokus pada bisnes, tolak kepentingan diri kerana ada dua perkara disini apabila kita buat bisnes samada nak bina bisnes atau nak buat bisnes. Kalau buat bisnes, rumah semakin besar, kereta semakin banyak tapi perniagaan kekal macam tu je, tapi yang bina bisnes, bisnes dia berkembang walaupun kereta tak besar,” tambah Che Salmi lagi. Menurutnya, untuk meningkatkan lagi kedudukan Sabasun sebagai pusat jualan untuk orang melayu dan IKS, beliau berhasrat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memastikan bahawa semua cawangan Sabasun berada di seluruh daerah di negeri Terengganu dan perancangan masa sederhana diantara dua hingga lima tahun untuk berkembang keluar ke negeri lain.  “Ini termasuk perancangan jangka  panjang lima tahun keatas untuk mengadakan outlet Sabasun di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. “Di luar Terengganu, boleh dikatakan pesaing-pesaing majoritinya terdiri daripada yang bukan Islam dan disitulah kami nampak ada ruang dan peluang kerana apabila  Sabasun dapat menawarkan produk-produk  halal dan toiyiba yang belum pernah ditekankan oleh mana-mana supermarket bukan Islam sebelum ini dan Alhamdulillah insyaAllah pengguna Islam akan dapat membuat  pembelian yang lebih meyakinkan,” ujarnya.  
19 Aug 20
6560
30 Unjam Dilabuhkan Di Pesisiran Pantai Kijal
30 Unjam Dilabuhkan Di Pesisiran Pantai Kijal
KEMAMAN, 18 Ogos - Sebanyak 30 unit unjam telah dilabuhkan bersama pemberat di pesisiran Pantai Kijal bagi memperkayakan sumber laut di kawasan zon tangkapan nelayan pantai dan zon larangan pukat tunda tersebut. Hasil tangkapan nelayan yang agak berkurangan sejak kebelakangan ini terutama bagi nelayan di Kampung Penunjuk Kijal mencetuskan usaha kerajaan negeri melabuhkan unjam di kawasan yang dikenal pasti. Ianya dapat berjalan lancar dengan usaha sama di antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Kemaman, Persatuan Nelayan Kijal dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemaman. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh mengharapkan usaha itu dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan para nelayan. "Dengan usaha yang dilakukan ini kita mengharapkan ianya dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan para nelayan di Kijal ini. "Seterusnya menambah pendapatan harian mereka dan mengembangkan sosial ekonomi masyarakat di tepi pantai ini," ujarnya kepada pemberita pada sesi gimik penyerahan unjam dan doa selamat program tersebut di Pantai Penunjuk Kijal, baru-baru ini. Hadir sama dalam majlis itu, Penyelia PKM Parlimen Kemaman, Mohd Hafiz Adam mewakili Ahli Parlimen Kemaman, Pengurus Persatuan Nelayan Kijal, Mohd Suhardi Jusoh dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Zabidin Awang. Sebanyak lapan buah bot fiber dan tiga buah bot kayu kelas A digunakan bagi melabuhkan unjam sejauh tiga batu nautika dari Pantai Penunjuk Kijal.
17 Aug 20
1512
TADC Fresh Mart Pasarkan Hasil Tani Dengan Harga Berpatutan
TADC Fresh Mart Pasarkan Hasil Tani Dengan Harga Berpatutan
  KUALA TERENGGANU, 17 Ogos -  TADC Fresh Mart milik anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) bakal merancakkan sektor ekonomi  setelah mula beroperasi hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata TADC Fresh Mart kini mula memasarkan hasil pertanian keluaran petani, penternak dan nelayan negeri ini dengan harga yang lebih berpatutan. “Ini merupakan antara tiga manfaat penubuhan TADC Fresh Mart kerana ia menyediakan kemudahan untuk warga petani, penternak dan nelayan serta industri asas tani  untuk  pasarkan hasil mereka tanpa melalui rantaian orang tengah. ‘’Orang ramai disekitar Menara Permint dan Kompleks Paya Bunga pula boleh mendapatkan bekalan bahan mentah secara mudah, segar dan harga yang lebih rendah sedikit dari pasaran di samping menyediakan peluang pekerjaan,” ujarnya .  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan TADC Fresh Mart di bangunan PB Square di sini hari ini. Tambah Dr Azman, TADC Fresh Mart bakal dikembangkan ke daerah-daerah secara tersusun bagi memperluaskan lagi peluang perniagaan untuk menerajui ruang pasaran hasil-hasil pertanian negeri.
17 Aug 20
3215
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
DUNGUN, 17 Ogos - “Kita sentiasa turun ke lapangan dan bertemu dengan pengusaha chalet dan resort untuk merasai denyut nadi mereka terutama yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Katanya, kebanyakkan pengusaha chalet dan resort di negeri ini terutama di pulau mengalami kerugian ketika pandemik COVID-19 melanda negara.  “Pelancong asing tidak dibenarkan masuk sehingga sekarang ke negara ini menyebabkan pendapatan mereka terjejas namun mereka akur dengan situasi sukar ketika ini," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja rasmi ke Pulau Tenggol.  Sementara itu katanya, kerajaan negeri sentiasa membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu ini.  “Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita sentiasa giat membuat hebahan dan promosi berkaitan pelancongan supaya apabila sektor ini dibuka, kita bersiap sedia menerima pelanggan yang telah membuat tempahan awal,” katanya.  Dalam pada itu, ramai pengusaha yang memberitahu selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi, sambutan orang ramai sangat positif.  “Kita mendapat maklum balas yang positif dari mereka ini apabila bilik-bilik hampir habis ditempah.  "Ada yang menempahnya untuk percutian seisi keluarga, hari keluarga syarikat dan seumpamanya,” tambah beliau. 
17 Aug 20
460
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
DUNGUN, 17 Ogos - Pulau Tenggol umpama 'syurga' kepada penyelam dasar laut di seluruh dunia.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, di Terengganu terdapat 13 buah pulau dan Pulau Tenggol adalah yang terbaik untuk mereka yang inginkan ketenangan dan sangat sesuai kepada pencinta hidupan dasar laut. Katanya, Pulau Tenggol juga telah diiktiraf oleh dunia bahawa salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para penyelam.  “Umum mengetahui di sini ada hampir 20 tempat yang menjadi tumpuan para penyelam sama ada dari luar negara mahupun dalam negara.  "Saya sendiri turun menyelam merasai keindahan warna-warni ‘coral’ yang menjadikan Pulau Tenggol ini unik dari pulau-pulau lain," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke pulau tersebut. Katanya, bagi yang ingin ke Pulau Tenggol dari luar Terengganu boleh datang dengan penerbangan dan terus ke Dungun atau melalui jalan darat  yang mana perjalanan ke pulau memakan masa hampir 45 minit. 
17 Aug 20
1146
Apakah Perancangan Kerajaan Negeri Terhadap Pembangunan Ekonomi & Kaitan Dengan PITAS?
Apakah Perancangan Kerajaan Negeri Terhadap Pembangunan Ekonomi & Kaitan Dengan PITAS?
Apakah sebenarnya perancangan Kerajaan Negeri Terengganu dari segi pembangunan ekonomi negeri, selain pelancaran slogan Maju, Berkat, Sejahtera dan pelancaran Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030? Jawapan YAB MB : PITAS 2030 merupakan pelan jangka panjang yang merangkumi semua aspek termasuk sosial dan ekonomi. Ia bermatlamat Terengganu menjadi negeri maju menjelang 2030 dengan perancangan yang lebih menyeluruh dan komprehensif kepada rakyat berpandukan prinsip Islam. Antara objektif umum yang ingin dicapai ialah meningkatkan peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan kerajaan negeri yang mampan tanpa bergantung sepenuhnya kepada royalti.
11 Aug 20
557
Kenapa Parkir Diswastakan Sedangkan Kutipan Pada Tahun 2015 RM4 Juta Berbanding RM110 Ribu Sebulan?
Kenapa Parkir Diswastakan Sedangkan Kutipan Pada Tahun 2015 RM4 Juta Berbanding RM110 Ribu Sebulan?
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Bin Said (soalan tambahan) adakah YB sedar kutipan pada tahun 2015 adalah sebanyak RM4 juta untuk MBKT hasil daripada tempat letak kereta ini, berbanding hanya sekitar RM110,000 sebulan jika menggunakan sistem baharu, saya juga mendapat makluman perjanjian belum ditandatangani tetapi kutipan telah dibuat di tempat utama seperti Pasar Payang dan bahu jalan. Dan kenapa syarikat daripada Kelantan yang dipilih? Jawapan – Proses untuk dikemukakan ‘proposal’ ada enam syarikat, yang mempunyai pengalaman dua syarikat termasuk Vista Summerose. Syarikat daripada Terengganu tiada yang menghantar ‘Proposal’.
11 Aug 20
182
Ta Win-PMINT Bangun Kawasan Industri Logam Bukan Ferus Pertama Di Asia Tenggara - MB Terengganu
Ta Win-PMINT Bangun Kawasan Industri Logam Bukan Ferus Pertama Di Asia Tenggara - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Ta Win Holdings Berhad (Ta Win) hari ini mengadakan usaha sama perjanjian dengan kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi membangunkan kawasan perindustrian logam bukan ferus pertama di Asia Tenggara (Terengganu Ecocyle). Majlis memeterai perjanjian antara pengilang terkemuka produk tembaga Malaysia dan PMINT itu disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ta Win diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato’ Sri Ngu Tieng Ung manakala PMINT diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Wan Adnan Wan Derahman. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar menyifatkan pemeteraian tersebut merupakan suatu pencapaian yang besar buat kerajaan negeri. "Kita sangat berbesar hati Ta Win memilih negeri Terengganu bagi projek seumpama ini. Ianya adalah suatu pencapaian yang besar bagi kerajaan negeri terutama dalam keadaan COVID-19 yang belum reda. "Kerajaan negeri berterima kasih dan sangat mengalu-alukan minat dan kerjasama pelabur-pelabur luar. Dijangkakan sebanyak 7,000 peluang pekerjaan akan dibuka kepada rakyat dalam tempoh sembilan tahun melalui usaha sama Ta Win dan PMINT ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) PMINT Bersama Ta Win di Primula Beach Hotel di sini hari ini. Hadir sama menyaksikan MoU tersebut, Pengarah Eksekutif Ta Win, Tan Poo Chuan dan Pengarah Bersekutu Ta Win, Dato' Dr Rashdan Salleh. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win Holdings Berhad, Dato’ Sri Ngu Tieng Ung berkata, Terengganu Ecocycle akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan kira-kira 500 hektar. "Seluas kira-kira 500 ekar tanah yang terletak di Kawasan Lembah Perasing, Mukim Hulu Jabor, Kemaman, Terengganu Darul Iman akan dibangunkan bagi projek ini. Terengganu Ecocycle akan dikembangkan dalam empat fasa dalam tempoh sembilan tahun, dengan jumlah kos pembangunan yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion. "Ia akan merangkumi zon teknologi teras, zon teknologi sub-teras dan sokongan zon teknologi, di mana masing-masing berukuran kira-kira 85 ekar, 250 ekar dan 165 ekar. "Kami dengan senang hati memulai usaha sama ini dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Dengan Terengganu Ecocycle akan menjadi yang pertama seumpamanya di Rantau Asia Tenggara, kita akan dapat mendorong perkembangan industri logam bukan ferus," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Untuk rekod, Terengganu Ecocycle diilhamkan oleh Projek Eco-Town Kitakyushu Jepun, yang berjaya menggabungkan pemuliharaan alam sekitar, promosi industri dan dasar kesejahteraan masyarakat tempatan, ke arah tujuan negara mewujudkan masyarakat berasaskan kitar semula sumber yang mampan.
29 Jul 20
6612
Kerajaan Negeri Ambil Tindakan 776 Pemilik Tanah Perindustrian Tidak Diusahakan
Kerajaan Negeri Ambil Tindakan 776 Pemilik Tanah Perindustrian Tidak Diusahakan
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap 776 pemilik tanah perindustrian di seluruh Terengganu yang telah dikenal pasti tidak mengusahakan tanah tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, antara tindakan yang bakal dikenakan termasuk merampas kembali tanah tersebut untuk diberikan kepada pengusaha industri yang benar-benar layak. Menurutnya, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 776 pemilik tanah yang tidak melakukan sebarang aktiviti perindustrian di tanah milik mereka. "Melalui Kanun Tanah Negara, kerajaan berhak mengambil balik, atau merampas (tanah), kalau tidak diusahakan dalam tempoh yang telah diberikan. "Jadi, sekarang kita sedang meneliti untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang gagal untuk mematuhi syarat ini, supaya boleh diberi peluang kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu Tengku Hassan menghadiri Majlis Menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Bersama Ta Win Holdings Berhad di Primula Beach Hotel di sini. Majlis memeterai perjanjian itu adalah untuk memperingati usaha sama bagi pembangunan Terengganu Ecocyle dan disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win Holdings Berhad, Dato’ Sri Ngu Tieng Ung dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Wan Adnan Wan Derahman. Justeru, beliau mengingatkan kepada pemilik tanah agar mengusahakan industri di tanah milik mereka atau berdepan tindakan dilucutkan hak terhadap pemilikan tanah.
29 Jul 20
6257