lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri ini yang terkesan banjir menerima geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM2.9 juta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya TEKUN Nasional.
20 Apr 22
297
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
KUALA TERENGGANU, 19 April - Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri ini yang terkesan banjir menerima geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM2.9 juta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya TEKUN Nasional. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan berkenaan akan selesai diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri dengan masing-masing akan menerima RM3,000 secara 'one-off' "Peruntukan secara keseluruhan adalah sebanyak RM50 juta akan memberikan manfaat kepada lebih 16,000 usahawan di seluruh negara di mana permohonan untuk geran ini telah bermula 22 Februari 2022 lalu dan telah ditutup pada 19 Mac 2022," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui kenyataan medianya selepas merasmikan, Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia, di Pusat Konvokesyen, Taman Tamadun Islam, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengerusi TEKUN Nasional merangakap Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd kadir, Ketua Pegawai Eksekuti TEKUN Nasional, Dato' Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Aziz serta Pengurus TEKUN Negeri Terengganu, Ghazali Hussin. Dalam pada itu Noh berkata, pinjaman RM100,000 untuk usahawan yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) masih lagi dibuka dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta dan mengharapkan agar seramai mungkin pengusaha industri membuat permohonan. Sementara itu, Shaharizukirnain berkata bantuan serta inisiatif seumpama itu sangat penting dalam membantu usahawan memantapkan kembali keupayaan dan perusahaan mereka setelah berhadapan tempoh sukar sebelum ini. "Agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Rakyat misalnya akan mampu membantu untuk menambahkan modal perniagaan dan seterusnya melonjakkan pendapatan dan taraf hidup usahawan. "Saya juga berharap agar agensi-agensi di bawah KUSKOP ini akan mempertingkatkan usaha bagi memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederahana (PMKS)," ujarnya. Mengenai bantuan BBKM, kata Shaharizukirnain ia sangat wajar bagi memulihkan kembali PMKS. "Ini terbukti melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, menunjukkan bahawa sumbangan PMKS ini kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 38.2 peratus, ia menjadi indikator sebagaimana yang ditunjukkan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman bahawa industri berkenaan telah menyumbang lebih 50 peratus kepada KDNK negara berkenaan. "Saya ingin melahirkan perasaan bangga kepada usahawan-usahawan yang terlibat ini kerapada dapat hidup berdikari secara 'self-employment dan telah menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan yang diceburi untuk keperluan diri dan keluarga selain mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain melalui perusahaan ini," ujarnya.    
19 Apr 22
472
ECRL Bebas Banjir
ECRL Bebas Banjir
KUALA TERENGGANU, 15 April - Infrastruktur projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dibina lebih tinggi, serta reka bentuk jajaran itu berdasarkan kala purata ulangan (average recurrence interval-ARIL) 100 tahun bagi memastikan ia bebas daripada bencana banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, beberapa lokasi banjir termasuk negeri ini telah dikenalpasti. "Kerana itu reka bentuknya berdasarkan ARI 100 tahun bagi memastikan landasan dibina lebih tinggi daripada paras banjir tertinggi yang pernah berlaku dalam tempoh 100 tahun dan ditambah lagi 20 peratus. "Sebagai contoh di Pahang, mengikut statistik ketinggian paras banjir yang pernah berlaku membabitkan Sungai Pahang adalah 38 meter (m) dan landasan yang akan kita bina adalah setinggi 51.2 m, bermakna jajaran dibina adalah lebih tinggi daripada paras banjir yang paling tinggi,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama MRL Sdn Bhd, di sini, kelmarin. Dalam pada itu, pihaknya yakin projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada Disember 2026. "Dimana secara keseluruhan ia sudah mencapai kemajuan sebanyak 28.57 peratus dan di Terenggang pula sudah mencapai kemajuan kerja sebanyak 27.86 peratus. "Dengan harapan rakyat akan mendapat satu sistem pengangkutan yang lebih maju, moden dan efisien dalam usaha kita memantapkan perjalanan rakyat daripada setu negeri ke negeri lain,"ujarnya lagi. Untuk rekod, rangkaian rel sepanjang 665 KM itu merangkumi 59 terowong dengan panjang keseluruhan 61 km, serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhan 127 km, dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion.
15 Apr 22
870
Hutang Persekutuan : MB Jumpa Menteri Kewangan Dalam Masa Terdekat
Hutang Persekutuan : MB Jumpa Menteri Kewangan Dalam Masa Terdekat
Kerajaan Terengganu akan terus berusaha mendapatkan bayaran balik baki hutang daripada kerajaan Persekutuan dalam bentuk tunai.
03 Apr 22
119
Pemajak Telur Penyu Tidak Hilang Pendapatan
Pemajak Telur Penyu Tidak Hilang Pendapatan
Pendapatan pemajak telur penyu di Terengganu tidak akan terjejas setelah penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 pindaaan 2021 dilaksanakan mulai 1 Jun 2022.    
23 Mar 22
138
356 Rumah Di Semayor, Kerteh Jaya Dijual Pada Harga RM80,000
356 Rumah Di Semayor, Kerteh Jaya Dijual Pada Harga RM80,000
Sebanyak 356 unit rumah mampu milik (RMM) yang bakal dibina di Kerteh Jaya dan Kampung Semayor, Kemaman, dijual pada harga RM80,000 kepada rakyat.
03 Mar 22
378
Gadis Kampung Buat Duit Dengan 'Bigo Live'
Gadis Kampung Buat Duit Dengan 'Bigo Live'
MARANG, 17 Februari - Bergiat aktif sebagai pempengaruh aplikasi 'Bigo live' sejak 2021, gadis dari Kampung Jerung Surau, Syafiqah Rashid, 25, mampu meraih pendapatan hampir RM6,000 sebulan. Katanya, dia sangat meminati bidang berkaitan media sosial dan memasang tekad untuk terus memanfaatkan kelebihan platform itu.  "Saya akui untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia bukanlah menjadi satu halangan apabila ada usaha daripada kita. "Sebelum ini saya merasakan cukup sukar untuk meraih pendapatan bulanan sedemikian, namun setelah belajar daripada beberapa 'influencer' saya mampu melangkah ke depan. "Dulu, sukar untuk saya jadi seperti sekarang, kena kerja dari pagi sampai malam, penat lagi, nak dapat RM2,000 pun susah, dengan pendapatan sekarang, sekurang-kurang saya mempu membantu keluarga," jelasnya ketika ditemui UPDI semalam. Syafiqah Rashid yang sedang dalam pengambaran untuk dimuat naik ke You Tube. Menurut lulusan Diploma Pengurusan Zakat Wakaf, Kolej profesional Baitulmal itu, 'gaji' tersebut diperolehi selepas dia berjaya mengumpulkan 26 ribu pengikut. Katanya, setiap kali bersiaran langsung di aplikasi berkenaan, dia menjadikan topik atau tips masakan kampung dan penjagaan kecantikan serta tutorial penggunaan alat solek sebagai bahan menjana wang. "Daripada 26 ribu pengikut itu, ramai yang meminati topik berkenaan dan memberi galakan setiap kali saya bersiaran," jelasnya. Ditanya mengenai 'Bigo live' yang mempunyai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat kerana kandungan melampaui batas, Syafiqah berkata dia mahu merubah persepsi itu. "Sama juga juga tik tok sebelum ini, banyak kandungan negatif kerana kurang individu yang mengetengahkan 'content' positif. "Bagi saya, selagi kita menggunakan sesuatu platform itu untuk memberi manfaat kepada orang ramai, ia tiada masalah,  "Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun pernah mengeluarkan kenyataan tiada masalah untuk menggunakan aplikasi itu selagi bukan bertujuan untuk melakukan kemaksiatan dan perkara yang diharamkan," tambahnya. Dalam perkembangan berkaitan, Syafiqah turut menjelaskan dia sedang memperluaskan 'content' media sosialnya ke You Tube. "Saya juga boleh menambah pendapatan dengan menjual biskut buatan tangan secara atas talian di dalam aplikasi shopee dan juga instagram," jelasnya.
17 Feb 22
5694
Isu Bekalan Ayam, Telur Perlu Dipandang Serius
Isu Bekalan Ayam, Telur Perlu Dipandang Serius
KUALA NERUS, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Tepoh), Hishamuddin Abdul Karim menggesa pihak kerajaan persekutuan agar isu kekurangan bekalan ayam dan telur dipandang lebih serius dalam menghadapi musim bulan Ramadan Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dan semua menteri terlibat secara langsung dengan sektor kepenggunaan perlu menggiatkan lagi usaha untuk memastikan bekalan ayam dan telur dapat dipulihkan seberapa segera khususnya menghadapi bulan puasa akan datang. "Ia tidak boleh dibebankan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semata-mata. “KPDNHEP hanya mengawal harga di peringkat akhir ketika turun kepada pembeli. Kesukaran penternak dengan modal semasa juga perlu dipertimbangkan," jelasnya kepada kepada pemberita ketika hadir di Karnival Jualan Keluarga Malaysia, perkarangan Pasaraya PXR Kampung Gong Datuk, baru-baru ini. Menurut Hishamuddin, pelbagai rungutan serta kebimbangan diluahkan oleh masyarakat susulan kekurangan bekalan telur di pasaran menjelang musim perayaan Islam tersebut. Jelasnya, ia memerlukan penglibatan semua kementerian berkait supaya dapat memberikan komitmen dan juga dapat memastikan supaya semua sumber bekalan ini dapat diselesaikan dengan segera. Sementara itu, beliau turut menjelaskan, pihaknya serta Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Khairuddin Aman Razali telah memperuntukkan subsidi buat penganjuran Karnival Jualan Keluarga Malaysia di kawasan yang sambutan luar biasa khususnya masyarakat dalam daerah tersebut. "Hari ini makanan seperti ayam ditaja oleh parlimen dengan memberikan sedikit subsidi jualan. Insya-Allah berkat kerjasama semua rakyat tidak terhimpit dan terbeban. “Maka harga dapat diturunkan dengan lebih rendah, sekadar untuk sokongan dalam program seperti ini dan kita juga memberikan potongan separuh harga ikan sangkar sungai yang berada di dalam kaunter jualan. “KPDNHEP telah memainkan peranan yang cukup baik dengan inisiatif penganjuran Karnival Jualan Keluarga Malaysia dan seumpamanya,” katanya lagi.
16 Feb 22
416
'Rugi Orang Kita Tak Ambil Peluang Ini'
'Rugi Orang Kita Tak Ambil Peluang Ini'
“Rugi kita orang tempatan jika tidak ambil peluang kerja di sini,” kata seorang penuai kelapa sawit TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) sambil mengalu-alukan anak Terengganu merebut 800 peluang pekerjaan di bawah anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM.
07 Feb 22
384
'Rugi Orang Kita Tak Ambil Peluang Ini'
'Rugi Orang Kita Tak Ambil Peluang Ini'
SETIU, 3 Februari – “Rugi kita orang tempatan jika tidak ambil peluang kerja di sini,” kata seorang penuai kelapa sawit TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) sambil mengalu-alukan anak Terengganu merebut 800 peluang pekerjaan di bawah anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM. Bekerja di Ladang Jaya bermula empat bulan lalu, Mohd Nazeri Sidek, 45 berkata, pengalaman kerjanya sebagai ‘harvester’ amat positif berbanding di sektor perladangan lain dengan pelbagai faedah disediakan oleh TDMP. “Walaupun tanggapan orang terhadap pekerjaan ini adalah ia jauh daripada kemudahan, namun di sini cukup lengkap dengan pelbagai prasarana, penginapan selesa, surau, kedai runcit dan segala keperluan sentiasa ada. “Berbanding dengan kerja kampung lain, elaun di sini agak tinggi dan memang berbaloi, pendapatan saya di sini sebagai penuai adalah RM2,000, jika kutip buah kelapa sawit atau ‘pruning’ ganjaran akan ditambah lagi (bergantung kepada tenaga),” katanya ketika ditemu bual pemberita. Jelasnya, persepsi anak tempatan tidak mampu bekerja di ladang perlu dibuang kerana hasilnya yang cukup lumayan. “Kita sudah lalui sendiri, sebelum ini orang asing memonopoli kerja ini, namun saya cukup bangga dapat bekerja di TDMP dan penduduk tempatan tidak patut melepas peluang ini,” katanya lagi. Bagi seorang warga Selangor, Abi Suffian Abdul Mutalib, 35, dia berkecimpung dalam sektor pertanian tersebut kerana faedah pekerja yang disediakan serta pembayaran tinggi. “Saya paling tinggi dapat RM4,000 sebulan, di samping itu, saya turut didedahkan dengan cara-cara pengurusan ladang, standard dan cara penyusunan, cara potongan dan kutipan sistematik kelapa sawit. “Bagi saya yang datang dari jauh, rugilah kepada anak jati disini tidak merebut kekosongan yang ada di ladang TDMP. “Ini kerana ilmu dan ganjaran serta semangat kerja tinggi bersama pihak pengurusan TDMP amat baik, dan banyak perkara saya telah belajar dalam bidang perladangan ini,” katanya yang juga bapa kepada seorang anak. Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya TDMP Najman Kamaruddin menjelaskan, pihaknya sedang merancakkan proses mekanisasi di kawasan operasinya sebagai kemudahan kepada pekerja dan penambahbaikkan produktiviti syarikat itu. Katanya, penggunaan jentera moden tersebut merupakan usaha pihaknya bagi meningkatkan lagi kadar efisyen di dua zon ladangnya disamping memodenkan suasana kerja di sektor pertanian tersebut. “Sehubungan dengan itu, TDMP berhasrat menarik minat penduduk rakyat Terengganu yang berkeinginan menerokai bidang kerja bersama kami dengan pembukaan sehingga 800 kekosongan di 13 ladang. “Persepsi orang luar terhadap pekerjaan di ladang sawit ini sebagai kerja lekeh dan hanya layak kepada warga asing, namun ini pandangan silap, dengan penuai kita sedia ada yang mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 dan RM4,000 sebulan “Selain latihan, penginapan dan kesihatan, pihak syarikat turut memberikan pakej gaji yang kompetitif, bayaran insentif, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), cuti tahunan, elaun dan kemudahan pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah di samping pelbagai manfaat lain kepada pekerja ladang," ujar Najman. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pekerjaan kosong disediakan TDM Berhad boleh merujuk paparan iklan di bawah :  
03 Feb 22
1651