lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Usahawan Terengganu Berpotensi Pasar Produk Halal Ke Peringkat Global
Usahawan Terengganu Berpotensi Pasar Produk Halal Ke Peringkat Global
Usahawan Terengganu digesa mengambil peluang bagi memasarkan produk halal yang berkualiti ke peringkat antarabangsa.
29 Nov 23
160
Usahawan Terengganu Berpotensi Pasar Produk Halal Ke Peringkat Global
Usahawan Terengganu Berpotensi Pasar Produk Halal Ke Peringkat Global
KUALA TERENGGANU, 23 November - Usahawan Terengganu digesa mengambil peluang bagi memasarkan produk halal yang berkualiti ke peringkat antarabangsa. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Ariffin Deraman berkata, kesempatan itu boleh diambil usahawan mikro negeri ini kerana Malaysia memiliki reputasi yang baik sebagai pengeluar produk halal berkualiti. "Kebolehpasaran dan penguatkuasaan produk halal ke pasaran luar memegang peranan kritikal dalam meningkatkan daya saing industri halal di peringkat global. "Dalam konteks pasaran global produk halal yang berkembang pesat, Malaysia sebagai negara dengan populasi penduduk Islam mempunyai peluang besar untuk menjadi pemain utama (industri halal). "Populasi orang Islam di seluruh dunia juga yang semakin meningkat, dijangka mencapai 2.3 bilion pada tahun 2030, membuka pintu lebar menjadikan Malaysia sebagai pelopor pasaran halal yang sangat besar," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Pemantapan Eksekutif Halal Negeri Terengganu 2023, di Hotel Tanjung Vista, di sini, semalam. Mengulas mengenai seminar berkenaan, Ariffin berkata ia merupakan rentetan dari Seminar Eksekutif Halal yang dibuat sebelum ini dan membincangkan pelbagai isu yang juga kerap timbul berkenaan kebolehpasaran produk halal di negeri ini secara khususnya yang dianjurkan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. "Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan dan agensi pembimbing tentang perkembangan isu semasa berkaiatan halal. "Selain itu ia juga bertujuan untuk membuka mata dan memberikan sudut pandang baru dalam kalangan usahawan mengenai potensi kebolehpasaran produk halal (negeri ini) ke pasaran luar," katanya. Ujarnya lagi, topik yang disentuh dalam seminar berkenaan mengenai 'Peranan Eksekutif Halal Dalam Pemerkasaan Pasaran Halal' dan 'Potensi Kebolehpasaran dan Penguatkuasaan Produk Halal Ke Pasaran Luar'. "Kedua-dua perbincangan ini bertepatan dengan pertumbuhan pesat produk halal di peringkat antarabangsa," katanya.t
23 Nov 23
171
Sedia Bantu Graduan Buka Perusahaan Sendiri
Sedia Bantu Graduan Buka Perusahaan Sendiri
Kerajaan Negeri melalui Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) bersedia membantu graduan membuka perniagaan atau perusahaan sendiri selepas berjaya menamatkan pengajian di institusi itu.
06 Nov 23
105
Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 November - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dua syarikat perusahaan makanan di Kuala Terengganu semasa lawatan kerja sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4) di sini. Menurutnya, beliau bangga kerana ada pengusaha Melayu yang menggunakan cara moden mengeluarkan produk barangan makanan untuk eksport ke Australia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Saudi, Ireland dan lain-lain.  Katanya, penggunaan mesin boleh percepat dan perbanyakkan produk mereka di samping menjaga konsistensi sesuatu produk.  “Lawatan tersebut diadakan di kilang pengusaha AdeqSue yang menyediakan makanan siap masak dalam bentuk pek (package), dan Muslim Food Industries. “Perusahaan tersebut mengeluarkan makanan seperti bihun, mee, laksa, kuetiau, bebola ikan dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran di laman facebook rasmi miliknya kelmarin. Tambah Tun Dr Mahathir, kedua-dua perusahaan itu menggunakan jentera mesin yang boleh hasilkan pengeluaran dalam jumlah besar dan memenuhi permintaan.  “Ia merupakan contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada pengusaha lain yang berminat dalam bidang sebegini. "Industri pembuatan dan pembungkusan seperti ini mempunyai permintaan harian kerana barang makanan biasanya diperlukan setiap hari,” katanya. Selain itu, perusahaan ini juga memerlukan pengurusan logistik yang cekap bagi menentukan ia sampai ke pasaran. Jelasnya lagi, apabila sesuatu industri diadakan, ianya membuka peluang kerja kepada orang tempatan dan sekeliling.  Beliau berkata, keperluan logistik menghantar produk itu tadi juga adalah peluang kerja kerana kenderaan memerlukan pengendali seperti kelindan dan pemandu.  “Ini sahaja sudah beri pendapatan kepada orang tempatan dan kitaran ekonomi berlaku secara tidak langsung.  “Selain peluang kerja, saya dapati perusahaan seperti ini mengajar peniaga bagaimana membekal mengikut permintaan.  “Jika kita masak secara manual dalam jumlah sedikit, ini sekadar memenuhi permintaan sekeliling kita sahaja.  “Tetapi jika kita guna mesin atau jentera dan adaptasi kaedah pengeluaran secara besar-besaran, bukan sahaja permintaan sekeliling boleh dipenuhi malah permintaan di luar kawasan termasuk di luar negara juga kita mampu penuhi dan kuasai. “Kita perlu hantar barangan kita ke negara-negara lain, jadi pasaran bukan lagi sekadar di kampung atau dalam negara tetapi terus ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.        
05 Nov 23
3107
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
Kadar pengangguran di Terengganu mencatat penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding 4 peratus tahun sebelumnya.
05 Nov 23
28
T-Fight Buat Jualan Amal Bantu Rakyat Palestin
T-Fight Buat Jualan Amal Bantu Rakyat Palestin
Persatuan Muay Thai Terengganu dengan kerjasama Terengganu Fight Festival (T-Fight) menganjurkan program menjual sambil menderma bagi membantu rakyat Palestin yang terlibat dengan tragedi serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak Sabtu lalu.
18 Oct 23
218
‘Dapo Mok Kiter’ Angkat Kembali Makanan Tradisi Negeri
‘Dapo Mok Kiter’ Angkat Kembali Makanan Tradisi Negeri
Opok-Opok, Ke’ang, Che Abas Demam, Lempeng Anakkang, Urat Jati, Puli Ubi Kayu, Tepung Pasung, Ghepok Kacang ,Nisan Nyior dan Loklik antara sebahagian daripada 60 jenis makanan tradisi Terengganu yang menjadi tarikan pada Pameran ‘Dapo Mok Kite’ anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu.  
17 Oct 23
143
Sultan Mizan Berkenan Labuh Tukun di Perairan Terengganu
Sultan Mizan Berkenan Labuh Tukun di Perairan Terengganu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Program melabuh Tukun Tiruan Kuboid Penghalang Pukat Tunda bertempat di perairan Terengganu di sini.
09 Oct 23
233
Terengganu Pecah Monopoli Kartel Beras
Terengganu Pecah Monopoli Kartel Beras
Terengganu berjaya memecahkan monopoli kartel beras apabila sawah padi di negeri ini dimiliki melayu Islam sebanyak 100 peratus.
09 Oct 23
89
PETRONAS Serah Lapangan Terbang Kerteh Kepada Kerajaan
PETRONAS Serah Lapangan Terbang Kerteh Kepada Kerajaan
Kerajaan Terengganu bersetuju menerima semula tapak Lapangan Terbang Kerteh Kemaman dari PETRONAS sehingga tempoh 31 Mac 2026.
08 Oct 23
1685