Berita :
MBKT Sedia Kaunter Bayaran Parkir Sementara Aplikasi Tunggal Siap
MBKT Sedia Kaunter Bayaran Parkir Sementara Aplikasi Tunggal Siap
Rohayati Ripin
9 jam yang lepas
88

KUALA TERENGGANU, 10 Jun – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan kaunter bayaran tempat letak kereta di lima lokasi strategik sekitar pusat bandar bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran parkir dengan lebih cepat dan teratur.

Kaunter itu adalah kaedah pembayaran sementara sehingga aplikasi tunggal parkir disiapkan.

Antara lokasi yang disediakan ialah kawasan Pasar Kedai Payang meliputi Jalan Sultan Zainal Abidin dan Jalan Pesisir Payang, Dataran Austin, Jalan Pejabat, kawasan perniagaan bersebelahan Hotel Tanjung Vista serta Jalan Sultan Ismail.

MBKT dalam satu hebahan memaklumkan, sebanyak tiga kaunter disediakan di kawasan Pasar Kedai Payang, termasuk dua unit di laluan masuk utama Pasar Payang 1 dan 2 serta satu unit di sebelah Kedai Jahitan Bangunan TLK.

Sementara itu, satu kaunter ditempatkan di sebelah RHB Bank di Dataran Austin, manakala satu lagi disediakan di hadapan Kedai Pulut Lepa di Jalan Pejabat.

Bagi kawasan perniagaan bersebelahan Hotel Tanjung Vista, satu kaunter ditempatkan di hadapan Kedai Makan Mok Cik Peah.

Di Jalan Sultan Ismail pula, tiga kaunter disediakan iaitu di hadapan CIMB Bank, hadapan Pustaka Seri Intan dan di kawasan tempat letak kereta MBKT.

MBKT turut mengingatkan orang ramai supaya membuat bayaran hanya di kaunter yang sah dan diiktiraf bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Langkah penyediaan kaunter bayaran tersebut dijangka dapat meningkatkan kelancaran pengurusan parkir selain memberi kemudahan kepada pengguna yang berkunjung ke pusat bandar Kuala Terengganu.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan