Jalur Gemilang
Berita :
Lebih 500 Peserta Teroka Jejak Sejarah dan Warisan Hulu Terengganu
Lebih 500 Peserta Teroka Jejak Sejarah dan Warisan Hulu Terengganu
Noraini Jusoh
11 jam yang lepas
152

Oleh : Azizah Mahmood

HULU TERENGGANU, 9 November - Lebih 500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai Program Terengganu Heritage yang meneroka jejak sejarah dan warisan Hulu Terengganu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat  & Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa Terengganu) To' Puan Zarani Othman berkata, Terengganu Heritage bukan sekadar aktiviti berjalan kaki menyusuri jalan kampung sebaliknya membawa misi memperkenalkan sejarah dan keunikan tempat-tempat bersejarah yang perlu diterokai serta dihargai oleh masyarakat.

“Terengganu Heritage bukan sekadar kita berjalan menyelusuri jalan kampung, tetapi terdapat 'checkpoint' tertentu yang mempunyai sejarah dan cerita tersendiri yang unik. Khazanah ini perlu diterokai oleh rakyat Terengganu sendiri agar warisan negeri terus dikenali dan tidak dilupakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di program tersebut yang berlangsung meriah di CBT Kota Temir,  di sini, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat NGO PRU Hart (Persatuan Undang-Undang dan Hak Asasi Rakyat) menerusi penganjuran program berkonsepkan rekreasi, pelancongan warisan dan penghayatan sejarah tempatan.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama NGO Persatuan Muslimat Sejahtera Hulu Terengganu dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Telemong. 

Program yang diadakan bersempena cuti umum Deepavali menjadi platform menghimpunkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengenali khazanah sejarah dan warisan negeri Terengganu.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan