Berita :
Kuasa Pemerintahan Alat Menegakkan Keadilan Bukan Kepentingan Peribadi
Kuasa Pemerintahan Alat Menegakkan Keadilan Bukan Kepentingan Peribadi
Hafiz Rosli
9 jam yang lepas
185

KUALA NERUS, 6 April – Kuasa pemerintahan bukan semata-mata untuk kekuasaan atau keuntungan dunia, tetapi sebagai alat utama untuk menegakkan keadilan dalam masyarakat.

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sepanjang sejarah Islam, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan kepimpinan yang menyatukan manusia bukan hanya atas dasar bangsa, tetapi atas asas iman dan keadilan.

“Nabi Muhammad SAW memulakan usaha penyatuan masyarakat Arab, termasuk mereka yang awalnya tidak percaya, dengan mengutamakan perpaduan dan pemupukan nilai iman yang kuat.

“Tanggungjawab memimpin memerlukan individu yang amanah, bijaksana dan benar. Tanpa kepimpinan yang adil, penyatuan manusia dan masyarakat tidak dapat dicapai,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup program berkenaan di sini kelmarin. 

Abdul Hadi  berkata bahawa perpaduan dan keadilan yang dibawa oleh Islam telah membolehkan masyarakat berkembang, menguasai ilmu, ekonomi, dan politik tanpa menindas rakyat, termasuk mereka yang bukan Islam.

Beliau menekankan kepentingan ulama dalam menyatukan umat walaupun berbeza mazhab, serta keperluan memelihara ajaran Islam sebagai panduan untuk pembangunan masyarakat. 

“Ccabaran hari ini termasuk kecenderungan umat Islam terhadap materialisme dan lupa akan kepentingan akhirat, yang boleh melemahkan kekuatan umat dan negara.

“Umat Islam perlu mencontohi sejarah kejayaan Islam, di mana penyatuan dan keadilan yang diterapkan melalui kuasa pemerintahan telah menghasilkan masyarakat yang kuat, maju, dan sejahtera, serta mampu mempengaruhi dunia secara positif,” ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan