lightning-solid
Berita :
Kerajaan Negeri Komited Mengekalkan Keharmonian Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Percutian
Kerajaan Negeri Komited Mengekalkan Keharmonian Pulau Perhentian Sebagai Destinasi Percutian
Ahmad Zaeem Zainudin
05 Sep 25
55

KUALA TERENGGANU, 5 September - Kerajaan negeri menegaskan komitmen untuk mengekalkan keharmonian Pulau Perhentian sebagai destinasi pelancongan keluarga dan eko-pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, keharmonian akan dijaga khususnya melalui pemantauan aktiviti berkaitan penjualan arak.
 

Datuk Razal (kiri) dan Hilman (kanan)

Menurutnya, Terengganu tidak merestui penjualan minuman beralkohol di destinasi peranginan tersebut dan hasil pemeriksaan terhadap 80 pengusaha mendapati semua resort di pulau itu tidak mempunyai lesen penjualan arak.

"Perbuatan mereka itu berada dalam keadaan yang tidak direstui oleh kerajaan negeri. Jika ada penguatkuasaan, mereka akan dikenakan tindakan.

"Saya ingin pastikan pengusaha Melayu menjaga adat orang Islam dan dinasihatkan supaya menjaga adat Timur. Bagi yang bukan Islam, diharap bersopan dan tidak minum di tepi pantai secara terbuka.

Beliau dilaporkan berkata demikian oleh Sinar Harian dalam satu kenyataan selepas merasmikan Program 'Dive Against Debris' (DAD): Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembersihan Pantai di Pulau Perhentian, kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin serta Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Hilman Hajijan.

Tegasnya lagi, meskipun kehadiran pelancong di Pulau Perhentian didominasi oleh pelancong luar ia tidak menjadi justifikasi kepada pelancong dan pengusaha untuk menjadikannya sebagai destinasi untuk mabuk.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Artikel Berkaitan