Jalur Gemilang
Berita :
KDNK Pertanian Terengganu Tumbuh 4.2 Peratus, Kedua Tertinggi Negara
KDNK Pertanian Terengganu Tumbuh 4.2 Peratus, Kedua Tertinggi Negara
Adli Mohamad
17 jam yang lepas
253

KUALA TERENGGANU, 16 November – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus tahun lalu, kedua tertinggi dalam negara dan mengatasi purata nasional sebanyak 2.2 peratus.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pencapaian dengan nilai tambah mencecah RM3.1 bilion itu menunjukkan usaha kerajaan negeri memperkukuh rantaian nilai sektor pertanian membuahkan hasil.

Beliau turut menyorot prestasi enam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang menyumbang 10 peratus daripada keseluruhan pengeluaran hasil pertanian negeri, walaupun hanya merangkumi 7.9 peratus tanah pertanian.

“Hal ini juga dapat dinilai menerusi prestasi enam Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), di mana walaupun hanya merangkumi 7.9 peratus daripada keseluruhan tanah pertanian negeri.

“Namun berjaya menyumbang sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan pengeluaran hasil pertanian kita,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2027 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Bagi meneruskan momentum itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan menaik taraf TKPM serta membina infrastruktur baharu taman pertanian.

Langkah tersebut akan digerakkan bersama inisiatif meningkatkan pengeluaran dalam sektor pertanian negeri.

“Ini digandingkan dengan pelbagai inisiatif untuk terus melonjakkan pengeluaran industri padi serta tanaman, penternakan dan perikanan negeri,” katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan