lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

PRU15 : PN Mampu Gugat Kubu Kuat BN Di Telemong
PRU15 : PN Mampu Gugat Kubu Kuat BN Di Telemong
HULU TERENGGANU, 11 November - Calon Parlimen Hulu Terengganu (P038), Datuk Rosol Wahid mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini. Katanya, UMNO dan BN DUN Telemong tidak mampu lagi mendabik dada dengan menganggap satu kawasan dalam parlimen Hulu Terengganu itu sebagai kubu tradisional mereka. "Saya tak nampak bahawa UMNO boleh 'claim' DUN Telemong kubu kuat mereka kerana beberapa lubuk UMNO telah dapat ditembusi PAS. "Contohnya, Felcra Bukit Kepah dan Kampung (Kg) Hulu Sat dah naik satu bendera besar PAS. Begitu juga di Kg Padang Setar selama 50 tahun PAS tidak boleh masuk ke kawasan tersebut tetapi sekarang dah boleh masuk. "Keadaan yang juga berlaku di Kg Bukit Tadok dan Kg Lubuk Batu, dalam sejarah PAS boleh masuk ke kawasan berkenaan.Jadi UMNO tidak boleh berkata bahawa DUN Telemong masih kubu kuat mereka," ujarnya kepada pemberita selepas program ziarah pengundi di PPSK Menerong, Ajil, di sini hari ini Menurut Rosol, tidak mustahil kawasan berkenaan akan memberi kejutan yang mampu membawa perubahan yang tidak pernah dijangka dalam PRU15 tidak lama lagi. Tambahnya lagi, kempen berjalan lancar malah sambutan orang kampung memberangsangkan terutama golongan muda memberikan atas dasar isu nasional. Rosol akan bertanding menggunakan logo PAS pada PRU-15 dan kali ini beliau dicabar Datuk Rozi Mamat (BN), Alias Ismail (PH) dan Mohd Khadri Abdullah (GTA). Saingan Rosol untuk mempertahankan kerusi itu adalah Rozi yang pernah menjadi anak didiknya dan juga ADUN Telemong. Rozi adalah bekas Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan pernah mengajar di beberapa sekolah menengah, sebelum menyertai politik pada 2004 (PRU-11). Rozi yang berasal dari Kampung Chapu menjadi ADUN Telemong sejak memenangi PRU12 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dan PRU14.      
11 Nov 22
633
Pengundi Muda Harap Angin Perubahan Berlaku di Besut
Pengundi Muda Harap Angin Perubahan Berlaku di Besut
BESUT, 10 November – Sebahagian besar pengundi muda Besut ketika ditemui menyatakan hasrat untuk mengubah parti politik yang bakal membawa suara rakyat di sini. Salah seorang pengundi, Siti Aisyah Shahrul Zamani, 18, menyatakan rasa teruja kerana bakal mengundi buat kali pertama bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. “Politik ini pengurusan negara yang diketuai pemimpin. Pemimpin perlulah dalam kalangan yang baik demi kestabilan negara. Jika salah memilih pemimpin, kesian kepada rakyat. “Pemimpin yang baik itu adil, tidak pula terlibat dengan aktiviti rasuah. Kita orang muda sangat berharap agar seorang wakil rakyat yang dipilih itu meletakkan agama di depan, bukan pula kepentingan diri sendiri,” katanya ketika ditemubual hari ini. Seorang mahasiswi, Che Ku Najwa Alia Che Ku Nizam Aswad, 19, pula berkata, dia bersyukur menjadi rakyat Terengganu yang melihat usaha kerajaan negeri menjaga maslahah agama.  “Saya secara peribadi berbangga dengan inisiatif kerajaan dalam mengasingkan tempat duduk di panggung wayang. “Begitu juga dengan penganjuran Karnival Jom Heboh tempoh hari yang berlandasakan Syariat, kita yang perempuan ni rasa selamat,” ujarnya.  Perikatan Nasional melalui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meletakkan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh atau lebih dikenali ‘Abe Zul’ sebagai calon dalam usaha merampas kerusi parlimen Besut daripada Barisan Nasional (BN). Parlimen Besut menjadi medan empat penjuru apabila beliau bakal bertanding dengan Dato' Nawi Mohamad (BN), Abdul Rahman @ Abdul Aziz Abas mewakili Pakatan Harapan (PH) serta Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh daripada Gerakan Tanah Air (GTA). 
10 Nov 22
1070
Pemimpin Berkaliber, Negara Stabil Pilihan Belia
Pemimpin Berkaliber, Negara Stabil Pilihan Belia
HULU TERENGGANU, 10 November - Rata-rata pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun yang bakal mengundi buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mahukan calon yang mengubah nasib rakyat dan bukannya atas dasar manifesto sahaja. Tinjauan mendapati mereka ini juga mahukan wakil rakyat yang berperanan mengharmonikan kawasan tanpa membezakan parti, warna kulit dan agama, selain efisien mendengar suara rakyat. Seorang pengundi kali pertama, Anis Atirah Ismail, 21, berkata dia inginkan kestabilan negara semakin baik dan aman setelah pilihan raya serta mahukan pemimpin yang membuat kerja dan patuh ajaran agama. “Saya nak tengok aman, tiada pergaduhan, tak mahu tengok pergaduhan menteri-menteri dan ahli politik dalam parlimen rebut jawatan. “Kalau calon ini hanya sekadar cakap dan tak buat apa yang dia cakap itu calon yang tak berfungsi lah. Saya pilih calon yang banyak bantu rakyat dan ikut ajaran agama,” katanya. Beliau yang bakal pulang mengundi di parlimen Hulu Terengganu pada 19 November ini berkata, dia juga lebih melihat kepada calon yang diketengahkan berbanding parti politik sebagai rujukan memilih wakil rakyat. "Kami orang muda mengambil tahu mengenai perkembangan politik semasa namun melihat kepada ketidakstabilan sejak kebelakangan ini menyebabkan  bukan sahaja saya tetapi golongan muda menjadi bosan. "Suasana politik sekarang sudah jauh berubah dengan pengundi lebih bijak membuat pilihan dalam menentukan pembentukan sesebuah kerajaan lebih stabil dari kerajaan yang mengamalkan korupsi dan tidak amanah," katanya ketika ditemui pemberita. Seorang lagi pengundi muda, Ahmad Nizam Mukhtar, 19, berkata, berkata, dia turut melihat kepada calon yang diketengahkan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. “Saya membuat rujukan melalui media-media sosial sekarang maklumat mengenai perkembangan politik kerana mudah diperoleh.  "Oleh sebab itu, calon-calon perlu agresif mendekati pengundi muda yang dilihat mampu menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik itu," ujarnya lagi. Seorang lagi remaja yang bakal mengundi kali pertama, Muhammad Amaluddin Mat Jusuh, 22, berkata dia mahukan calon yang menjaga kebajikan rakyat, turun padang dengar keluhan rakyat bagi ringankan beban mereka. "Saya tidak mahu calon yang menjanjikan bulan bintang tetapi tidak amanah selepas menjadi wakil rakyat tetapi calon yang mampu menegakkan dan melaksanakan undang-undang Islam dan menjaga rakyat sebaik mungkin," katanya. Berdasarkan statistik umur Daftar Pemilih setakat 9 Oktober lalu sebanyak 5,467 pemilih berusia 18 hingga 20 tahun akan mengundi kali pertama pada PRU-15 di Parlimen Hulu Terengganu dan ini tidak termasuk 19,733 pemilih berusia 21 hingga 29 yang sebahagianya juga merupakan pengundi kali pertama.
10 Nov 22
310
Pasang Bendera Dengan Memanah
Pasang Bendera Dengan Memanah
KUALA TERENGGANU, 9 November – Pemasangan bendera dengan menggunakan kaedah memanah merupakan satu pendekatan 'lain daripada lain' yang digunakan oleh pemuda-pemuda di Kawasan Kampung Tanjung, Paya Bunga dan Ladang Titian di sini. Thaqif Kamaluddin, 32, berkata, seramai 15 orang pemuda di Unit Daerah Mengundi (UDM) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di tiga Kampung tersebut berganding bahu bagi memasang bendera PAS dalam menghadapi pilihan raya. Katanya, pemuda-pemuda yang terlibat dalam kerja pemasangan bendera ini tidak mengambil sebarang upah serta mempunyai disiplin dan semangat tinggi. “Kebiasaannya kerja pemasangan ini dijalankan bermula pada pukul 10 malam iaitu ketika waktu yang sesuai dengan suasana dan kenderaan di jalan raya dalam keadaan tenang dan terkawal. “Pemilihan Parti Perikatan Nasional bagi pemuda di kawasan ini adalah kerana mudarat paling kurang berbanding kebanyakan parti lain yang bertanding," jelasnya. Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Aktiviti Menaikkan Bendera di Kampung Tanjung Paya semalam. Tambah Thaqif, pemimpin di peringkat Perikatan Nasional mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas dalam pemerintahan justeru Perikatan Nasional adalah pilihan yang tepat. Dia yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Kampung Ladang berkata, pemasangan bendera ini penting untuk menarik minat orang muda untuk keluar mengundi. "Apabila orang ramai melihat bendera banyak di sekitar jalan raya maka akan menimbulkan perasaan teruja dan semangat untuk keluar mengundi. "Di samping, dapat membawa mereka untuk memilih pemimpin yang telus dan berwibawa dalam pemerintahan," jelasnya.        
09 Nov 22
1019
Rosol Fokus Kempen Bertemu Pengundi
Rosol Fokus Kempen Bertemu Pengundi
HULU TERENGGANU, 9 November - Berbaki sepuluh hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), calon Parlimen Hulu Terengganu (P038), Datuk Rosol Wahid menggandakan usaha meraih sokongan daripada golongan sasar. Menurutnya, tempoh berkempen 14 hari yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan digunakan semaksimum mungkin untuk berjumpa dengan akar umbi. Tambah Rosol, kempen yang dilaksanakan sudah melebihi 50 peratus di parlimen Hulu Terengganu meliputi empat Dewan Undangan Negeri(DUN) iaitu Kuala Berang, Manir, Ajil dan Telemong. "Alhamdulillah, sambutannya cukup menggalakkan dan saya nampak akar umbi menyokong perpaduan dan kebersamaan parti-parti melayu ini yang menjadi satu kelebihan kepada kita dalam menghadapi PRU15. "Jadi insya-Allah dengan sokongan, dokongan dan juga semangat yang ditunjukkan oleh akar umbi sama ada mereka yang berparti dan tidak berparti, atas pagar..mereka mengharapkan perpaduan dan juga kesatuan parti-parti melayu di Malaysia ini, itu mesej yang saya terima setakat ini,"ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas bertemu penerima Bantuan Pencen Rakyat, OKU dan Ibu Tunggal Dun Manir di Kompleks al-Kawthar Kubang Lembek, Manir, di sini hari ini. Katanya, jentera parti sudah menyusun gerak atur beliau sebagai seorang calon untuk berkempen menyantuni penduduk di seluruh Hulu Terengganu dan juga para pengundi di situ. Tambah beliau, perhatian juga diberikan terhadap pemilih baharu pada  PRU15 yang kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pengundi tidak berparti dan kumpulan pengundi muda. "Pengundi kali pertama ada peningkatan terutama kalangan anak muda yang mahir dengan media sosial yang tahu masalah dan isu negara. "Mereka memahami hal tersebut dan mengakui itu perlu dihentikan serta merta dengan menolak parti yang bersahabat dan bersama dengan mereka yang tidak amanah...supaya negara lebih berjaya dan aman," katanya.
09 Nov 22
336
Dakwaan Idris Hanya Provokasi Murahan
Dakwaan Idris Hanya Provokasi Murahan
HULU TERENGGANU, 9 November - Calon Perikatan Nasional (PN-PAS) Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menganggap tuduhan yang menyatakan dirinya masih berjiwa UMNO sebagai satu provokasi pihak pembangkang bagi meraih undi di Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Katanya, tohmahan itu bertujuan untuk melemahkan sokongan rakyat di Hulu Terengganu terhadapnya terutama penyokong PAS. “Saya menghormati Tan Sri Idris Jusoh sebagai ‘sifu’ saya yang banyak mengajar cara mengurus dan juga menjadi pemimpin. Sebelum saya berhijrah parti, saya dah maklum kepada beliau dan pada peringkat awal dia bersetuju saya berhijrah daripada UMNO kepada Bersatu. “Kalau dia kata saya masih berjiwa UMNO walaupun bersama PAS, itu adalah provokasi sebab saya nampak tiada isu orang nak ‘serang’ saya berkaitan rasuah, tidak berakhlak, isu projek dan sebagainya setakat ini sejak 1999 lagi hingga sekarang, Alhamdulillah. “Pembangkang akan mencari isu untuk melemahkan saya. Paling penting saya berhijrah daripada satu kelompok yang dipimpin oleh mereka-mereka yang tidak amanah kepada kelompok yang setakat ini amanah,” katanya kepada pemberita di Kompleks al-Kawthar Kubang Lembek, Manir, di sini hari ini. Rosol yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu  berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Ahli Parlimen Besut, Idris Jusoh bahawa, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu adalah individu yang berjiwa Umno. Dalam masa yang sama, Idris percaya penyokong PAS di Parlimen itu berat hati untuk membantu kempen dan menyokong calon PN, Datuk Rosol Wahid yang merupakan bekas pemimpin UMNO.  
09 Nov 22
847
Pengundi Muda Mahu Pemimpin Bersih, Amanah
Pengundi Muda Mahu Pemimpin Bersih, Amanah
KUALA NERUS, 9 November - Pengundi kali pertama, golongan yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini rata-rata cenderung memilih pemimpin bersih dan tidak khianat bagi menerajui negara. Pelajar kolej, Qatrunnada Che Sor, 21, akan mengundi buat kali pertama tahun ini berkata, dia lebih memilih pemimpin yang boleh mengangkat dan berpegang teguh kepada prinsip Islam. Pengundi di parlimen Kuala Nerus itu mengakui, biasa mengikuti perkembangan politik semasa melalui media sosial terutama Instagram dan Tik-Tok bersama rakan-rakannnya. "Bagi saya, tiada isu tentang umur calon pemimpin sama ada tua atau muda, yang penting beliau bersih dan amanah," katanya ketika ditemui dalam kunjungan calon parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Alias Razak di Pulau Duyong, semalam. Calon dari Perikatan Nasional (PN) itu, melakukan ziarah bersama Ameerah menemui ibu-ibu yang baru bersalin, orang sakit dan pengundi-pengundi kali pertama di sekitar Kampung Pulau Duyong. Salah seorang belia yang turut diziarahi, Najwa Ilyana Mortar, 21, juga menyatakan keterujaan untuk mengundi pada tahun ini. "Saya rasa gembira dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada kali ini. Saya berazam memilih pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dalam membangunkan negara," jelas gadis yang menderita penyakit Talasemia itu. Dalam pada itu, ibu muda dari Pulau Duyong, Syazwani Mazlan, 25, mahukan pemimpin yang adil dan bersih. "Saya banyak mengikuti perkembangan politik melalui media sosial terutama Tik-Tok, dan medium-medium ini boleh dijadikan platform menyampaikan maklumat kepada golongan muda. "Muda atau tua tidak menjadi isu, yang penting beliau (pemimpin) dapat bekerjasama dengan baik dalam memimpin negara," katanya.    
09 Nov 22
327
Anak Muda Pilih Calon Berbanding Parti
Anak Muda Pilih Calon Berbanding Parti
KUALA TERENGGANU, 9 November – Keperibadian seseorang calon menjadi keutamaan anak muda dalam memilih pemimpin berbanding daripada melihat sesuatu parti. Imran Muhamad, 25, berkata calon Perikatan Nasional (PN) di Terengganu dilihat kesemuanya mempunyai jati diri yang baik, pengalaman dan ilmu luas dalam pemerintahan. “Anak muda perlulah keluar mengundi bagi memastikan kepimpinan negara dipegang oleh pemimpin yang telus dan berwibawa. “Oleh kerana, tanggungjawab mengundi merupakan perkara penting yang akan mempengaruhi masa depan negara dan generasi akan datang dalam jangka masa yang panjang,” jelasnya. Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di sekitar Pasaraya Kuala Terengganu City Centre (KTCC) semalam. Sementara itu, Afifah Nasir, 25, berkata inilah masanya untuk memilih dan menentukan hala tuju kepimpinan negara memandangkan pelbagai isu yang melanda negara pada saat ini. “Jadi inilah peluang terbaik untuk anak muda terbabit aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara," katanya. Dia berkata pertambahan jumlah pemilih menjadikan kumpulan pengundi baharu serta kehadiran mereka mampu mengubah senario politik semasa negara.        
08 Nov 22
263
Polis Terengganu Lulus 27 Permit Ceramah
Polis Terengganu Lulus 27 Permit Ceramah
KUALA TERENGGANU, 8 November - Polis Terengganu meluluskan 27 permohonan permit ceramah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh tiga hari bermula hari penamaan calon lalu. Ketua Urus Setia PRU15 PDRM Kontinjen Terengganu, Supt Mohd Aluwi Husain berkata, Perikatan Nasional (PN) menerima kelulusan tertinggi iaitu 22 permit, Barisan Nasional (BN) empat dan Pakatan Harapan (PH) satu. “Pada 7 November 2022, hari ketiga tempoh berkempen polis Terengganu telah mendapati sebanyak (27) aktiviti ceramah telah diadakan seluruh negeri, kesemua telah diluluskan oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas mengenai perkembangan aktiviti kempen, beliau berkata sehingga kini Polis Terengganu belum menerima insiden-insiden yang keterlaluan “Semua pihak diharapkan agar terus meneruskan kempen secara berhemah tanpa menimbulkan sebarang bentuk kekacauan dan provokasi. “Pemerhatian pihak polis kebanyakan kempen-kempen calon dan parti bertanding berkisar kepada lawatan ke pasar-pasar dan tempat tumpuan orang ramai berbanding dari mengadakan ceramah-ceramah,” tambah beliau.        
08 Nov 22
360
Manisfesto PN Berpijak Di Bumi Nyata
Manisfesto PN Berpijak Di Bumi Nyata
HULU TERENGGANU, 8 November - Calon Parlimen Hulu Terengganu (P038), Datuk Rosol Wahid menyifatkan manisfesto yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara keseluruhannya adalah sangat baik, menyeluruh dan rasional serta dinanti-nantikan oleh rakyat. Katanya, 12 tunjang PRU15 yang ditawarkan PN itu, menjadi antara pilihan yang terbaik untuk rakyat dan negara khususnya oleh golongan B40, anak muda dan belia di negara ini. "Manifesto PN berpijak di bumi nyata dan yang mampu direalisasikan ...bukan satu janji kosong. "Kita janji dan kita buat, saya yakin dengan tawaran yang diberikan ini akan ditunaikan oleh PN jika diberi kuasa memerintah pada 19hb ini,"ujarnya ketika ditemui pemberita. Sebelum ini, PN menawarkan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran menerusi manifestonya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertemakan 'Prihatin, Bersih dan Stabil' atau PN Best. Antaranya membina ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan taraf hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus merupakan antara 12 tunjang yang ditawarkan PN sekiranya mendapat mandat rakyat pada PRU15 nanti. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara yang dianggap penting oleh mereka.
08 Nov 22
444