lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Tabung Wakaf UMT Sumbang RM1 Juta Kepada Maidam
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Tabung Waqaf Ilmu UMT menyumbangkan sebanyak RM1 juta wakaf tunai kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Tabung yang mula ditubuhkan dengan kerjasama Maidam berkuatkuasa 2016 lalu dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertujuan untuk memanfaatkan serta diagihkan kepada pihak yang layak menerima wakaf.Selain itu, ia juga bagi tujuan keilmuan seperti Biasiswa Wakaf Pendidikan UMT kepada para pelajar, Geran Penyelidikan kepada para pensyarah dan pembinaan prasana untuk kemudahan pelajar dan warga UMT.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, kutipan sebanyak RM1 juta tersebut adalah hanya daripada warga UMT sahaja."Walau bagaimanapun, kami amat mengalu-alukan komitmen para hadirin untuk sama-sama terus membantu menyalurkan sumbangan kepada pelajar melalui portal MyEhsan," katanya ketika berucap dalam Majlis Santapan Malam Sempena Majlis Konvokesyen Ke-15 UMT di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis tersebut.Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam majlis yang sama, Sultanah Terengganu berkenan menyempurnakan sumbangan Tabung Waqaf Ilmu UMT dan penerimaan tajaan 'endowmen' berjumlah RM150,000 dari RHB Islamik Sdn Bhd.Selain itu, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku Ikan Lut Sinar terbitan Penerbit UMT bersama-sama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
18 Nov 17
252
Empty Image
SMK Lembah Bidong Juara Kali Keempat Perkiss
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu berjaya mengekalkan johan buat kali keempat berturut-turut, manakala SMK Kerteh pula memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Perkiss) 2017.Dalam pertandingan anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kementerian Pendidikan Malaysia itu juga, SMK Lembah Bidong turut memenangi Anugerah Khas Pembudayaan Amalan Kitar Semula Terbaik.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, kejayaan SMK Lembah Bidong dan Kerteh itu suatu rekod yang membanggakan kerajaan negeri khususnya sektor pendidikan negeri dan warga pendidik khasnya."Bagi pihak JPNT dan seluruh warga pendidik, saya amat berbangga dengan lakaran kejayaan di peringkat nasional ini."Kerja berpasukan dan komitmen semua pihak dalam memastikan persekitaran terjaga dan bersih selain amalan kitar semula bahan terpakai dipupuk di peringkat sekolah membawa kepada pengiktirafan ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.Penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar di Anjung Floria Putrajaya oleh  sempena Hari Kitar Semula Negara 2017 pada 18 November ini.
14 Nov 17
894
Empty Image
UniSZA Bangunkan Ekosistem Bahasa Inggeris
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah proaktif dalam membangunkan ekosistem bahasa Inggeris di kampus itu menerusi pelaksanaan program perdana Enrich My English Language atau EMEL.Timbalan Naib Canselornya (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad berkata, pendekatan itu merupakan satu manifestasi kepada program flagship bahasa Inggeris yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua universiti awam di negara ini dengan seramai 120 pelajar prasiswazah dari tujuh fakulti terpilih untuk menyertainya.Katanya, pelaksanaan EMEL mampu melahirkan golongan pelajar yang boleh menggunakan bahasa Inggeris dengan yakin dalam kedua-dua sektor akademik dan pekerjaan di samping dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam masyarakat."Sokongan penuh daripada pengurusan universiti serta kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) serta Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) membolehkan empat modul dihasilkan bagi meningkatkan bahasa Inggeris pelajar di UniSZA."Modul ini adalah pengucapan awam, bahasa Inggeris di kampus, English for fun dan English in Action dengan kesemuanya dilengkapi dengan pelbagai aktiviti," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan program tersebut di sini baru-baru ini.Program yang berlangsung selama 12 minggu, bermula dari 21 September hingga 14 Disember depan itu diadakan pada setiap petang Khamis selama tiga jam.Mahadzirah memberitahu, sepanjang tempoh tersebut peserta EMEL dilatih oleh 64 fasilitator yang sangat cekap dan terlatih terdiri daripada pelajar semester tiga dan lima jurusan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari FBK UniSZA.Katanya, kesemua fasilitator itu telah menjalani program Training of Trainers (ToT) yang ketat dan komprehensif bagi memperincikan kandungan dan aktiviti yang perlu dilakukan dalam situasi sebenar bersama peserta Emel."Untuk melihat peningkatan peserta, penilaian juga diberikan pada akhir setiap sesi yang dijalankan kerana ia penting untuk pihak universiti melaksanakan program yang sama pada masa akan datang”."Harapan kita agar peserta program dapat memainkan peranan sebagai ejen perubahan untuk menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di UniSZA," katanya.
14 Nov 17
422
Empty Image
15,000 Pelajar KAFA Khatam Al-Quran Serentak
Ahmad Razif menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada salah seorang pelajar. Foto Zukipli C W PutraSeramai 15,000 pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) membabitkan lapan daerah di Terengganu selesai khatam al-Quran secara serentak di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Berdasarkan jumlah itu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencatatkan bilangan 4,958 pelajar, diikuti Setiu (2,179 pelajar), Kemaman (1,906 pelajar), Besut (1,746 pelajar), Hulu Terengganu (1,741 pelajar).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang merasmikan majlis di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu sempat mengadakan sidang video bersama perasmi-perasmi majlis yang sama di daerah-daerah berkenaan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Rosli Othman dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Pengarah Pembangunan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad, Pengarah YT, Dato’ Dr. Alias Abdullah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafrudin Ali Hussin.Ahmad Razif berkata, pihaknya bangga dengan kesedaran yang ditunjukkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mengikuti pengajian di kelas KAFA. Ini dapat dilihat kepada penambahan pelajar KAFA setiap tahun.“Pada tahun ini, jumlah pelajar yang mengikut kelas KAFA telah meningkat kepada 74,856 orang yang mengikuti pengajian di 389 pusat pendidikan membabitkan  3,138  kelas,”katanya. 
11 Nov 17
167
Empty Image
GPMS Perlu Bantu Kerajaan Rancang Strategi Untuk Anak Muda
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu boleh membantu kerajaan merancang pelbagai strategi serta memberikan idea untuk membantu meningkatkan pencapaian anak-anak muda Melayu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata perkara itu amat penting bagi memastikan anak-anak muda Melayu tidak ketinggalan terutama ketika dengan zaman teknologi maklumat yang semakin canggihKatanya, budaya bergantung harap kepada kerajaan juga harus ditransformasikan kepada budaya kreatif dan berdikari yang tinggi untuk lebih berjaya.“Kerajaan sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus memperkasakan agenda orang Melayu dan GPMS sangat terkenal dengan kelas bimbingan yang menjadi satu kegiatan tradisi yang telah memberi manfaat dan berjasa kepada masyarakat.“Jadi, saya berharap agar GPMS terus memperkasakan kembali kelas bimbingannya supaya menjadi medan untuk memupuk kesedaran, malah dapat membantu keluarga berpendapatan rendah,” katanya.Beliau berkata demikian Konvensyen Gen-Y Terengganu Dan Mesyuarat Agung GPMS Negeri Terengganu di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.
10 Nov 17
46
Empty Image
Sekolah Seluruh Terengganu Bersedia Hadapi Banjir
Sekolah di seluruh Terengganu diminta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelak kerosakan harta benda dan peralatan sekolah."Kita sudah mengenal pasti sekolah berisiko dilanda banjir dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu bersedia dari semua aspek termasuklah berpindah ke pusat peperiksaan tumpangan."Pada masa yang sama calon SPM pula akan tinggal di asrama atau sekolah bagi memastikan tumpuan kepada peperiksaan tidak terjejas," katanya.A. Latiff berkata, semua sekolah diharap membuka sekretariat banjir dan bilik gerakan."Sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah ada info agensi yang akan membantu dan mereka perlu memaklumkan status cuaca dan perkembangan banjir dari semasa ke semasa," katanya.Menurutnya, ibu bapa dan calon pula diingatkan perlu sentiasa mendapatkan info terkini banjir dari media massa rasmi atau berita media massa arus perdana sahaja.
06 Nov 17
40
Empty Image
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan YIT dan JHEAT
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengukuhkan kerjasama dengan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dengan mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi program perkongsian pintar UniSZA bersama masyarakat.Prof. Dr. Mahadzirah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad berkata, sebelum ini Perpustakaan UniSZA telah melancarkan Projek Pengorganisasian Bahan dan Pengautomasian Pusat Sumber (PPS) dari bentuk tradisional kepada PPS berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi supaya dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Katanya, satu sistem dikenali sebagai Automasi Pengurusan Pusat Sumber (APPS) telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access.“Ianya telah dijalankan di empat buah sekolah terpilih sebagai projek perintis pada 2012 dan diperluaskan ke tiga buah sekolah lagi pada 2014.“Sistem APPS ini juga telah dinaik taraf menggunakan aplikasi atas talian atau web based pada 2016,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Di Antara UniSZA Dengan YIT Dan JHEAT Bagi Program Perkongsian Pintar UniSZA Bersama Masyarakat di Perpustakaan UniSZA, hari ini.Prof. Dr. Mahadzirah mewakili UniSZA manakala YIT dan JHEAT masing-masing diwakili oleh Pengarah YIT iaitu Dato’ Dr. Alias Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Azam Awi.Menurut Mahadzirah, pihak perpustakaan UniSZA berhasrat memperluaskan program khidmat masyarakat itu kepada 11 institusi yang terdiri daripada masjid, sekolah dan yayasan pada tahun ini.“Menerusi MoU yang dimeterai, kita mensasarkan untuk memperluaskan sistem APPS versi android kepada institusi terbabit bagi membantu pelajar dan masyarakat mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan masing-masing hanya secara atas talian,” ujarnya.
06 Nov 17
271
Empty Image
Tujuh Calon Duduki SPM Di Hospital
Antara calon yang menduduki SPM di HSNZ, Kuala Terengganu.Tujuh daripada 20,526 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, bermula hari ini.Melalui tinjauan media, ada di antara pelajar berkenaan terlibat dengan kemalangan, demam denggi, asma dan menghidap sawan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abd Rahman berkata, jumlah itu melibatkan 18,642 calon dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan."Selain itu, selebihnya calon dari MRSM (770), SMA Negeri (77), sekolah swasta (110), persendirian (927) dan Calon Berkeperluan Khas (73)."Jumlah pusat terlibat di seluruh Terengganu adalah sebanyak 172 dengan penglibatan seramai 1,377 petugas sepanjang peperiksaan ini berlangsung," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melawat calon SPM di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam pada itu, Bazlan menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi banjir di Terengganu terutamanya ketika musim peperiksaan yang sedang berlangsung."Kita sudah biasa menghadapi bencana banjir sebelum ini. Maksud saya, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sentiasa bersedia kerana sentiasa menghadapi banjir."Seperti di DUN Batu Rakit, ada satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Rakit tapi masih boleh mengambil peperiksaan tapi kita hantar menggunakan kenderaan tentera ekoran laluan masuk ditenggelami air," katanya.Selain dari itu, beberapa sekolah lain seperti SMK Bukit Payung, Marang dan SMK Kuala Jengal, Dungun turut diberi perhatian jika laluan ke sekolah tersebut turut dinaiki air.
05 Nov 17
597
Empty Image
Pelajar Terengganu Lakar 70 Kejayaan
 Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (dua dari kiri)  menyampaikan hadiah  Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) . Foto Zulkifli C W Putra Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyifatkan 2017 sebagai tahun kemenjadian murid di Terengganu  apabila  melakar lebih 70 kejayaan serta pencapaian terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata antara kejayaan besar yang berjaya dicapai melalui pertandingan inovasi menerusi Program Sains Teknologi Matematik (STEM).“Jika dikira sekali dengan penyertaan dalam bidang sukan, kita berjaya capai lebih 70 kejayaan dengan lebih 10 pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.“Tahun ini hasil inovasi pelajar dalam STEM juga menunjukkan peningkatan ketara berbanding dua tahun lalu iaitu pada 2015 dan 2016 malah boleh dikatakan STEM sekolah di Terengganu telah merangkul  lebih 30 kemenangan di kebangsaan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Program Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, semalam.Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang Shafruddin berkata, kejayaan dalam kemenjadian murid serta melahirkan sekolah berkualiti sejajar dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) serta bertepatan dengan falsafah pendidikan dan hasrat Transformasi Terengganu Baharu (TTB).“Bukan mudah untuk melakar kejayaan di peringkat antarabangsa, dan usaha ini dibuktikan dengan kejayaan pelajar kita mencapai lebih 10 kemenangan di peringkat antarabangsa menerusi pertandingan inovasi dan sukan.“Faktor ini mendorong ExxonMobil bersetuju menaja RM50,000 kepada satu pasukan inovasi dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit bagi pertandingan STEM di Beijing, China November ini,” katanya.Selain itu, Shafruddin berkata, kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM20,000 bagi dua buah sekolah yang akan menyertai pertandingan robotik di World Robot Olympiad di Costa Rica pada 10 hingga 12 November ini.“Setiap sekolah akan menghantar lima wakil termasuk seorang guru bagi pertandingan itu, kesemua mereka perlu dapatkan dana sehingga RM35,000 bagi menampung perbelanjaan termasuk kos pengangkutan dan tempat tinggal sepanjang di sana.“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini, mereka akan berjaya menyertai pertandingan itu dan kita harap membawa khabar gembira bagi perkembangan teknologi dalam inovasi STEM di negeri ini yang mana merupakan negeri terbanyak menghantar penyertaan,” katanya.
04 Nov 17
127
Empty Image
Majlis Restu Ilmu Bangkit Semangat Pelajar SMKCB
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru (SMKCB), Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula Isnin ini, diraikan di Majlis Restu Ilmu, di sekolah itu, hari ini.Majlis dua jam bermula 8 pagi melibatkan 85 calon SPM dan 70 calon STPM sebagai medan pertemuan untuk guru memberi kata-kata semangat dan motivasi sebelum pelajar berkenaan menempuhi peperiksaan penting itu.Pengetua SMKCB, Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, majlis itu sebagai penutup tirai pertemuan dengan pelajar bagi memastikan peperiksaan pada 6 hingga 28 November ini dapat ditempuhi dengan tenang dan lancar.“Saya berharap agar keputusan SPM dan STPM pada tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.“Tidak lupa juga harapan daripada semua guru SMKCB agar ada calon SPM tahun ini mendapat semua A manakala bagi calon STPM pula mendapat 4 flat,” katanya.Hadir sama pada majlis itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Ramlah Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd Abdillah Taha dan Penolong Kanan Kokurikulum, Hassan Mohd Nor.Pada majlis itu juga, Shahrir turut menyampaikan sedikit sumbangan alatan tulis kepada pelajar berkenaan.Shahrir berharap agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan mencapai keputusan cemerlang demi masa depan masing-masing.“Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar, guru-guru SMKCB yang selama ini bertungkus-lumus bagi mengajar dan mencurahkan ilmu kepada para pelajar.“InsyaAllah segala ilmu yang dikongsi itu dapat membawa kebaikan kepada calon SPM dan STPM akan datang,” katanya.
02 Nov 17
399