lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Terengganu Terpilih Sertai TMM2020
Foto oleh : Zulkipli PutraTerengganu membuat persiapan rapi bermula tiga tahun dari sekarang bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) sebagaimana yang diisytiharkan Perdana Menteri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiktirafan yang diberikan terhadap sektor pelancongan negeri memerlukan kerajaan dan penggiat industri itu lebih agresif untuk merebut peluang termasuk menggandakan usaha promosi."Kita merasa amat gembira kerana Tourism Malaysia telah mengambil Terengganu sebagai sebuah negeri yang terpilih untuk sama-sama membuat promosi bagi program TMM2020 itu."Mulai tahun ini program promosi pelancongan bagi TMM akan dipergiatkan yang akan dilaksanakan di beberapa negara, akan diikuti oleh wakil dari Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program KT City Fun Run 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, Terengganu juga  tidak menetapkan tahun Visit Beautiful Terengganu kerana program seumpama itu akan diteruskan pada setiap tahun sehingga 2020.Dalam pada itu,  beliau berkata, beberapa projek yang sedang dan akan dibangunkan di negeri itu mampu menarik kedatangan pelancong seperti pembinaan jambatan angkat menghubungkan Kuala Terengganu-Seberang Takir yang dijangka siap pada September ini dan menjadi satu lagi mercu tanda Terengganu."Begitu juga dengan pusat pelancongan Tasik kenyir apabila kita akan mewujudkan terminal cruise di Pengkalan Gawi tahun ini selain perkedaian di kawasan bebas cukai, Pulau Bayas sebagai tarikan pelancong untuk ke negeri ini," katanya.Ahmad Razif berkata, tahun ini kerajaan negeri  mensasarkan kedatangan seramai 5.5 juta pelancong berbanding lima juta pada tahun lepas, di mana jumlah itu  mencapai sasaran.
02 Feb 18
90
Empty Image
Restoran Konsep Kapal Terbang Bakal Dibina
Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif  Abd Rahman berkata, pihak kerajaan negeri sedang merancang untuk menambah baik Gerbang Galeri Pelancongan sedia ada untuk dijadikan restoran berkonsepkan kapal terbang.Katanya, anak syarikat Kerajaan Negeri, T-Kitchen akan ditempatkan di bahagian bawah kawasan itu bagi mengetengahkan produk makanan tradisional Terengganu."Kita akan lakukan pengubahsuaian di bahagian bawah dan akan wujudkan suasana seperti di dalam kapal terbang."Jadi sesiapa yang makan di T-Kitchen itu nanti akan terasa seperti berada di dalam kapal terbang selain turut mewujudkan pandu lalu di restoran tersebut," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Pelaksanaan Projek Jalan Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Ke Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata, Kerajaan negeri telah menerima cadangan dari syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, Air Asia untuk menambah penerbangan terus dari Johor Bahru ke Kuala TerengganuKatanya, buat masa sekarang penerbangan tersebut hanya tiga kali seminggu dan Air Asia bercadang ditambah kepada enam kali seminggu.
01 Feb 18
79
Empty Image
Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini
Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai Festival Peranakan Terengganu pada Ogos nanti.Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), Martin Tok berkata, program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama dari dewan berkenaan.Katanya, program tersebut bukan sekadar untuk pelancongan negeri namun ianya untuk menunjukkan solidariti antara penduduk setempat dan komuniti di kawasan tersebut."Program ini bukan hanya program pelancongan semata-mata tetapi untuk menujukkan persefahaman antara komuniti setempat dengan pelbagai kaum lain."Apabila mereka ini yang berada bukan sahaja di Malaysia namun dari luar negara seperti Australia, Hong Kong, Taiwan dan New Zealand balik kampung, kami berharap agar apabila pulang semula ke tempat mereka dan akan membawa nama Mek Awang ke sana,"Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Mek Dan Awang Balik Kampung di Kampung Cina, Kuala Terengganu.Turut hadir Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak.Tambahnya, program tersebut mampu membantu pihaknya dalam mencapai visi yang dibawa."Pertamanya, pihak DPPCT dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada peniaga setempat," katanya.Dalam pada itu, Martin berkata Mek Awang kini sudah menjadi satu jenama yang makin dikenali selepas diperkenalkan DPPCT."Jenama Mek Awang kini sudah mula dikenali bukan sahaja dalam industri pelancongan. Contohnya saya baru pulang dari Singapura bagi menghadiri mesyuarat dengan Tourism Malaysia (TM) dan mereka amat berminat untuk mengetahui dan mengenali Mek Awang ini."Jadi TM Singapura sudah mengajak kami untuk melakukan pembentangan dengan pihak mereka," katanya.Martin berkata, dengan perkembangan baik tersebut pihaknya menjangkakan lebih ramai pelancong Singapura mengunjungi Kampung Cina sempena Festival Peranakan Terengganu.
25 Jan 18
111
Empty Image
Tasik Kenyir Sajikan Acara Menarik Sepanjang 2018
Pelbagai aktiviti dan program dirangka di Tasik Kenyir bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sana.Pengurus Pelancongan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, dengan pertambahan bilangan pengunjung saban tahun ke Tasik Kenyir, aktiviti-aktiviti baru turut dirancang selain menambahbaik program sedia ada di pusat pelancongan tersohor itu.Katanya, antara program yang sudah dirangka dalam masa terdekat adalah Kenyir Act Tourism Seminar dan Bengkel Promosi Pemasaran & Penjanamaan Tasik Kenyir pada Februari ini."Selain itu pihak Ketengah juga telah merangka Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Kepada Penggiat Pelancongan dan Penduduk Setempat di Tasik Kenyir pada Mac ini."Ianya bertujuan untuk kita nak lebih ramai komuniti yang melibatkan diri dalam pelancongan supaya mereka boleh menjana pendapatan," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui ketika ditemui di Festival Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.Tambahnya, 'houseboat' di Tasik Kenyir juga sudah habis ditempah bagi musim cuti sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi."Buat masa sekarang, permintaan terhadap houseboat sangat tinggi terutamanya pada musim cuti menyebabkan pengunjung perlu membuat tempahan lebih awal."Pihak kami juga dalam proses untuk meningkatkan mutu perkhidmatan 'houseboat' bagi memberi kepuasan kepada pengunjung yang hadir," katanya.Dalam pada itu, Fathil berkata, Ketengah juga sedang giat mempromosikan produk pelancongan yang berada di dalam wilayahnya seperti Bukit Besi, Tasik Puteri, Hutan Lipur Chemerong dan pelbagai lagi sebagai destinasi pilihan untuk diterokai oleh pelawat dari dalam dan luar negeri.
21 Jan 18
138
Empty Image
JPNT Sasar 8,000 Pengunjung Sempena MITEC
Antara gerai pameran yang disediakan oleh pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu pada MITA Fair di Mitec.Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mensasarkan 8,000 pengunjung ke gerai Terengganu di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bagi Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga 21 Januari.Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan & Kebudayaan) JPNT, Wan Mohd Firdaus Wan Sembak berkata, selaras dengan kempen Beautiful Terengganu yang giat dijalankan, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mempromosikan negeri dalam mana-mana acara termasuk di peringkat antarabangsa.Katanya, selain mempromosikan kebudayaan serta tempat-tempat menarik di Terengganu, beberapa gerai diambil oleh pihak JPNT untuk mempromosikan produk-produk negeri seperti nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku oleh T-Kitchen, bekang, satar serta keropok keping."Di samping itu, kita juga menjual pakej-pakej penginapan, resort dan hotel-hotel di bawah kerajaan negeri seperti Permai Hotel dan Primula Beach Hotel di bawah TI Hotel And Resort Management."Jadi semua hotel-hotel ini menawarkan pakej serendah RM150 untuk satu malam bagi percutian di Terengganu," katanya.Di samping itu juga, Wan Firdaus berkata pihaknya akan bergerak lebih aktif selepas ini dalam mempromosikan Terengganu kepada pelawat luar dan seluruh dunia."Pihak kami akan mempromosikan apa sahaja produk serta hotel-hotel di Terengganu bukan hanya bertujuan untuk memperkenalkan negeri ini malahan untuk menjana pendapatan penduduk tempatan."Ianya selaras dengan hasrat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ingin menjadikan pelancongan sebagai sumber kepada rakyat di Terengganu," katanya.Sebelum ini, pengarah jabatan tersebut, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata beberapa negeri telah dipilih bagi program Jelajah Beautiful Terengganu yang akan bermula pada Februari ini.
19 Jan 18
373
Empty Image
Terengganu Tawar Aktiviti Menarik Sepanjang 2018
Pelbagai aktiviti menarik di Terengganu bakal disajikan kepada pelancong pada setiap bulan pada sepanjang tahun bagi merancakkan industri pelancongan di negeri itu.Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak berkata, rata-rata pelancong mengenali Terengganu melalui produk pelancongan berkaitan pantai dan pulau-pulau.Katanya, selain terkenal dengan kecantikan pulaunya, kerajaan negeri kini cuba mengalihkan persepsi orang ramai bahawa negeri itu juga memiliki banyak tempat menarik dengan tawaran aktiviti memikat pelancong."Antara aktiviti bakal berlangsung pada tahun ini adalah Sounds of Terengganu, Pesta Air Terengganu, Setiu Wetlands Festival, Terengganu Bike Week, Duyong Art Festival, Karnival Makanan Terengganu, Mazu Festival, Pesta Pantai Terengganu, Festival Kenyir, Pesta Tanglung Peranakan, Moments of Unity dan macam-macam lagi," katanya.Beliau ditemui ketika ditemui di Festival Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.Sementara itu, beliau berkata JPNT kini turut melakukan kerjasama dengan hotel-hotel di negeri itu bagi memudahkan urusan berkaitan aktiviti mencandat sotong yang bakal tiba musimnya.Katanya, mereka yang berhasrat menyertai aktiviti itu boleh mula membuat tempahan yang dibuka sehingga Mac ini."Pesta mencandat sotong akan bermula bulan April sehingga Oktober. Mereka yang berminat, boleh membuat tempahan sekarang dan pakej berkenaan berserta dengan kenderaan bagi memudahkan pergerakan ke lokasi," katanya.
19 Jan 18
112
Empty Image
Atlet Tenpin Boling Jadi Duta Kecil Pelancongan Terengganu
Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Terengganu dalam Sukma 2018 di Perak. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Atlet tenpin boling yang bakal mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dilantik sebagai duta kecil dalam mempromosikan Terengganu di negeri-negeri luar.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, mereka akan dibawa bersama ke luar negeri dalam program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT).Beliau yang juga bapa angkat kepada acara sukan tersebut berkata, dengan membawa atlet muda itu, ianya juga akan memberi semangat kepada mereka."Kita nak bawa mereka ke program-program jelajah ini dan mereka akan membantu mempromosikan Terengganu melalui program JBT. Jadi ini sebahagian daripada usaha untuk membina semangat atlet berdepan orang ramai."Mereka bukan sahaja menjadi seorang atlet tapi juga akan dijadikan duta kecil untuk mempromosikan Terengganu dan kita berharap ia akan membantu membina semangat atlet-atlet muda ini agar lebih bersedia untuk Sukma," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Persatuan Tenpin Boling Negeri Terengganu Bersama Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukma XIX 2018 Perak di Coral Crown Bowl Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Sabri Abas dan Ketua Pegawai Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu Wan Adnan Wan Derahman.Tambah Tun Ahmad Faisal, siri jelajah tersebut akan bermula pada Februari ini di Melaka.Dalam pada itu, Wan Adnan berkata, PMINT yang dilantik sebagai jabatan angkat kepada sukan tenpin boling akan memberikan insentif terbaik kepada atlet yang membawa kejayaan kepada Terengganu dalam Sukma."Kita akan berikan insentif dengan nilai yang cukup menarik kerana jika kita memenangi emas, ini merupakan emas pertama untuk sukan boling."Malah kita tahu, sebelum ini Terengganu memang tidak kuat dalam sukan boling, tetapi dengan adanya kelengkapan yang cukup lengkap di Coral Crown Bowl, mungkin pasukan mampu mencipta kejayaan," katanya.
16 Jan 18
338
Empty Image
Idea Kreatif Mampu Tingkat Kualiti Pelancongan
Ahmad Razif menyambut kedatangan pelancong asing- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pengusaha produk pelancongan digesa membantu kerajaan negeri menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk meningkatkan kualiti pelancongan di negeri ini sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  berkata pihak itu  tidak seharusnya bergantung kepada produk sedia ada, sebaliknya perlu menumpukan pelbagai  lokasi sejarah, produk hiliran dan kebudayaan untuk diketengahkan kepada pengunjung terutama pelancong asing.Katanya, setiap daerah di negeri ini ada keistimewaan tersendiri, sebagai contoh di kawasan Hulu Terengganu, sememangnya terkenal dengan  penemuan batu bersurat, pihak berkaitan perlu mengambil pendekatan mengilap apa yang ada itu.“Pada masa sama mencari  idea baru yang pastinya boleh boleh menarik minat pelancong ke kawasan masing-masing.“Jika di Rantau Abang, Dungun, sememangnya  terkenal dengan lokasi pendaratan penyu, memandangkan penyu semakin pupus, kerajaan bersedia mewujudkan replika penyu di kawasan tumpuan,”katanya.Beliau berkata demikian selepas menyambut kedatangan pelancong Sempena Sambutan Tahun Baharu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Ahmad Razif turut memberitahu kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Rumah Haji Su di Kampung Losong sebagai Galeri Produk Tradisional Terengganu.Katanya, rumah lama yang memperlihatkan keunikan seni bina warisan dan ketinggian seni pertukangan Melayu cukup sesuai bagi tujuan itu.“Dengan adanya galeri tersebut pelancong dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai produk tradsional, termasuk barangan kraftangan, songket dan pelbagai produk makanan di samping mengunjungi rumah tersebut,’’ katanya.Sebelum itu, Menteri Besar turut merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Kepada Pengusaha Beca dan Bot Penambang di lakosi sama,Seramai 60 pengusaha beca dan 20 bot penambang hadir  menerima insentif tertunggak RM600 daripada kerajaan negeri.
31 Dec 17
144
Empty Image
25 Pasangan Bulan Madu Dalam Houseboat
Seramai 25 pasangan suami isteri menyulami pengalaman indah dan menarik apabila terpilih menyertai Proram Smartstart 2nd Honeymoon  dalam houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Program dua hari satu malam berakhir 21 Disember lalu anjuran Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Teluk Ketapang, Kuala Nerus itu memberi pengalaman baharu kepada pasangan suami isteri yang sudah lama melayari kehidupan berumahtangga.Pengerusi Penganjur, Md Azmi A. Aziz berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan membangkitkan semangat kemesraan di kalangan pasangan terbabit.Katanya, sebahagian besar peserta yabg sudah mendirikan rumah tangga lebih 40 tahun dapat menikmati suasana baharu apabila menyertai program itu.Beliau berkata, sepanjang mengikuti progran itu peserta dapat mengikuti ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh penceramah khas dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Kamarudin Ali merasmikan program itu.Md Azmi berkata, menariknya program itu apabila diadakan di dalam bot dan peserta duduk bersila mendengar ceramah dalam sebuah dewan khas dalam bot berkenaan."Peserta solah-olah menikmati alam perkahwinan semula dan mengimbau zaman lampau tetapi dalam situasi yang berlainan, katanya.Peserta, Rusini Hassan,55, berkata program itu menjadi kenangan manis dalam sejarah hidupnya kerana berbulan madu di dalam bot.Katanya, walupun sudah berusia tetapi menerusi program itu ia membangkitkan kasih sayang pasangan suami isteri apa lagi ia diadakan dalam sebuah bot di tasik.
24 Dec 17
343
Empty Image
Bandaraya Kuala Terengganu Berwajah Baru
Mohd Jidin meninjau kawasan sekitar Batu Buruk yang diberi wajah baru. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Bandaraya Kuala Terengganu akan berubah wajah apabila landskap di pusat-pusat rekreasi diperindahkan lagi dengan menggantikan cat baru agar lebih menarik sebagai tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program mengindahkan bandar raya tersebut merupakan kesinambungan daripada yang pernah dijalankan sebelum ini.Katanya, tujuan utama program tersebut adalah bagi menghias dan mencantikkan lagi Bandaraya Kuala Terengganu dengan landskap yang lebih menarik bersesuaian dengan slogan 'Terengganu Terbersih'."Untuk hari ini, kita membelanjakan RM10,000 dan tujuannya adalah bagi mempromosikan kawasan bandaraya serta Batu Buruk kerana banyak lagi perkara-perkara yang kita perlu perbaiki terutama tugasan di bawah (portfolio) kesejahteraan bandar di Kuala Terengganu ini."Program yang mendapat tajaan dari syarikat Jotun melibatkan semua kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan juga sukarelawan serta jabatan lain seperti anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Kota menyertai bersama," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam Program Seni Hias Bandar di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Mohd Jidin berkata, kawasan Batu Buruk dipilih supaya ianya lebih bersih dan cantik selain keselamatannya terkawal serta mempunyai tempat-tempat rekreasi yang menarik dan berwarna-warni.Tambahnya, pembersihan yang dilakukan tersebut bukan sahaja melibatkan bangunan, tetapi ia juga melibatkan kedai-kedai yang terkesan akibat musim tengkujuh.Katanya lagi, selain Batu Buruk, program itu juga dilaksanakan di kawasan sempadan bandaraya terutamanya yang menjadi tumpuan orang ramai."Kita tumpu di kawasan bermula di Masjid Tengku Tengah Zaharah sehingga ke Pulau Rusa termasuk kawasan daerah pulau-pulau dan sampai ke Simpang Tok Ku."Kerja-kerja dijalankan termasuk mengecat, membina, membersih, menanam pokok selain melihat kawasan sekitar supaya tidak mendatangkan penyakit," katanya.
22 Dec 17
505