lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
JKKK Kg Alur Tuman Rintis Kem Bestari Solat Geng Surau Di Kalangan Kanak-Kanak
Menyedari pentingnya menjaga kesempurnaan dalam solat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Alur Tuman menganjurkan Kem Bestari Solat Geng Surau di Surau Hujung Da, Alur Tuman, Marang.Program selama tiga hari, berakhir semalam, disertai 31 kanak-kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun.Program dirasmikan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Dato Nik Dir Nik Wan Ku.Pengerusi J3K Kampung Alur Tuman, Khasperi Muda berkata,  pelbagai pengisian program dianjurkan antaranya, membetulkaan bacaan dalam solat, pembelajaran mengenai tertib solat dan adab ketika berada dalam masjid serta surau.Katanya, aktiviti sampingan pula seperti qiamullail, cara berwuduk, pertandingan azan, gotong -royong membersih kubur, bacaan Surah Yasin, tahlil serta tazkirah dan ceramah agama.“Kerjasama daripada masyarakat setempat sangat baik dan ini memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dalam ibadat yang menjadi tuntutan utama sebagai umat Islam.  “Program dianjurkan ini adalah siri kedua, malah kita bercadang akan menjadikan sebagai  acara tahunan,” katanya.. 
12 Dec 16
313
Empty Image
Sukan Bermandi Lumpur DUN Jabi Meriah
Suasana meriah dan riuh-rendah mewarnai Kampung Lubuk Paku, Jabi, Besut,  sempena Program Sukan Rakyat D' Baroh Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Parlimen Setiu, semalam.Lebih 2,000 penduduk sekitar termasuk peserta menjayakan program yang pertama kali diadakan dengan pengisian acara seperti menangkap ikan, pukul bantal, bola baling, bola jaring, lumba kubota dan tangkap itik di petak tanaman padi yang dipenuhi air dan berlumpur.Program bertujuan mendekatkan generasi muda dengan sukan tradisional dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.Pengerusi penganjur, Mohd Fahami Zakaria berkata, program anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kerandang dan Kampung Tempinis itu pertama kali diadakan dan sambutannya amat mengalakkan."Lebih 2,000 hadir termasuk 300 peserta sukan. Program yang bertemakan menghayati kehidupan desa ini menampilkan 14 acara sukan dan penyertaan daripada penduduk dari enam buah kampung amat mengalakkan."Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan sekiranya mendapat persetujuan pemimpin atasan kerana ia banyak membantu ke arah perpaduan dan merapatkan hubungan di kalangan penduduk sekitar, selain mengekalkan sukan tradisi di kalangan generasi muda, "katanya.
11 Dec 16
385
Empty Image
UMNO Kuala Terengganu Ringankan Beban Keluarga Kurang Berkemampuan
Lebih 200 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu,  Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya akan memastikan pada masa- masa akan datang, acara tahunan itu dapat diperluaskan supaya golongan sasar terutama keluarga yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dari 109 cawangan seluruh parlimen berkenaan diberi keutamaan."Kita akan meneruskan program tradisi  ini pada tahun seterusnya dengan mengenalpasti kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya dapat meringankan bebanan keluarga masing-masing."Jika pada tahun lalu lebih 100 peserta terlibat. Tahun ini bilangan peserta meningkat kepada 200 orang," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik majlis anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dengan memandikan peserta dengan pancutan air dari jentera bomba.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu,  Rozalina Mokhtar dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Ruslee Bidi.Sabri berkata, pihaknya memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan program yang melibatkan peserta berusia 10 hingga 12 tahun itu yang berlangsung dua hari itu.Tambahnya, bukan sahaja program berkhatan, pihaknya juga memanfaatkan musim cuti persekolahan untuk memberi bantuan tidak formal seperti menganjurkan aktiviti menggunting rambut secara percuma.Dalam pada itu, UMNO Kuala Terengganu berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Bomba, Rela dan semua kepimpinan parti di Parlimen itu.
10 Dec 16
316
Empty Image
Tiga Beradik Kembar Berkhatan Serentak
Tiga beradik kembar mendapat perhatian umum apabila mereka menyertai majlis berkhatan beramai-ramai  di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Tok Dor, Besut, hari ini.Ketiga-tiga mereka, Mohd Zikrulah Shihan, 9, Amirullah dan Nasrullah, dari Kampung Kelubi Putih, Jabi, walaupun masih kecil tetapi sepakat untuk berkhatan lebih awal kerana  seronok melihat rakan lain turut menyertai program berkenaan. Kembar tiga itu antara 150 peserta yang menyertai Majlis Berkhatan dan Bertindik anjuran Pejabat Penyelaras DUN Jabi,sempena cuti persekolahan tahun ini.Majlis itu  dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Ketika ditemui, tiga beradik berkenaan melahirkan rasa gembira kerana turut terpilih menyertai majlis berkhatan secara beramai-ramai.Mohd Zikrulah berkata mereka sepakat untuk menyertai majlis itu kerana seronok melihat rakan-rakan lain yang turut berbuat demikianKatanya, walaupun sebahagian besar rakan lain ramai yang lebih tua tetapi mereka juga ingin membuktikan tidak takut untuk berkhatan“Hari ini kami gembira kerana dapat melakukan upacara berkhatan beramai-ramai dan penuh semangat,” KatanyaIbunya, Rosilawati Abd Rahman. 40, berkata, beliau hanya mengikut kehendak tiga beradik berkenaan yang ingin menyertai majlis berkhatan terbabit.“Saya amat gembira kerana ia pilihan anak-anak dan  tidak takut untuk menyertai berkhatan,” Katanya.
08 Dec 16
345
Empty Image
Tahap Rasa Selamat Penduduk Terengganu 95.3 Peratus
Kajian terbaharu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mendapati tahap rasa selamat di kalangan penduduk di Terengganu  antara yang tertinggi berbanding negeri lain, iaitu pada paras 95.3 peratus.Pengarah JPNIN Terengganu,  Dato’ Gandesan Lecthumanan, berkata peratusan itu menjadikan negeri ini tersenarai dalam kelompok tertinggi  berbanding negeri maju lain di seluruh Malaysia."Pihak kami mendapatkan maklum balas daripada hampir 26,033  responden di seluruh negeri hasil kaji selidik yang dijalankan melalui peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri ini. Kajian sebegini dilakukan dua kali setahun."Kita melihat perbezaan politik di negeri yang majoriti bangsa Melayu tidak menjejaskan rasa tenang dan selamat malah penyertaan kelompok masyarakat tanpa mengira fahaman itu dalam KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) banyak membantu termasuk menjaga keharmonian dan mencegah jenayah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Budi Dijunjung Martabat Dijulang, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi..Hadir merasmikan majlis itu, Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud .Katanya, sejumlah 401 KRT sudah ditubuhkan sehingga kini dengan sejumlah 352 SRS dan daerah Kuala Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 103 KRT dan 113 SRS.“Pihak kami menyasarkan jumlah KRT dapat ditingkatkan kepada 450 pada tahun depan di samping tumpuan turut diberikan untuk menarik penglibatan golongan muda untuk berperanan lebih besar dalam KRT dan SRS,” katanya.
05 Dec 16
102
Empty Image
JaPen Terengganu Anjur Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia Khamis Ini
Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen Terengganu) akan menganjurkan Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu selama dua hari bermula Khamis ini.Pengarah JaPen Terengganu, Nasrudin H. Mahmud berkata, pelbagai acara menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung temasuk ceramah perdana hal ehwal Islam, pertandingan mewarna dan pameran jabatan serta agensi kerajaan.Katanya, selain itu turut diadakan taklimat bajet negeri Terengganu 2017 pada 9 November bermula 9 pagi di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.“Orang ramai juga berpeluang melihat dan membeli barangan yang dihasilkan oleh ahli K1M seperti makanan ringan dan hasil kraftangan selain menyertai cabutan bertuah untuk mereka yang hadir pada majlis itu.“Penganjuran Karnival K1M bertujuan menjalin hubungan dan kerjasama antara K1M di negeri ini selain menggalakkan keterlibatan ahli K1M dalam mengurus program secara bersama,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Nasrudin berkata, karnival yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta itu diharap mampu mendekatkan masyarakat setempat dengan pihak kerajaan selain dapat memberi perkhidmatan terus kepada rakyat.Katanya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari dijangka akan merasmikan karnival itu pada 9 November 2016.“Sehubungan itu, masyarakat di daerah Hulu Terengganu terutama di sekitar tapak karnival dijemput hadir bagi memeriahkan karnival K1M selain berpeluang mendapat maklumat tepat mengenai agensi yang mengambil bahagian pada karnival itu,” ujarnya.
05 Dec 16
48
Empty Image
JPNT Cadang Perkenal Program Budayakan Penjagaan Kesihatan, Keselamatan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bercadang memperkenalkan beberapa aktiviti baharu dalam membudayakan penjagaan kesihatan dan keselamatan di kalangan pelajar sekolah negeri ini, tahun hadapan.Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, antara aktiviti itu seperti asas pertolongan cemas termasuk bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).CPR ialah satu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan ketika kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut.“Tahun depan, kita akan perkenalkan teknik CPR kepada guru-guru terlebih dahulu, mungkin akan dibuat simulasi, diberi latihan dan disertakan video sebagai panduan untuk mereka aplikasikan sekiranya terdapat kecemasan melibatkan pelajar sekolah.“Selain itu, latihan renang juga akan diperkenalkan JPNT kepada pelajar sekolah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak bertemakan ‘Safe and Protect’ di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, hari ini.Tambah beliau, selain itu, turut diperkenalkan seni mempertahankan diri, pendedahan oleh pasukan bomba mengenai aspek keselamatan dan perlindungan diri apabila binatang berbisa memasuk kawasan sekolah juga akan dilaksanakan.“Ini adalah antara perkara yang kita akan buat sebagai pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai aspek keselamatan dan perlindungan berdepan dengan situasi di luar jangka,” ujarnya.
15 Nov 16
86
Empty Image
Maidam Serah Lima Van Jenazah
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyerahkan lima van jenazah membabitkan peruntukan hampir RM615,000 kepada masjid dan komuniti terpilih di negeri ini.Masjid terpilih adalah Masjid Kampung Kuala Pueh dan Masjid Kampung Sekayu di Telemong,Masjid Gong Balai dan Masjid Binjai Rendah di Marang serta komuniti Jerangau Sungai di Dungun.Yang DiPertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata,  agihan van bernilai RM123,000 sebuah itu adalah sebahagian daripada peruntukan zakat supaya dapat meringankan beban masyarakat setempat di kampung berkenaan dan bagi kegunaan kariah apabila berlaku kematian."Pelbagai urusan dapat dipermudah sekiranya mempunyai van yang akan diletakkan di bawah pengurusan jawatankuasa masjid, termasuk membawa jenazah dan untuk kegunaan pesakit sama ada untuk ke klinik mahu pun hospital, ” katanya pada Majlis Penyerahan Van Jenazah,di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh,Telemong semalam.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Transformasi Negeri ,A.Latiff Awang serta Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Terengganu,Mohd Rashdi Ab.Hamid@Aziz.Menurut Shaikh Harun, jawatankuasa masjid perlu ada jawatankuasa untuk memudahkan pengurusan penyelenggaraan berkaitan van jenazah dan juga kematian yang berlaku di kampung atau kawasan sekitar."Maidam memberi keutamaan kepada masjid yang betul-betul memerlukan terutama di luar bandar serta penempatan penduduk jauh dari tanah perkuburan,"katanya.
14 Nov 16
70
Empty Image
Skuad Sukarelawan TTB Bersiap Sedia Bantu Mangsa Banjir
Kira-kira 5,000 Skuad Sukarelawan TTB kini bersiap sedia membantu agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota keselamatan sekiranya kejadian banjir berlaku pada bila-bila masa.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat berkata skuad sukarelawan itu akan di bahagikan kepada lapan portfolio iaitu pendaftaran; perbekalan makanan; kebersihan; penginapan dan keselamatan; kesihatan dan perubatan; sukarelawan; aktiviti dan kerohanian serta bilik gerakan."Mereka akan mengambil cakna dengan memberi pelbagai bentuk bantuan daripada kampung ke kampung, termasuk membabitkan 19 kampung di DUN Telemong yang sebelum ini pernah terjejas teruk akibat banjir,"katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong berkata demikian pada Persembahan Bot dan Sukan Rakyat "Program Pencegahan Jenayah Dan Persiapan Banjir 2016" PDRM Bersama Masyarakat Hulu Terengganu, semalam.Rozi berkata, Skuad Sukarelawan TTB yang mempunyai aset 13 pacuan empat roda (4x4) dan empat lori,14 bot dan tiga jentolak, pastinya banyak membantu dalam pelbagai aspek terutama berkaitan operasi menyelamat dan memindah mangsa banjir, mengangkut barang dan membersih kawasan."Pada masa sama, kumpulan radio amatur akan diwujudkan bagi memudah cara mangsa dan pihak berkepentingan untuk berkomunikasi sekiranya berlaku kecemasan,"katanya..
12 Nov 16
56
Empty Image
Terengganu International Bike Meet 25 Hingga 27 November Ini
Terengganu International Bike Meet yang bakal menghimpunkan peminat permotoran dalam dan luar negara akan diadakan di Pulau Warisan Kuala Terengganu dari 25 hingga 27 November ini.Program yang julung kali dianjurkan Terengganu Riders Group itu turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan merasmikan himpunan pencinta roda dua itu pada 26 November.Pelbagai acara menarik disediakan termasuk pertandingan airbrush motosikal, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.Yuran pendaftaran hanya RM50 seorang dan terbuka kepada semua jenis motosikal dimana peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan antaranya motosikal Yamaha 125ZR dan Yamaha Y15ZR.
09 Nov 16
139