Artikel "Komuniti" Terkini
Kerajaan Negeri Salur RM58,000 Untuk Mangsa Kebakaran Teluk Menara
Hilmi menyerahkan sumbangan kepada Muda Muda Mat Ali, mangsa kebakaran di Kampung Teluk Menara baru-baru ini bakal menerima bantuan pembinaan rumah bernilai RM58,000 daripada kerajaan negeri.Perkara ini dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Hilmi Dato' Harun ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini."Bantuan tersebut akan disalurkan melalui Tabung Iman (TDI) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di mana kita akan membina rumah siap untuk beliau."Pada hari kejadian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah memberikan bantuan awal berupa barang keperluan dan wang tunai RM3,000," katanya.Hilmi hadir ke rumah mangsa bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Pantai Timur, Dato' Maaruf Kasim dan setiausaha Terengganu Fourwheeler Team (TFT) Mohd Hasmadi Embong yang menyumbang bantuan wang tunai dan barang keperluan harian untuk menringankan beban mangsa.Dalam pada itu, Muda yang merupakan imam Masjid Kampung Teluk Menara meluahkan rasa syukur atas sumbangan yang tidak putus-putus daripada pelbagai pihak."Sejak kejadian sehingga kini, ramai yang datang menghulurkan bantuan, bahkan individu yang saya tidak kenal juga ada datang memberi bantuan," katanya.
18 Jul 18
390
ADUN Paka Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran
Satiful Bahari menyampaikan sumbangan kepada Yusuf AwangPejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ( Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan adalah bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.Di sebalik PITAS 2030 yang berfalsafah untuk membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, logo Terengganu Maju Berkat Sejahtera dicipta bagi menggambarkan keseluruhan sasaran pembangunan itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Ucap Negeri, di Wisma Darul Iman, pada Selasa lalu menerangkan gambaran sebalik logo berkenaan, iaitu warna hitam putih digunakan sebagai simbolik warna rasmi Negeri Terengganu, manakala hijau pula melambangkan warna universal untuk Islam.“Bangunan pula melambang kemajuan duniawi, masjid adalah lambang pembangunan modal insan, pokok pula menunjukkan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai. Malah kita mempunyai pantai terpanjang di Malaysia dan keunikan tersendiri. Manakala corak batik melambangkan seni warisan negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Terengganu (terutama produk Industri Kecil dan Sederhana). “Motif bulan dan bintang pula melambangkan bendera Negeri Terengganu. Bentuk logo bulat pula membawa maksud kepada permuafakatan, persefahaman dan kerjasama di antara kita dalam menggerakkan agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” ulas beliau lagi.Ahmad Samsuri dalam ucapannya juga menyeru dan mengajak semua pegawai tadbir untuk bersama beliau berganding bahu sebagai satu pasukan bagi menjayakan PITAS 2030 dengan meletakkan kesejahteraan negeri serta rakyat Terengganu sebagai keutamaan dan `mardhatillah’ menjadi matlamat semua. ADUN ) Paka menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang mangsa kebakaran, Yusuf Awang , 60, yang kediamannya musnah dalam kejadian kebakaran pada bulan Jun lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat berkata, sumbangan tersebut disampaikan melalui kutipan yang dilakukan oleh orang ramai di kawasan Bandar Paka melalui Tabung Markas Ihsan yang diwujudkan bagi membantu penduduk yang memerlukan.Tambahnya, kerajaan negeri juga sudah meluluskan bantuan sebanyak RM25 ribu melalui Tabung Darul Iman untuk membina semula kediaman yang musnah dalam kebakaran tersebut dan kerja - kerja pembinaannya akan dilakukan dalam masa yang terdekat."Kita berharap kerja - kerja pembinaan dapat disiapkan dengan kadar segera agar mangsa dapat kembali menetap di kediamannya dan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dan orang ramai amatlah dihargai," katanya.Satiful Bahari ditemui selepas menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada mangsa kebakaran tersebut melalui Tabung Markas Ihsan di Felda Kerteh 3,Kemaman, semalam.Dalam kejadian pada bulan Ramadhan lalu, kediaman yang didiami oleh Yusuf bersama tiga ahli keluarganya yang lain musnah keseluruhannya.Sementara itu Yusuf ketika ditemui berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengahari dan dia berada di rumahnya sebelum terdengar bunyi letupan kecil di bahagian tepi rumah."Saya ingatkan budak-budak bermain mercun di rumah sebelah kerana mereka selalu bermain disitu namun saya berasa pelik kerana terbau seperti ada benda yang terbakar dan bila saya pergi melihat di dalam bilik, saya lihat api sudah menjadi besar, katanya.Yusuf cuba memadamkan kebakaran itu namun tidak berjaya sebelum membawa keluar barangan yang penting dan tidak dapat memasuki semula rumahnya kerana kebakaran semakin merebak."Saya bersyukur kesemua ahli keluarga saya terselamat dalam kejadian tersebut dan sedih juga kerana banyak barangan berharga tidak dapat diselamatkan"katanya.Dia turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu dalam meringankan beban yang ditanggungnya di dalam kejadian tersebut.
18 Jul 18
70
Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar
Nurul Najihah Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn Bhd, di kawasan perindustrian Teluk Kalong, pada 5 Julai lalu.Nurul Najihah Abu Bakar, 22, yang bertugas sebagai seorang pembantu tadbir perolehan sebuah kilang berkata, tindakan yang dibuat pada hari kejadian itu adalah merupakan tanggungjawabnya sebagai orang awam.Menurutnya, pada hari insiden berkenaan, dia berada di rumah emak saudaranya yang terletak tidak jauh dari kilang tersebut dan menyedari kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6.15 petang (5 Julai) selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan rumah ibu saudaranya turut bergegar."Ketika dengar dentuman dan rumah bergegar saya baru sampai di rumah ibu saudara di Bukit Kuang dan lepas gegaran itu saya segera keluar ke pintu dan tengok kepulan asap hitam naik ke udara," katanya.Nurul Najihah ketika menerima sijil penghargaan daripada Datuk Soiman Jahid Tambahnya, selepas melihat asap tersebut dia terus menaiki motosikalnya sambil menghubungi talian 999 dan bercakap dengan operator yang bertugas bagi memaklumkan mengenai insiden itu."Sambil menaiki motosikal saya memberitahu kepada operator berkenaan kejadian tersebut dan setibanya di kilang itu, memang benar ianya terbakar" katanya lagi.Nurul Najihah ditemui selepas menerima sijil penghargaan berkenaan yang disampaikan sendiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid pada Majlis Penganugerahan Sijil Penghargaan Sempena Operasi Pemamadaman Kebakaran di KBC di Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Kemaman, hari ini.Menurutnya, dia segera bertindak menghubungi talian kecemasan kerana pernah melalui pengalaman berdepan situasi cemas seperti itu apabila kereta meletup dari arah belakang rumahnya beberapa bulan lalu."Lepas kejadian letupan kereta itu, abah pesan supaya hati-hati dan cepat bertindak hubungi talian kecemasan kalau lihat kes-kes kecemasan jadi itulah yang saya buat, apabila lihat tangki minyak mentah terbakar ini," katanya.Katanya, pengiktirafan yang diterima itu menyuntik semangatnya untuk terus membantu masyarakat pada masa akan datang.Dia turut berterima kasih dengan pihak JBPM yang menghargai sumbangan kecilnya yang hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai penduduk.
16 Jul 18
253
Anak Yatim Dan Golongan Asnaf Terima Sumbangan RM13,000
Hanapiah bersama anak yatim dan golongan asnafSeramai 60 orang anak yatim dan 10 golongan asnaf diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kelab The Legends 33 Chukai.Pengerusi Kelab The Legends 33 Chukai, Mohd Zawawi Ahmad berkata, pada majlis tersebut anak yatim dan asnaf juga turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.“Selain itu, kesemua anak yatim dan asnaf turut menerima barangan dapur seperti beras, gula dan hamper,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan anak yatim dan golongan asnaf di Padang Astaka Kemaman semalam.Menurut Zawawi, pihaknya berjaya mengumpul wang kutipan sebanyak RM13,000 melalui tabung derma ahli-ahli kelab.“Wang tersebut berjaya dikumpul dalam masa tiga minggu sahaja dan semua penerima anak yatim dan asnaf tersebut adalah daripada penduduk Kemaman.“Program ini merupakan program yang pernah dijalankan pada tahun lalu dan pada malam ini merupakan kali kedua kami laksanakan,” katanya.Selepas ini pihaknya akan mengajurkan program derma darah terbuka kepada orang ramai terutama warga Kemaman.Zawawi berkata, dalam majlis itu juga turut mengadakan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli kelab yang disampaikan oleh Hanafiah Mat.“Selain itu, pelbagai juadah turut disediakan seperti sate ikan, lemang, nasi minyak, kambing bakar, aiskrim potong dan minuman.“Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian kumpulan Kemaman iaitu BBS Akustika dan CK Band,” katanya.
14 Jul 18
88
200 Peserta Sertai Projek Tanaman Betik Manis Hybird
Wan Hapandi ( kanan ) menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Seramai 200 orang peserta telah menyertai projek Tanaman Betik Manis Hybrid yang diadakan di Surau Haji Wan Ismail, disini, hari ini.Projek yang pertama kali diperkenalkan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) kawasan Sura, Wan Hapandi Wan Nik.Turut hadir pada majlis tersebut ialah pencetus projek tanaman itu, Shaari Awang dan Pengerusi J3K cawangan Jalan Melati Azahar Mohammad.Wan Hapandi berkata, projek tanaman terbabit yang diseliakan oleh Jabatan Pertanian daerah itu mendapat permintaan yang tinggi daripada pengemar." Peserta yang terpilih terdiri daripada penduduk Kampung Batu 48, Sura Jeti, Sura Hujung, Jalan Melati dan Sura Tengah "katanya.Antara peserta yang terpilih hadir pada perasmian tersebut.Wan Hapandi berkata, buat permulaan projek ini, sebanyak 1,000 biji benih betik Hybrid akan diagihkan kepada peserta yang terpilih.Katanya, atas permintaan yang tinggi itu, beliau percaya peserta tanaman betik terbabit mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. "Pertanian pada masa sekarang merupakan salah satu bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan sekiranya di lakukan dengan cara yang teratur," katanya. Menurut Wan Hapandi, peserta akan dibimbing beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan sebagainya.Katanya, peserta akan diberi bimbingan dari segi pengurusan tanaman seperti cara penjagaan tanaman dengan cara yang betul, teknik meningkatkan hasil tanaman dan sebagainya. " Jabatan Pertanian mempunyai kepakaran dalam teknologi tanaman dan peserta yang mengikuti kursus ini dianggap antara yang betuah dan peluang sebegini perlu direbut," katanya. Katanya, bidang pertanian merupakan salah satu bidang yang mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat dan golongan muda khususnya dan ianya merupakan satu perkembangan yang baik yang perlu direbut oleh semua."Kerjaya bercucuk tanam bukan sahaja mendatangkan hasil yang baik malah ia menyihatkan tubuh badan, "katanya.
14 Jul 18
79
Masjid Ladang Wujud Perpustakaan Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Ilmu
W. Mohd Al-Bakri (kiri) dan Nor Azzah (kanan) dalam diskusi Pengurusan Perpustakaan Masjid.Perpustakaan Al-Ghazali yang terletak di Masjid Al- Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu berazam untuk menjadi pusat rujukan ilmu Islam kepada pusat pengajian dan masyarakat di negeri ini.Pengerusi Masjid itu, Datuk W. Mohd Al-Bakri W. Md Noor berkata, perpustakaan masjid perlu dimanfaatkan sebagai pusat keilmuan serta rujukan bagi masyarakat muslim."Perpustakaan masjid berbeza dengan perpustakaan awam di mana ia lebih menumpukan bahan-bahan lebih khusus kepada bidang agama," katanya.Menurut Mohd Al-Bakri, perpustakaan Al-Ghazali kini memiliki lebih 4,000 naskhah kitab agama dan buku umum.Perpustakaan Al-Ghazali."Rujukan sedia ada ini dapat menarik minat para pengkaji. Untuk lebih khusus, kami menumpukan bidang tafsir dengan pengumpulan tafsir al-Quran dan kini memiliki 20 jenis kitab Tafsir al-Quran."Ini memberi kelebihan kepada perpustakaan masjid untuk menyajikan maklumat tentang Islam dengan pelbagai sudut pandang kepada masyarakat," katanya dalam diskusi Pengurusan Perpustakaan Masjid di Karnival Taman Syurga, pagi ini.Karnival anjuran masjid dengan kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) itu bermula dari 7 Julai dan akan berakhir esok.Selain kuliah dan jualan buku, turut diadakan program seperti 'Free Market', Seminar Fiqh Wanita, 'Bike Meet' dan gunting rambut percuma.Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Islam (JKPIM), Nor Azzah Momin berkata, di Malaysia tidak ada sebuah standard negera dalam pengelasan bidang bahan bacaan berkaitan agama Islam. "Ini yang JKPIM sedang laksanakan supaya bahan-bahan bacaan dalam bidang agama Islam seluruh negara memiliki standard yang selaras," katanya.Gunting rambut percuma antara program yang menjadi tumpuan.
10 Jul 18
810
120 Peserta Hadiri Syarahan Kewartawanan Dan Media Berita
Seramai 120 peserta pelbagai latar belakang termasuk jurufoto, wartawan serta pelajar menghadiri Program Syarahan Kewartawanan Dan Media Berita Dalam Konteks Dunia Kini: “Witness, Behind The Camera And On The Photo Desk” di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semalam.Program anjuran Pusat Antarabangsa dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZa itu menampilkan Tengku Idris Bahar, anak kelahiran Terengganu yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang fotografi khususnya dalam gambar kewartawanan (photo journalism) bagi berkongsi pengalaman. Tengku Idris Bahar yang kini berkhidmat di Agence-France Presse (AFP) sebagai Editor Asia-Pacific Photo Desk, Hong Kong pernah bekerja dengan AFP sejak 2004 di Malaysia, India dan Iraq.Program syarahan kewartawanan yang dianjurkan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga UniSZA khususnya berkenaan kepentingan fotografi dalam penghasilan berita dan karya yang melibatkan ilmu fotografi.
09 Jul 18
113
Penduduk Syukur Tragedi Berakhir
Keadaan tangki yang musnah sepenuhnya dalam kejadian itu. Operasi pemadaman kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) yang berakhir semalam cukup melegakan kira-kira 2,000 penduduk sekitar kejadian itu.Bagi mereka, kejadian yang berlaku pada petang Khamis lalu cukup menakutkan kerana menjadi tragedi terburuk pernah dialami sepanjang hidup.Tinjauan di Kampung Bukit Kuang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian mendapati penduduk sudah mula menjalankan rutin harian mereka walaupun masih trauma dengan kejadian itu.Kebimbangan yang melanda mereka selama tiga hari itu akhirnya reda dan membawa berita baik apabila pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri mengumumkan kebakaran pulih sepenuhnya kelmarin (Sabtu).Puziah JusohBagi seorang suri rumah, Puziah Jusoh, 61, ketika kejadian dia di rumah bersama anak dan cucunya yang berusia lapan bulan sebelum letupan menggegarkan rumahnya dan situasi itu amat mencemaskan mereka."Hari kejadian tu saya duduk di luar rumah dengan suami saya, tiba-tiba saya terkejut mendengar satu letupan kuat dan rasa bergegar di tempat saya duduk. Saya ingatkan ada kemalangan lori ke apa, lepas itu saya nampak asap tebal naik tinggi."Dua malam saya tidur tak lena kerana cahaya api terang di dalam bilik saya dan saya memang takut teramat sangat kerana bimbang meletup tangki itu," katanya.RokiahSeorang lagi surirumah, Rokiah Talib, 58, berkata letupan itu amat mengejutkannya dan sepanjang hidupnya tidak pernah mendengar letupan yang sekuat itu."Apabila dengar sahaja letupan, saya hanya kata..Allah, mati dah kita. Saya ingat ada kapal terbang yang jatuh ke apa. Saya suruh anak saya pergi tengok dekat atas jambatan, selepas itu jiran saya yang mahu pergi melihat memberitahu yang kilang tersebut terbakar," katanya.Beberapa orang penduduk yang ditemui turut mengucapkan rasa syukur kerana keadaan sudah kembali pulih seperti biasa serta berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat di atas kecekapan mahupun ketangkasan menangani kebakaran tersebut.DahlanBagi seorang lagi penduduk, Dahlan Rantang, 58, ketika ditemui berkata, dia mengucapkan rasa syukur kerana kejadian yang menakutkan itu sudah berakhir."Memang lega kerana segalanya sudah berakhir dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana bertungkus lumus sepanjang tiga hari ini bagi memastikan kami semua selamat," katanya.Dalam kejadian itu, dua buah tangki yang menyimpan simpanan minyak mentah untuk diproses menjadi minyak tar musnah sepenuhnya dalam kejadian yang dianggap terburuk dalam sejarah perindustrian Negeri Terengganu.Selepas 64 jam operasi pemadaman dilakukan, akhirnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya Sabtu lalu.
09 Jul 18
53
18,000 Pengunjung Warnai Sambutan Aidilfitri Parlimen Dungun
Seramai 18,000 pengunjung dari pelbagai kaum memeriahkan Sambutan Hari Raya Parlimen Dungun yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen PAS Kawasan Dungun, di Dewan Merdeka (Arena Square), semalam.Majlis dimulakan pada jam 10 pagi sehingga 3 petang turut dimeriahkan dengan persembahan pemuzik dari kumpulan Seedrain, Sahabat Akustika dan beberapa lagi penggiat seni tempatan.Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Yahaya Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Husain Awang dan Ahli Parlimen Dungun,Wan Hassan Mohd Ramli.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Saiful Bahri Mamat, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, Timbalan Pengerusi Perkasa Negeri, Dato' Mastura Othman dan Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad.Sebanyak 46 buah kawah gulai daging telah disediakan untuk pengunjung yang hadir selain juadah tradisional seperti lemang, nasi minyak , nasi dagang dan beberapa lagi makanan tradisional. Wan Hassan berkata, kehadiran pengunjung pada majlis tersebut amat memberangsangkan dan beliau terharu dengan sambutan yang diberikan sekali gus menunjukkan semangat perpaduan yang jitu di kalangan masayarakat setempat."Kita boleh lihat pengunjung dari pelbagai bangsa datang ke majlis ini dan duduk semeja bersama masyarakat melayu tanpa segan silu. Ini menunjukkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat di daerah ini masih subur dan ini yang patut diamalkan oleh semua," katanya.Wan Hassan turut memuji kerjasama yang telah ditunjukkan oleh 600 orang petugas yang dilantik bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah."Petugas yang dilantik telah menunjukkan semangat bekerjasama di kalangan mereka dan kita lihat mereka bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjayakan program sebesar ini. Komitmenyang ditunjukkan oleh setiap petugas amatlah dihargai," katanya.Menurut Wan Hassan, dia amat berpuas hati dengan kelancaran perjalanan majlis tersebut dan menurutnya sambutan yang serupa akan dibuat pada tahun akan datang dengan skala yang lebih besar.Pada majlis tersebut, beliau turut mengagihkan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir sebagai kemuncak dan meraikan golongan itu pada sambutan tersebut.
08 Jul 18
102
API Sasar Projek Perintis Kitar Semula Barang Terpakai
Ustaz Kamaruzaman AbdullahAngkatan Pemuda Islam Hulu Terengganu (API) yang baharu ditubuhkan mahu menjadikan projek kitar semula barangan terpakai di sekitar daerah ini sebagai program pertama yang bakal dilancarkan pada 14 Julai nanti.Penaung yang juga merangkap penasihat persatuan ini, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, projek itu dirangka oleh API yang berhasrat menyatukan kembali anak-anak muda menerusi kerja kebajikan.Tambahnya, projek tersebut juga mendapat sambutan dan kerjasama daripada beberapa syarikat sekitar daerah seperti pasaraya Xiri dan D.M Pemborong termasuk menyumbang kewangan bagi menampung operasi."Melalui projek ini, kita dapat kumpulkan barangan yang boleh dikitar semula untuk manfaat bersama di samping menghubungkan tali persaudaraan melalui khidmat yang diberikan."Selain itu, dapat melatih dan memberi penekanan yang lebih kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan bersama-sama,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka PAS Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini yang turut dihadiri hampir 10 000 masyarakat sekitar.Suasana di Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Hulu TerengganuMenurut Kamaruzaman lagi, operasi sepenuhnya akan berjalan pada 4hb Ogos ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan."Antara lokasi yang kita telah pilih setakat hari ini ialah hadapan Maybank Kuala Berang, hadapan Masjid Sultan Mahmud dan hadapan pasaraya Xiri selain beberapa lokasi yang akan ditentukan kemudian."Pihak kami mengharapkan masyarakat dapat memberikan kerjasama yang semaksima bagi menjayakannya,"katanya.
07 Jul 18
349