lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Kesedihan Ibu Insafkan Penagih Tegar
Nor Amirul AswadLinangan air mata seorang ibu berjaya melembutkan hati seorang penagih dadah tegar untuk kembali ke pangkal jalan setelah bergelumang dengan najis tersebut lebih 10 tahun.Nor Amirul Aswad Zakaria, 28, yang berasal dari Kemaman berkata kesedaran datang dengan tiba-tiba untuk keluar dari dunia hitam itu setelah ibunya menangis melihat dia dipenjarakan pada 2016."Saya mahu melakukan penghijrahan ini untuk diri sendiri dan membuat ibu saya gembira sekali lagi  bagi memastikan dia tidak akan menangis lagi kerana saya,"katanya.Anak kepada imam dan seorang guru tadika itu berkata,  dia memulakan tabiat buruk itu sebagai cara untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di sekolah menengah dan kawan melepak yang jauh lebih lebih baik dari segi kewangan."Hidup saya tak mampu tapi keinginan untuk hidup bergaya dan mewah begitu meruap dan pada umur 16 tahun saya mula terjebak dengan urusan dadah kecil-kecilan untuk cepat kaya dan penyalahgunaan dadah kategori 'hardcore' tidak lama selepas itu."Saya mendapat lingkungan RM12,000 sebulan dari hasil jualan dadah dan menghabiskan kebanyakan wang untuk membeli motosikal besar dan topi kerana saya peminar tegar motor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Madrasah Khairul Insan, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Nor Amirul berkata, kesedaran untuk berhenti menagih terbuka apabila timbul rasa berdosa kepada diri sendiri tetapi dalam masa yang sama masih meneruskan urusniaga  jual beli dadah."Tak lama selepas berhenti menagih, saya terjebak pula dengan arak dan menjadi pemabuk selama empat tahun. Pada 2016, saat dipenjarakan atas kesalahan dadah, ibu datang sambil menangis, saya memutuskan untuk berubah dan kembali ke jalan yang benar."Saya cukup lemah sehingga saya memutuskan untuk datang ke sini setelah mendapat tahu kewujudannya melalui kawan-kawan di mana ia aman dan ada kumpulan sokongan yang hebat," katanya.Beliau menambah, dalam komuniti itu, dia mula mengenali dirinya dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan solat, berpuasa, berzikir dan melakukan aktiviti kerohanian.Katanya, kewajipan sedemikian dapat dilakukan dengan lebih mudah hasil sokongan masyarakat terutama ibu bapanya yang masih menerimanya dengan baik.Apabila ditanya sama ada beliau pulih sepenuhnya selepas dua tahun berada bersama komuniti berkenaan, Nor Amirul berkata ia tetap akan diteruskan sehingga nafas terakhirnya."Saya akan terus bekerja untuk diri saya, masa depan saya dan jika saya meninggal..saya ingin dikebumikan di sini juga," katanya.
24 Jul 18
74
Empty Image
Madrasah Khairul Insan Jenagor Berpotensi Jadi Hab Pelancongan Islam
Madrasah Khairul Insan, Jenagor, Hulu Terengganu yang mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan serta sejarah ketamadunan Melayu lama berpotensi dimajukan sebagai hab pelancongan Islam di negeri ini.Pengerusi Homestay Negeri Terengganu, Md Azmi Aziz, berkata, madrasah itu dipilih sebagai merealisasikan saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang ingin memajukan perlancongan berkonsepkan islamik di Terengganu."Saya ada mengikuti seminar hala tuju pelancongan baru-baru ini di mana fokus kerajaan negeri adalah Terengganu sebagai hab pelancongan Islam."Jadi saya ambil kesempatan apabila dalam seminar tersebut ada menyebut tentang makam bersejarah yang terdapat di madrasah ini dan saya rasa ia sesuai untuk dimasukkan dalam pakej pelancongan."Satu keunikan untuk sampai ke sini kita terpaksa menaiki perahu, melihat penghuninya berpakaian melayu lama, adanya pelbagai aktiviti kesenian dan ia  berpotensi untuk diiklankan ke Singapura, Indonesia dan Brunei,"ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Madrasah Khairul Insan, Jenagor, hari ini sempena lawatan sambil belajar yang melibatkan beberapa agensi dan persatuan.Md. Azmi AzizMenurut Azmi, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Madrasah untuk melaksanakan hub ini dalam pakej supaya selaras dengan konsep islam dan sesuai dengan bajet kerajaan negeri."Untuk penginapan, kita akan serahkan kepada pihak Madrasah membinanya sama ada menggunakan buluh atau kayu asalkan selesa diduduki dan tugas kami membantu untuk promosi."Pendapatan yang diperolehi akan disalurkan terus kepada Madrasah sebagai tambahan kewangan untuk meneruskan aktiviti harian mereka,"ujarnya lagi.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Insan Prihatin Terengganu Darul Iman (Hati) Mohd Ariff Yong, 71, berkata pihaknya berbesar hati apabila ada pihak tertentu yang ingin mempromosikan Kampung Belahan atau lebih dikenali sebagai Madrasah Khairul Insan sebagai hab pelancongan slam.Tambahnya, sebelum ini mantan Ahli Dewan Undangan Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang sudah melihat potensi madrasah ini sebagai tempat pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelawat dan orang ramai.
24 Jul 18
2170
Empty Image
Tarian Balai Unik, Hanya Di Hulu Terengganu
Kesenian Tarian Balai yang indah  kini menjadi satu tarikan seni budaya yang unik dan hanya terdapat di Daerah Hulu Terengganu.Tarian yang bersangkut dengan pemujaan semangat padi dan ditarikan oleh anak gadis desa berasal daripada Kampung Bukit Gemuruh kini menjadi khazanah kebudayaan Negeri Terengganu.Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu (MKDHT), Amran Ahmad berkata, tarian balai bergerak aktif pada tahun 70-an sehingga akhir 90-an, namun kesenian itu kini sudah malap dan hampir pupus kerana tiada golongan pelapis yang berminat untuk mempelajarinya.Jelasnya, ini disebabkan penari asalnya sudah berusia dan mulai dilupakan selari dengan peredaran zaman."Oleh sebab itu, sebagai  inisiatif bagi menghidupkan kembali budaya ini, MKDHT memainkan peranan bagi  memperkenalkan Tarian Balai dengan melatih generasi baru yang berminat untuk mempelajarinya di Kampung Bukit Gemuruh."Pihak kami juga menghidupkan kembali tarian ini di setiap program kebudayaan yang diadakan untuk generasi baru supaya menjiwai budaya yang hampir pupus,"kata beliau ketika ditemui Teganukita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.Menurutnya, tarian balai kini semakin dikenali dan berjaya diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui jemputan yang diterima antara persembahan sempena Le Tour De Langkawi."Kami pernah dijemput mengadakan persembahan di festival kebudayaan di Singapura dua tahun lepas dan hampir seluruh Malaysia yang dibawa khas oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia."Syukur sehingga kini masih lagi dijemput untuk membuat persembahan setiap kali festival berlangsung dan saya harap ia akan berterusan bagi memastikan Tarian Balai bertahan sebagai kesenian anak Melayu,"ujarnya lagi.Amran berkata, pergerakan dalam tarian menggambarkan kebudayaan petani atau penanam padi.Tambahnya, payung yang berwarna-warni diletakkan di tengah-tengah pentas dan gadis-gadis penari tersebut akan menari mengelilingi payung yangmenjadi simbol dan lambang semangat padi."Semasa tarian itu, sebilangan perkakas-perkakas menanam padi digunakan seperti cangkul, penuai padi, topi penanam padi danseumpamanya digunakan."Tarian ini pada kebiasaannya akan diiringi dengan nyanyian.Jika diteliti lirik lagunya banyak mengandungi kata-kata yang berunsurkan nasihat kepada mereka yang mendengarnya," katanya.
23 Jul 18
2130
Empty Image
Punca Kematian Terjerut Tali Bidai Langsir
Superitenden Baharudin AbdullahPihak polis menolak terdapatnya unsur jenayah terhadap mayat bayi berusia setahun lapan bulan, Muhammad Azhari Zul Azri yang maut selepas terjerut pada tali bidai tingkap dalam kejadian di rumahnya di Bandar Al Muktafi Billah Shah, (AMBS),  Dungun, semalam.Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata proses bedah siasat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ ), Kuala Terengganu, bermula pada pukul  11.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari tadi.Menurut Baharudin, bedah siasat mendapati bayi tersebut meninggal dunia akibat daripada kesan jerutan di lehernya selepas terjatuh pada tali bidai tingkap tersebut."Jerutan pada leher bayi itu yang menjadi punca utama kepada kematiannya dan hasil pemeriksaan lanjut  turut  tidak menemui sebarang kecederaan lain pada mayat bayi tersebut," katanya.Menurutnya, kes tersebut di klasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya tidak akan melakukan sebarang siasatan  terhadap ibu bapa bayi tersebut kerana hasil siasatan yang telah dilakukan tidak menemui sebarang unsur kecuaian di dalam kejadian tersebut.Dalam kejadian pukul  6.50 petang semalam, Muhammad Azhari dikatakan terjatuh dari sebuah sofa sebelum terjerut pada tali bidai langsir ketika bermain berseorangan .Ketika kejadian, ibunya, Nor Yasmin Mat Yassin, 36, seorang pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Durian Mas 1 baru sahaja selesai  menunaikan solat Asar sebelum melihat anaknya itu tergantung pada tali bidai tersebut.Nor Yasmin kemudiannya bertindak menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39, seorang pekerja swasta yang ketika itu sedang bekerja tidak jauh dari rumahnya.Menyedari anak mereka itu tidak memberikan sebarang respon, bayi tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar AMBS dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik pada pukul 7.30 petang.Jenazah Muhammad Azhari di bawa oleh bapanya untuk disemadikanJenazah bayi itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar AMBS selepas solat Zohor tadi.
23 Jul 18
80
Empty Image
Ibu Bapa Perlu Lebih Beri Perhatian Kepada Anak
Wan Hassan Mohd Ramli Ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan mengambil berat tentang anak mereka walaupun ketika  di rumah. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyarankan demikian selepas menziarah jenazah bayi malang yang maut akibat terjerut pada bidai tingkap di rumahnya ketika bermain berseorangan di Bandar Al Mukhtafi Billah Shah, (AMBS), Dungun, semalam.Beliau yang hadir menziarah jenazah Muhamad Azhari Zul Azri yang berumur  setahun lapan bulan di Unit Forensik Hospital Dungun dan turut melahirkan rasa sedih serta simpati terhadap ahli keluarga akibat kejadian tidak diingini itu."Kejadian yang berlaku terhadap bayi tersebut cukup mengejutkan kita semua kerana dan saya juga berasa sedih di atas kehilangan nyawa bayi tersebut," katanya.Wan Hassan ( dua dari kiri) bersama waris keluarga terbabit ketika melakukan lawatan di Unit Forensik Wan Hassan berkata, sejak kebelakangan ini masyarakat di negara ini telah dikejutkan dengan pelbagai kes yang membabitkan keselamatan kanak-kanak termasuk isu dera yang membawa kepada kematian dan pelbagai lagi.Katanya, seluruh masyarakat khususnya ibu bapa disarankan supaya lebih berhati-hati dan lebih memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan anak-anak."Kes ini amat menyedihkan membabitkan isu keselamatan kanak-kanak dan hal ini menjadi satu perkara sensitif sekarang dan isu ini  harus diambil berat dan diberi perhatian lebih bagi mengelak kejadian tidak diingini."Memang perkara sebegini tidak dijangka dan kemalangan boleh dielakkan sekiranya  masyarakat lebih berwaspada dan mengambil berat berkenaan isu keselamatan anak mereka."Mudah-mudahan keluarga mangsa jadikan perkara ini untuk lebih menekankan penjagaan kepada anak-anak lain walaupun ia berlaku kerana kemalangan dan kita harap mereka bersabar dan jadikan anak-anak lain sebagai pembangkit semangat dan bagi yang telah pergi sebagai aset di akhirat kelak,"katanya.Pada lawatan itu, Wan Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada bapa bayi tersebut, Zul Azri Hashim, 39, dan pihaknya bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi akan berusaha membantu bagi mengurangkan beban ditanggung oleh keluarga mangsa.
23 Jul 18
259
Empty Image
Bayi Maut Terjerut Bidai Langsir
Muhammad Azhari Zul AzriSeorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Dungun, petang semalam. Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, Muhammad Azhari Zul Azri dikatakan terjatuh dari sebuah sofa dan terjerut pada tali bidai langsir tersebut.Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.Menurutnya bayi terbabit dikatakan bermain bersendirian di sebuah sofa berhampiran dengan tingkap rumahnya manakala ibunya, Nor Yasmin Mat Yassin, 36 pula sedang solat Asar."Mangsa disedari tidak sedarkan diri oleh ibunya sebelum ibunya itu menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian itu," katanya.Tambahnya, ketika kejadian suami mangsa,  Zul Azri Hashim, 39,  berada di tempat kerjanya yang terletak tidak jauh dari rumahnya."Bapanya bergegas pulang ke rumah setelah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut sebelum mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya.Jenazah Muhammad Azhari dibawa oleh petugas Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasatBeliau berkata, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi terbabit sudah meninggal dunia pada jam 7.30 malam.Katanya, jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. "Proses bedah siasat akan dilakukan pada pagi ini  bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu," katanya.
21 Jul 18
162
Empty Image
100 Peserta Gotong Royong Bersih Pantai Teluk Lipat Anjuran Pemuda PAS
Peserta yang mengikuti gotong royong anjura  Pemuda PAS.Dewan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menganjurkan satu program gotong-royong membersihkan Pantai Teluk Lipat, semalam sebagai usaha untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan di sepanjang pantai tersebut.Ahmad Mukrim AdnanKetua Pemudanya, Ahmad Mukrim Adnan berkata, program tersebut diadakan bagi menyedarkan orang ramai yang masih tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi berkenaan kepentingan untuk menjaga kebersihan di kawasan tumpuan orang ramai.Menurutnya, sikap sedemikian menjadikan pemandangan di sepanjang  pantai yang menjadi tempat tumpuan orang ramai dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang secara sengaja oleh sesetengah individu yang mengunjungi pantai tersebut."Tahap kesedaran orang ramai mengenai kebersihan masih rendah berikutan wujud segelintir individu yang tidak berdisplin menjaga kebersihan persekitaran walaupun di halaman rumah sendiri."Sikap sebegini yang menjadikan kawasan yang dahulunya bersih dan cantik sudah menjadi tercemar dengan timbunan sampah dan sikap sebegini yang kita tidak mahu ada di dalam masyarakat kita, " katanya.Ahmad Mukrim berkata, program yang bermula pada jam 5 petang disertai 100 peserta di kalangan penduduk Sura.Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Khas Adun Kawasan Sura ,  Faqrukhairi Nagmuddin, isteri kepada Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaliha Mohamad dan Pengerusi J3K Cawangan Kampung Jalan Melati,  Azahar Mohammad.Sebahagian peserta sedang mengutip sampah di pantai tersebut. Katanya, program tersebut diadakan sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Terengganu Bersih yang turut disokong oleh Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Kami akan sentiasa menyokong dan membantu kerajaan negeri demi memastikan negeri Terengganu sentiasa dalam keadaan terbaik, ""Kerajaan negeri amat serius dalam isu kebersihan dan mengharapkan kempen ini dapat menyedarkan orang awam tentang tanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar,"katanya.Sementara itu seorang peserta  Abdul Muhaimin Abdul Razak, 30,  berkata dia menyokong penuh kempen Terengganu Bersih yang telah dilancarkan ini  kerana secara tidak langsung dapat memupuk sikap  untuk menjaga kebersihan ini bermula dari peringkat kanak - kanak itu sendiri."Saya menyokong penuh kempen yang diadakan ini kerana negeri ini dikenali mempunyai jajaran pantai yang cantik namun ianya memerlukan perhatian dari segi kebersihan oleh kerana sikap sesetengah masyarakat yang tidak tahu menjaga kebersihan dan semoga dengan kempen ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pantai kita, kitalah yang perlu menjaganya, " katanya.Pada akhir program tersebut sebanyak 200 kilogram sampah pelbagai jenis telah berjaya dikumpul dan secara umumnya objektif penganjuran gotong - royong tersebut telah berjaya dicapai dengan kehadiran peserta dalam program tersebut.Sebahagian sampah sarap yang berjaya dikumpul oleh peserta program.Menurut Ahmad Mukrim,  pihaknya merancang untuk mengadakan lebih banyak program sebegini sebagai tanda sokongan terhadap kempen Terengganu Bersih dan ianya akan digerakkan di seluruh negeri dalam mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan kebersihan di kalangan masyarakat.
21 Jul 18
448
Empty Image
124 Penagih Ditahan Dalam Ops Sarang
Mohd Said IbrahimLima wanita antara 124 penagih dan pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu di sekitar Kemaman selama dua hari berakhir malam semalam.Dalam operasi melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kemaman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu, kesemua suspek diberkas dalam 92 serbuan yang dilakukan.Operasi yang bermula jam 2 pagi kelmarin itu dijalankan lima pegawai dan 49 anggota polis diketuai Pegawai Turus Risikan, Operasi dan Tahanan IPK Terengganu, Asisten Superintendan (ASP) Meor Hisyamudin Al Hafiz.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kesemua individu termasuk lima wanita yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu berusia antara 20 hingga 60 tahun dan majoriti mereka bekerja sebagai buruh dan penganggur."Operasi diadakan untuk membasmi kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di seluruh Kemaman seterusnya mengurangkan kadar jenayah akibat dadah selain dapat memastikan keselamatan dan kententeraman awam terjamin," katanya.Katanya, polis membuat tangkapan terhadap suspek selepas selesai memeriksa seramai 149 orang individu yang ditahan.Antara penagih yang dicekup dalam ops tersebut.Tambahnya, daripada 124 orang suspek yang diberkas dalam operasi berkenaan adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing."Dengan penahanan yang dibuat kita turut rampas sejumlah dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM2,000," katanya.Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya telah merampas dadah jenis pil kuda sebanyak 20.35 gram, heroin (10.27 gram), syabu (7.83 gram), eramin 5 (tiga biji) serta methadone sebanyak 15 milimeter (ml) dan air ketum (100 ml).Keadaan sarang penagih yang diserbu oleh polis .Daripada keseluruhan tangkapan, Mohd Said berkata, satu kes melibatkan dua tangkapan dipercayai mempunyai bekalan dadah sementara 13 kes yang melibatkan  16 tangkapan dipercayai memiliki dadah dan hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati seramai 108 individu positif dadah.Penagih yang ditahan dibawa untuk siasatan lanjutBagi membantu siasatan, suspek yang ditahan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952 direman selama tujuh hari dan reman empat terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan bagi Seksyen 12(3) akta sama.Kata Mohd Said lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3), Seksyen 15 (1)A yang kesemua di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 6 Akta Racun 1952.
21 Jul 18
104
Empty Image
Pekebun Bimbang Serangan Gajah Liar Berulang
Pekebun memeriksa pokok kelapa sawit yang musnah akibat serangan gajah liarDua pemilik kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Kemaman terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 selepas 200 batang pokok kelapa sawit yang diusahakan sejak lima tahun lalu musnah dalam serangan gajah liar, pagi tadi.Menurut mereka, serangan ituberlaku pada awal pagi tadi apabila empat sekawan gajah liar yang datang dari Hutan Simpan Air Putih memasuki kebun seluas 12.5 hektar untuk mencari makanan di situ.Antara pokok kelapa sawit yang dimusnahkan oleh gajah liarPekebun itu mendakwa, kejadian sebegini bukanlah kali pertama kerana sepanjang lima tahun mengusahakan kebun berkenaan sudah berlaku banyak kes serangan gajah terhadap tanaman yang diusahakan mereka sehingga terpaksa menanggung begitu banyak kerugian.Mokhtar JunohMenurut pekebun berkenaan, Mokhtar Junoh, 63, serangan pada awal memusnahkan sebanyak 40 batang pokok kelapa sawit yang berumur lima tahun menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM10,000.Katanya, aduan kepada Pejabat Perlindungan Haiwan Liar (Perhilitan) mengenai masalah ini sudah dibuat namun sehingga sekarang tiada tindakan yang serius diambil bagi menangani masalah tersebut."Perkara ini sudah lama berlaku, bukan kebun saya sahaja yang kena tapi ramai lagi. Namun rakan yang lain semua mempunyai kebun yang besar jadi tidaklah terbeban sangat kalau pokok mereka musnah."Tapi bagi kami yang mempunyai kebun yang kecil memang terasa kerugiannya kerana banyak modal sudah dihabiskan untuk menanam pokok dan sekarang semua sudah musnah, jadi bagaimana kami hendak mencari modal untuk tanam semula," katanya.Dia berharap supaya pihak berkaitan dapat memandang serius berkenaan perkara tersebut supaya kehadiran gajah liar di kawasan kebun mereka dapat diatasi.Rosli AbdullahBagi Rosli Abdullah, 37 , dia sudah empat kali membuat aduan kepada Perhilitan namun tiada tindakan serius seperti usaha untuk menangkap  gajah liar tersebut dan serangan terbaru itu memusnahkan kira-kira 130 batang pokok kelapa sawitnya menyebabkannya kerugian sebanyak RM20,000."Kebanyakan pokok yang musnah sudah cukup umur dan boleh dituai hasilnya tetapi pagi ini bila lihat pokok yang hendak dituai sudah rosak memang sedih kerana semua usaha selama ini menjadi sia-sia."Banyak aduan sudah dibuat tetapi sehingga sekarang senyap begitu sahaja dan kami pernah berjaga sehingga lewat pagi untuk menghalau gajah sekiranya datang tetapi bagaimana dengan keselamatan kami sekiranya ia menyerang dan kami tidak mempunyai senjata untuk melawannya, " katanya.Rosli berharap supaya keadaan yang membelenggu mereka sejak sekian lama ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana mengancam keselamatan setiap kali di kebun.Sementara itu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan dari pekebun terbabit dan akan berhubung dengan pihak Perhilitan Negeri  untuk mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan perkara itu sebaik sahaja menerima laporan penuh.
21 Jul 18
295
Empty Image
Kecurian Diesel Subsidi Di Jeti LKIM Akan Ditangani - Dr Azman
Dr Azman dalam satu perjumpaan dengan nelayan baru-baru ini."Tidak sepatutnya berlaku dan amat mendukacitakan bila ada rungutan para nelayan bahawa minyak diesel subsidi milik mereka di jeti LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) pun boleh dicuri," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Menurutnya, dalam keadaan pihak berkuasa perlu memastikan bahawa hanya nelayan yang benar-benar ke laut menangkap ikan sahaja yang berhak menikmati kemudahan subsidi diesel itu, prosedur agihan juga perlu diteliti semula agar menjadi lebih mudah dan ringkas serta tidak menyulitkan nelayan."Nelayan kita sudah berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran ketika mencari rezeki di laut."Dari masalah muara cetek, pencerobohan nelayan pukat tunda dan pencerobohan nelayan asing ianya sudah cukup menjadikan nelayan berada dalam dilema kesukaran ketika mencari rezeki,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Dr Azman berkata, hasil tangkapan juga semakin berkurangan menyebabkan ramai nelayan yang naik ke darat dengan wajah muram tanpa hasil tangkapan.Pada masa yang sama, kata beliau lagi, kecurian boleh berlaku apabila terdapat kelonggaran dari aspek kawalan keselamatan.Tambahnya, kelalaian pasti akan membuka ruang untuk berlakunya kejadian jenayah."LKIM sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap operasi jeti-jeti perikanan di seluruh negara perlu meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang dikuatkuasakan sebelum ini kerana tentunya terdapat aspek kelemahan yang memerlukan tindakan pembetulan segera,"katanya.Beliau juga akan memanggil pihak LKIM untuk mengadakan perbincangan segera agar isu kecurian minyak diesel ini boleh ditangani sebaik mungkin dan mengelakkan nelayan terus berdepan kerugian.Dalam laporan akhbar sebelum ini, kadar kecurian diesel subsidi berlaku hampir setiap minggu menyebabkan pemilik bot di jeti LKIM di Bandar Marang makin muak dengan kejadian berkenaan.Kejadian kecurian itu membantutkan kegiatan untuk keluar ke laut berikutan tong minyak diesel mereka dicuri.
21 Jul 18
86