lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Sembang Usahawan Rapatkan Jurang Usahawan Dan Agensi
Sembang Usahawan Rapatkan Jurang Usahawan Dan Agensi
Oleh : Fatimah Din Foto : Ammaar Salehuddin MARANG, 23 Februari - Program Sembang Usahawan berupaya merapatkan jurang antara para usahawan dengan agensi yang terlibat. Pengerusi Portfolio Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna   Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, secara tidak langsung ia juga membantu usahawan membangunkan ekonomi setempat. "Program  ini juga dapat memantau aktiviti pembangunan perniagaan dan  menyalurkan maklumat. "Selepas lapan daerah kita pergi, saya bercadang untuk pergi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pula," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika berucap merasmikan program itu di Dewan Majlis Daerah Marang di Kampung Paya, di sini, baru - baru ini.  Pada program tersebut, sebanyak 14 agensi telah mengambil bahagian antaranya Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) , Majlis Daerah Marang (MDM), Pejabat Daerah Marang, Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM) , MARA, SME CORP, SKM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Agama Islam, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit. Sementara itu, menurut beliau terdapat 78 Industri Kecil Sederhana (IKS) seluruh Terengganu dan ramai diantaranya  berkolaborasi dengan pihaknya sehingga  dapat mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara.  "Kami juga turut menubuhkan Majlis Usahawan Koperasi, Peniaga Kecil Peringkat Daerah Marang. "Selain itu Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk disalurkan kepada IKS, " ujarnya.
24 Feb 25
141
Rakyat Perlu Buat Bantahan Tegas Terhadap URA
Rakyat Perlu Buat Bantahan Tegas Terhadap URA
KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Usaha untuk menghalang Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) terletak di tangan rakyat dengan cara menunjukkan bantahan yang keras terhadap akta itu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, dengan cara itu ia akan menghalang hasrat DAP untuk teruskan akta yang bakal menekan golongan kurang berkemampuan yang masih menjadi pemilik hartanah di tengah bandar. "Penentangan terhadap cadangan akan beri kekuatan kepada ahli-ahli parlimen yang berada di dalam kerajaan untuk tidak menyokong akta ini," ujarnya melalui hantaran di facebooknya, semalam. Mengulas lebih lanjut, katanya jika menunggu akta itu dibentangkan dahulu di parlimen kemudian dibuat bantahan dikhuatiri akan terlewat. "Sudah terlambat jika berbuat demikian. 'tyranny of the majority' seperti yang dimasukkan dalam akta melalui penurunan had ambang persetujuan akan mereka lakukan di parlimen. "Menggunakan bilang ahli parlimen yang jadi komponen sekarang," katanya. Tambah beliau, ketika Perikatan Nasional dahulu menjadi kerajaan, akta itu tidak pernah digubal sebaliknya hanya meneliti cadangan daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung had ambang persetujuan pemilik hartanah. "Termasuk menurunkan had ambang persetujuan pemilik strata, tanah, cadangkan itu ditelitikan oleh PlanMalaysia dan dibincangkan. "Tetapi PN tidak pernah gubal akta baru seperti yang dibuat oleh kerajaan sekarang,"jelas beliau. Tambah beliau cadangan pengubalan akta baru itu telah dibawa ke sesi taklimat kepada ahli-ahli parlimen minggu lalu yang memperincikan tentang had ambang persetujuan. "Sebelum ini sejak tahun lalu, KPKT telah secara aktif melaksanakan pelbagai penerangan mengenai cadangan akta ini kepada kerajaan kerajaan negeri. "Pertemuan dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)  dan juga sekect committee parlimen," ujarnya.  
23 Feb 25
260
Tangkap Ikan ‘Guna Buluh’ Meriah di Meraga Beris
Tangkap Ikan ‘Guna Buluh’ Meriah di Meraga Beris
KEMAMAN, 23 Februari – Pertandingan memancing cara tradisional yang diadakan di Parit Line Gas, Meraga Beris, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal berjaya menarik penyertaan ramai penduduk setempat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Meraga Beris, Kamarudin Muda berkata, acara yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari itu berlangsung dengan meriah dengan rata-rata peserta tiba awal di tempat acara. “Pertandingan ini dianjurkan khas untuk warga Meraga Beris dengan matlamat memupuk semangat bersaing secara sihat dalam suasana santai. “Selain menikmati pengalaman memancing, peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan penganjur seperti Televisyen (TV), Kipas dan pelbagai lagi,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Penutup Ngail 2025 di Meraga Beris semalam. Perasmian Penutup tersebut disempurnakan oleh ADUN Kijal, Datuk Razali Idris. Tambah Kamarudin, program tersebut telah lama diadakan dan telah menjadi acara tahunan penduduk Kampung Meraga Beris. “Pertandingan ngail ini sentiasa mendapat sambutan setiap kali diadakan sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat kampung. “Terima kasih kepada semua pihak terlibat terutama ADUN Kijal yang sentiasa menyokong acara sebegini diadakan,” ujarnya. Sementara itu, ketika tinjuan daripada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati dengan pertandingan tersebut dan menganggap bahawa acar itu bukan sekadar tentang menang atau kalah, tetapi juga satu platform untuk berkongsi pengalaman dan nostalgia bersama rakan-rakan dan keluarga. Selain itu, kebanyakan peserta hadir bersama ahli keluarga dan mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama melalui aktiviti berkenaan.  
22 Feb 25
239
YPKT Bantu Tingkat Taraf Hidup Keluarga Kurang Berkemampuan
YPKT Bantu Tingkat Taraf Hidup Keluarga Kurang Berkemampuan
Oleh: Fatimah Din  MARANG, 21 Februari- Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) berperanan sebagai penghubung dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan B40 sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup keluarga yang kurang berkemampuan. Pegawai YPKT Daerah Marang, Zainur Suhada Mamat berkata, YPKT adalah platform penghubung dan agensi pelaksana, bukan penyampai sumbangan kepada rakyat seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Meskipun di bawah YPKT terdapat pinjaman Modal Jaya Diri untuk peniaga kecilan dan peruncit tetapi ia terhad dan terdapat syarat-syarat tertentu , selain turut melaksanakan pelbagai program untuk masyarakat.  "Antaranya, terdapat akademik jahitan, kelas kemahiran untuk setiap peringkat seperti ibu tunggal, fisioterapi dan pengisian rohani untuk warga emas, program taklif (untuk pelajar sekolah), 'home manager'' dan sebagainya," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabatnya di sini, baru - baru ini. Menurutnya, YPKT juga turut melaksanakan program daripada kerajaan negeri seperti Walimatulurus Perdana dan Pakej Honeymoon Kali Kedua buat pasangan yang memerlukan masa untuk memperbaiki hubungan rumahtangga. "Selain itu, di bawah YPKT juga turut terdapat taska serta kelas jahitan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)," jelasnya.
21 Feb 25
246
Pengubahan Akta Pembaharuan Semula Bandar Timbulkan Banyak Masalah
Pengubahan Akta Pembaharuan Semula Bandar Timbulkan Banyak Masalah
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Cadangan Penggubahan Akta Pembaharuan Semula Bandar didakwa akan menimbulkan banyak masalah. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, cadangan yang asalnya datang dari kerajaan DAP Pulau Pinang itu secara umumnya pernah ada di negeri lain dan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Ujarnya, ia akan memberi kesan terhadap penduduk, pemik tanah dan pembangunan bandar secara keseluruhan. "Beberapa masalah utama akan muncul antaranya pengusiran dan pemindahan paksa dimana penduduk yang telah lama menetap di sesuatu kawasan sering terpaksa berpindah akibat pembangunan baru. "Pampasan yang diberikan mungkin tidak mencukupi untuk mereka mendapatkan tempat tinggal setanding. Akan timbulnya gentrifikasi apabila kawasan diperbaharui dengan projek mewah, kos sara hidup dan harga rumah meningkat. "Penduduk asal, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk tinggal di kawasan itu lagi," ujarnya melalui satu hantaran di facebooknya, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut kesan yang akan timbul dari Akta Pembaharuan Semula Bandar itu, Amzad berkata ia juga akan mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. "Pembaharuan bandar sering memberi manfaat kepada pemaju dan pelabur tetapi mengabaikan kepentingan penduduk asal (dan) wujud jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin melebar. "Kehilangan identiti budaya (kerana) banyak bangunan atay tapak warisan sejarah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembangunan moden (serta)komuniti yang mempunyai nilai budaya tinggi mungkin lenyap akibat perubahan drastik,"katanya. Malah jelas beliau, ia akan turut memberi kesan terhadap alam sekitar melalui projek pembangunan berskala besar yang akan mengakibatkan berlakunya pencemaran udara, bunyi dan air malah lebih menyedihkan kawasan hijau dan ekosistem semula jadi sering dikorbankan untuk pembinaan infrastruktur baru. "(Selain itu akan) kurangnya penyertaan awam apabila keputusan pembaharuan bandar sering dibuat oleh kerajaan dan pemaju tanpa rundingan menyeluruh dengan masyarakat sertempat ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dan protes daripada penduduk yang terkesan," katanya. Justeru tegasnya, masalah-masalah yang dikemukakan itu menunjukkan bahawa pembaharuan bandar harus dirancang dengan lebih teliti. "Mengambil kira kepentingan sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang lebih adil dan lestari,"ujarnya.
20 Feb 25
203
Petugas PKM Perlu Fahami Tugas Dan Tanggungjawab
Petugas PKM Perlu Fahami Tugas Dan Tanggungjawab
KUALA TERENGGANU, 19 Februari – Semua petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di negeri ini perlu memahami tugas serta peranan masing-masing agar matlamat organisasi dicapai sebaiknya. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Ridzuan Hashim berkata, ini kerana PKM antara saluran yang membantu rakyat berhubung dengan agensi luar dalam menyelesaikan urusan dan permasalahan yang dihadapi. “Setiap orang (petugas) ada bidang dan tanggungjawab masing-masing, apa yang harus dilaksanakan adalah memastikan ia dapat memenuhi aspirasi rakyat. “Selain dari ilmu dan faham apa yang nak dibuat, kena ada kemahiran, kena ada kaedah yang tertentu, termasuklah kemahiran dari sudut komunikasi, bagaimana kita nak berhadapan dengan masyarakat ataupun rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kita. “Paling utama kita nak jadi pemudah cara kepada rakyat, membantu rakyat berurusan dengan agensi yang sangat dekat dengan mereka seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Tabung Darul Iman dan agensi-agensi lain yang berkait rapat dengan rakyat untuk kemudahan dan kebaikan mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Induksi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Negeri Terengganu Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) di Ar Riyadah Residence Kuala Terengganu, di sini , baru-baru ini. Ridzuan berkata, perlaksanaan kerja yang berkualiti adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah ilmu dan kefahaman yang betul terhadap pekerjaan tersebut. ”Ada orang dia ada ilmu, tapi dia tak faham, dan ada orang yang dia faham tapi tidak tahu macam mana nak laksanakan. “Maka hari ini kita nak bagi ilmu dan seterusnya dapat memahami bagaimana untuk dilaksanakan,” ujarnya.              
19 Feb 25
139
1,252 Penduduk DUN Kijal Terima Bantuan Banjir
1,252 Penduduk DUN Kijal Terima Bantuan Banjir
KEMAMAN, 16 Februari - Seramai 1,252 penerima yang terdiri daripada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima bantuan bagi meringankan beban mereka akibat musibah yang melanda baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, bantuan tersebut disalurkan secara berperingkat kepada mangsa yang ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan terbabit. “Pada Jumaat lepas, Seramai 702 penerima dari tiga PPS iaitu Teluk Kalong, Meraga Beris, dan Titian Berayun telah menerima bantuan yang disampaikan di Surau Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong. “Seterusnya, Khamis lepas pula, seramai 368 penerima dari PPS Dewan Sivik Bukit Kuang dan PPS Balairaya Kampung Bukit Kuang bertempat di Masjid Ar-Rahman,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini. Razali turut memaklumkan bahawa seramai 182 penerima dari empat PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, PPS Padang Kemunting, PPS Batu 9, dan PPS Padang Kubu menjadikan jumlah keseluruhan 1,252 penerima. “Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir untuk bangkit semula selepas berdepan dengan ujian ini,” katanya.                              
16 Feb 25
385
Zawawi Juara Urutan Asia Tenggara
Zawawi Juara Urutan Asia Tenggara
KEMAMAN, 14 Februari - Terengganu terus mencipta nama di persada dunia apabila mengharumkan nama negara (Malaysia) setelah berjaya memenangi gelaran SouthEast Asia Massage Championship 2025.  Zawawi  Abdullah, 41, berkata dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut dan berasa sangat teruja apabila diumumkan sebagai pemenang. Katanya, pertandingan itu melibatkan lebih 150 peserta (lelaki dan perempuan) daripada 11 buah negara termasuk Thailand, Singapura, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos, Brunei, Cambodia dan Philippines. "Syukur Alhamdulillah, pada awalnya saya hanya menyasarkan tempat dalam kalangan 20 terbaik namun tidak menyangka rezeki memihak kepada saya ketika itu. "Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberikan sokongan kepada saya selama ini terutamanya ibu, adik beradik, kawan-kawan, guru-guru dan bekas-bekas pelajar saya," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika ditemui. Tambahnya, semua peserta adalah pemenang dan dalam urutan tiada siapa yang paling hebat kerana yang menilai adalah pelanggan itu sendiri. "Jika pelanggan itu selesa dengan kita, maka kitalah yang terbaik bagi mereka. Kita juga adalah pemenang jika kita memanfaatkan kemahiran ini dengan sebaiknya," ujarnya. Zawawi yang sebelum itu memenangi tempat pertama dalam kategori Spa & Wellness Massage kemudian bersaing di peringkat seterusnya bersama pemenang-pemenang kategori lain bagi merebut gelaran juara keseluruhan SouthEast Massage Championship 2025. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 24-26 Januari lalu dan berlangsung di Movenpick Hotel, Sepang. Katanya lagi, dia berharap suatu hari nanti dapat membuka sebuah akademi urutan di negeri Terengganu ini. "Macam saya sendiri ketika ingin belajar dulu, harga kelas urutan kebiasaanya agak mahal dan juga biasanya kelas-kelas ini di luar negeri Terengganu. "Jadi ianya akan melibatkan yuran, penginapan, pengangkutan, makan minum dan lain-lain yang menyebabkan kos keseluruhan menjadi sangat tinggi. "Oleh yang demikian, saya berharap dapat membuka satu akademi urutan bagi memudahkan kepada mereka yang berminat untuk mendalami bidang urutan ini," ujarnya.  Zawawi mula meminati bidang urutan sejak berusia lapan tahun apabila mewarisi minat ini daripada arwah datuknya. Dia mula menjadikan minat tersebut sebagai kerja sampingan sejak tahun 2005 dan telah berkecimpung sepenuh masa sebagai kerjayanya pada tahun 2016. Beliau telah menerima pengiktirafan dalam bidang ini selepas menyertai beberapa akademi seperti Avicenna Academy Malaysia di Kajang, Selangor dan Malaysia Institute of TVET Educators (MITE) di Cyberjaya, Selangor. Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat urutannya boleh hubungi di talian 017-7606097 atau boleh terus ke AZ Massage Treatment yang beralamat di 3034 Jalan Senangin Kampung Geliga, 24000 Kemaman, Terengganu. Kebiasaannya, harga urutan bermula serendah RM30 sehingga RM250 mengikut kepada tempoh masa dan jenis urutan yang diinginkan oleh pelanggan.      
14 Feb 25
966
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Sediakan Peluang Pekerjaan
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Sediakan Peluang Pekerjaan
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Karnival Indahnya Hidup Bersyariat tidak hanya menyajikan program ceramah perdana, bengkel solat, pameran agensi ataupun sukaneka semata-mata sebaliknya ia turut menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari kerja. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu terhidang apabila Terengganu Human Reource Development Centre (THRDC) akan membawa majikan ke program itu nanti. "Ia akan memberikan peluang pekerjaan sempena Karnival IHB dan Bulan Penghayatan Isra' Mikraj Peringkat Daerah Marang. "Antara majikan yang menawarkan pekerajaan (di program itu) adalah, TM One, Bumi Teraju Resources Sdn Bhd. In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. E-Beca dan Tarbiyaah Kreatif," ujarnya melalui satu kenyataan di facebooknya, di sini, kelmarin. Justeri beliau menyeru agar mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk hadir ke program terbabit terutama komuniti berada berdekatan Masjid Rawai, Marang yang menjadi lokasi pilihan pada kali ini. "Jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiri temuduga terbuka pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 13 hingga 14 Februari. "Jom daftar untuk temuduga terbuka di link atau scan kod Qr dalam poster https://bit.ly/tprogramterkini,"ujarnya. Selain itu apa yang menarik di Karnival IHB yang menjadi tumpuan ramai ialah Pasar Berkat yang menawarkan harga sangat berpatutan iaitu ayam RM10 seekor, daging RM23 sekilogram, sayur-sayuran RM1 seikat serta satu treler ikan murah.  
12 Feb 25
231
Nasib Pesakit Buah Pinggang di Kijal Dapat Perhatian ADUN
Nasib Pesakit Buah Pinggang di Kijal Dapat Perhatian ADUN
KEMAMAN, 12 Februari – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, menziarahi seorang pesakit buah pinggang tahap lima, Nor Azlan Mohd Ghazali di Kampung Bukit Kuang, Kijal, hari ini bagi melihat sendiri keadaan pesakit dan keluarganya. Dalam lawatan itu, Razali menyampaikan bantuan keperluan harian serta sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka. “Saya turut meluangkan masa berbual dengan pesakit dan ahli keluarga untuk memahami lebih lanjut kesulitan yang dihadapi, terutama kos rawatan dialisis yang tinggi. “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir dan menyerahkan bantuan khas bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan berterusan. “Selain itu, proses pembayaran bagi rawatan dialisis pesakit sedang dalam tindakan, dengan permohonan sedang diusahakan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM),” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih ADUN Kijal berkenaan. Razali berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk memohon bantuan sara diri bagi pesakit dan isterinya yang merupakan penjaga utama agar mereka mendapat sokongan yang lebih berterusan. ”Kita akan terus bantu dan pastikan segala urusan berkaitan rawatan dan kebajikan mereka dipermudahkan. “Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi pusat khidmat DUN Kijal bagi mendapatkan maklumat lanjut. "Saya mendoakan agar Encik Azlan dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini dan Semoga diberikan kesembuhan, kekuatan, dan rawatan terbaik," ujarnya.                                
11 Feb 25
142