JOM SERBU BERAMAI-RAMAI FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025!
JOM SERBU BERAMAI-RAMAI FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025!
Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu / 30 Oktober – 1 November 2025 / 8.00 pagi – 11.00 malam
MASUK ADALAH PERCUMA!
Inilah masanya untuk keluar bersama keluarga, ajak kawan-kawan serumah, satu pejabat, jiran sebelah dan satu kampung sekali! Jangan datang seorang – lagi ramai lagi meriah!
Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari untuk semua peringkat umur – dari kanak-kanak sampai warga emas. Nikmati suasana Tasik Kenyir yang menakjubkan sambil sertai aktiviti air, sukan, hiburan, jualan produk tempatan dan pelbagai pengalaman yang jarang ada di tempat lain!
Antara sebab anda wajib datang:
Aktiviti padat dari pagi hingga malam
Pemandangan semula jadi Tasik Kenyir yang menenangkan
Hiburan & program mesra keluarga
Gerai jualan, makanan dan produk komuniti
Suasana santai untuk healing dan lepak bersama geng
Boleh jadikan trip family, gathering, reunion atau outing komuniti
MASUK ADALAH 100% PERCUMA & TERBUKA UNTUK SEMUA!
Tiada bayaran masuk, tiada syarat – datang saja bawa orang tersayang!