Artikel "Festival" Terkini
JOM SERBU BERAMAI-RAMAI FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025!
Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu / 30 Oktober – 1 November 2025 / 8.00 pagi – 11.00 malam MASUK ADALAH PERCUMA!Inilah masanya untuk keluar bersama keluarga, ajak kawan-kawan serumah, satu pejabat, jiran sebelah dan satu kampung sekali! Jangan datang seorang – lagi ramai lagi meriah!Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari untuk semua peringkat umur – dari kanak-kanak sampai warga emas. Nikmati suasana Tasik Kenyir yang menakjubkan sambil sertai aktiviti air, sukan, hiburan, jualan produk tempatan dan pelbagai pengalaman yang jarang ada di tempat lain! Antara sebab anda wajib datang: Aktiviti padat dari pagi hingga malam Pemandangan semula jadi Tasik Kenyir yang menenangkan Hiburan & program mesra keluarga Gerai jualan, makanan dan produk komuniti Suasana santai untuk healing dan lepak bersama geng Boleh jadikan trip family, gathering, reunion atau outing komuniti MASUK ADALAH 100% PERCUMA & TERBUKA UNTUK SEMUA!Tiada bayaran masuk, tiada syarat – datang saja bawa orang tersayang!
14 jam yang lepas
57
‘Pesta Mandi Hujan’ Tersenarai Dalam Kalendar Pelancongan Negeri
SETIU, 19 Oktober - Kerajaan Negeri melalui jawatankuasa Pelancongan bakal menyenaraikan pesta mandi hujan ke dalam kalendar Pelancongan Negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, satu ekosistem baharu diwujdkan dalam 10 ekosistem tersedia di Setiu Wetland untuk tarikan pelancong pada musim tengkujuh.
“Setiu Wetland menggambarkan satu kekayaan biodiversiti di Terengganu, tahun ini kita akan tambah aktiviti mandi hujan ke dalam 10 ekosistem yang sudah ada di sini.
“Mandi hujan ni satu produk pelancongan sebenarnya, kalau kena cara boleh hasilkan pendapatan baharu.
“Saya telah meninjau seluruh tempat di Terengganu, dan kita putuskan daerah Setiu jadi destinasi sesuai untuk aktiviti tersebut, kerana di sini tiada kilang-kilang besar, bebas daripada unsur toksik.
“Kita bakal buka pakej ini kepada pelancong luar negara terutamanya dari belah ‘middle east’, iaitu pelancong dari tanah arab, mereka sangat sukakan hujan.
“Sebenarnya kita sudah laksanakan pada tahun lepas ketika di penghujung monsun timur laut (MTL), sebelum ini kita buat satu pakej berharga RM250 satu orang dan alhamdulillah program tersebut berjaya, tahun ini bakal diadakan pada bulan Disember nanti,” jelasnya
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Setiu Wetland 2024 di Boaderwalk Taman Negeri Setiu Wetland, di sini, semalam.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan kehadiran pelancong dan pengunjung masuk ke Terengganu ini dengan pelbagai program dan acara dilangsungkan.
“Dalam masa dua bulan, kita bakal adakan 25 acara pelancongan di seluruh negeri, malam ini Karnival Pantai di Kuala Nerus, esok pula ada ‘Gaga Udang’ di Kemaman, juga Karnival ‘Emping padi’ di Kuala Ping, Telemong, dan banyak lagi.
“Tujuannya adalah untuk memanggil pelancong datang ke negeri ini, dengan adanya acara dan sumber alam semula jadi, bakal menarik minat pelancong luar dan juga pengunjung tempatan.
“Rakyat Terengganu yang terlibat dalam sektor pelancongan bakal dapat laba dan keuntungan, walaupun kerajaan dapat sedikit sahaja dari industri pelancongan ini.
19 Oct 24
356