Jalur Gemilang
Berita :
Bot Nelayan Ditemui di Unjang Mat Zaki, Mangsa Masih Hilang
Bot Nelayan Ditemui di Unjang Mat Zaki, Mangsa Masih Hilang
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
2 jam yang lepas
108

DUNGUN, 11 September– Bot nelayan yang dilaporkan hilang di Muara Sungai Dungun telah berjaya ditemui oleh Team Nelayan Dungun di kawasan Unjang Mat Zaki.

Menurut Team Nelayan Dungun, bot berkenaan ditemui dalam keadaan karam di kawasan unjang tersebut. 

Susulan penemuan itu, beberapa bot nelayan telah dikerahkan bagi membantu usaha menunda dan menaikkan semula bot berkenaan ke permukaan air.

Bagaimanapun, mangsa yang hilang pada 28 Ogos yang dikenali sebagai Sabrie Rusli atau nama panggilan Nareh, masih belum ditemui sehingga kini. Usaha mencari dan mengesan mangsa terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Dungun, Dato' Wan Hassan Mohd Ramli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Team Nelayan Dungun atas keprihatinan serta usaha membantu menaikkan bot yang karam tersebut.

Beliau turut menyeru seluruh warga Dungun agar terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mangsa, serta berharap agar Nareh dapat ditemui dengan segera.

Usaha pencarian mangsa diharapkan terus dipergiatkan dengan kerjasama semua pihak, khususnya pasukan penyelamat dan komuniti nelayan setempat.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan