BESUT, 13 Mei – Prestasi membanggakan anak-anak jati Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menyaksikan peningkatan l tidak lagi mampu menampung bilangan penerima anugerah cemerlang yang semakin bertambah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, situasi tersebut bukanlah disebabkan oleh faktor saiz dewan yang kecil, sebaliknya ia adalah manifestasi daripada kualiti pendidikan dan pencapaian pelajar yang menunjukkan trend peningkatan saban tahun.
"Malam ini kita raikan anak-anak yang mendapat keputusan SPM 6A ke atas, dengan calon paling cemerlang berjaya memperoleh 12A.

"Namun, ini tidak bermakna mereka yang mendapat keputusan kurang daripada 6A itu tidak cemerlang. Apa yang paling utama, kalian semua adalah aset masa depan ummah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang SPM 2025 peringkat DUN Jabi, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Dr. Azman turut menitipkan pesanan mendalam mengenai tanggungjawab generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negeri dan negara pada masa hadapan.
Tegas beliau, persediaan ilmu dan jati diri yang kukuh adalah benteng utama bagi memastikan kedaulatan tanah air terus terpelihara daripada jatuh ke tangan pihak luar.
"Kami yang telah berusia ini bakal pergi meninggalkan apa yang akan diwariskan kepada generasi mendatang. Anak-anak semua akan mewarisi negeri dan negara ini.
"Jangan sampai suatu hari nanti bumi dipijak milik orang. Ketika itu tidak bermakna lagi menangis air mata darah sekalipun," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, katanya majlis tersebut menjadi platform tahunan bagi menghargai usaha gigih para pelajar serta menyuntik semangat kepada generasi seterusnya di DUN Jabi untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan dalam bidang akademik.
Tag :