KUALA TERENGGANU, 22 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tiga daerah di Terengganu sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan METMalaysia tersebut tiga daerah yang terlibat ialah Dungun, Kemaman dan Marang.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlalu melebi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam atau untuk satu-satu keluaran,"ujar kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12.00 tengah hari ini.