KUALA LUMPUR, 5 November - Dalam sesi Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pagi tadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, mencelah perbahasan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh berhubung kedudukan Malaysia dalam Perjanjian Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Ketika mencelah, Amzad menimbulkan rasa bimbang terhadap keperluan konsultasi dengan Amerika Syarikat dalam membuat keputusan kerajaan.
“Tadi disebut banyak kena consult, apa-apa pun kena consult dengan Amerika. Ini takkah macam seolah-olah kembali macam ketika kita pernah ada resident British dulu, sikit-sikit apa-apa pun kita kena tanya.” katanya.
Beliau turut meminta penjelasan mengenai peruntukan perjanjian tersebut, khususnya berkaitan 'exit clause' dan 'termination clause'.
“Boleh satu lagi berkaitan dengan apa ni, 'exit clause'. 'Termination clause' memang betul ada. Tapi 'exit clause' 'saya rasa apa ni yang spesifik. Apa sebenarnya kesannya? Biasa kalau exit clause, kita akan tahu bila masing-masing ambil langkah keluar tu, setakat mana kesan yang dirasai," ujarnya.
Beliau kemudian menegaskan perbezaan kedua-dua klausa itu perlu diteliti dengan jelas.
“Tapi 'termination' ni lain cerita ni," ujarnya.
Beliau meminta kerajaan memberikan penjelasan terperinci agar kepentingan dan kedaulatan negara terus dipelihara dalam sebarang perjanjian antarabangsa.