Berita :
24 Barangan Dikawal Harga, Peniaga Ingkar Berdepan Denda RM100,000
24 Barangan Dikawal Harga, Peniaga Ingkar Berdepan Denda RM100,000
Noraini Jusoh
2 jam yang lepas
79

KUALA TERENGGANU, 18 Mac – Daging kerbau import, sawi hijau, bawang merah kecil India antara 24 jenis barangan dikenal pasti sebagai barangan harga terkawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfiri 2026 di negeri ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Mohd Mufsi Lat berkata, pelaksanaan SHMMP akan dikuatkuasakan selama 15 hari bermula 14 hingga 28 Mac.

“Ia meliputi tempoh tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) hari Raya Aidilfitri 2026 di Giant Kuala Terengganu, hari ini.

Menguas lanjut katanya, SHMMP 2026 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

“Penentuan harga ini dibuat setelah mengambil kira pandangan dari agensi-agensi kerajaan berkaitan dan pemain-pemain industri,” ujarnya.

Tambah beliau, KPND Terengganu berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 (bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum),” tegasnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan