lightning-solid
Berita :
14.5 Juta Pelawat Domestik Serbu Terengganu
14.5 Juta Pelawat Domestik Serbu Terengganu
Amy Lyna
11 Jul 25
2255

KUALA TERENGGANU, 11 Julai – Terengganu mencatatkan kehadiran seramai 14.5 juta pelawat domestik sepanjang tahun 2024, sekali gus melepasi sasaran awal kerajaan negeri sebanyak 13.2 juta pelawat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, daripada jumlah itu, 4.9 juta adalah pelancong yang memilih Terengganu sebagai destinasi utama, mengatasi sasaran awal sebanyak 4.5 juta orang.

“Alhamdulillah, kita menyasarkan seramai 13.2 juta pelawat domestik termasuk 4.5 juta pelancong bagi tahun 2024. Namun angka sebenar jauh melepasi jangkaan dengan pencapaian 14.5 juta pelawat termasuk 4.9 juta pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman kelmarin.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan keberkesanan strategi yang dilaksanakan oleh negeri Terengganu.

“Kita berjaya capai apa yang kita sasarkan. Ini hasil usaha bersepadu semua pihak termasuk,” ujarnya.

 


Tag :

Artikel Berkaitan