Jalur Gemilang
Berita :
UMT Terima RM20,000 Bantuan Gerobok Rezeki Siswa Oleh PEKEMA
UMT Terima RM20,000 Bantuan Gerobok Rezeki Siswa Oleh PEKEMA
Noraini Jusoh
22 jam yang lepas
48

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima sumbangan RM20,000 daripada Yayasan PEKEMA menerusi inisiatif gerobok rezeki siswa bagi membantu meringankan beban kewangan dan perbelanjaan harian penuntut di kampus.

UMT dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan berbentuk cek cura itu diserahkan oleh Presiden Persatuan Pengimport Dan Penjual Kenderaan Melayu Eksekutif Malaysia (PEKEMA) merangkap Pengerusi Yayasan Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Yayasan PEKEMA.

Katanya, UMT merupakan antara sembilan institusi pendidikan tinggi awam yang menerima manfaat daripada sumbangan kebajikan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Mohamed Nazari memaklumkan, sumbangan tersebut merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen berterusan PEKEMA dalam menjaga kebajikan mahasiswa, sekali gus memastikan kebajikan makanan dan keperluan asas penuntut sentiasa terjamin sepanjang pengajian mereka.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dr Suriyani Muhamad turut merakamkan penghargaan kepada PEKEMA atas keprihatinan sumbangan tersebut bagi menjamin kebajikan pelajar terutama kepada pelajar B40.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan