Artikel "Teknologi" Terkini
Terengganu Inc, CelcomDigi Jalin Kerjasama Strategik Bangunkan Projek AI
KUALA TERENGGANU, 28 Oktober – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) melangkah ke era baharu transformasi digital apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CelcomDigi Berhad bagi memperkukuh pelaksanaan projek Kecerdasan Buatan (AI) di negeri ini.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, kerjasama itu menjadi pemangkin utama kepada agenda digitalisasi Terengganu yang dijangka meningkatkan kecekapan operasi serta menambah hasil negeri dalam jangka panjang."MoU ini sangat penting kerana kami melihat bidang AI ini mesti diterokai dan diterapkan dalam setiap program yang dijalankan."CelcomDigi menjadi rakan strategik kami untuk mengenal pasti jurang dan keperluan dalam melaksanakan projek-projek AI termasuk aspek keselamatan siber, 'Internet of things' (IoT) serta isu sambungan. Kita akan melaksanakannya langkah demi langkah sehingga keseluruhan pelan berjaya disempurnakan," katanya ketika sidang media sempena Corporate Directors' Programme (CDP 2025) di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat; Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan CelcomDigi, Ts. Afizulazha Abdullah.SYA_4045 (2).jpg 827.43 KBMenurut beliau, pelaksanaan projek itu bukan sekadar mengadaptasi teknologi semata-mata, sebaliknya memberi impak besar terhadap peningkatan produktiviti serta pengurangan kos operasi."Jika dilaksanakan dengan baik, projek ini akan meningkatkan pendapatan dan yang paling penting ia akan menurunkan kos operasi, sekaligus membawa keuntungan lebih besar pada masa depan," jelasnya.Dato’ Burhanuddin turut berkongsi potensi penerapan AI dalam pelbagai sektor, antaranya perladangan, pertanian dan pengurusan hasil."Sebagai contoh, dalam sektor perladangan, AI boleh membantu meningkatkan hasil tuaian dengan memantau kematangan buah menggunakan dron."Kita juga boleh menggunakan AI untuk mengesan gangguan gajah di ladang atau menentukan masa sesuai untuk penuaian supaya kadar perahan minyak sawit dapat dimaksimumkan," tambah beliau.Beliau berkata, Terengganu Inc akan bekerjasama dengan CelcomDigi bagi menilai kawasan yang sesuai untuk pelaksanaan projek AI secara sistematik dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan datang.Dalam masa sama, beliau menjelaskan keperluan sumber manusia berkemahiran tinggi bagi menyokong pelaksanaan inisiatif itu."Dengan kewujudan AI dan pendigitalan ini, kita memerlukan individu berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang berkenaan."Oleh itu, Terengganu Inc akan melabur dalam latihan serta pembangunan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan jawatan strategik berkaitan teknologi maklumat dan kecerdasan buatan," ujarnya.SYA_3905.jpg 1.36 MBSementara itu, Ketua Pegawai Perusahaan Perniagaan CelcomDigi, Ts. Afizulazha Abdullah berkata, MoU tersebut adalah hasil kerjasama erat yang dibina melalui siri bengkel dan pertemuan bersama lebih 80 pegawai Terengganu Inc."Daripada sesi itu, kami mengenal pasti 150 titik kesulitan yang dihadapi oleh Terengganu Inc dan membangunkan satu kerangka kerja lengkap bagi pelaksanaan teknologi AI."Pendekatan kami jelas, bermula dengan membina sambungan digital, kemudian mengautomasikan proses, dan akhirnya mencapai tahap kecerdasan. Ia penting untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, kecekapan operasi dan membuka peluang baharu," jelasnya.Menurut Ts. Afizulazha, data yang dikongsi antara kedua-dua pihak adalah sulit dan akan dilindungi sepenuhnya di bawah perjanjian tersebut.
9 jam yang lepas
121
Aspirasi Bandar Pintar Diperkukuh Melalui Pembangunan Intelligent Pole
KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pintar kini memasuki fasa baharu apabila pembinaan replika 'Intelligent Pole' berada di peringkat akhir, sebagai persediaan untuk pelaksanaan projek perintis dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, struktur itu dibangunkan oleh Colla Connecting Edge bersama vendornya sebagai rujukan awal sebelum pelaksanaan sepenuhnya dijalankan.
"Saya berkesempatan melawat replika Intelligent Pole yang kini berada di fasa akhir pembinaannya di negeri Terengganu.
"Setelah mendengar penerangan secara terperinci, Intelligent Pole adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk dilaksanakan di negeri Terengganu. Intelligent Pole tidak hanya berfungsi sebagai menara telekomunikasi yang biasa.
"Ia juga dilengkapi dengan lampu jalan pintar, antena telekomunikasi, pembesar suara (public announcement), skrin digital pengiklanan dan kamera CCTV yang boleh mengambil data secara terus dengan adaptasi kecerdasan buatan Artificial Intelligent (AI).
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang telah dimuatnaik dalam satu hantaran Facebook rasminya.
Tambahnya, setiap kelengkapan itu berfungsi secara serentak dalam satu struktur, sekali gus membolehkan proses pengumpulan data, komunikasi, keselamatan dan pengiklanan dilaksanakan dengan lebih cekap dan pintar.
Jelasnya lagi, sekiranya projek perintis ini berjaya, Terengganu akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki teknologi sedemikian.
"Pilot project dijangka akan bermula dalam masa terdekat. Sekiranya berjaya, Terengganu akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki Intelligent Pole seumpama ini.
"Ini satu lagi langkah ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Terengganu sebuah negeri yang selamat, cekap dan berdaya saing dalam era digital," ulasnya.
Dalam pada itu, beliau turut memohon sokongan semua pihak agar inisiatif tersebut dipermudahkan dan dapat memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini dalam jangka masa panjang.
28 Jul 25
178
'Smart Terengganu 2040' Bakal Realisasikan Bandar Pintar
Kerajaan negeri optimis Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu atau 'Smart Terengganu 2040' akan menjadi rujukan dalam menginspirasikan inisiatif bandar pintar di negeri ini.
14 Oct 24
182