lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Padang Latihan Terengganu FC Disanitasi
Padang Latihan Terengganu FC Disanitasi
KUALA TERENGGANU, 15 Jun - Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu serta pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) melakukan proses sanitasi di pusat latihan pasukan bola sepak Terengganu di KSNT Gong Badak kelmarin. Proses pencegahan wabak pandemik Covid-19 itu adalah sebagai persediaan dan antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum pasukan Liga Malaysia (Liga M) memulakan sesi latihan. Bagaimanapun, sesi latihan yang dibenarkan mulai hari ini dengan SOP yang ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini, tidak dapat dilaksanakan skuad dari Pantai Timur itu kerana pemain belum lagi menjalani ujian 'swab test' atau ujian calitan. Setiausaha Eksekutif PBSNT, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata, proses sanitasi itu adalah salah satu SOP yang ditetapkan dan perlu dipatuhi sebelum pemain dibenarkan menjalani latihan di padang. Katanya, proses sanitasi yang dipantau JBPM dan dilakukan pengurusan KSNT mengambil masa hampir tiga jam sebelum selesai sepenuhnya bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada kuman. "Selain fasiliti sukan di sanitasi, kawasan padang termasuk tiang gol, pagar dan tempat rehat serta kawasan sekitarnya turut disanitasi bagi pencegahan wabak pandemik Covid-19 itu sebagai persediaan untuk pemain menjalani latihan. "Berkaitan sesi latihan pula, pemain belum lagi memulakan latihan esok, namun jika semua SOP sebelum latihan selesai termasuk 'swab test' pemain akan menjalani latihan dalam masa terdekat dengan SOP yang ditetapkan tanpa kehadiran penonton," ujarnya. Sebagai rekod, KSNT melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menutup sepenuhnya operasi kemudahan fasiliti sukan di kompleks berkenaan sejak tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19. Penutupan itu juga sekali gus turut melibatkan penangguhan semua program latihan pemain termasuk atlet Sukan Malaysia (Sukma). Berikutan langkah awal yang diambil itu sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan Covid-19 melibatkan warga sukan Terengganu dilaporkan. SUMBER: HARIAN METRO
02 Jul 20
529
Kerajaan Negeri Beri Ganjaran Kepada Aiman
Kerajaan Negeri Beri Ganjaran Kepada Aiman
KUALA TERENGGANU, 5 Jun - Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bentuk ganjaran kepada pelumba basikal, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff yang mengharumkan nama negara dan Terengganu pada kempen Le Tour de Langkawi (LTdL) PETRONAS Februari lalu. Pada saingan berbasikal berprestij itu, anak jati Terengganu kelahiran Setiu ini berjaya memenangi jersi merah selaku raja bukit pertama negara dalam sejarah perlumbaan itu yang sudah memasuki edisi ke-25. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan tidak akan sesekali melupakan atlet negeri yang pernah mengharumkan nama negara dalam apa-apa jenis sukan. Katanya, kerajaan negeri tetap memberi perhatian kepada atlet berkenaan sekali gus mampu memberi motivasi kepada mereka untuk terus meraih kejayaan lebih membanggakan pada masa akan datang. "Kerajaan negeri akan berbincang terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan bentuk ganjaran yang bakal diberikan kepada pelumba muda dari Setiu itu. "Dalam masa yang sama kita harap Aiman bersabar dan teruskan latihan serta menyertai kejohanan seperti biasa selepas negara kembali pulih daripada penularan wabak pandemik COVID-19 ini," katanya sebagaimana dilapor Berita Harian. Wan Sukairi menjelaskan, pelumba berpontensi itu akan terus dirai dan dihargai sebagaimana atlet lain. "Macam pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), kita sudahpun meraikan mereka di sini sebaik berakhir kejohanan itu di Langkawi, Februari lalu," katanya. Untuk rekod, pelumba berusia 23 tahun itu sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan TSG dan menjulang beberapa kejuaraan bersama TSG.
01 Jul 20
241
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Kerajaan Terengganu melalui Portfolio Pelancongan bercadang melaksanakan Program 'YouTubing' iaitu satu program yang mengetengahkan Produk Pelancongan Marang bagi menggantikan Karnival Candat Sotong yang terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.
10 May 20
49
Covid-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
Covid-19 : MSNT Sumbang Keperluan Harian Bantu Atlet
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil inisiatif membantu atlet-atlet di bawah naungannya dengan sumbangan berupa pek barangan keperluan harian dalam tempoh pergerakan kawalan pergerakan (PKP)
09 May 20
50
Terengganu Perkenal Pakaian Patuh Syariah Atlet Mulai 12 Mac Ini
Terengganu Perkenal Pakaian Patuh Syariah Atlet Mulai 12 Mac Ini
Kerajaan Terengganu akan memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah atlet pada 12 Mac ini dalam satu majlis khas yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
06 May 20
61
Cabaran Kuda Lasak Piala MB Terengganu Bermula
Cabaran Kuda Lasak Piala MB Terengganu Bermula
Seramai 79 peserta dari dalam dan luar negeri mewarnai kejohanan kuda lasak Piala Menteri Besar Terengganu 2020 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu yang bermula semalam.
06 May 20
101
Acara Sampingan Hangatkan Kuda Lasak Piala MB
Acara Sampingan Hangatkan Kuda Lasak Piala MB
Acara sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu menjadi medan pemanas badan sebelum aksi sebenar bermula.
06 May 20
122
30,000 Tiket Dikeluarkan, TFC Mahu Peminat Pecah Rekod Kehadiran
30,000 Tiket Dikeluarkan, TFC Mahu Peminat Pecah Rekod Kehadiran
30,000 tiket diumumkan Terengganu Football Club (Terengganu FC) bagi perlawanan pertama Liga Super 2020 Terengganu menentang Perak FA pada 29 Februari ini.
05 May 20
76
Hasrat THT Lebur, UniKL Juara Piala TNB 2020
Hasrat THT Lebur, UniKL Juara Piala TNB 2020
Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) mempertahankan status juara Piala TNB lebur apabila tewas 1-2 kepada Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2020, baru-baru ini.
05 May 20
93
Full Highlight | Kuala Terengganu Rovers vs Thai Selangor FC | Piala FA 2020
Full Highlight | Kuala Terengganu Rovers vs Thai Selangor FC | Piala FA 2020
Full Highlight | Kuala Terengganu Rovers vs Thai Selangor FC | Piala FA 2020 | Pusingan Pertama
05 May 20
97