Artikel "Sosial" Terkini
Pelajar Perempuan Jangan Bersendirian, Langkah Awal Elak Tragedi - Maliaman
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, menasihati pelajar khususnya pelajar perempuan agar tidak bergerak bersendirian walaupun dalam kawasan sekolah, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kes jenayah seksual di institusi pendidikan.
14 Oct 25
82
Kes Covid-19 Yang Mendadak, Kerajaan Tidak Laksana PKP
PUTRAJAYA, 18 Disember - Malaysia kini sedang mengalami peningkatan kes Covid-19 yang mendadak namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap situasi ini dapat diatasi tanpa diadakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkuatkan Pelan Pengurusan Covid melalui lima strategi yang berkaitan.
"Pertama, melibatkan pengesanan awal kes Covid-19 dan variasi melalui High Alert System (HIS).
“Kedua, pemantauan sentinal di seluruh negara. Ketiga, pemantauan persekitaran i-kumbahan dan pintu masuk antarabangsa.
“Selanjutnya, kita memperkasakan komuniti melalui amalan Test Report Isolate Inform Seek (TRIIS)," katanya dalam sidang media petang tadi.
Walaupun mengakui cabaran ketika ini, Menteri Kesihatan menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk bertindak dengan cergas dan menyeluruh bagi mengekalkan kawalan ke atas penularan virus.
Beliau menyeru rakyat untuk terus patuh kepada SOP yang telah ditetapkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan kesihatan.
18 Dec 23
147
Tragedi Tanah Runtuh Dapat Perhatian Wakil Rakyat
MARANG, 22 November - Kejadian tanah runtuh berhampiran rumah Abang Mat Jahit di Kampung Gondang mendapat perhatian ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
Sulaiman berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera untuk menangani masalah tersebut.
"Bagi memastikan keselamatan mangsa dan keluarga terjamin, saya telah menghubungi agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan teknikal bagi menilai dan menangani isu tanah runtuh ini.
"Keselamatan Abang Mat adalah keutamaan kami. Kami akan mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan keselamatan mereka sekeluarga," kata Sulaiman ketika melawat keluarga terbabit hari ini.
Dalam pada itu, Mat Jahit menzahirkan rasa lega dan berterima kasih kerana Sulaiman memberikan perhatian serta tindakan segera terhadap masalah yang dihadapinya.
"Saya sangat bersyukur kerana Ustaz Sulaiman mengambil tindakan segera. Ini memberi kami keyakinan bahawa masalah ini akan ditangani dengan berkesan," ujarnya.
Sulaiman memberi komitmen untuk terus memantau perkembangan dan memberikan bantuan yang diperlukan bagi menangani isu tanah runtuh ini.
Beliau juga mengingatkan penduduk setempat untuk sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi situasi yang mungkin timbul selagi proses penilaian dan penanganan sedang berjalan.
23 Nov 23
161
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
266
Colek Kaki Ayam Murni Jadi Tumpuan Ramai
MARANG, 23 Februari - Colek kaki ayam yang menjadi menu istimewa di Warung Mee Sup Cik Murni, Kampung Bukit Kulim mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat.
Pemilik kedai, Norazlimah Malik, 35, berkata, usahanya kini mula membuahkan hasil selepas ramai pengunjung menggemari menu tersebut.
Katanya, dia membuka perniagaan tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan bagi menyara keluarga.
"Alhamdulillah, setelah lima bulan kami beroperasi, kini menu ini sangat mendapat sambutan daripada pelanggan.
"Purata jualan untuk set kaki ayam ini lebih kurang dalam 80 hingga 100 pek sehari sama ada makan di kedai mahupun bungkus," jelasnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.
Meja Warung Mee Sup Cik Murni yang dipenuhi pelanggan.
Norazlimah atau lebih dikenali Murni, turut menjelaskan bahawa terdapat juga menu-menu lain selain daripada colek kaki ayam itu
"Selain daripada colek kaki ayam, kita juga menyediakan menu-menu lain seperti masakan panas dan juga mi celup pelbagai jenis," ujarnya lagi.
Kedai makan yang diberi nama Warung Mee Sup Cik Murni itu beroperasi dari jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam dan ditutup setiap hari Isnin.
23 Feb 22
1017
40 Individu Tidak Bertanggungjawab Dikompaun
Seramai 40 individu Tidak Bertanggungjawab di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikenakan kompaun serta merta atas tindakan membuang sampah di merata-rata di kawasan tumpuan awam.
08 Nov 21
81
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat.
“Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut.
Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
"Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.
Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu.
"Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
436
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK 2020 - TEMPAT KETIGA
Tajuk : Nasihat Khidmat Masyarakat Pemenang : Mohamad Arif Irsyaduddin bin Zainudin
19 Feb 21
274
Cara Dakwah Perlu Seiring Perkembangan Semasa
Usaha dakwah memerlukan ilmu, pendekatan yang lebih terkesan dan paling penting tanamkan keikhlasan dalam diri setiap individu agar ia menjadi wahana dalam penyemarakkan usaha dakwah secara keseluruhannya.
01 Sep 20
198
Terima kasih Ustaz Atas Kecaknaan
Oleh : Azhar Yusof
HULU TERENGGANU, 12 Jun - "Terima kasih Ustaz, kerana ustaz sudi datang memberi kata kata semangat dan motivasi pada kami," kata Orang Kena Pengawasan (OKP), yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.
Dia melahirkan rasa terharu dengan kesudian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim hadir slot Program Agama dan Kerohanian walaupun mengetahui tentang sejarah hitam mereka yang hadir.
Malah dia juga berkongsi kisah permulaan bagaimana penglibatannya dengan pil kuda.
Jelasnya, dia mengambil pil kuda kerana mengalami masalah peribadi pada umur 23 tahun ketika bergelar penuntut di sebuah Universiti Awam yang menyebabkanya tercicir dalam pembelajaran.
"Pada mulanya, memang berasa hilang segala masalah tetapi selepas itu, menjadi sangat letih dan lemah. Lepas itu mula menggandakan pengambilan pil kuda dan lama-kelamaan, dah tidak boleh mengawal diri dan terus menjadi hamba dadah," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas program berkenaan, semalam.
Faizal yang kini berumur 37 tahun sedang menjalani pemulihan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) .
Sementara itu, Pengerusi ( JKPD) Jawatankuasa Pemulihan Dadah Hulu Terengganu yang juga ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata kolaborasi agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan menerusi program itu juga diharap akan membangunkan model baharu dengan tindakan lebih berkesan dalam menangani penyalahgunaan dadah di negara ini.
“Terjebaknya dengan najis dadah amat memberi kesan terhadap kehidupan segelintir belia .Kebanyakkannya bermula akibat pengaruh rakan sebaya membuatkan mereka terjebak dengan aktiviti tersebut seawal bangku persekolahan lagi.
"Walaupun mereka kurang disenangi masyarakat, mereka sentiasa mendapat perhatian dari kerajaan melalui AADK yang memainkan peranan penting dalam membantu mereka keluar dari masalah penggunaan dadah disamping menjadikan mereka mempunyai modal insan yang berguna," ujarnya lagi.
Jelasnya, dinamika penyalahgunaan dadah ini adalah sangat kompleks kerana ada yang terjebak kerana kemiskinan, sebab membesar di kalangan orang yang menghisap dadah, dan kitaran yang tidak baik ini akan berterusan.
“OKP ini mahu berubah, tetapi memerlukan sokongan ahli keluarga dan masyarakat di mana melalui program sebegini memberi kesedaran bahawa masyarakat masih menerima mereka.
"Sebab tu lah peranan kita yang ‘sihat’ ni penting. Bukan dengan memaksa, tapi dengan memberi perhatian, mendengar, dan memahami jiwa dan fizikal mereka-mereka yang terperangkap dalam penyalahgunaan dadah ini," katanya.
02 Jul 20
140