Artikel "Sidang DUN" Terkini
RM100 Juta Nilai Kerosakan Akibat Banjir Di Hulu Terengganu
Dianggarkan kira-kira RM100 juta nilai kerosakan infrastruktur membabitkan jalan raya dan jambatan akibat banjir di Hulu Terengganu baru-baru ini.
22 Mar 22
130
Tiada Keperluan Bubar DUN Terengganu
PAS menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam tempoh terdekat.
22 Mar 22
253
Tiada Keperluan Bubar DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Mac- PAS menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam tempoh terdekat.
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar senada dengan pendirian Presiden parti, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasainya itu sehingga habis penggal tahun depan.
"Kita telah buat keputusan hari itu, sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden PAS.
“Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak ada keperluan untuk bubar DUN.
"Saya juga ada terbaca kenyataan daripada Pakatan Harapan (PH) untuk negeri-negeri di bawah PH juga tidak akan membubarkan (DUN) atas sebab-sebab mereka," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membacakan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Laporan media sebelum ini memaklumkan, pendirian yang dimuktamadkan Abdul Hadi itu adalah bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.
“Pas mengikuti perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik.
“Justeru, Pas berpendirian DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya,” katanya.
21 Mar 22
965
Sultan Terengganu Sukacita Usaha Kerajaan Tawar Pekerjaan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa sukacita terhadap usaha kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat.
21 Mar 22
348
Buka Sempadan : Sultan Mizan Syor Kerajaan Laksana Kajian Impak
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengesyorkan supaya kerajaan negeri melaksanakan satu kajian impak untuk Negeri Terengganu dengan mengambil kira persekitaran global.
21 Mar 22
201
TERENGGANU SHOWCASE PLATFORM BANTU USAHAWAN BERKEMBANG MAJU
22 Nov 21
414
KERAJAAN BELANJA LEBIH RM6 JUTA BAIKI PAIP USANG TERTINGGI SEJAK 2015
21 Nov 21
202
LIPUTAN 4G TERENGGANU BAKAL CAPAI 96 PERATUS
21 Nov 21
242
NASIB PERANTAU TERBELA,TIDAK DIPINGGIR
21 Nov 21
382
HAMPIR ENAM RIBU WARGA TANI NIKMATI MANFAAT BERNILAI RM3 JUTA
19 Nov 21
221